MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sumber Informasi Usahawan Malaysia

July 14, 2011

Informasi bisnes berkualiti.
Itulah sebab tiap-tiap hari saya akan baca Majalah Niaga yang dikendalikan oleh FlareBiz Network. Daripada menela’ah Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, blog yang entah apa-apa, ada baiknya kita baca majalah online yang cerita tentang bisnes, kejayaan, motivasi dsb. Masukkan input positif setiap hari dalam kepala, insyaAllah lama-lama fikiran akan jadi positif – AUTOMATIK!
Saya mula tahu tentang Majalah Niaga ni daripada sahabat saya, Mohd Razani. Bila baca, baca, dan baca, uh… tak dinafikan. Kandungannya sangat berkualiti.
Bukan seorang penulis, tapi lebih kurang 15 penulis tetap yang memang ada kredibiliti mengikut kepakaran mereka masing-masing. Mereka bukan bercakap ikut sedap mulut, tapi mengikut pengalaman sebenar dan kajian mereka tentang bisnes.
Pengalaman Sebenar Usahawan Berjaya
Lagi best, bila tiap-tiap bulan, dia akan interview seorang usahawan berjaya yang terpilih. Yang terbaru, dia interview Dato’ Chef Li. Siap boleh download rakaman sebenar masa mereka interview Chef Li. Huh, bukan senang tu nak korek pengalaman usahawan yang jutawan lagi bertaqwa macam Chef Li. Kalau kita sanggup bayar RM1,000, belum tentu Dato’ Chef Li boleh layan  sembang dengan kita untuk dedahkan rahsia kejayaan beliau.
Kalau nak belajar tentang bisnes, saya lebih suka cari orang berjaya dalam bisnes, bukan dari pakar motivasi. Saya nak korek PENGALAMAN SEBENAR orang berjaya supaya senang kita TIRU mereka.

Untuk sahabat-sahabat yang buat bisnes, atau berminat belajar tentang bisnes, ikutilah Majalah Niaga. InsyaAllah, ia akan bagi sentuhan pada bisnes kalian. Saya yakin.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights

5 Julai 2011
4 Sya’ban 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>