MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Sampaikan Ilmu, Gunalah Laras Bahasa Yang Mudah

Nak pandaikan orang atau nak tunjuk pandai?

Pesan guru saya, seorang guru yang hebat bukanlah kekaguman orang lain tentang bertapa tinggi ilmunya. Tapi bagaimana dia mampu sampaikan perkara yang susah difahami menjadi mudah (difahami). 

Orang mudah faham apa yang dia sampaikan.

More...

Audience dari pelbagai latarbelakang

Sejak 2016, saya dah sampaikan lebih 400 seminar tentang emas dan kewangan secara fizikal.

Semua seminar saya adalah percuma!

(Saya memang tak buat duit dengan sampaikan ilmu)

Audience saya datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, tahap kehidupan, pelbagai kaum, bangsa, agama bahkan pelbagai negara di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Setiap kali sampaikan seminar, matlamat saya cuma satu; saya nak mereka faham apa yang saya sampaikan dan boleh terus praktiskan apa yang mereka belajar.

Tiada hype, tiada teaser, dan tiada upsell tentunya!

Saya curahkan sehabis baik dengan ruang waktu yang saya ada.

Audience pulang dengan ilmu

Bagi yang baru first time datang, harapan saya, seminar pertama tu jadi turning point untuk mereka belajar lebih banyak ilmu-ilmu kewangan.

Lepas seminar, pergi beli dan baca buku-buku kewangan. Dan datang lagi seminar-seminar yang lain. Jangan berhenti cari ilmu.

Sebab saya percaya, bila ada ilmu, kita susah kena scam. Bila ada ilmu, duit yang banyak akan datang kepada kita. InsyaAllah.

Sebaliknya tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis.

Setiap kali sampaikan seminar, saya nak pastikan mereka dapat belajar sesuatu. Dapat satu dua perkara pun sudah memadai.

Kalau perserta tak faham, saya rasa itu akan merugikan saya dan semua.

Sudahlah saya tak buat duit sampaikan seminar, kalau peserta tak dapat sesuatu, itu rugi masa, tenaga dan duit saya...

Gunakan laras bahasa yang mudah

Untuk memudahkan peserta faham, saya elakkan guna terma-terma kewangan yang orang awam susah faham.

Saya guna istilah yang mudah difahami, tapi maksudnya masih sama dan sudah memadai untuk mereka.

Saya tak akan salahkan mereka kalau mereka tak faham. Sebaliknya saya akan perbaiki cara penyampaian saya supaya audience mudah faham. InsyaAllah.

Selagi kudrat masih ada, saya akan terus sampaikan ilmu.Saya percaya ramai orang yang macam saya satu ketika dulu; yang nak ubah kehidupan tapi mereka tak jumpa jalan.

Mudah-mudahan usaha saya dan team #PGG100Network serta #5GAssociates akan jadi rahmat buat masyarakat. InsyaAllah...

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Zulkifli
Cyberjaya
24 June 2024
17 Zulhijjah 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>