MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!

[Kemaskini Januari 2023]

"Kalau hilang pekerjaan, siapa yang mampu teruskan kehidupan (seperti biasa) cuma satu bulan?... Sila duduk"

"Kurang 3 bulan?... Sila duduk.."

"Kurang 6 bulan?... Sila duduk..."

Nah... Cuma tinggal tidak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih enam bulan kalau hilang pekerjaan!

80% yang duduk itu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja hanya dalam masa enam bulan!

Hasil Survey Mengejutkan

Itulah survey yang dibuat ketika saya mengikuti satu forum motivasi kejayaan dan kewangan yang dikendalikan oleh tokoh terkenal Jutawan Muda Internet, iaitu Tuan Irfan Khairi. Forum "Fahri Ahmad vs Irfan Khairi".

Dalam forum tersebut, beliau dan rakan panel bercakap tentang “kejayaan” dari perspektif masing-masing. Salah satu ‘kajian’ menarik yang dibuat, beliau minta semua peserta berdiri.

Dan itulah hasilnya... Tak lebih 20% yang mampu bertahan lebih 6 bulan kalau hilang upaya untuk bekerja.

Sungguh mengerikan...

80% akan ‘mati’ sebelum mati...

‘Mati’ Sebelum Mati

Kereta mewah yang dibanggakan itu kena tarik...

Rumah besar tersergam indah itu kena sita...

Bahkan mungkin anak-anak dan isteri yang disayangi diganggu along (samseng pengutip hutang)!..

Majoritinya tidak 
ada simpanan yang 
cukup walaupun bergaji besar, rumah besar,
 keretanya mewah, dan lain-lain lagi.

Mereka tak ada simpanan yang cukup untuk tujuan kecemasan berjumlah sekurang-kurang enam bulan pendapatan.

Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan "kais sebulan makan sebulan" - kewangan tak selamat...

Target Kewangan Peribadi Saya

Pada saya, kewangan adalah soal "survival", bukan untuk bergaya ataupun menunjuk kaya. Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya...

Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita kena jelas apa yang kita nak capai. Tak boleh kabur...

Impian kena besar, tapi kita bermula dengan ambil langkah kecil... Step-by-step... Tak perlu gopoh...

Ketika saya mula ada kesedaran tentang kewangan sekitar tahun 2005 (ketika usia saya 25 tahun), saya tetapkan target kewangan peribadi seperti berikut;

  1. Simpanan 3 bulan pendapatan.
  2. Bebas daripada segala "hutang negatif"
  3. Simpanan 6 bulan pendapatan.
  4. Simpanan 12 bulan pendapatan. Cukupkan dana naik haji dan beli rumah kedua.
  5. Harta bersih bernilai RM1.2 juta, dan capai "financial freedom" - tak kerja pun ada duit.

Nampak Sinar Di Hujung Terowong

Ketika tetapkan matlamat tu, kami suami isteri masih bergelut dengan 5 hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan (B40)...

Gaji saya ketika itu cuma RM1,750. Itu belum lagi tolak KWSP, dan bayar ansuran pinjaman...

Isteri pula bekerja sebagai suri rumah yang tiada pendapatan. Dan kami tinggal di bandaraya Kuala Lumpur yang kos sara hidupnya agak tinggi...

Kami dikategorikan sebagai "miskin bandar"...

Walaupun masih miskin (pada ketika itu), itu tak membuatkan kami patah semangat.

Bila dah baca banyak buku-buku tentang kewangan, saya mula nampak sinar di hujung terowong...

Saya berani letakkan matlamat yang besar. Sebab saya dah nampak jalan untuk capai "satu juta pertama" dalam masa 10 tahun... (Alhamdulillah)

Belum Kaya, Tapi "Peace of Mind"

Saya tahu ianya tak mudah... Tapi tak mustahil... Asalkan saya sanggup belajar dan bekerja keras, saya yakin cepat atau lambat saya mampu mencapainya... InsyaAllah...

Syukur alhamdulillah... Bila dah jelas apa yang saya nak capai, tahap kewangan saya mula meningkat dari tahun ke tahun... Ia lebih cepat daripada apa yang saya jangkakan...

Dalam masa 4 tahun, kami bebas dari segala hutang-hutang negatif! Dan mempunyai jumlah simpanan yang cukup untuk kami tidur lena... Alhamdulillah...

Hutang kad kredit tak ada.

Pinjaman beli kereta habis bayar.

Pinjaman pendidikan PTPTN saya dan isteri habis bayar...

Pinjaman peribadi tak pernah buat...

Perabot rumah dan barangan elektrik, semuanya kami beli secara tunai...

Hutang-hutang semuanya tak ada... Yang ada hanyalah harta walaupun belum banyak...

Kami suami isteri mula hidup dalam keadaan "peace of mind" walaupun gaji saya tidaklah sebenar mana pada ketika itu... Alhamdulillah...

Kekayaan Bocor Bila Tiada Matlamat

Itulah pentingnya ada matlamat kewangan yang jelas.

Bila matlamat kita jelas, kita tahu pendapatan yang kita dapat setiap bulan itu nak 'dihala' ke mana... Kita akan berikan keutamaan untuk menabung sebahagian daripada pendapatan setiap bulan secara berdisiplin...

Sebaliknya kalau tak ada matlamat yang jelas, kekayaan kita akan mudah bocor....

Berapa banyak gaji pun yang kita terima, kita tak akan fikir pun untuk menabung dan cukupkan simpanan.

Kita hanya akan fikir nak belanja, belanja, belanja sahaja... Sebab bulan depan dapat gaji lagi...

Akaun bank tu tak lebih dari sekadar tempat 'transit' sahaja... Sebelum duit tu masuk ke tabung kekayaan orang lain!

Akhir sekali yang tinggal hanya penat... Penat kerja bertahun-tahun, tapi tak kaya-kaya...

Rasa puas berbelanja yang sementara, tapi akhirnya menyesal...

Mereka yang sudah berkeluarga habiskan duit dengan alasan "menggembirakan keluarga"... Yang bujang pulak habiskan duit untuk makan dan melancong...

Walaupun badan makin lama makin membesar, tapi jumlah tabungan masih lagi kempis walaupun sudah bertahun-tahun bekerja!

Demi Matlamat, Kekang Nafsu Berbelanja

Kekayaan bukan tentang berapa besar pendapatan, tapi berapa banyak simpanan.

Gaji lebih besar itu tak sesekali membuatkan kita bertambah kaya kalau jumlah simpanan tak bertambah.

Jadi kalau nak kaya, langkah pertama mesti tetapkan matlamat kewangan peribadi. Letakkan target satu hari nanti kita akan mempunyai jumlah harta bernilai RM1 juta.

Walaupun mulakan dengan langkah yang kecil, tapi matlamat kena besar...

Bila matlamat besar, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan...

Keinginan untuk berbelanja yang bukan-bukan tu kita akan kekang dulu untuk seketika...

Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat

Bila saya terfikir nak tukar casette player kereta kepada CD player (teknologi terkini ketika itu), hati saya berbisik ... “Simpanan aku belum cukup.”

Bila rasa nak tukar kereta baharu, hati berkata pula... “Kereta ini boleh pakai lagi.”

Bila rasa nak buat kabinet dapur dan renovate rumah... “Ish... tak apalah... lagipun bukan lama nak duduk rumah ini.”

Bila teringin nak melancong ke tempat yang jauh-jauh, hati saya berbisik lagi... “Melancong dekat-dekat sudahlah. Balik kampung ziarah ibu ayah lagi bagus..."

"Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan enam bulan gaji, satu tahun gaji, dan RM1 juta dulu!...”

Langkah Pertama Satu Juta Pertama

Selagi keadaan kewangan kita hari ini masih lagi tahap "kais sebelum makan sebulan", itu belum waktunya lagi untuk hidup bermewah-mewah.

Sebaliknya hiduplah seadanya hari ini kerana hari esok yang belum tentu hujan panasnya...

Biarlah tak nampak bergaya pun tak apa, asalkan poket kita kaya!

Untuk mempunyai harta benilai RM1 juta, mulakan langkah pertama dengan meletakkan matlamat tersebut mulai sekarang.

Walaupun ianya nampak remeh, tapi kesannya sangat besar kepada masa depan kita... Sebab bila ada matlamat, maka otak kita akan mula bekerja mencari jalan untuk mencapainya...

Maka hasilnya nanti pasti jauh berbeza berbanding orang yang tak ada matlamat. Dan apa yang sering terjadi, matlamat itu akhirnya dapat dicapai lebih cepat daripada apa yang kita pernah jangkakan! InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
27 Jun 2011
25 Rejab 1432H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Nice Bro… Sy baru belajar pasal ilmu ini..
    alhamdulillah.. Insyaallah.. sedang mengejar matlamat pertama…
    Saving for at least 6 month income!!! ..hehe

  • Saya masih dalam usaha membebaskan diri dari hutang. Selain doa, saya telah berusaha berjimat cermat dan berjaya melangsaikan beberapa hutang personal loan termasuk 1 kad kredit (terus tutup).Sekarang tinggal 3 personal loan, hutang kereta dan rumah. Target saya untuk selesaikan 2 personal loan hujung tahun ini, insyaallah. Saya menyimpan wang di Tabung Haji RM1,000sebulan dan target saya nak simpan sampai cukup 6 bulan gaji menjadikannya RM45K(untuk emergency fund dan menunaikan haji) Dalam masa yang sama saya simpan RM300 dalam ASB. Simpanan ini khas untuk tabungan menyelesaikan baki hutang yang ada, lebih cepat daripada sepatutnya i.e 1 personal loan (tamat pada 2016, kereta (tamat 2016) dan rumah (2026). Selama ini simpanan saya tiada hala tuju bila join perbincangan di fb DEBT Free beliau suggest kita wujudkan tabung simpanan khas untuk emergency fund, pendidikan anak, persaraan baru saya tersedar. Saya pun buat analisa simpanan saya menggunakan kiraan Microft Excel, penjimatan gaji setelah setle hutang lepas dan campur savings tabung haji dan ASB, InsyaAllah saya dapat menyelesaikan pinjaman-pinjaman ini lebih awal iaitu personal loan boleh selesai dalam tempoh 2 tahun saja lagi (2014), kereta selesai setahun awal (2015)-(kereta Saga flx je loan asal 4 tahun je) dan selepas itu saya boleh tumpukan untuk settle loan rumah dan dijangka fully settle pada tahun 2018. (untuk makluman kiraan ini adalah kiraan gross tidak dicampur anggaran bonus atau dividen).

    Saya plan bagi tujuan persaraan untuk simpan dalam akaun emas KFH secara konsisten 1-2 gm setiap bulan.

    Soalan saya jika saya simpan dinar setiap bulan mulai sekarang untuk menggantikan ASB bagi tujuan menjadikannya simpanan khas untuk settle hutang dan persaraan, rasa2 tuan mungkinkah saya boleh settle rumah lebih awal dari tahun 2018? Untuk makluman tuan baki loan rumah saya adalah +-RM150k (govt loan 5%)sepatutnya tamat bayar pada 2026

    • Alhamdulillah, tahniah. Saya kagum dengan azam dan perancangan tuan untuk bebas dari segala hutang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa peace of mindnya hidup orang yang bebas hutang, walaupun hidupnya tak nampak gah macam orang kaya-kaya.

      Saya personally memang lebih yakin simpan emas untuk settlement hutang dan dana persaraan. Memang itulah yang saya buat.

      Dengan pengumuman ekonomi terbaru di US i.e. QE3 – US akan print & inject lebih banyak duit kertas ke dalam pasaran untuk tangani masalah hutangnya, saya yakin harga emas akan melonjak lebih jauh dari sekarang. Dan inilah yang dikatakan oleh pakar sejarah matawang, Mike Meloney sebagai “the greatest wealth transfer in history”.

      Wallahu a’lam.

    • Saya pernah melanggan majalah Personal Money. Ada seorang financial planner jutawan berbangsa India di Malaysia (tapi tak ingat nama) masih pakai kereta proton iswara buruk..tapi duit dan asset berjuta-juta tapi tetap humble. kalau kaya buat apa nak tunjuk2..tunjuk lebih2 kena rompak lagi tak berbaloi..Bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan bersedekah itu lebih baik dari berjoli..

    • Setuju tu tuan. Kewangan yang sihat ni sebenarnya bukan apa yang orang lain ‘nampak’, tapi apa yang kita ‘rasa’. Walaupun orang nampak kita biasa-biasa jer, yang penting, hati kita senang… 🙂

        • kerana kalau ader org yg kena tanggung parent. dan parent anggap tanggung jawab anak untuk bg duit kepada org tua bagaimana? ibu bapa meminta 10% dr gaji, bukan gaji bersih yg ditolak? bagaimana ? dan parent juga minta tanggung adik2 yg masih belaja di university?

