MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sebelum Beli Kereta Mewah, Milikilah Harta RM1 Juta Dulu

October 14, 2024

Nak beli kereta mewah boleh, tapi kena tahu kos beli dan kos belanya sekali.

Sharing menarik dan jujur dari posting FB Tuan Shaari Anuar tentang kos sebenar beli dan bela kereta mewah; BMW AMG. 

Kos beli sahaja cecah RM600,000. Sekali dengan kos bela (termasuk caj keuntungan bank) untuk 5 tahun, mungkin boleh cecah RM1 juta.

More...

Kos beli dan kos bela 

ANGGARAN KOS BELI DAN KOS BELA

  • Harga = RM600,000
  • Ansuran bank = RM7,000 - RM8,000 sebulan (loan 90%, 6 tahun)
  • Kos servis pertama = RM6,000 (12,000 km, tiada kerosakan)
  • Kos servis kedua = RM6,500 (24,000 km, tiada kerosakan)
  • Kos tukar tayar = RM2,500 sebiji atau RM10,000 4 biji (kena tukar setiap 3 - 5 tahun)

KOS KESELURUHAN BOLEH CECAH RM1 JUTA!

Tengok pada anggaran kos tu, saya boleh katakan, duit kita akan bocor sekurang-kurangnya RM10,000 setiap bulan!

Alternatif kegembiraan RM10,000 sebulan

Bagi yang memang benar-benar mampu dan perlukan kereta mewah tu, tak ada masalah. 

Tapi bagi siapa yang sekadar terikut-ikut cakap orang (untuk beli kereta mewah), cuba fikir, dengan kos RM10,000 sebulan, apa alternatif lain lebih memberi makna dan lebih membahagiakan hidup kita?

Ada orang, kegembiraan dia dengan nikmati makan yang best-best.

Ada orang, kegembiraan dia dapat pergi travel melihat dunia. Banyak tempat boleh jelajah dengan kos yang sama. 

Ada orang, kegembiraan dia dengan buat kebajikan untuk ahli keluarga; ibubapa, mentua, pasangan dan anak-anak. 

Bahkan ada orang, kegembiraan dia tengok tabungan dan harta dia bertambah! 

Hakikat nilai sebuah kereta

Bagi siapa tahu tentang kewangan, dia sedar yang kereta tu bukanlah harta. Ia adalah beban.

Penat lelah kita bekerja, nilai kereta makin lama makin susut. Bila sampai waktunya, nilainya hanyalah sekadar besi buruk.

Dengan kata lain, kekayaan kita bocor...

Kalau tak beli kereta tu, kita jimat sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Dan jumlah keseluruhan penjimatannya boleh RM1 juta!

Nak pakai kereta tu boleh, tapi pastikan manfaat yang akan kita dapat tu nilainya melebihi RM1 juta juga.

Cukupkan harta RM1 juta dulu  

Nasihat saya, sebelum pakai kereta mewah macam ni, pastikan unlock jumlah harta bersih bernilai RM1 juta dulu.

Supaya hasil penat lelah kita bekerja bertahun akhirnya ada harta RM1 juta milik kita. 

Bukan akhirnya kita jadi harta RM1 juta milik bank.

Harta; apa yang membuatkan duit masuk ke poket kita. 

Beban; apa yang membuatkan duit keluar dari poket kita dan menjadi harta bagi orang lain (bank). 

Nak bermewah-mewah tak ada masalah. Tapi pastikan ada tabungan dan harta yang cukup dulu.

InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
14 Oktober 2024
10 Rabiul Akhir 1446H

Kekayaan; apa yang kita simpan. Kemewahan; apa yang kita belanjakan. Sebelum bermewah, binalah kekayaan dulu sampai mampu bayar kemewahan tanpa perlu kerah kudrat lagi. Selagi kena kerah kudrat, itu belum masanya nak bermewah. Bina kekayaan dulu. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Oktober 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>