MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Simpan 6 Bulan Gaji Dulu Sebelum Melabur

January 6, 2023

“Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu”

Itulah yang kena tahu kalau nak bercakap tentang pelaburan.

Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita sendiri tak sanggup lebur 100%! Duit tu tak sesuai dilaburkan. 

More...

Waktu Sesuai Melabur

Mana-mana guru pelaburan (bukan “salesman pelaburan”) pun akan suruh adakan simpanan kecemasan sekurang-kurang berjumlah 6 bulan gaji dulu sebelum melabur.

Bila ada lebih, duit itulah yang sesuai dilaburkan.

Jangan sibuk melabur kalau duit simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada. 

Selagi belum ada simpanan 6 bulan gaji, fokus dulu untuk tambahkan ilmu, perbaiki cashflow, cari jalan tambahkan pendapatan, dan urus hutang dengan baik.

Tak perlu gopoh nak melabur. 

Orang kaya di dunia melabur sebab mereka "ada duit lebih", bukan sebab "nak cari duit lebih".

Cara Terbaik Cari Duit Lebih

NOTA : Bagi yang bekerja makan gaji, "duit lebih" yang dimaksudkan ialah mempunyai lebihan daripada "simpanan 6 bulan gaji" sebagai Dana Kecemasan. Bagi yang berniaga atau bekerja sendiri, mempunyai lebihan daripada "simpanan 12 bulan pendapatan" dan lebihan daripada "modal pusingan bisnes".

Kalau nak cari duit lebih, "pelaburan" bukanlah tempatnya.

Sebaliknya, tingkatkan kemahiran sedia ada, atau tambah kemahiran baru supaya majikan sanggup bayar kita lebih mahal.

Kalau majikan sedia ada tak hargai kemahiran kita, cari majikan lain yang sanggup bayar kita lebih mahal.

Atau gunakan kemahiran baru untuk cari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.

Itulah cara lebih baik kalau “nak cari duit lebih”.

Tak Perlu Sentiasa Melabur

Sepanjang saya aktif sampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016, feedback yang saya terima, majoriti peserta seminar setuju, “mereka sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur”!

Sebab selama ini mereka melabur tanpa ilmu, tanpa ada simpanan kecemasan, dan tanpa persediaan yang cukup.

Akhirnya duit yang dilaburkan itu habis lebur!...

Kalau selama ini mereka betul-betul fokus menyimpan dan tambahkan ilmu, kan lebih kaya?

Zukifli
Cyberjaya
4 November 2022
9 Rabiul Akhir 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>