          • Oh, ok. Maksudnya kalau orang banyak tanggungan, hidupnya jadi lebih miskin? Orang anak ramai lebih miskin dari orang anak sikit? Kalau nak kaya, maksudnya tunggu semua ibu bapa, mentua dan anak-anak yang kita tanggung mati dulu, atau hidup kita sebatang kara baru kita pun akan kaya?

            Bagi saya persepsi sebab banyak tanggungan tu menyebabkan hidup kita susah tu tak betul. Setiap manusia yang lahir tu Allah dah jamin rezeki. Kalau kita masih ada ayah ibu, Nabi s.a.w pesan itulah peluang sangat besar untuk kita berbakti. Tak ada orang jatuh miskin sebab buat kebajikan kepada ibubapa, bahkan Allah akan gandakan kekayaan dia. Cuba makcik perhati sesiapa sahaja jaga ibubapa dia dengan baik, pasti hidup dia lebih senang. Itu memang Tuhan jamin. Keredhaan Allah pada kita adalah pada keredhaan ibubapa kata Nabi s.a.w. Mereka yang buat acuh tak acuh pada ibu bapa itulah Allah akan sempitkan hidup mereka. Harta banyak berjuta pun, dunia dia terasa sempit, hidup jadi makin susah.

            Bagi saya, kalau ianya tanggungjawab kita, buatlah yang terbaik. Ibu bapa, adik beradik, anak-anak yang ramai, itulah MOTIVASI untuk kita berjaya. Jadikan mereka sebab SEBAB untuk berjaya, bukan ALASAN untuk kita gagal. Mereka semualah yang membuatkan harta yang kita cari ni lebih bermakna. Kalau harta berjuta pun tak bermakna tanpa mereka.

            Wallahu a’lam.

            • Salam. sy setuju dgn apa tuan kata. dulu sy pun pernah rasa terbeban kerana saya anak sulung. ibu bapa memang tak pernah meminta. Alhamdulillah, saya sgt2 bersyukur mereka memang ibu bapa terbaik dan memahami. tp sy sbg anak sulung rasa dilema. gaji saya kecil. rasa ‘terpaksa’ tanggung ibu bapa dan adik2 di samping bantu suami dgn kos sara hidup kami anak beranak. waktu tu sy rasa stress sgt2.

              tp suatu hari sy ‘ter’ tonton program tanyalah ustaz yg bercerita ttg org yg menafkahkan keluarga. sy dah x ingat siapa ustaz tu tp sy paling ingat kata2 beliau semakin banyak kita memberi kpd keluarga, terutama sekali ibu bapa Insyaallah makin bertambah murah rezeki kita. sy pegang kata2 ustaz itu kerana itulah janji Allah dan Alhamdulillah sy rasa mmg btl rezeki sy sekarang semakin murah dan hutang pun semakin susut.

                • Perkara ini memang berlaku dan saya mengalaminya sendiri. Bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa dan adik beradik kita insyallah rezeki kita tak akan sempit malah berganda-ganda. Saya mengalaminya sendiri dan amat bersyukur dengan apa yang rezeki saya dapat dari Allah. Jika diikut logik akal memang saya akan dihimpit dengan kesempitan hidup lantaran menanggung keluarga besar. Namun rezeki, ajal dan maut itu adalah hak Allah. Saya seperti tidak percaya dengan apa yang Allah berikan kepada saya sekarang dan amat bersyukur. Ingat berbaktilah kepada ibu bapa kita dan juga keluarga.

    • Salam tuan..
      Macam mana dengan hutang piutang dan target simpanan? Dah selesai hutang dan simpanan dah cecah 45k ke?

  • Saya bercadang nak beli dinar pada Januari tahun depan memandangkan harga emas sekarang amat tinggi dan dijangkakan harga emas turun setiap awal tahun. Adakah tindakan ini betul?

    • Memang berdasarkan pemerhatian saya, harga emas turun sikit pada awal tahun berbanding bulan November – Disember sebelumnya. Tapi tak siapa boleh pasti berapa tinggi harga emas akan cecah tahun 2012, dan berapa rendah dia akan turun pada awal 2013.

      Lepas pengumuman ekonomi di US dua minggu lepas, US buat keputusan akan cetak duit lagi yang akan melonjakkan harga emas sepertimana berlaku lepas pengumuman sama dibuat tahun 2008.

      Kalau saya ditempat tuan, saya akan beli emas sekarang sebab pelaburan emas fizikal ni kita tak takut harga emas jatuh. Atau kalau tuan nak lebih berhati-hati, beli sebahagian dulu. Kalau ia terus naik, at least tuan dah beli sebahagian. Kalau ia turun pun, tuan boleh top-up lagi simpanan dengan duit yang masih berbaki pada harga lebih rendah.

      Wallahu a’lam.

  • sgt menarik perhatian artikel ni.bru terbuka minda sikit untuk sy prepare kewangan untuk masa depan.lgkah pertama sy, kurangkan bli barang2 yang tak berfaedah dan menyimpan setiap bulan.

  • salam abg zul..sy bruhbis belajar dan bru bekerja 1tahun jagung didamansara,skrg ni ada hutang motor jer,kereta xbeli lagi..sbb sy rase xpakai kereta,dmansara jem woo..hehe,sy suka kmpul emas,soalan sy,lebih selamat kumpul dinar emas atau barang kemas..??sy ni bujang,gf pun takda..senang nak menyimpan..saran abg sgt diperlukan..hehe

    • Wslm Tuan,

      Maksudnya jumlah simpanan sepatutnya bernilai 3 pendapatan. Katakanlah gaji tuan RM5,000 sebulan. Maksudnya, tuan perlu ada simpanan at least RM15,000 sebulan untuk emergency. Katakanlah hilang pekerjaan, maksudnya tuan masih boleh survive 3 bulan tanpa bekerja.

      Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum,

    Terima kasih di atas artikel-artikel En. Zul yang telah banyak membimbing dan memberi motivasi kpd sy utk mencapai financial freedom suatu hari nanti, Insya Allah.

    Saya perhatikan yg En. Zul telah meletakkan nilai RM1.2 juta utk target simpanan encik, di dlm artikel ini dan juga beberapa artikel lain..saya cuma curious, kenapa ye RM1.2 juta..? Apa sebab-sebabnye En. Zul menetapkan figure ini?

    Terima kasih. Wassalam.

    • Wslm,

      1. Terima kasih berziarah ke blog saya. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah

      2. Memang saya letakkan sasaran simpanan peribadi minimum RM1.2 juta. Figure tu cukup untuk menjana passive income RM60,000 setahun (RM5,000 sebulan) kalau diletakkan dalam Tabung Haji dengan dividen 5.0% setahun. Itu rancangan saya untuk isteri dan anak-anak kalau saya pergi dulu. Kalau mereka tak tahu nak laburkan kemana, letak jer dalam Tabung Haji. Risiko rendah, income konsisten, insyaAllah.

      Wallahu a’lam… 🙂

    • Wslm Pn. Zura,

      Saya letakkan sasaran simpanan peribadi minimum RM1.2 juta sebab jumlah tu cukup untuk menjana passive income RM60,000 setahun (RM5,000 sebulan) kalau diletakkan dalam Tabung Haji dengan dividen 5.0% setahun. Itu rancangan saya untuk isteri dan anak-anak kalau saya pergi dulu. Kalau mereka tak tahu nak laburkan kemana, letak jer dalam Tabung Haji. Risiko rendah, income konsisten, insyaAllah.

      Wallahu a’lam… 🙂

  • Salam tuan zul ..

    Saya sekarang tgh confius menyimpan d tabung haji atau settlekan hutang rumah mana yg hendak didahulukan kalau settlekan hutang rumah nanti lagi cepat habis dpt pendekkan tempoh bayaran bulanan..
    Atau kita utamakan dahulu simpanan hutang rumah bayar macam biasa bagaimana pendapat tuan terima kasih…

    • Assalamualaikum…….. en. Zul, saya seorang kakitangan kerajaan. Gaji RM 2000 termasul elaun. mcm mana saya nak atau cara nak simpan sampai dapat simpanan saya RM 1.2 juta. sbb saya lihat dengan keaadan kehidupan sekarang susah saya nak simpan. saya anak 3 orang. Mohon En. Zul kongsi pengalaman, cara untuk jadikan simpanan RM 1.2 juta. Terima kasih

      • Wslm En. Zamri,

        Sebelum letak matlamat RM1.2 juta, letak dulu matlamat 3 bulan gaji, 6 bulan gaji, 9 bulan gaji dan setahun gaji. Perjalanan seterusnya untuk sampai RM1.2 juta tu jadi tak mustahil bila boleh menyimpan 1 tahun gaji. Apapun, mesti letak matlamat dulu. Lepas tu baru otak kita akan mula cari jalan untuk capai matlamat tu.

        Kalau gaji kecil, tentunya kena tambah pendapatan dengan memulakan bisnes sendiri untuk cepat capai matlamat. Kita letak matlamat setinggi langit, tapi kalau capai awan pun dah ok, insyaAllah. Kalau tak letak matlamat, memang kita tak akan kemana.

        Wallahu a’lam.

        • Salam. betul tu. yg penting apa kita buat pun mesti ada matlamat. baru la kita tahu ke mana nak dituju dan apa nak dicapai. tuan Zamri, tak apa kita boleh mulakan perlahan2. sy dulu pun mula2 menyimpan RM1 je sehari dalam tabung khas. dan duit2 syiling semua sy simpan dalam tabung tu. bila penuh sy masukkan dlm bank dan tak tengok2 pun lagi duit tu. itu la savings yg mampu sy kumpul. wlwpun lambat tp sy percaya kita smua mesti mulakan langkah pertama. selagi tak mula selagi tu la kita tak ada savings smpi bila2 pun. sy dpt menyimpan 3 bln gaji hanya slps 6thn bekerja. sebelum tu, cuma itu la shj cara sy menyimpan.

  • Assalamu’alaikum, En. Zulkifli.

    Terima kasih atas perkongsian. Bila baca bab kewangan ini, berkobar-kobar rasa hati, makin tak senang duduk 🙂

    Saya berumur 27 tahun, muda setahun daripada suami. Pernah ada target nak jadi jutawan muda. Semalam berborak dan buat mencongak, nampaknya target umur 35 tahun dipanjangkan kepada umur 40-45 tahun baru boleh jadi jutawan (jika kami masih berada dalam landasan yang betul). Apatah lagi, banyak lagi aspek kewangan yang mesti diperbaiki dek kerana tersalah jalan.

    Kami masih lagi dibelenggu dan terbelenggu dalam jangka masa panjang dengan 3 major hutang: hutang kereta, hutang rumah dan hutang pendidikan. Kami tak ada kad kredit dan tak pernah buat personal loan. Suka beli dengan tunai.

    Pelaburan, suami isteri ada ASB. Tapi, mungkin selepas ini hanya tinggal akaun suami kerana saya nak buka & lebih cenderung pada Tabung Haji. Peace of mind. Kami juga ada EPF.

    “Bebas dari segala hutang.
    Simpanan 3 bulan pendapatan.
    Simpanan 6 bulan pendapatan.
    Simpanan 9 bulan pendapatan.
    Simpanan 1 tahun pendapatan.
    Cukupkan dana; pergi haji dan membeli rumah kedua.
    Simpanan RM1.2 juta. Financially free!”

    Selepas baca banyak bab kewangan, saya agak keliru dalam langkah yang patut diambil oleh menguruskan kewangan. Apa yang saya faham, seeloknya seseorang itu perlu fokus untuk bebas hutang dan dahulukan hutang yang mempunyai interest yang paling tinggi. Disini, hutang yang perlu kami perlu langsai terlebih dahulu, 1) Kereta, 2) Rumah, 3) PTPTN.

    Soalan saya:

    1. Adakah dalam tempoh melangsaikan hutang, adakah simpanan kecemasan perlu dikecualikan terlebih dahulu? (seperti turutan En. Zulkifli buat di atas)

    2. Sedikit kerugian untuk buat early settlement pada kereta, tapi itu lebih menjurus kepada peace of mind, benarkah?

    3. Bolehkah dilakukan untuk melakukan serentak: Bayar hutang dan buat pelaburan? Jika boleh, adakah pelaburan emas (bukan perhiasan) adalah pelaburan pertama yang sesuai?

