MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Saya Tak Beli Kereta Mewah, Selagi Belum Lepasi Syarat Ini

March 24, 2026

"Satu hari nanti Abang belikan Ayang kereta ni"

"Amboooii...", isteri saya balas dengan senyuman sinis...

Dengan cara pemanduan dia, saya rasa kereta ni lebih sesuai untuk dia.

Sebab kalau dalam Waze tunjuk ETA (Estimated Time of Arrival) pukul 3.00 petang, kalau dia bawa kereta, kami akan sampai 2.45 petang, 15 minit lebih awal.

Jadi saya fikir dia kena bawa kereta yang lebih 'fit' dengan cara pemanduan dia.

Dengan kata lain, dia perlukan kereta sport! 

More...

Pra-syarat beli barang mewah

Tapi saya tak akan beli barang mewah (yang bukan keperluan), kecuali secara tunai. 

Kalau kereta, saya tak akan beli kereta yang harganya lebih sebulan pendapatan saya.

Ia bukan keperluan mendesak saya sebab jarak parkir kereta saya lebih jauh dari jarak office saya - home office. 

Semalam saya tengok price tag kereta Honda Type R ni, dah nak sama macam Alphard baru. Harganya lebih RM350,000.

Harga OTR (on the road) tak pasti berapa.

Nak reward sesuatu dengan kemewahan, saya syaratkan kena bayar cash. Dan harganya tak lebih sebulan pendapatan saya... 

Itu cara saya cabar diri untuk bekerja lebih kuat. 

Dan saya pun ajar anak-anak perkara sama. 

Tangguhkan minat main game 

Anak-anak ada yang suka main game, dan suka tengok TV.

Saya cakap, kalau hari ni sibuk main game, banyak tengok TV, ilmu pun tak ada, masa depan nanti akan susah.

Kalau tak bersusah-susah sekarang cari ilmu, rasalah peritnya susah masa depan gara-gara tak ada ilmu.

Orang tak ada ilmu, orang boleh beli tenaga dan waktu dia dengan harga yang murah. Tapi orang berilmu, sepatah kata-kata dia pun orang sanggup bayar mahal.

Kalau nak main game, atau nak banyak tengok TV, tak ada masalah. Kena belajar rajin-rajin, bina kekayaan secepat mungkin, dan seawal mungkin.

Satu hari nanti dah kaya raya, dah capai #FinancialFreedom (tak kerja pun ada duit), mainlah game lama-lama, tengoklah TV hari-hari...

Itulah pra-syarat yang saya letak pada diri sendiri pada usia saya awal 20-an, ketika saya gemar main video game, dan gemar tengok TV... 

Minat berubah bila berjaya

Saya tinggalkan minat tu sementara untuk bina kekayaan.

Tapi bila dah kaya, dah capai financial freedom, saya dah tak minat main game, dan tak minat tengok TV. 

Daripada main game atau tengok TV, saya lebih gemar baca buku. Daripada buat perkara yang kurang berfaedah tu, lebih baik saya tidur dapatkan rehat yang cukup.

Yang penting, sentiasa jadikan perkara yang kita minat tu sebagai motivasi untuk kita bekerja lebih kuat, dan jadi diri kita lebih baik. 

Walaupun kita mampu dapatkannya sekarang, tangguhkan dulu kepuasan tu.

Istilahnya "delayed gratification".

Tangguhkan kepuasan... 

Orang berjaya sentiasa tangguhkan kepuasan sementara waktu sebagai motivasi untuk dia bekerja lebih kuat dan cipta kejayaan lebih besar.

#TipKejayaan
#TipBeliKereta 

Zulkifli
Cyberjaya
7 Jun 2024
30 Zulkaedah 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}