MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bisnes: Ilmu Teknikal Sahaja Tak Cukup

Teknikal

Kata Chef Li, pandai memasak sahaja tak cukup untuk berjaya dalam bisnes makanan. Untuk bisnes lain pun macam tu. Ramai orang pandai internet, design logo dan website yang cantik, blogging, tapi tak ramai mampu memanfaatkan skill mereka untuk dapat pendapatan dengan internet. Bisnes apa sekalipun, ilmu teknikal sahaja tak cukup.

Teringat masa mula-mula saya buat bisnes direct selling tahun 2003 dulu. Masa tu, saya cuma fokus pada memahirkan diri dengan produk. Saya benar-benar tahu luar dan dalam tentang produk yang saya jual. Dan saya memang kagum dengan produk yang saya jual. Tapi hasilnya... kurang memberangsangkan.

Ilmu Teknikal Lain, Ilmu Bisnes Lain

Lebih sedih bila ada hati-hati yang sakit dengan cara saya jalankan bisnes. Saya sibuk ke sana ke mari, habis duit, habis masa. Tak tahu yang mana patut dilayan sebagai pelanggan, yang mana dilayan sebagai partner. Saya assume, semua orang perlu diconvert menjadi partner sebab saya nak kembangkan bisnes saya. Saya banyak menghabiskan masa mengubah ayam menjadi helang! Huh... memang susah...

Akhir sekali, cuma saya seorang sahaja menjadi helang. Yang lain, kekal menjadi ayam. Kami memang kerja kuat. Balik lewat malam. Tidur pukul 1.00 - 2.00 pagi. Lepas tu mengantuk di pejabat. Bisnes tak ke mana, kerja pula terganggu. Puncanya satu, iaitu kami ‘jahil’ tentang bisnes!

Ada Ilmu Bisnes, Ia Jadi Lebih Mudah

Lepas benar-benar penat dengan bisnes, saya pelahankan bisnes untuk berfikir. Saya banyak habiskan masa dengan membaca. Ada satu masa tu, boleh dikatakan tiap-tiap hari saya lepak di MPH Mid Valley lepas balik kerja sampailah kedai tu nak tutup. Banyak buku-buku bisnes yang saya baca. Masa itulah, saya baca buku-buku Chef Li, Azizi Ali, Robert T.Kiyosaki, dan banyak lagi buku tentang bisnes dan skil kemanusiaan supaya bisnes saya dijalankan secara manusiawi...

Lepas tu, saya hadir ke kursus-kursus Chef Li. Seminar Jutawan Senyap, kursus-kursus pemprosesan makanan dan terakhir, Kursus Asas Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil! Alhamdulillah... saya dapat lebih pencerahan cara jalankan bisnes dengan betul. Dan dapat roh baru dalam menjalankan bisnes. Buat bisnes, bukan lagi sekadar duit, tapi untuk menambah saham untuk hari Akhirat nanti...

3 Rahsia Menjadikan Bisnes Lebih Mudah

Lepas pada tu, bisnes makin hari makin mudah. Bila ada cabaran, kami tahu cara nak handle. Bila ada halangan, kami tahu jalan keluarnya. Kejayaan bukan lagi satu 'nasib', tetapi satu planned event kata sifu kami. Kejayaan bukan lagi bergantung pada customer, partner, supplier, hatta pada mentor. Tapi sejauh mana kami berjaya mengurus diri! Itulah bisnes yang merdeka kata Chef Li.

Untuk jadikan bisnes makin mudah, sifu saya cadangkan 3 perkara di bawah:

  • Banyak membaca buku. At least 1 buku sebulan.
  • Mendengar CD orang yang telahpun berjaya dalam bidang bisnes kami. Bukan CD pakar motivasi.
  • Bergaul sesama usahawan dan mereka yang berjaya dengan sentiasa hadiri perjumpaan perniagaan samada berbentuk workshop, seminar ataupun konferen perniagaan.

Bila saya baca buku-buku Chef Li dan Irfan Khairi, mereka juga tekankan 3 perkara di atas. Maksudnya, ini bukan formula individu, tapi inilah antara prinsip penting untuk berjaya dalam apa juga bidang sekalipun. Baca Al-Quran setiap hari, buku-buku agama, dengar kuliah, hadiri majlis ilmu, berjemaah di surau dan masjid, bergaul dengan orang yang soleh serta alim ulama, itulah dia jalan berjaya ke Syurga!

Prinsipnya sama...

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Jun 2011
26 Rejab 1432

p.s. Buku bisnes terbaru yang saya baca ialah Nota Jutawan, Nota Perniagaan tulisan Irfan Khairi. Saya cadangan sahabat yang buat bisnes baca buku ni. Memang banyak ilmu bisnes yang saya dapat. Tulisannya pun santai jer.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>