    4. Sejujurnya, saya rasa berjimat itu membosankan terutamanya perlu ‘bermujahadah’ untuk elak dari satu-satu keinginan. Lagipun, saya rasa bila berjimat ini seolah-olah kebebasan untuk buat satu-satu perkara terbantut. Apatah lagi, tempoh untuk mempunyai financial freedom, ambil masa yang panjang. Bila rasa semangat berjimat tu kian luntur, baca buku kewangan..kembali semangat! Sekiranya buat tabungan untuk ‘hiburan’-melancong, beli gadjet, beli perabot rumah, etc- apa kaedah bersesuaian?

    Sekian, terima kasih.

    • Wslm Pn. Tasnim,

      Tahniah jika puan dilandasan yang betul.

      1. Sebaiknya, adakan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dulu sebelum settle semua hutang.

      2. Betul. Settle lebih cepat, lebih peace of mind dan dapat semangat baru untuk jadi lebih kaya! Buang yang keruh, ambil yang jernih. 🙂

      3. Boleh, kalau hutang tu interestnya rendah, atau hutang membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya dalam jangka panjang macam rumah, tanah, emas dan perak. Kalau interest tinggi macam kad kredit, lebih settlekan dulu sebelum buat pelaburan sebab takut tak berbaloi. Pelaburan apa tu terpulang, janji ianya terjamin dan menguntungkan. Saya suka melabur dengan membeli aset yang real macam emas, perak, rumah, tanah dsb. Kalau melabur dalam bentuk tunai seperti ASB, Unit Trust, Tabung Haji dsb, kebarangkalian duit tu bocor sangat tinggi sebab kita masih nampak “nombor”. Bila nampak “nombor”, otak kita automatik fikir mana nak belanja. 🙂

      4. Jangan berjimat sampai stress. Boleh beli gajet, pergi melancong, beli perabot dsb. Tak ada masalah. Janji kena buat bajet yang betul, dan jumlah berpada pada-pada, bukan dengan cara yang boros. Kami selalu hadiahkan diri sendiri bila capai sesuatu kejayaan dalam bisnes & kewangan, dan kami adakan simpanan bulanan untuk “entertainment”. Kami register sebagai ahli kelab berkuda (DARC). Sebulan 2 atau 3 kali bawa anak-anak ke sana. Yuran RM180 setahun. Ok la tu. Kami jadi member Genting Theme Park. Sebulan sekali kami ke sana bagi anak-anak main. Kos dalam RM900 setahun. Jarak pun cuma 55km dari rumah kami. Kami tak melancong sana sini sebab yang dekat-dekat pun tak habis melancong lagi. Sebenarnya, banyak ruang untuk “enternaiment” yang tak memerlukan kos pun. Hadir ke program komuniti dan program masjid tu boleh jadi “entertaiment” yang lebih berharga dari pergi melancong sana sini. Ramai orang berhabis duit untuk “entertainment” sebab terpengaruh dengan trend, iklan dsb.

      Wallahu a’lam.

      p.s. mohon maaf sebab baru sempat reply. saya perlukan masa yang panjang untuk jawab soalan yang panjang.. 🙂

  • Alhamdulillah. Terima kasih atas jawapan. Jawab lambat pun tak apa, asal saya dapat ilmu baru 🙂

    1. Bagi pelaburan dalam ASB & Tabung Haji, adalah lebih elok biarkan dividen & bonus bercambah sehingga tahun matang, atau lebih baik keluarkan pada hujung tahun untuk beli emas?

    2. Saya berpendapat untuk pertama kali bagi pelaburan hartanah, sebaiknya fokus kepada bisnes rumah sewa di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi (baca: permintaan tinggi). Maka, setiap bulan kami boleh memperoleh keuntungan hasil sewaan tersebut. Suami saya pula berpendapat lebih baik beli tanah yang boleh dituai hasilnya, kerana keuntungannya lebih besar berbanding rumah sewa apabila tuaian sudah matang. Apa pendapat En. Zulkifli?

    3. Sekarang agak stress sebab nisbah hutang kepada pendapatan agak besar. So, tahun ini memang tahun ‘bermujahadah’ la. haha. InsyaAllah, awal tahun depan turun ratio nisbah tu, boleh la buat ‘tabungan entertainment 5%’ bak kata Irfan Khairi 😀 Mujur awal tahun dah mula buat pembayaran pakai wang kertas sahaja supaya lebihan berupa duit syiling boleh masuk ke tabung. InsyaAllah, tahun ni pergi yang dekat je-Genting Highland-sesuai dgn nilai dalam tabung 🙂

    Terima kasih.

    • Alhamdulillah..

      1. Saya prefer beli emas sebab kalau di biar macam tu, ramai orang suka belanja duit dividen. Dan akhir sekali tabungan jadi susut.

      2. Mana-mana pun ok, janji ada ilmu tentang pelaburan tu. Kedua-duanya ada sepak terajang masing-masing. 🙂

      3. InsyaAllah. Tak apa bersusah-susah sekarang. Barulah nanti akan rasa nikmat sebuah kejayaan.

  • Terima kasih tuan… saya sgt bersyukur & bertuah krn dipertemukan dgn blog tuan… Dan skrg saya sedang menetapkan matlamat pertama & kedua sekaligus… In shaa allah… Doakan saya berjaya… Aminnn…

  • Salam en zul. Maaf bertanya lagi. Mohon bantuan nasihat. Gaji saya RM7,700.00. Potongan semuanya RM4,345, meliputi bayar ansuran ASB 1,100, rumah pertama RM455, rumah kedua RM1,000, hutang personal, RM1,630(sebahagian digunakan utk langsaikan loan kereta, PCB RM160. Gaji bersih RM3,355. Jika saya dapat sedikit duit jualan tanah wasiat berjumlah RM42,000, adakah lebih baik melabur dalam ASB atau menjelaskan personal loan yang saya pinjam RM115,000 tersebut untuk memendikkan tempoh pinjaman. Untuk makluman encik zul, saya membeli rumah utk anak2 memandangkan harga rumah yg mendadak naiknya. Tak dapat saya bayangkan, harga rumah teres setingkat di lembah kelang pada tahun 2020 berkemungkinan mencecah RM400,000 setelah terbaca dari satu blog baru2 ini.

    Terima kasih. Moga dirahmati Allah swt. Amiin..

    • Wslm Pn. Nor,

      Saya syorkan RM42,000 tu lebih baik digunakan untuk settlekan personal loan. Prinsipnya, semua hutang membeli barang yang susut nilainya perlu disettlekan dengan cepat. Hutang membeli aset yang meningkat nilainya macam tanah, rumah dsb tak perlu disegerakan sebab worst come to worst, kita boleh jual jer aset tu dengan nilai yang lebih mahal untuk buat full-settlement.

      Wallahu a’lam.

  • Slm…..sy….dlm..kebinggugan..tlg bg nasihat….sy ada sebidang tanah ..hasil pelaburan 15thn dulu..sy telah jualkan..rm360000…jd..skrg..income tetap sy rm3000..cukup2..Kpd keluarga…dgn 7 org anak…hutang 2..tiada..so..mcmmana nak jana duit tu..dlm masa 3 thn ni..sbb akan habis kontrak kerja…tlg tuan bg pencerahan…kalau boleh sy ada
    pendapatan tetap dlm..rm..5000 sebln

    • Wslm En. Mahmud,

      Dengan modal RM360,000, antara idea yang mungkin boleh dibuat ialah beli 3 buat apartment kos sederhana dan sewakan dalam bentuk penuh kelengkapan rumah. Kalau rumah apartment kosnya sekitar RM120,000 kalau di KL ni boleh disewakan sekitar RM500 – RM800 bergantung kepada lokasi. Untuk tingkatkan nilai sewa, jadikan rumah tu sebagai asrama yang fully furnished. Target penyewa orang bujang yang bekerja dengan sewaan sekitar RM200 sebulan. Sebuah aparment boleh muat dalam 8 – 10 orang. Masa sebuah rumah boleh dapat sekitar RM1,600 (RM200/seorang x 8 orang) sebulan. Kalau 3 buah rumah sewa boleh la dapat sekitar RM4,000 sebulan selepas tolak pelbagai kos.

      Sekadar idea yang saya nampak.

      Wallahu a’lam.

  • Salam..
    Saya bekerja kerajaan dan gaji bersih sy setelah dipotong pinjaman peribadi adalah sebanyak RM400 shj.. suami sy tk bekerja kerana perlu menjaga anak sy yg berusia 1 th.. jika hantar ke pusat jagaan kanak2 memerlukan belanja yg tinggi.. jadi untuk sementara waktu sehingga dia dapat kerja, suami mengambil alih menjaga anak di rumah.. kami sentiasa tidak cukup wang.. sy ingin membantu suami tapi tk berdaya.. suami sy juga telah berusaha melakukan berbagai pekerjaan tapi pendapatan kami masih tidak mencukupi.. sy amat tertekan.. jadi apa perlu sy dan suami lakukan utk mendapatkan pendapatan sampingan.. harap tuan dapat memberikan beberapa idea.. sy amat buntu sekarang..

    • Wslm Pn. Liana,

      Ada dua pilihan jer, samada suami kena cari kerja atau mulakan bisnes sendiri. Memang tak ada jalan short cut. Usahakan dengan sabar, insyaAllah Tuhan akan bukakan jalan. Rezeki kita Allah dah jamin, kita cuma perlu usaha jer. Kami suami isteri pun pernah lalui zaman sempit seperti puan, tapi pengalaman itulah yang menjadikan kami lebih baik pada hari ni, alhamdulillah.

  • Tuan,saya baru tingkatan 2 (2013), macam mana cara nak simpan duit?banyak nak kena guna duit. Nak beli uniform dan saya nak beli beberapa produk kecantikan (hehe). Agak2 berapa duit kena simpan sehari?duit belanja rm 5 sehari

    • Cik Mashitah,

      Simpan seberapa banyak yang boleh. At least RM1 sehari. Bagus tu belajar menyimpan bermula dari sekolah lagi. Kalau ada ruang, belajar berniaga sambil belajar. Sekarang ni ada internet, pelajar pun boleh berniaga.

      Wallahu a’lam.

  • Tuan, saya ingin meminta pandangan. Saya sedang menunggu untuk dipostingkan sebagai seorang guru. Saya tidak ada langsung duit simpanan buat masa sekarang. Gaji permulaan hanyalah RM 1900+ (tidak termasuk elaun lain). Saya ingin mula melabur untuk menjana pendapatan tambahan. Apakah yang perlu saya lakukan dahulu?

    1. Menyimpan duit simpanan ( 3 bulan, 6 bulan…)
    2. Membeli kereta (patutkah saya beli kereta yang simple sahaja dahulu? Bayaran sebulan sekitar RM 500 sahaja.)
    3. Membuat pinjaman dan membeli apartmen kemudian sewakan (saya berada di Kuching).
    4. Selebihnya, membuat pelaburan dalam bentuk dinar emas (dengan duit lebihan).

    • Cik Ana,

      Untuk graduan baru, saya ada 3 nasihat penting. Cik Ana boleh baca nasihat saya di http://www.mohdzulkifli.com/2013/06/3-nasihat-kewangan-graduan-baru.html.

      1. Graduan baru ikut pada perkiraan saya perlukan at least RM30k untuk 3 tahun pertama memulakan hidup. Jadi kena menyimpan at least RM1,000 sebulan. Kalau gaji RM1,900, guna cuma RM900 je untuk hidup bulan-bulan. RM1,000 mesti simpan. Lebih baik ikat perut masa bujang berbanding ikat perut anak-anak bila dah kawin nanti.

      2. Kalau boleh pakai public transport lagi baik. Kalau boleh tumpang kereta kawan pergi kerja lebih baik. Bayar tambang kat dia jer. Kos kereta ni mahal. Kalau ansuran RM500, sebenarnya kita kena simpan RM200 lagi sebulan untuk tampung road tax & insuran, maintenance dan berbagai. Siapa cepat sangat beli kereta, dia akan lambat menyimpan, dan lambat kaya. Takut-takut nanti terpaksa hutang sepanjang hayat.

      3. Kalau Cik Ana duduk di Kuching at least untuk tempohh 5 tahun, boleh pertimbankan beli apartment untuk disewakan. Kalau tak, simpan jer dulu duit tu.

      4. Nasihat saya, simpan 3 bulan pendapatan untuk kecemasan, selebinya baru melabura. Cik Ana boleh baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2013/11/simpan-3-bulan-pendapatan-labur-selebihnya.html.

      Wallahu a’lam.

