MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jual Rumah, Tutup Hutang, Hati Pun Tenang…

January 13, 2023

Berundur bukan bermaksud mengalah... Ada ketikanya kita kena berundur dan ambil lajak dulu... Supaya dapat terbang lebih tinggi pada masa depan.

Bagi siapa yang ada masalah hutang yang kronik, ada ketikanya dia kena ambil keputusan jual rumah yang dia tinggal sekarang dan duduk menyewa sahaja dulu.

Jual rumah untuk tutup hutang...

More...

Keputusan itu memang berat.. Tapi saya percaya, kalau dia letakkan emosi ke tepi dan jual rumah tersebut, dia dapat selesaikan hutang dengan cepat dan hidupnya jauh lebih tenang... InsyaAllah...

Satu-satunya Harta Yang Ada

Sesetengah orang yang ada masalah hutang yang kronik, sudahlah gaji dia sudah tak mampu nak cover hutang dan kos sara hidup (disebabkan hutang), harta pulak tak ada.

Yang ada hanyalah rumah atau tanah yang dia 'terbeli' satu ketika dulu.

Nasib baik 'terbeli' rumah... Dan nasib baik 'terbeli' tanah...

Jadi dengan keuntungan kenaikan harga rumah (atau tanah) tersebut, boleh digunakan untuk tutup hutang.

Bersihkan balik rekod CCRIS dan CTOS yang sudah buruk tu...

Rekod Hutang Cantik, Bank Suka

Bila rekod hutang sudah cantik dan bank suka, susunlah balik strategi untuk bina semula kekayaan... Cukupkan simpanan, kumpul harta, dan buatlah hutang-hutang baru dengan cara yang betul...

Berhutang secara bijak, berhutang cara orang kaya, supaya dapat gandakan kekayaan dengan hutang!

Jangan bimbang... Bila keadaan kewangan sudah baik, kita boleh beli balik rumah yang lebih baik dan lebih banyak... Bila kewangan kita baik, peluang yang baik akan sentiasa ada... InsyaAllah...

Saya tahu, banyak yang akan tanya;

"Kalau jual rumah, nanti nak duduk di mana?"

Jawab saya, "Menyewa sahajalah dulu...". Rumah tu tempat untuk kita berteduh sahaja.

Nak Duduk di Mana?

Rumah hanyalah rumah... Dari sudut fizikalnya, tak ada beza rumah yang kita duduk menyewa dengan yang kita beli.

Samada beli atau duduk menyewa, yang penting kita ada tempat untuk berteduh, dan tidak terbeban untuk kita membayarnya. 

Berikan fokus untuk selesaikan masalah kewangan dan bina kekayaan dulu. Nanti bila kewangan makin baik, kita akan dapat rumah yang lebih baik, insyaAllah.

Dan berita baiknya, kebanyakkan rumah "landed", rumah "high-end" dan rumah yang bagus untuk didiami, kos sewaannya jauh lebih murah berbanding kos bayaran ansuran bank (kalau beli)!

Sewa Lebih Murah Berbanding Beli

Maksudnya, kalau jual rumah sedia ada dan cari rumah lain di KAWASAN YANG SAMA untuk menyewa, kita akan dapat banyak penjimatan dari sudut "cashflow" (aliran tunai).

Contohnya, kadar bayaran ansuran bank RM1,500, tapi kadar sewaan cuma RM1,000.

Kalau kita hanya menyewa, kita akan jimat RM500 sebulan (RM1,500 - RM1,000). Dengan penjimatan tu, kita boleh gunakan untuk tambahkan simpanan.

Dan kalau ada modal yang cukup, boleh kita boleh gunakan untuk beli rumah pelaburan yang lain walaupun kita masih menyewa rumah orang lain!

Plenty of Money, Peace of Mind

Walaupun ikut kiraan atas kertas, kaedah ni dapat bantu selesaikan masalah hutang dan cashflow yang kronik. Tapi nak jual rumah tu, kena keraskan hati sebab selalunya rumah duduk sendiri ni ada nilai sentimental yang kuat.

Saya teruja dengan pengalaman salah seorang follower saya; dia dan suaminya buat apa buat apa yang saya cadangkan ni  - jual rumah dan tutup hutang.

Sharing menarik oleh Pn Lynd Abu Bakar di dalam posting Facebook saya.

Dengan cara itu, dia dapat keluar daripada masalah hutang, dan dapat bina semula kekayaan dengan cara lebih baik.

Apa yang penting, kehidupan dia sekeluarga lebih bahagia dan hati pun tenang...

Dia dapat apa yang kebanyakkan orang mahukan, iaitu P.O.M-P.O.M! "Plenty of money, peace of mind"...

Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
13 Januari 2023
19 Jamadil Akhir 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah, saya dan isteri pun lalukan perkara yang sama. Lagi lagi load rumah pun banyak unsur riba. Jadi kami keluar dari zon hutang ini pada 2018. Kami suka fikir untuk keadaan paling sukar berbanding perkara senang. Masuk PKP 2020, kami tak gusar kerana hutang dah selesai. Yang penting hidup bebas hutang, duit boleh cari. Insyaallah, Allah maha pemberi, rezeki Allah luas

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >