MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kepuasan Saya Menulis Walaupun Kaedah Ini Tidak Lagi Trending

October 15, 2024

Sekarang zaman video. Kaedah marketing paling dapat reach yang tinggi ialah video, khususnya Tiktok.  

Kalau nak dapat reach tinggi, nak dapatkan prospek (bakal customer) yang banyak, pergilah ke Tiktok. 

Tapi Tiktok bukanlah segalanya.

Prinsipnya, di mana orang berkumpul, di situlah duit berkumpul. 

Kena serasi untuk bertahan lama

Nak duit yang banyak, marketing kita kena fokus di medsos yang ramai orang berkumpul.

Tapi realitinya, semua medsos pun ada orang berkumpul. Bezanya ia trending ataupun tidak.

Faktor kedua ialah keserasian.

Kita tak mampu konsisten kalau sesuatu kaedah tu kita rasa tak serasi; rasa tak puas dan rasa tak boleh pergi.

Itulah yang saya rasa sebelum ni bila saya cuba-cuba nak hasilkan video.

Passion saya sebenar tetap menulis.

Rasa tak puas sekadar video

Bila buat video, saya rasa seolah-olah dah sudah makan tapi tak kenyang. Macam makan western food tiap-tiap hari... Makan 3 - 5 hari pun dah rasa tak boleh pergi...

Makan banyak pun rasa tak cukup...

Akhir sekali, saya buat keputusan, saya kembali menulis. Itulah passion saya sebenar.

Dengan menulis, saya puas dapat bukukan ilmu.

Dengan menulis, saya rasa puas ilmu saya lebih mudah dijadikan rujukan (pada masa akan datang).

Dengan menulis, ilmu saya lebih cepat berkembang. Banyak idea-idea baru datang mencurah-curah setiap kali saya menulis... Dan ilmu tu boleh disebar luaskan dengan mudah, insyaAllah...

Bila menulis, ilmu saya tersusun kemas dalam kotak fikiran saya... Saya jelas di mana hujung, di mana pangkal... 

Tetap berkesan walaupun penulisan

Bila saya fokus balik menulis, menulis, dan menulis, akhirnya saya rasa puas...

Walaupun saya kurang fokus hasilkan video, tapi saya tetap dapat lead (bakal customer baharu) yang tak putus-putus hasil bacaan mereka daripada tulisan saya, khususnya di FB (Facebook)... 

Dan apa yang membuatkan saya rasa lebih puas, leads (bakal customer) yang masuk lebih berkualiti... Leads orang yang suka membaca.

Takakan  sama orang membaca dengan yang tak membaca...

Orang yang obses nakkan ilmu, dia akan membaca... Sebab itulah asas dalam mencari ilmu... 

Iqra’... Bacalah...

Zulkifli
Cyberjaya
14 Oktober 2024
10 Rabiul Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>