  • Salam.
    Saya student yang dah habis belajar dan berkerja. Dah hampir 2 bulan saya berjaya menyimpan rm1500 daripada gaji saya. Saya masih tertanya-tanya. Adakah patut saya simpan duit tu dalam bentuknya atau simpan dalam bentuk emas? Dan kalau saya nak beli rumah pertama, apa yang lebih baik? maksudnya, adakah saya perlu mengumpul wang sehingga cukup ukemudiana menabung untuk membeli rumah atau terus membeli rumah? Terima kasih.

    • Wslm Cik Adreefy,

      1. Graduan baru perlukan lebih kurang RM30,000 dalam tempoh 3 tahun untuk memulakan kehidupan. Bagi saya, perlu ada simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan dulu, selebihnya baru boleh beli emas. Kalau nak beli pun, beli sekeping jer dulu coin 1 dinar, selebihnya simpan duit tunai untuk cukupkan RM30k. Emas tu untuk dijadikan motivasi kumpul harta.

      2. Kalau nak beli rumah, kena cukupkan tabungan untuk bayar deposit 10% + 5% kos-kos berkaitan. Beli rumah pakai loan tak ada masalah tapi pastikan ansuran bulanannya ringan untuk dibayar.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum tuan,
    saya ada persoalan.
    1. saya ada sebuah rumah landed yg disewakan rm 800 sebulan (saya bayar rm1100) dan pada masa yang sama ada personal loan rm 1200++ sebulan (settle kereta + bisnes kecil2) ..saya rasa penat je dok bayar loan, tahun 2018 baru settle. Rumah sewa tu umurnya 8 tahun (leasehold) kalau dijual mungkin saya akan dapat cash dlm 100-150k..
    soalan saya
    1. perlukah saya jual rumah dan dapatkan cash utk settle loan atau biarkan saja rumah tu terus naik harga dan terus bayar loan? atau
    2. jual rumah dapat cash, simpan dan teruskan bayar loan. atau
    3. jual rumah dapat cash, beli 2 apartment, terima sewa rm1200 sebulan (anggaran)
    3. layan je la bayar loan dgn rumah.

  • Assalamualaikum en zulkifli.
    Sy telah lama mengikuti blog encik zul selama ni. Blog en zul benar2 beri pengetahuan berguna buat sy. Sy ada sedikit mslh & ingin mdengar pndpt en zul sekiranya idea en blh mbantu sy. Sy berusia hjg 20-an mencecah 30 pd the dpn. Sy tlh bekerja dgn pndptn bersih sekitar rm2000 sebulan (slps tolak epf, loan kreta & loan peribadi – loan itu diambil krn tlh mbeli tnh pertanian pd 3 thn lps atas saranan bapa). Sy masih bujang & masih mencari-cari calon yg sesuai selepas putus bbrp kali sblum ini. Tinggal di shah alam bersama keluarga & bekerja di petaling jaya -perlu travel setiap hr utk bekerja dgn kreta.

    Soalan sy ialah: sy teringin hndk mbeli rmh di lembah klang krn rmh yg kami duduk skrg adalah milik ayah. Sy mpunyai 6 org adik-beradik & sy adlh anak yg ke-2. Bagaimana sy blh menyimpan wang sy sbyk rm 2k itu utk mbeli rmh sndiri & apakah jenis rmh yg sy mampu mbeli nya buat masa terdekat ini (anggaran hrga rmh)? Adakah berbaloi jika sy beli rmh di kwsn lembah klang krn majikan pekerjaan sy blh mengarahkn sy bertukar ke mn2 cwgn slps suatu tempoh tertentu?

    Utk makluman en zul, tnh pertanian yg sy beli itu mampu menjana hasil sekitar rm500-800 sebulan sekiranya pertanian yg sy usaha kn tidak diserang penyakit. Hasil mgkin akn meningkat naik sekiranya hrga bhn mknn naik pd masa hdpn.

    Terima kasih.

    • Wslm En. Faiz,

      Kalau ada extra RM2,000 sebulan tu dah memang boleh beli rumah. Kalau bertukar-tukar lokasi bekerja, memang kena beli rumah yang senang disewakan. Dan bagi saya, rumah tu mesti kawasan Shah Alam juga. In case En. Faiz kerja di luar Lembang Klang, at least ada orang tengok-tengokkan.

      Masa umur muda ni bagus beli rumah sewa supaya duit lebihan yang banyak tu selamat dari “kebocoran”.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum en.zul
    saya baru balik dr dengar taklimat simpanan emas arrahnu serambi emas 35% 65%,saya rasa nk penjelasan dr en.zul,saya keliru..

    • Wslm En. Shahir,

      Cara Skim 65 : 35 tu sangat berisiko. Kalau harga emas turun 10%, kita akan rugi 100%! Terlalu ramai orang yang akhirnya terjerat dengan ar-rahnu. Saya sangat tak syorkan skim begitu. Beli emas dengan modal yang sedia ada jer dah cukup. Tak perlu pinjam duit ar-rahnu 65%.

      Saya akan tuliskan artikel khas tentang skim ni, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • as salam en zul..saya dpt tahu psl blog ni waktu beli alquran digital bru2ni.n dpt buku mini mudahnya menjemput rezeki.. Saya nak minta pendapat en zul..
    1. Saya da personal loan yg sy kena bayar 911 setiap bulan utk 10 tahun.
    2. Saya turut membayar ansuran kereta rm 480 sebulan utk 9 tahun.
    3.sewa rumah rm250 sebulan.
    Macamna saya nak bahagikan duit utk simpanan kecemasan sebab gaji bersih saya dlm rm 2000.boleh tunjuk ajar x.huhu.

    • Wslm Pn. Asikin,

      Bagi saya tanggungan loan tu terlalu besar berbanding dengan gaji puan. Kos kereta tu sebenarnya bukan RM480 sebulan, tapi RM680 sebulan sebab puan sepatutnya kena reserve RM200 sebulan untuk maintenance, road tax & insuran kereta. Jadi seolah-olah puan dah tak ada baki untuk simpanan. Saya syorkan puan mulakan dulu menyimpan dengan berapa sahaja yang mampu dulu. Lepas tu mesti cari jalan tambahkan pendapatan samada cari kerja baru yang gajinya lebih besar atau mulakan bisnes sendiri. Angggaplah setiap hasil dari bisnes / kenaikan gaji untuk tambah tabungan. At least mesti simpan 3 bulan pendapatan.

      Wallahu a’lam.

      • Aah.. Saya pun ada buat kira2 juga.dan mmg nmpk mcm xda lagi baki utk simpanan.pinjaman peribadi tu agak besar saya ambil.tp bertujuan utk hal keluarga n mak ayah d kpg.in shaa Allah en zul.saya akn cuba menyimpan yg saya mampu dahulu.terimakasih ats nshat yg d berikan. 🙂 semoga Allah memberkati keluarga en zul.

  • Alhamdulillah, sy juga skrg dlm process mengumpul 1 juta yg pertama dlm hidup. Mudahan2 tercapai sebelum mencecah umur persaraan. Perkongsian yg amat menarik. Selesaikn ‘bad debts’ dahulu sebelum mengumpul kekayaan. Tahniah bt penulis.

  • Assalam Tuan Zul,

    Sangat impress dengan penulisan tuan zul. Minta sedikit advise untuk saya:

    – Saya berumur 27 tahun, isteri yang berkerja dan mempunyai seorang cahayamata berusia setahun 2 bulan

    – Kami suami isteri mempunyai hutang kad kredit, personal loan, kereta, rumah, dan beberapa hutang bulanan utiliti yang lain seperti Astro, elektrik, broadband.

    – Suami sebelum ini ada beberapa hutang personal loan dan kad kredit dari zaman bujangnya. Tapi dia jenis yang konsisten bayar setiap bulan. cuma hutang tu tak pernah habis. Tahun lepas suami mintak tolong saya untuk buat personal loan atas nama saya (saya sblm itu ada hutang loan kereta shj) untuk membayar hutang-hutangnya dan untuk membuat modal permulaan bisnes part timenya (suami ada biz part time repair aircond dan wiring). Saya apply loan dalam 30k dan menyerahnya kepada suami. Dia langsaikan semua hutang kad kredit dan personal loan. Tapi hanya menutup terus 2 drpd 3 kad kredit yg ada. katanya untuk emergency case. Dia bercadang untuk berhenti kerja dan buat full time biz tapi sehingga kini belum tercapai hasratnya. baki loan ada dalam RM11k lagi. dan kami tiada simpanan yang banyak cukup setakat 2/3 bulan gaji shj.

    – So sekarang ni kami ada hutang 1 kad kredit (continously, dah guna.. bayar), personal loan, kereta, rumah dan beberapa utiliti lain.

    – Saya pula ada niat untuk berhenti kerja sebab lebih suka buat bisnes, tapi suami tak konfiden. Saya ada buat part time menjual barangan online (sebahagiannya dropship shj). Suami kata, kalau saya mampu jana pendapatan sekurang2 nya 1 atau 2 kali gaji sebulan drpd bisnes baru fikir utk berhenti kerja. tapi saya belum mampu untuk dpt pendapatan sebanyak itu. (suami tak konfiden kalau die bekerja sorang dia risau tak dpt byr semua hutang bulanan). Masalah sy dlm biz, saya jarang dpt simpan hasil keuntungan. kadang-kadang saya ambil duit hasil pusing balik buat modal beli brg.. kdg2 sbb duit hasil tu bercampur dgn duit personal dlm acc. kdg2 sy guna duit tu untuk beli brg2 keperluan lain.

    – saya ada juga beli emas tapi kebanyakannya berbentuk brg perhiasan. Saya fikir emas lama-lama simpan nilai makin berganda/ emas boleh sy jual jika terdesak. tu je yg sy fikir psl emas.. ke cara sy fikir ni slh? apa lagi faedah simpan emas? sy xde ASB sbb ada rs ragu2.

    mohon advise dr tuan. tq

    • Wslm Pn. Mai,

      Saya tak pasti apa nasihat terbaik untuk puan dan suami, cuma kalau saya ditempat puan, saya akan;

      1. Fokus simpan 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.
      2. Kemudian, langsaikan hutang-hutang “jahat” seperti personal loan, kad kredit dan kereta.
      3. Simpan 100% pendapatan daripada bisnes dan kerja part-time. Kalau nak guna pun, tak lebih 50%.
      4. Convert simpanan jangka panjang ke dalam bentuk emas untuk elak kebocoran wang.
      5. Beralih kepada bisnes sepenuh masa bila income bisnes 2 kali ganda dari gaji selama at least 6 bulan secara konsisten.

      Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum w.b.t,

    Maaf jika pendapat saya ini tidak boleh diterima pakai. Bila saya baca komen-komen di sini saya dapati ramai yang membuat simpanan di Tabung Haji dan ASB. Alhamdulillah teruskan.

    Tetapi konsep simpanan saya pula berbeza. Ini kerana pengalaman arwah ibu yang sakit sejak kami kecil menyebabkan saya didedahkan dengan peri pentingnya saving protection financial planning dalam hidup. Maksudnya perlu ada insurans bagi melindungi saya dan kaum keluarga sekiranya berlaku apa-apa kepada kami.

    Saya perhatikan konsep saving protection ini masih ramai yang tidak memahami. Semasa saya mula-mula bekerja, perkara pertama yang saya lakukan adalah mengambil insurans yang mempunyai perlindungan kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal, kad medical dengan jumlah perlindungan sehingga RM1juta, dan juga simpanan berasaskan pelaburan. Ke semuanya dalam satu pelan takaful patuh syariah.

    Selepas itu, barulah saya menyimpan di tabung haji dan juga unit amanah public mutual dan cimb wealth.

    Bakinya pula baru saya belanjakan dan membayar hutang.

    Pendapat saya, dengan adanya simpanan dan kad perubatan, saya tidak perlu risau tentang bil rawatan hospital yang sangat-sangat mahal sekarang. Sekiranya saya sihat dan mencapai umur 70 ke 80 tahun, wang itu akan dikembalikan kepada saya dengan pelaburan dan profit sekali. Sekali lagi simpanan tabung haji saya tidak perlu saya kacau untuk membayar bil hospital.

    Hanya pendapat insan kerdil.

    • Terima kasih Pn. Raihani atas pandangan.

      Saya setuju sebahagian daripada pendapat puan. Cuma bagi saya simpanan dan perlindungan tu berbeza. Takaful bukan simpanan, tapi ia perlindungan. Kalau puan tahu ke mana duit takaful tu pergi, berapa peratus duit caj wakalah fees yang dipotong dari caruman, dan betapa tak tepatnya “sweet” projection yang ditunjukkan oleh ejen takaful / insurans, bagi saya ia memang merugikan dari sudut “saving”. Saya dah lebih 10 tahun dalam industri insuran & takaful. Panjang kalau saya nak ulas topik takaful ni.

