MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Duit Banyak, Nafsu Nak Kereta Mewah Makin Berkurangan

April 7, 2025

Encik boleh datang ambil kereta petang ni ya...

"Terkejut saya! Eh, cepat sangat...  

Isteri saya baru sahaja buat bayaran tunai dalam pukul 12.00 tenghari.

Pukul 2.00 petang Sales Advisor dah suruh datang ambil kereta baru petang tu juga!...

Terkilan dengan pengawai bank hari tu, kami beli tunai sahaja!... Puas hati...

More...

Tapi bukan kereta Ferrari ni... 😂

Owh maaf, Lamboghini... ðŸ˜‚

Foto kereta ni saya snap sambil pergi servis kereta saya yang lain di tempat ni. 

Kepuasan yang tak berkesudahan  

Tengok kereta-kereta mewah ni, teringat impian saya zaman muda-muda dulu.

Saya nak pakai kereta mewah. Sebab saya tengok banyak orang kaya pakai kereta mewah.

Saya fikir, mesti best kot...

Tapi bila saya berkawan dengan kawan-kawan yang pernah pakai kereta mewah, feedback dia taklah best sebagaimana yang saya fikirkan.

Kalau best pun sekejap sahaja. Lepas tu bosan... 

Nak kereta lain pulak...

Penat-penat cari duit, akhirnya duit habis pada kepuasan yang tak berkesudahan...

Keluaran tahun depan lebih baik 

Apa yang saya rasa, keinginan kuat nak memiliki itu ini tu hanya bila kita belum benar-benar mampu.

Masa belum mampu dulu, saya fikir saya nak pakai kereta-kereta macam ni... Kereta mewah, kereta sport...

Tapi bila dah ada kemampuan, keinginan tu dah hilang... Bila kita tahu kita boleh memilikinya, kita tak rasa kelam-kabut pun...

Biarlah kereta tu 'simpan' di show room. Kalau nak sekarang kita boleh beli. 

Tapi kalau tangguhkan dulu, kereta keluaran tahun depan mesti lebih baik!...

Tak ada orang yang menyesal sebab lambat beli kereta...

Yang menyesal sebab terlalu gopoh beli kereta, itu sangat lah banyak...

Simpan kereta mewah di showroom

Sebab bila dah terbeli, kena hadaplah loan bank 7 - 9 tahun! Kena kerja untuk pastikan duit tu masuk ke poket bank!...

Akhir sekali, kereta bagi saya tetap sama macam dulu. Ia hanyalah alat untuk bergerak dari point A ke point B sahaja.

Kalau yang murah pun sudah cukup selesa untuk bergerak dari point A ke point B, kenapa perlu bayar lebih?

Waktu tengah senang, inilah waktu terbaik untuk kita terus menabung dan membina kekayaan...

Supaya bila tiba hari susah, kita tak menyusahkan sesiapa... Khususnya ahli keluarga kita sendiri...

Sampai sekarang kereta-kereta mewah ni saya 'simpan' di show room. Biarlah orang lain yang menjaganya... 

Jangan sampai kita penat cari duit, akhir sekali hidup kita hanya jadi 'hamba' kereta sebab berat dan penat untuk membayar dan menjaganya...

Bila beli kereta, pastikan kereta tu jadi hamba kita. Bukan sebaliknya... 

#TipKewanganPeribadi#TipBeliKereta 

Zulkifli
Cyberjaya
6 April 2025
7 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>