      Saya memang bayar caruman takaful untuk perlindungan kemalangan diri & penyakit kritikal tapi caruman saya bukan simpanan. Kalau saya bayar RM200 sebulan, RM200 tu adalah infaq saya 100%. Saya tak expect apa-apa simpanan disitu. Cuma bila berlaku musibah, saya dilindungi.

      Saya tengok ejen takaful / insuran “mislead” orang ramai bahawa takaful adalah simpanan. Sedangkan nilai simpanan dalam takaful jauh lebih rugi berbanding simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Takaful ada protection, bukan simpanan. Saya pernah sentuh topik takaful dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/persiapkan-waris-rm1-2-juta-sebelum-mati.html .

      Wallahu a’lam.

  • en zul, adakah berbaloi jika sy menjual barang kemas (emas) untuk settlekan loan? unt makluman en zul, sy ni suka beli brg kemas hinggakan cash money sy xde dlm simpanan.ada je duit sy belikan brg kemas.
    jika sy jualkan brg kemas tersebut (hanya simpan unt yg dipakai saja) dan settlekan loan yg blh dsettlekan dgn hasil jualan tersebut.berbaloi x?

  • Assalamualaikum…

    Saya kerja kerajaan gaji dlm RM2000 termasuk elaun..
    ada baki hutang personal loan RM 17k hingga 2018,
    sebulan rm 319..
    masalahnya skrg saya perlu beli kereta untuk kegunaan hantar anak sekolah thn depan, apa cadangan en zul untuk saya?
    kalau boleh saya memang nak start settle kan hutang tp mcm terpaksa buat loan utk beli kereta gak, saya tak kisah kancil @ viva pun ok dh
    terima kasih

  • Salam

    Saya masih bekerja dengan swasta tetapi plan nak berhenti kerana agak stress. Malangnya masih tiada idea untuk mulakan business.
    Alhamdulillah saya tiada hutang hanya suami masih berhutang loan kereta dalam 3 tahun lagi. Duit simpanan cukup pendapatan setahun.

    Mana lebih utama samada beli emas atau beli rumah kedua dan ketiga untuk disewakan. Daripada pembacaan, En. Zul sarankan membeli apartment berbanding landed, kenapa ye…saya tinggal di jb. Harga rumah disini memang melambung tinggi…Nak beli rumah mampu milik (<RM220,00) pun tak cukup syarat, gaji melebihi had…kalau beli rumah mahal, tak boleh cover loan pulak…

    Saya betul2 didlm dilema utk buat keputusan yg terbaik…minta pendapat En Zul ye…Terima kasih bnyk2 atas bantuan nasihat dan masa yg digunakan… hanya Allah yang akan membalas…

    • Wslm Pn. Hanim,

      Alhamdulillah, bagus tu kewangan puan dalam keadaan sihat.

      Saya syorkan beli apartment sebab ia lebih mudah disewakan. Pendapatan daripada sewaan apartment agak konsisten berbanding landed house. Tapi dari sudut kenaikan harga, landed house jauh lebih baik.

      Saya tak pasti apa cadangan terbaik untuk puan berhenti kerja. Kalau suami puan mampu, bagi saya berhenti kerja tak ada masalah. Berhenti dan explore peluang-peluang jana pendapatan dari rumah. InsyaAllah rezeki tu memang ada, cuma kena rajin, usahakan apa yang betul dengan sabar.

      Wallahu a’lam.

  • blog yg sgt bagus buat motivasi. Sy baru lepaskan hutang2 yg membelenggu saya beberapa lama. Empat tahun saya ambil risiko berhenti kerja dan buat kerja sendiri, dan kini saya hanya tinggal hutang rumah seratus ribu dan hutang kereta 9000. Kini saya nak fokus sejuta dlm masa empat tahun, insyaallah. Dalam tangan saya sekarang cuma ada tujuh ribu, hehe…

  • As salam,
    En Zul,saya berasa beruntung dapat membaca blog En Zul ni,,,
    Persoalan saya begini,
    Saya bekerja makan gaji,gaji kasar lebih kurang rm4500,setelah ditolak beberapa komitmen yg lain tinggal lah baki bersih lebih kurang rm500.Saya cuba utk menyimpan 10% drpd gaji tp sampai sekarang belum berjaya melakukannya,isteri saya berniaga tp saya rasa dia juga tidak membuat saving juga ….minta cadangan dan pendapat en zul..

  • assalamualaikum en zul, maaf saya ingin minta pendapat dan bertanya….
    1. di mana saya patut beli dinar tue?? dan buat pelaburan???
    2. saya ingin minta pendapat,dalam masa bebepa minggu sahaja saya akan mendapat sedikit duit dlm 20k, dengan duit tersebut dah bermcam didlm kepala yg ingin saya beli dan tunaikan… sekarang ni saya berfikir untuk menyimpan sedikit duit itu dan menggandakannya supaya ianya tidak habis begitu sahaja..solanya bagaimana caranya untuk saya menggandakkan duit tersebut???? supaya ia tidak hilang dan saya masih boleh merasa nya sehingga berpuluh tahun pun…sekian…minta pencerahan…terima kasih…

      • en zul terima kasih kerana menjawab persoalan saya,
        terbaru saya dah tersilap langkah dan masuk ke dalam biz yang saya tak berapa tahu hujung pangkalnya.cuma apa yang saya tahu jika saya cari orang dan ramai orang yang say abawa join sekali biz ni lebih bnyak lah income yang saya akan dapat.caranya seperti MLM.tapi konsepnya nmpak lain.hanya laburkan rm 10 ringgit sahaja,dan saya perlu mencari downline seramai 5 0rg,seterusnya downline saya kene pulak buat benda yg sama iaitu mencari lagi 5org dan begitulah seterusnya.
        sekrang saya merasa tertekan sebab kene mencari orang hanya untuk menambah pendapatan saya. adakah cara saya itu boleh berjaya??? kerana mengikut upline saya , lebih kan kerja keras dan kita akan berjaya.sila berikan pendapat….. adakah cara ini dianggap berniaga.

  • Assalamualaikum… Saya nak tanya… Macam mana nak kumpulkan duit sebanyak rm300 dalam masa dua bulan? Saya masih belajar di Tingkatan 3 dan duit saku saya rm 4 @ rm 5….

    Yang penting saya tidak menggunakan perniagaan dalam talian untuk mendapatkan jumlah tersebut

    Tolong respond ye…

  • Assalam tn
    Sy kktgn krjn n gaji rm 6k.setelah ditolak hutang kreta rumah n personal.gaji sy bbaki rm 1k.jika ditolak lg dgn lain blnja dpor anak minyak kreta n lain2.negatif rasanya.mohon nasihat tuan yg berpngalaman.tk semoga allah mrahmati kita semua.

    • Salam En. Nik,

      1. Belajar ilmu kewangan.
      2. Perbetulkan disiplin kewangan.
      3. Tanam tabiat menyimpan.
      4. Letak sasaran menyimpan harta hingga 1.2 juta.
      5. Usahakan bisnes sendiri untuk cepat tambah simpanan.
      6. Boost duit simpanan yang ada dengan labur dalam hartanah (manfaatkan pinjaman bank).
      7. Sebelum labur dalam hartanah, belajar dulu ilmu pelaburan hartanah.

      Itulah lebih kurang cara cepat capai sasaran simpanan.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum,
    Terima kasih atas perkongsian yg baik..saya juga ingin mencapai sasaran spt itu..simpanan >1 juta..saya seorang guru, ibu, anak dan kakak..
    Alhamdulillah,Allah lorongkan saya untuk berjimat sejak di alam persekolahan sebab asal dari keluarga yg susah..sekarang saya ada 4 buah rumah yg disewakan (tapi masih berhutang dgn bank), ada sedikit simpanan tabung haji, unit trust Islamik, sher dalam Bank Persatuan, dan sedikit simpanan emas fizikal..saya masih ada personal loan..setiap bulan saya akan menyimpan dalam tabung haji (dengan duit gaji) dan mulai awal tahun ini saya dah beli emas fizikal setiap bulan (dengan duit sewa rumah dlm 2500 sebulan)
    soalannya
    1-perlukah saya jelaskan personal loan dengan segala simpanan saya..atau biarkan je dipotong bulanan sebab selepas potongan saya masih boleh menyimpan..
    Syukran..

    • Wslm Pn. Siti,

      Alhamdulillah. Saya seronok baca status kewangan Pn. Siti sekarang. Bagi orang yang memang ada disiplin kewangan yang baik macam Pn. Siti, bagi saya tak kisah samada dan buat full settlement personal loan atau manfaatkan duit yang ada tu untuk kembangkan kekayaan e.g. beli rumah sewa lagi. Bagi saya, dua-dua pilihan yang baik. Kalau settle personal loan pun baik juga sebab ia akan bagi semangat baru untuk kembangkan lagi kekayaan.

      Wallahu a’lam.

  • asslamualaikum en.zul..sy ada satu masalah…pendapatan saya rm 2295 setelah tolak hutang2 bulanan(kereta 460, insurans anak,110 belanja harian&petrol rm 600, kecemasan rm100, hutang aeon credit 220 last pyment bln 4 thn hadapan) baki tinggal rm805..sy bercadang menghantar anak ke tadika swasta yg bayaran bulanannya rm350sebulan..anak saya tahun hadapan 4tahun….dan sy ada matlamat untuk ada simpanan sebanyak rm50k dalam tempoh 4/5tahun akan datang….persoalannya sekarang patutkah saya menghantar anak sy ke tadika n bagaimana saya mahu kumpul duit sebanyak 50k tu…sehingga sekarang sy tiada simpanan… trima kasih

    • Wslm Puan.

      Terpulang kepada pertimbangan puan yang mana keutamaannya.

      Untuk kumpul duit, tak ada jalan lain melainkan kena (1) tambah pendapatan, atau (2) kurangkan perbelanjaan yang tak perlu. Apa pun, simpanan sangat perlu sebab dengan duit simpanan yang ada, lebih mudah kita kembangkan kekayaan. Kalau tak ada simpanan, susah kekayaan nak berkembang.

  • Assalamualaikum …

    Saya seorang pekerja kerajaan … Usia 39 tahun dengan seorang isteri dan 4 orang anak … Isteri tidak bekerja … Saya telah banyak melakukan kesilapan dengan membuat hutang dan mengikut nafsu berbelanja ketika muda dahulu … Sekarang saya mempunyai niat dan tekad dengan izin Allah untuk menghapuskan semua hutang saya … Biar saya segar dan kembali tenang …

    Pendapatan :-

    Gaji saya RM3000 termasuk elaun …
    Rumah saya sewakan … RM700
    Jumlah RM3700 sebulan …

    Perbelanjaan :-

    Rumah RM442
    Pinjaman peribadi RM1100
    Sewa rumah RM500
    Jumlah RM2142

    Pendapatan tolak perbelanjaan bakinya :- RM Rm1550

    Bayangkan baki itu la belanja dapur dan pasar, anak sekolah, api air, telefon, dan mcm2 lagi … Saya sangat terdesak … Jadi plan saya …

    Perancangan :-

    Saya jual rumah RM240000

    Tolak semua hutang RM180000

    Gaji penuh RM3000 (Gaji bersih)

    Baki RM60000

    Saya beli rumah kos rendah … Masih ada rumah lelong bawah RM20000 di Johor … Rumah setingkat … Saya akan renovate dan sewakan RM300 …

    Baki RM40000

    Saya betulkan kereta dan renovate rumah RM5000

    Baki RM35000

    Saya simpan dalam Tabung Haji dengan keuntungan 6% setahun … Insya Allah saya takkan usik … Setiap bulan saya boleh beri komitmen simpan dalam Tabung Haji sekurang2nya RM500 – RM1000

    Saya target usia 50 tahun nak pencen … Pencen awal … Duduk rumah murah yg saya beli dan buat kerja2 kampung … Usia 55 dapat pencen dan gratuiti kerajaan … Itu impian saya … Dalam masa terdekat saya nak buat dan saya dah pun mulakan … Doakan saya tuan … Saya nak bahagia ala kadar saja di dunia tapi saya bahagia yang hakiki di syurga kelak bersama keluarga saya …

    Terima kasih memberi saya peluang luah perasaan … Walau berat nak lepaskan rumah yg dah lama saya miliki dan renovate mcm2 tapi akhirat tujuan saya … Hutang ini menyesakkan dada saya … Saya dah tak mampu … Lagi sekali … Doakan saya ya tuan …

    Wassalam …

    • Wslm En. Mie,

      MasyaAllah, bagus tu perancangan En. Mie.

      1. Kalau lepas langsai hutang, cashflow bulanan dah jadi lebih baik, duit lebihan tu boleh jadi deposit untuk beli rumah lain yang mudah disewakan, dan boleh bagi cashflow yang positif. Itu cara lebih cepat untuk kembangkan kekayaan.

      2. Jangan risau untuk ‘berundur’. Kekadang kita perlu berundur dulu sebelum membuat serangan balas. Maksudnya, jual rumah tu dan susun bali strategi supaya En. Mie dapat memiliki lebih banyak hartanah.

      3. Untuk kembangkan harga dengan hartanah, saya syorkan En. Mie ambil masa baca buku-buku kewangan dan hadir seminar-seminar hartanah. Tak akan sama orang yang buat sesuatu tanpa ilmu berbanding orang yang berilmu.

      4. Untuk tingkatkan pendapatan, En. Mie boleh mulakan bisnes sendiri dari sekarang. Buat kecil-kecilan pun tak apa, asalkan berhasil. Nanti umur dah pencen, En. Mie dah ada bisnes sendiri yang boleh jana pendapatan berterusan disamping duit pencen.

      Wallahu a’lam.

  • Salam.

    Alhamdulillah saya tiada hutang yang banyak. Hutang belajar sudahpun tamat sebab ia separa biasiswa. Yang tinggal cuma hutang kereta yang masih berbaki, insya-Allah tamat pada 2020. Hutang lain macam kad kredit memang saya tak sangkut. Rumah pula masih merancang untuk membelinya nanti, insya-Allah 🙂

    Saya suka barang kemas dan beli sikit-sikit untuk simpanan. Tuan rasa nak beli barang kemas 916 atau dinar 999 lagi berbaloi kalau untuk simpanan? Yalah, untuk kecemasan, boleh juga guna kan..

    • Wslm Puan,

      1. Alhamdulillah.

      2. Kalau beli untuk simpanan, lebih untung beli gold bar 999.9 atau dinar 916 Public Gold berbanding barang kemas. Barang kemas rugi sebab (a) harga lebih mahal, (b) kos upah, (c) susut nilai sangat tinggi sekitar 25%.

  • Tuan,

    Saya & suami bekerja.Suami bergaji RM4k+ sementara saya hanya bergaji RM2k.Ada 3 orang anak.Kami ada 2 buah kereta & sebuah landed house.Kos bayar kereta sahaja RM960.00 & rumah RM840.00.
    Suami ada 2 personal loan,sementara saya -hutang2 saya poolkan ke AKPK gara2 tak mampu nak bayar.Hutang saya sahaja RM25K dengan kos bayaran bulanan sebanyak RM350.00.
    Secara perkiraan kasarnya gaji kami berdua memang defisit,serba tak cukup.Bayangkan hari nih baru 10/11- poket masing2 dah kering kontang.
    Tapi makan-pakai anak2 mmg jadi keutamaan, tak pernah lagi anak2 berlapar.Cuma kami suami-isteri yang survival hari2.Dan hari nih kami benar2 terpukul sebab anak sakit teruk,anak2 memang ada insuran disediakan oleh pihak majikan saya tapi nak mengadakan kos deposit wad rm300 pun kami takde.
    Dan kerana itu,kami mintak tangguh dari hosp utk masuk wad.Mahu monitor anak dirumah.Zalimnya kami sbg ibubapa.
    Kesilapan pertama kami dalam kira2 kewangan nih, kami berhutang rm100k untuk personal loan-settlekan hutang2 suami.Dengan duit itu jugak kami buat pendahuluan beli rumah & mula hutang baru,
    Saya cuma berharap ada idea nak berniaga sikit2 skrg ni.Semoga Allah permudahkan serba-serbi

  • Assalam saya umur 49 tahun, hampir 9bulan xde kerja syarikat tutup ada buat bisnis katering kecilan, boleh ke saya simpan 1.2 milion untuk financial free.

    • Wslm En. Khairul,

      Ianya tak mustahil. Rezeki kita Allah dah jamin, tapi kita tak tahu bila waktunya dan di mana tempatnya. Kita cuma usahakan jer. Serahkan kepada Allah yang selebihnya. Optimis dengan rezeki dari Allah.

  • Assalamualaikum En. Zul,
    Akak seorang pekerja swasta..umur 41 thn..keadaan company x stabil (kemungkinan tutup). Nk minta pandangan En. Zul dgn kewangan akak
    seperti berikut ;
    Gaji Kasar : RM 2,454.00, Bersih : RM 200*.00
    Simpanan : ASB RM 21K, THaji : RM 8K
    Jika company tutup dpt pampasan dlm RM 70K.
    Hutang atas nama akak
    Kereta 1 : RM400.00 (akak bayar) – balance htg : RM 30K
    Kereta 2 : Suami bayar (pinjam nama)
    Asb : RM 98.00 sbln-balance htg :RM10K
    Rumah :Nama bersama
    Lain2 : Insurans anak dan sendiri RM 162.00
    So far boleh bwt simpanan RM500.00 sebulan.
    In case klu d berhentikan kerja, ape yg selamat di lakukan dulu.
    Samaade settlekan hutang @ melabur kat tempat yg selamat
    .

    • Wslm kak,

      Apa yang penting ialah sumber pendapatan lepas diberhentikan kerja. Duit yang ada tu saya rasa tak perlu settlekan semua hutang. Bayar ansuran hutang seperti biasa, dalam masa cari sumber untuk jana pendapatan.

  • Assalam
    Saya sebgai abg sulong dri 7 adik bradik memberi cadangan pd mereka untuk buat simpanan tetap setiap bln sebyk rm100 seakan secara kutu. duit itu saya beli emas dinar tiap2 bln . mereka beri kepercayaan pada saya utk buat simpanan. Soalan saya adakah tindak itu betul?

  • Assalam saya ada hutang kereta lebih kurang Rm30 ribu (9 tahun) & hutang sebuah rumah kos rendah juga Rm30 ribu (27 tahun). Mana yg harus saya settle kan dulu hutang kereta atau rumah?. T.kasih

  • assalamualaikum tuan zul..moga ilmu dan nasihatn dapat mafaat kepada semua orang. saya ingin bertanya saya ada lebih kurang 200k hasil dari pinjaman personal load dan dilaburkan di dalam tabung haji untuk dapatka dividen tahuna.adakah tindakanl saya betul atau saya perlu laburkan ditempat lain dan saya ingin mejual rumah saya dengan kutungan 100k bagi membebaskan saya dari hutang bank.mohon pencerahan dari tuan zul.terima kasih.

    • Wslm En. Shamsuddin,

      Melabur dalam Tabung Haji menggunakan Personal Loan sangat tak berbaloi, bahkan boleh merugikan. Langsaikan hutang dan laburkan dengan duit simpanan sendiri sahaja.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum Tuan Zul..terima kasih atas nasihat tuan, tapi saya tak faham kenapa perlaburan di Tabung Haji tidak mengutungkan dan adakah menjual rumah bertujuan untuk membayar hutang di bank adakah betul tindakan saya ini.

    Tuan Zul… boleh mohon nasihat daripada tuan, apakah perlaburan yang mengutungkan pada masa ini, memadangkan umur saya 40 tahun dan bercadang untuk menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan dalam jangkamasa 10 tahun lagi untuk mencuba kehindupan baru di luar. Sebelum saya berhenti saya memerlukan simpanan paling kurang RM500,000.

    Tuan zul …bagaimana cara saya nak gandakan wang saya sebanyak RM200k untuk jadikan RM500,000 dalam masa 10 tahun.

    Saya dengan rasa rendah diri, mohon nasihat dan pandangan tuan, terima kasih.

    • Wslm En. Shamsuddin,

      1. Kalau rumah untuk boleh jana pendapatan (macam sewaan), lebih baik simpan rumah tu.

      2. Tak ada jalan senang untuk senang. Nak gandakan duit, kena berniaga. Belajar berniaga dari kecil-kecilan. Kalau duit RM200 kita belum mampu gandakan jadi RM500, jangan lagi bermimpi nak gandakan duit RM200k jadi RM500k. Risiko duit tu lebuh adalah lebih tinggi.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En. Zul. Terima kasih untuk tips yang diberikan.

    Pada pandangan En. Zul mana yang lebih baik? Membeli rumah untuk disewakan di kawasan kampus universiti atau membuat bisnes kereta sewa untuk pelajar universiti? Tujuan buat kereta sewa kerana saya ada adik yang belajar di universiti itu dan saya berhasrat membeli kereta baru. Saya sedar kereta merupakan satu liabiliti yang akan susut nilainya tapi rasa hati teringin bebenar nak memiliki kereta baru. Rancangannya, kereta lama akan dijadikan kereta sewa yang akan di uruskan adik saya. Dan hasil pendapatan kereta sewa akan digunakan untuk bayar bayaran bulanan kereta baru. Untuk makluman saya juga telah memiliki sebuah rumah yang dijadikan homestay. Apa pendapat encik? Terima kasih.

  • Assalam, En Zul,

    Jutaan tahniah En Zul kerana menjadi model muslim yang bijak dalam merancang kewangan. Sebenarnya saya terjumpa blog ni semasa saya cari rujukan jika saya hendak berhenti kerja sekarang (kerajaan) kerana ingin menjadi agen Takaful sepenuh masa.

    Gaji sekarang ialah RM 5300. Dah tolak KWSP , Socso, simpan tbg haji dsbnya, adalah 4300. Sekarang saya ada loan rumah RM 1500 sbulan, kereta RM 985 sebulan,Takaful RM 260 sebulan, personal loan RM 230 sebulan, utiliti RM 100. Saya juga simpan RM 1300 setiap bulan di tabung haji (1000 utk swndiri dan 300 untuk parents:baru start bulan Mei 2015).Sebelum ini cuma RM 100 sebulan untuk diri sendiri dan 200 untuk parents.

    Komisyen sebgai Agen Takaful saya sekranag ialah RM 1800.saya jadi agen sejak FEb 2014

    Bolehkah saya berhenti kerja atau bagaiman langkahnya?\\Terimakasih!

  • assalam en zulkifli,,,sy nk tanya,,saya baru dpt kerja kerajaan,,masih bujang dan belum ada kereta,,,jika saya nk beli rumah dahulu adakah ia pilihan yang betul??,,,bagaimana cara sy boleh beli rumah pertama untuk menjadikan ia rumah sewa,,,,????,,,

    • Wslm En. Amir,

      Beli rumah pelaburan dahulu sebelum beri kereta, bagi saya itu langkah yang bijak. Saya syorkan baca buku-buku pelaburan hartanah sebelum memulakan pelaburan hartanah. Antara buku yang bagus, Wa Tak Faham (Faizul Ridzuan), Tuan Rumah Jutawan (Azizi Ali) dan Mudahnya Membeli Rumah (Azizul Azli).

  • Assalam, en zulkifli… sy bekerja di sektor swasta.berumur awal 20 an.masih bujang.sy telah bekerja hampir 3 tahun. Gaji bersih setiap bulan rm2500.dah siap tolak kwsp. Pada tahun pertame sy bekerja sy telah membeli sebuah kereta dgn harga rm7000(kete xde hutang cume maintenance). Pada tahun kedua sy bt asb. Kerana tiada bebanan hutang sy menghabiskan 50 peratus gaji sy pade pelaburan tersebut sehingga kini. Sy tidak mahu meletakan duit simpanan sy pade pelaburan tersebut pada masa akan dtg. Dlm pada masa yg sama sy masih tidak mempunyai rumah. Jika sy tidak meletakan simpanan sy pade pelaburan tersebut.masih ade 90% dri gaji sy tiada komitmen. Masih tidak konsisten menyimpan

    Soalan sy,,
    1)adakah betul tindakan sy pada pelaburan tersebut
    2)apakah langkah terbaik untuk mejamin sy pada masa hadapan
    3) apakah panduan yg sy bole ikut sebb sy masih tercari- cari hala tuju simpanan kewangan sy.dan mempunyai impian simpanan kewangan yg banyak.

  • Assalamualaikum Tuan Zul

    Apa yg harus saya lakukan utk menyelesaikan kad kredit saya dlm RM40k?

    Saya fikir saya ini adelah seorang yang macam ok dlm menghadapi persaraan namun masalah kad kredit nilah yg menyesakkan otak. Perlukan saya jual umah atau refinance (tapi isu komitment).

    Saya memiliki 4 buah rumah Nilai umah (1)250k lagi setahun nak abis (2) 160k lagi 6 tahun nk abis (3) 100k dah abis dan (4) 200k 17 tahun lagi nak abis. saving dlm koop adelah dlm 35k. unit trust 35k(masa beli) tapi vakue jatuh jadik 25k aje (ni yg saya jadi skeptical pada UT variable price nih), asb dlm 10K. perlukah saya settle sebahagian utang CC guna cash yg ade. Tapi saya nk pegang cash sebab utk merebut peluang yg datang tanpa disangka sebenarnye..

    saya fikir nak reschedule CC ni tapi x tau dan tengah kering idea. Kalau tuan ade idea … saya minta jsa baik berikanlah pandangan. TQ

    • Wslm puan,

      Saya prefer buat full-settlment hutang kad kredit RM40k tu dan potong kad tu. Habiskan duit simpanan tu pun tak apa. Lepas tu fokus kumpul balik. Kad kredit yang tertunggakk tu satu beban kewangan yang besar.

  • Jalan-jalan bw terserempak dengan blog ni. Sangat mengaggumkan entry ni dan jugak entry2 yang lain. entry-entry tuan banyak membantu orang lain. Banyak orang tak tahu pengurusan kewangan dan akhirnya terperangkap dengan hutang seumur hidup. Pergi kerja balik kerja setiap hari sampai pencen.

    • Wslm Pn. Imah,

      Simpan 10%. 10% tu potong siap-siap masuk tabung simpanan. Baki selebihnya baru digunakan.

      Kalau pendapatan tak cukup, kena tingkatkan pendapatan. Cari kerja yang boleh bagi gaji lebih baik ataupun mulakan bisnes sendiri.

  • Slm tuan haji..
    sy umar aziz berusia 21thn
    saya kerja despacth sbulan rm1000..
    Mlm buat part time burger lbh kurang income rm20k sbulan..dh mniaga burger lbh kurang 5thn..so total saving skg ni rm1juta lbh..ssuai ke sy beli rumah cash thn ni..mintak pandangan tuan haji

    • Wslm En Umar,

      Kalau untuk duduk sendiri, beli cash lebih baik.

      Tetapi dengan umur En. Umar tu, saya prefer beli cash rumah-rumah untuk pelaburan dulu. Beli rumah untuk disewakan. Hasil dari sewaan tu nanti baru gunakan duit untuk beli rumah duduk sendiri.

      Dengan modal RM1 juta tu, boleh beli sekurang-kurangnya 4 atau 5 buah rumah secara tunai (kalau tak nak buat pinjaman) yang boleh jana pendapatan bersih sekitar RM4k – RM5k sebulan.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Sangat bgs tips yg diberikan serta sangat2 bermanfaat. Asalnya saya terjumpa blog ini bila saya searh berkenaan dengan pelaburan emas. Saya sangat berminat dengan pelaburan emas tapi bila terbaca tips di atas saya nak minta pendapat dari En. Zul beberape perkara kerana saya takut tersalah perancangan. Kami berumur awal 30an.

    Keseluruhan gaji kami ialah Rm11k. Kami mempunyai hutang :-
    -Rumah (rm400k)
    -2 ASB Loan 200k (Saya dan suami)
    -100k (Personal Loan – Bank Rakyat) xpakai langsung dan masih dlm accout bank rakyat. Sebenarnya kami buat loan ini utk buat tambahan duit yg kami ada utk beli tanah tapi syukur sgt husband dapat bonus beberape bulan. Jadi duit loan tidak terusik.
    Balance bulanan selepas membayar hutang xbanyak kerana kami menjaga bapa yg sakit (bapa saya), memberi nafkah ibubapa kami (ibubapa mertua), persekolahan anak serta menjaga adik. Pengikut perkiraan kami hanya ada simpanan 4 bulan pendapatan.
    Saya mahu bertanya pendapat En. Zul apakah yg perlu kami buat dengan loan rm100k yg belum terusik itu? Berbaloikah saya melabur dengan membeli emas? Atau saya menambah simpanan dlm ASB 2 atau Tabung Haji sahaja duit itu? Atau saya buat beberape biji rumah sewa di tanah yg ada?

    Kami sangat2 berharap dpt menjadi seperti En. Zul yg bebas hutang di usia muda serta kalau bole kami berharap dapat menyimpan utk masa dpn kami dan anak2 kami yg masih bersekolah.

  • Salam. Terima kasih atas tips yang diberikan. Saya juga membaca blog Mr Money Mustache tentang cara perbelanjaan berhemah dan ke arah simpanan 1 juta menjelang usia 30 tahun. Gaya hidup Mr Money Mustache amat dipuji. Blognya juga padat informasi tentang makna ‘ekonomi’ – adakah ekonomoi dijana oleh kuasa membeli atau dijana oleh simpanan kita.

    Kesimpulannya, wang bukan segalanya tapi wanglah juga yang membentuk kehidupan kita, kehidupan yang teratur adalah financial planning yang teratur. Wallahualam.

  • Assalammualaikum Tuan Zul,

    Terima kasih kerana menyedarkan saya dengan ilmu2 di blog tuan,
    Saya follow blog tuan dari tahun 2012 kerana tak banyak blog yang menceritakan pengurusan kewangan,perlaburan,Ar Rahnu,Emas,Persiapan berhenti kerja.

    Untuk pengetahuan Tuan,
    Saya kini berjaya menyimpan simpanan sebanyak 8 bulan gaji,50g emas (dinar+gold Bar) dan berjaya menyelesaikan hutang kereta (7 tahun) dengan awal,hutang personal loan dalam tempoh yg awal.

    Apa yg saya ingin kongsikan dalam menguruskan kewangan sendiri ialah :
    Konsentrasi & Sabar..Kosentrasi & sabar dalam menabung,dalam melabur dan sentiasa mencari ilmu2 kewangan.

    Terima Kasih tuan kerana menyedarkan dan mengajar saya melalui blog ni..

  • Assalam Tuan,

    Saya Lukman berumur 28 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 1 org ank. Matlamat saya adalah untuk mengumpul satu juta dalam masa 5 tahun. Saya set matlamat ni adalah untuk bebas kewangan dan berhenti dari kerja swasta dan membuat bisnes kecil kecilan.

    Saya cuba research cara utk buat satu juta dan terjumpa blog tuan. Saya baru hendak memulakn langkah pertama ke arah 1 juta. Planning saya adalah utk melabur dlm property dan Pembiayaan ASB.

    Saya baru buat refinance rumah dan dpt cash out 100K. dengan 100K ni saya sy bercadang utk modal beli beberapa apartment dan sewa kan. Juga saya bercadang utk buat ASB 1 dan 2 pembiayaan 200K. Apa pendapat tuan?

    berikut adalah komitment saya bergaji 4000 bersih
    Rumah: 1230 sebulan selepas refinance
    Tanah lot banglo beli dari family: 500 sebulan
    Kereta: 730 sebulan, baki tggl 4 tahun
    ASB loan: 610 sebulan (100K selama 25 tahun)

    Minta pendapat tuan jika tuan ada cadangan yg lebih baik. Terima kasih tuan

    • Wslm En. Lukman,

      Untuk perancangan tu, saya cadangkan En Lukman book appoitment dengan Tuan Zaidi Ismail (FB Zaidi Ismail). Beliau adalah orang yang betul kalau En. Lukman nak berbincang tentang cara mencapai matlamat kewangan secara peribadi. Nanti beliau akan tunjukkan jalan mengikut situasi kewangan sebenar En. Lukman.

      Ada caj yang dikenakan, tapi saya bagi saya ianya sangat berbaloi. InsyaAllah.

  • Salam En Zul.

    Simpanan 3 bulan pendapatan dll tu, encik simpan dalam bentuk apa ya? Emas atau di bank sahaja? Terima Kasih

  • Assalamualaikum en. Zul,

    Sy seorang pekerja biasa yg mmpunyai sedikit simpnn(lebih kurang 200k).Mempunyai sebuah rumah teres yg telah habis byr (nilai pasaran 300k).Tanggungan hanya sebuah kereta yg byrn bulannya rm880 (byk beri mslh dan sgt memeningkan). Selain itu sy tidak mmpunyai hutang lain. Pendptn sy hanyalah seribu sebuln. Kereta suami bayar ttp atas nama sy. Saya xtahu bgmn caranya utk mnggandakn wang simpnn sy. Beli rumah? Beli emas? Atau bagaimana? Mohon nasihat dan mohon bantu. Syukran.

    • Wslm puan,

      Caranya, laburkan dalam ilmu. Baca buku-buku kewangan dan pelaburan. Nanti puan akan tahu cara nak gandakan duit yang ada tu. Jangan melabur dalam mana-mana pelaburan yang puan tak ada ilmu tentangnya. Risiko duit tu lebih sangat tinggi.

  • assalam…saya merancang refinence rumah yg masih berbaki 150k..nilai rumah 250++k..lebihan 100k,saya bercadang nak beli sijil simpanan premium kt bsn dan gadai kan sebahagiannya dan beli emas public gold utk simpanan..ada ke betul tindakan saya..tolong tuan beri panduan..terimaksih..wassalam

    • Wslm Pn. Fn,

      Kalau refinance tetapi duit tambahan ansuran pinjaman tu puan yang kena bayar, saya rasa baik tak payah. Kalau ansuran lama RM1,000, dan ansuran baru RM1,500, lebih baik puan paksa diri simpan RM500 sebulan berbanding refinance.

      Wallahu a’lam.

  • Slm Tuan Zul. Saya seorang pelajar dan akan tamat pengajian pada hujung tahun ini. Matlamat saya selepas tamat pengajian mempunyai simpanan sebanyak RM15k dlm tabung haji. Dan hampir tercapai. Apa yg patut sy buat dgn duit itu? Membeli emas, rumah atau menjadikan ia sebagai simpanan utk dilupakan dlm tabung haji? Terima kasih.

  • assalamualaikum .En zul

    saya ada sebuah motor dan kereta (tiada hutang) isteri sebuah kereta (bln2 rm3++ berbaki 4thn)..sy fikir nak jual kereta sy secara tunai harga pasaran rm25000 (nilai semakin jatuh) dan tambah rm5000 jadikan duit muka rm30000 utk beli MPV rm66000.kereta isteri antara bg adik beradik sambung byr atau tradein utk MPV tersebut,jd bln2 hutang kereta akan jd bulanan rm550 selama 7thn.kerana sy ingin jimat dr segi maintenance kereta dan roadtax dr menanggung 2 buah kereta kepada 1 kereta yg selesa utk jangka masa panjang..sy ada saving 4bln gj dan isteri jgk ada saving 3bln gj..sy kerja gov dan ada apply rumah klu ada rezeki mungkin bulanan gaji sy akan dipotong 60% dan klu diberi rezeki anak oleh ALLAH S.W.T perbelanjaan bulanan akan bertambah utk pengasuh dll ..mtk tlg En.Zul menyusun atur perancangan sy yg lebih selamat…yg mana perlu sy dahulukan dan yg mana ptt sy tangguhkan dahulu…

  • Assalammualaikum tn. Zul. Sy berumur 30tahun. Selama ni sy jarang buat simpanan. Sy bergaji kecil dlm rm1100 dgn kerja sbg kerani sebuah kilang, bujang dan tinggal dgn parent. Mungkin sbb faktor tinggal dgn parent dan bujang buat sy selesa hanya menyimpan sedikit wang gaji dan berjoli hampir kebanyakan wang gaji yg diterima. Sekarang baru sy sedar pentingnya buat saving bila ekonomi makin gawat dan kos sara hidup makin meningkat. Selama 2tahun bekerja saya jarang menyimpan dan hanya ingat nak enjoy. Pada pendapat tuan adakah wang simpanan 20k ni cukup untuk saya survive dan berapa lama sy boleh survive dgn simpanan sebanyak tu sekiranya apa2 berlaku pada pekerjaan sy seperti syarikat berhenti beroperasi?

  • salam tuan Zul…
    .
    .
    Andaikan tuan ada rm1 juta ditangan,apa perancangan tuan zul untuk menguruskan wang tersebut untuk membolehkan tuan tidak perlu lagi bekerja…kalau boleh tuan perincikan
    .
    .
    Jak

  • Salam En Zul,

    Saya ingin mendapatkan pandangan berhubung kedudukan kewangan dan liabiliti saya. Saya belum mempunyai simpanan seperti yang di unjurkan oleh En Zul. Sebelum ini selalu negative cashflow seminggu sebelum gaji. Berikut merupakan kedudukan gaji dan liabiliti kami suami isteri:-

    i) Gaji saya – 5800
    Hutang rumah – 1300
    Hutang PL (baru buat June 2016 utk 10 tahun), 1430
    -Selesaikan hutang lama (kereta, C/C dan PL-interest lebih tinggi)
    Pemberian kepada anak2 – rm650 (fixed yuran tadika)

    ii) Gaji Isteri RM4,450
    Hutang rumah – RM1120 (rumah baru terima kunci – cdgn utk sewakan, tapi kawasan luar bndr mungkin dlm 450-560 shj)
    PL (lagi 15 thn) – RM880
    Nursery anak -RM350 fixed

    Kini isteri mengandung 3 bulan anak ke-4, saya ingin dapatkan nasihat sama ada sy perlu refinance rumah sy bagi selesaikan personal loan saya. Rumah baru 3 tahun serve loan (tiada lock in period). Saya perlu menyediakan dana simpanan dan kecemasan.

    Sekian. Di maklumkan

    • Wslm En. Azrul,
      Saya tak pasti apa option terbaik. Asasnya, kena buat kira-kira secara detail dan buat perbandingan pro dan kontra setiap option yang ada.

      Kalau nak perancangan kewangan yang detail, saya syorkan contact Tuan Zaidi Ismail (www.fb.com/urusinsan) . Beliau ada sediakan servis nasihat kewangan dan banyak feedback positif dari mereka yang pernah pergi sessi one-on-one bersama beliau.

  • Salam En. Zul,

    Saya ingin bertanya. Saya masih student. Ada buat kerja part time. Rm700 sebulan. Boleh ke buat asb load klau x ade slip gaji utk tambah simpanan saya ?

  • ASSALAMMUALAIKUM TUAN ZULKIFLI.

    SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUAN DAN KELUARGA TUAN, SAYA ADA SATU PERTANYAAN. SAYA BERUMUR 30TAHUN DAN BUJANG. SAYA PERNAH BEKERJA SELAMA 2 TAHUN DAN KINI TELAH BERHENTI KERJA UNTUK MEMBANTU KELUARGA SAYA. KINI SAYA TIADA KERJA DAN PENDAPATAN, SIMPANAN MASIH BERBAKI RM25,000. SAYA AMAT RISAU DENGAN STATUS KEWANGAN SAYA YG AMAT SEDIKIT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN RAKAN2 YANG SEUMUR SAYA. SAYA INGIN MENCARI KERJA SEMULA. ADAKAH MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK SAYA MENYIMPAN WANG? APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN SETELAH BEKERJA? TERIMA KASIH.

    • Wslm Cik Zaza,

      Perjalanan setiap orang berbeza-beza. Jangan bandingkan dengan orang lain. Setiap orang, Allah berikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi kita cuma perlu fokus bina kehidupan kita.

      Tak ada istilah terlambat untuk buat benda baik. Cari kerja balik dan start menyimpan balik.

  • Assalam En.Zul..
    Bagi pandangan en..yang manakah perlu kita utamakan bila dah cukup wang simpanan. Mulakan pelaburan atau beli rumah dahulu?

    • Wslm,

      Saya prefer beli rumah yang sesuai untuk tujuan pelaburan terlebih dahulu. Maksudnya, kalau tak duduk sendiri rumah tu, rumah tu boleh disewakan dengan sewaan berbaloi untuk cover ansuran pinjaman bank.

  • A’kum tuan.. nak tanya pendapat. saya ada loan ptptn, berbaki RM13k++ lagi 7 tahun. Sy mmg survive untuk saving sbb suami pun bergaji kecil. Dan memang saya ada simpanan tetap 50k, dan simpanan yg selalu dikorek balik dalam 10k. jadi, adakah lebih baik sy guna 10k tadi utk langsaikan ptptn, atau terus saja bayar ptptn spt biasa, dan simpan saja duit 10k tu? sbb nak simpan 10k dengan ansuran pinjaman ptptn memakan masa hampir 5 tahun. bagaimana pandangan tuan?

  • Salam Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie
    Saya ni ada buat simpanan dalam ASB lebihkurang 200K
    apa pandangan tuan bagi mengembangkan simpanan saya agar menjadi 1 juta dalam masa yang singkat?

    • Wslm Pn. Salina,

      Kalau simpanan tunai di ASB ada RM200k, puan boleh explore pelaburan hartanah. Berapa cepat puan dapat kembangkan duit tu, bergantung berapa cepat puan dapatkan ilmu dan mempraktikkannya.

  • assalammualaikum tuan..kagum sy baca artikel awk..trima kasih ilmu yg tuan berikan tu..bru ni sy dpt baca blog awk..btapa rugi byk nye tuk bbrape tahun lalu ?.. blh bg pndpt tak..ape yg sy blh kembgkan dgn gaji rm1600 sahaja..xtmsk ot..utk dpt rm1juta mgkin mustahil..mlainkan sy bpndptn 5k ke atas.. dpt 500k da bsyukur sgt..brumur 31thun tp msh bujg bakl mnmatkn zmn bujg dlm sebln dua..sy mntk pndpt utk pjlnn yg strusnye..sekolah xtggi jdi pgurusan tu ade kurg skitla.. hrap tuan dpt bg cdgn..terima kasih

    • Wslm En. Wan.

      Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

      Untuk capai matlamat kewangan, tak ada yang mustahil. Asalkan sunggup belajar dan berusaha je.

      Saya syorkan explore peluang-peluang tingkatkan pendapatan kepada yang lebih baik. Banyak cara nak tingkatkan pendapatan. Baca banyak buku-buku kewangan dan bisnes, dari situlah pendapatan dan simpanan En Wan akan meningkat, insyaAllah.

  • Salan En zul
    Saya ingin tanya pandangan
    1. Saya cadang nak pencen awal pd usia 50
    2. saya ada sbidang tanah dkampung dlm 0.5 ekar masih ada utang
    3. Dan sekarang saya ada umah corner lot
    Adakah betul tindakan saya jual umah pd usia 50 dan selesai semua utang dan baki ada dlm 400K
    5 Bagaimana nak labur 400K utk jana pdndapatan 2K sebulan utk hdup dkampung

  • Assalamualaikum saya ingin mintak pendapat en zul.. Saya berumur 21 tahun baru berkerja, bank manakah yang memberikan dividen tertinggi untuk membuat penyimpanan?

  • Assalamualaikum tuan.adakah wajar sy membeli aset landed house semiD (rumah kedua)kawasan hospital sbg aset pelaburan utk pencen nnti?

  • Salam Tuan,
    refresh ilmu dan membaca lagi di Blog Tuan.

    Saya nak tanya, target simpanan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji dan seterusnya itu,
    dalam bentuk RM dalam bank simpanan atau bagaimana yang sebaiknya?
    sekarang saya pecahkan simpanan kepada emas, simpanan di TH dan beberapa bank lain.

    boleh Tuan kongsikan cara simpanan yg baik untuk dijadikan rujukan?
    terima kasih

  • Saya umur 36 sekarang ni dan buat bisnes sendiri. Bisnes transport guna Lori dan besi buruk. Saya selalu risau kot2 esok dah tua dan takkan saya masih ada tenaga mcm skrg utk kerja. So 5 tahun lepas, I iktihar dan berjaya setelkan hutang ptptn dan moto. Kereta yg I guna skrg kete kancil milk bapak. Bapak ada 2 kete, so dia bg pakai yg ni. Hutang lain apa pun takde.

    5 tahun lepas I mula melabur utk retirement. I beli emas dan silver kat maybank. Maybank gold savings dan maybank silver account. Setiap bulan I cuba sedaya upaya beli 3 gram emas. Beli punya beli, last ada la dalam 122 gram. N then ada 1 rumah lelong kat pd, harga 34k. I jual emas I dlm 42gram, dan tambah duit lain n beli rumah tu cash. Silver I masih menyimpan sikit2… Adala dalam 1000 gram skrg.

    Rumah kat pd, tp I duk kat kl. Sewa 1 rumah, dan ada tenant lain, so sewa jadi free. Kongsi bila bayar Utiliti je… Dlm rm100 sebulan.

    Commitment saya medical card rm200 dan stand alone investment card rm150. Kot2 esok kena admit, boleh la pakai bayar bill hospital…

    Lately dlm few tahun lepas, I mula menyimpan dlm EPF. Pasal government buka self contribution kan? Tapi I simpan bukan time gaji. Bila bila je ada duit lebih, I masuk Epf. Paling tinggi I masuk rm1500 dan paling kurang Rm1. Kiraan I, kalo boleh maintain masuk rm4200 sebulan dlm epf, dengan compounding interest, dlm 14 tahun bolehla cecah Rm1 juta.

    Skrg tgh dok fikir patut ke melabur dlm PRS? daripada dok bayar income tax, baik masuk duit sana. Boleh dpt tax exemption. Esok dah tua, duit ni dpt balik. Tapi still x cukup ilmu, so tgh study lagi. Or maybe ASNB. I kan non bumi, so kena la masuk ASNB. But yg tak bestnya, ada limit rm30k je…

    Saya setuju matlamat tuu Sgt penting. Sampai skrg saya still pakai jeans dan baju yg beli kat pasar malam even though I ada je duit nak shopping sakan. Hati saya pun mcm u bro… Dia berbisik kat saya, “nanti la dulu, dah ada Rm1 juta kat Epf, umur 55 nanti boleh kluar duit dividend. 5% is 50k.
    50k bahagi 12 bulan, rm400 kot sebulan… Even with inflation 5% setahun, rm4k still bahagia kot?
    Tgk la, if I kawin, maybe if ada rezeki, dpt bini yg clever, sama2 boleh lebih berjimat.

  • definisi saya mudah bebas hutang dan lifestyle yang best..nak pakai mewah apa salahnya kalau mampu.. tidak perlu menahan diri jika mampu asalkan jangan berhutang.hutang takde..hidup untuk dinikmati..jika ada satu juta dalam bank sekalipun..aset berjuta sekalipun tapi masih guna kenderaan biasa..itu hak masing2 tapi bagi saya itu satu perkara sia sia kerana hidup hanya sekali..dan nikmatilah hidup anda sebaiknya dengan pengisian dunia dan akhirat..ustaz azhar idrus pun layan ferarri..tak salah bukan… bagi saya..saya merancang untuk bebas kewangan pda usia 35 tahun dan sekarang umuyr saya baru berusia 33 tahun masih ada 2 tahun di saat coretan ini ditulis..saya nak ada simpanan juta dalam akaun dengan pelaburan yang selamat mungkin ASB dan TH dan Unit trus serta EMAS disamping pendapatan yang konsisten.saya masih
    lagi dalam proses nak mencari sebuah kediaman memandagkan saya banyak menghabiskan masa di KUALA LUMPUR dan kerja semua disini jado kediaman jens kondo yang bagi saya masih relevan waluapun harganya NAUZIBILAH MINZALIK tapi itulah bukan hak kita untuk membantah kerana kos sentiasa naik..mempunyai pelan medikal satu family yang mana tidak akan memberi impak pada simpanan saya kelak jika berlaku musibah.. tak perlu rumah sehingga 10-20 unit bagi saya cukup sekadar 1-2 unit sekadar mempunyai aset rumah dan tanah dan satya terfikir untuk membeli kediaman untuk disewakan tetapi rasa was was kerana khuatir penyewa yang tak bayar akanmemberi impak pada pelan kewangan saya kelak..kerana bile dah set mind untuk pelaburan maka saya kene pastikan aset tesebut menjana pendapatan saya kalau tidak poket sya bocor.. sebab tu sekarang saya buat ASBF sebanyak 200k sementara saya masih mencari rumah yang sesuai..dan saya juga dalam pembelian unit menggunakan skim HOUZKEY dari maybank..( masih mengkaji priogram ni dah ada a few unit di KL yang saya tgk dan berminat)

    terima kasih tuan atas tips ni sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada saya dalam menuju kejayaan dengan simpanan wang tunai sejuta dan bebas hutang..

  • mcm mana tuan langsaikan hutang dan buat saving sehingga jadi jutawan dengan gaji biasa sahaja. Tuan ada buat bisnes ke mcm mana yea..terima kasih utk maklum balas dari pihak tuan

    • Kalau harap pada gaji sahaja memang tak cukup Pn Ruby. Orang kaya mereka bukan sahaja menyimpan pendapatan, tapi dalam masa yang sama mereka sentiasa tingkatkan pendapatan dan kembangkan harta sedia ada. Booster yang menjadikan ramai orang kaya ialah bisnes sebab tak ada mana-mana pulangan dari pelaburan yang boleh mengatasi keuntungan daripada bisnes.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >