[Kemaskini 26 Mac 2025]
Nak beli buku kena bayar. Nak join seminar kena bayar.
Walaupun ada ilmu yang boleh dapat percuma di blog, Facebook atau Youtube, tapi kalau nak dapat ilmu lebih mendalam (dalam apa-apa bidang sekalipun), kita kena bayar.
Hatta nak belajar ilmu agama sekalipun kena bayar. Kalau bukan kita yang bayar, setidak-tidaknya pihak penganjur yang bayar.
Bukan cuma zaman sekarang kena bayar, zaman dulu pun kena bayar juga. Bukan boleh dapat "free".
Murid Dulu Pun Keluarkan Bayaran
Walaupun guru tak minta bayaran, tapi siapa yang nak cari ilmu, memang dia kena berkorban pergi mencari guru.
Mereka tinggalkan kampung halaman, tinggalkan kelesaan demi mencari ilmu.
Mereka cari guru, bukan guru cari murid...
Bila sampai di tempat guru, mereka bukan terus buka kitab. Tapi kena beri khidmat kepada guru.
Antaranya bersihkan rumah guru, tolong isikan air dalam tempayan, tolong ambil berat hal kebajikan guru, dan ada yang datang bawa makanan untuk guru.
Lepas tu barulah mereka belajar.
Mereka belajar adab berguru dulu sebelum berguru. Yang hakikatnya mereka 'bayar' guru dulu walaupun tak bagi duit.
Cara Belajar Zaman Sekarang
Berbeza dengan zaman sekarang...
Sekarang, guru yang kena keluar rumah pergi ke tempat anak murid.
Guru yang kena sediakan tempat dan keluarkan kos untuk keselesaan murid untuk belajar.
Guru kena tinggalkan kerja utama dia buat seketika demi mengajar anak murid, dan macam-macam lagi.
Jadi kalau nak dapatkan keberkatan ilmu, tak logik lah kalau murid datang nak belajar tanpa pengorbanan duit, harta dan masa.
Ilmu yang dapat dengan mudah tanpa apa-apa pengorbanan, selalunya tak dihargai. Ia tak 'melekat' bahkan tak berkat tanpa pengorbanan dan kesusahan...
Nak dapatkan ilmu, ada harga yang kena bayar.
Sukarnya nak cari ilmu hinggakan; siapa yang sanggup menempuh jalan mencari ilmu, Allah permudahkan jalan untuknya ke Syurga kata Nabi s.a.w.
Dipermudahkan jalan untuk ke Syurga
Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda:
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.
Dan tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid), mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka dalam kalangan makhluk-Nya yang berada di sisi-Nya.
Dan barang siapa yang lambat melakukan amal kebaikan, maka keturunannya yang mulia tidak akan dapat mempercepatkannya."
Maka dalam konteks sekarang, kalau guru kenakan bayaran (yang sewajarnya), itupun dah cukup bagus.
Nasib baik dia sudi ajarkan ilmu dia kepada kita (walaupun perlu dibayar).
Saya percaya, tiada kejayaan yang datang dengan percuma. Kejayaan perlu dibayar dengan harga yang sepadan.
Pengalaman Mahal Yang Saya Belajar
Pengalaman saya; saya selalu juga dijemput sampaikan seminar bedah buku pertama tulisan saya bertajuk "Zero Hutang : Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil".
Dulu, saya tak meletakkan sebarang syarat bayaran.
Sesiapa sahaja boleh jemput saya tanpa saya letakkan syarat tertentu. Yang ada bajet besar bayar banyak. Yang bajet kecil bayarannya kecil.
Yang tak ada bajet pun saya tak kisah.
Kononnya nak sampaikan ilmu supaya ramai dapat manfaat daripada ilmu saya.
Cuma masalahnya, banyak juga penganjur susah membuat keputusan berapakah jumlah yang mereka patut bayar kepada saya.
Kalau terlalu sikit pun salah, kalau terlalu banyak pun salah. Mereka jadi serba salah...
Kenapa Orang Kaya Tak Beri Percuma
Itu bayaran bukanlah masalah besar bagi saya.
Apa yang menyakitkan hati ialah; kebaikan saya dipergunakan dan diambil kesempatan. Mentang-mentanglah talk percuma, layanan yang saya terima macam tak ada harga!
Komitmen saya tidak dihargai, dan penganjur tak ambil serius tentang program yang mereka anjurkan.
Kalau program tak ada peserta yang datang pun, itu bukan masalah mereka. Sebab mereka tak keluarkan apa-apa kos...
Sedangkan saya dah keluarkan kos duit dan ketepikan urusan penting saya yang lain hanya semata-mata nak sampaikan ilmu (atas jemputan mereka).
Sejak dari tu, baru saya faham kenapa majorti orang berjaya (dan kaya) tak bagi talk percuma.
Walaupun bukanlan motivasi mereka sampaikan ilmu. Isunya ialah ilmu percuma selalunya tidak dihargai... Bila percuma, ianya dianggap tak bernilai...
Ilmu Berbayar Lebih Dihargai
Bila saya faham pasal perkara ni, saya tak terima lagi jemputan menyampaikan talk secara percuma (selain jemputan Public Gold).
Kalau saya nak buat baik dengan sampaikan seminar, saya akan kenakan caj yang munasabah supaya ilmu itu dihargai oleh penganjur mahupun perserta.
Mereka bayar dengan wang ringgit, saya pula akan bayar dengan komitmen sampaikan ilmu lebih mahal dari NILAI SEBENAR yang mereka bayar.
Bila mereka bayar, mereka akan lebih hargai ilmu tersebut...
Ini salah satu pengalaman mahal yang saya belajar dalam hidup.
Buat baik tu bagus... Tapi buat baik kena berpada-pada.
Jangan sampai kebaikan kita disia-siakan dan diambil kesempatan oleh orang lain...
Zulkifli
Changi Airport, Singapore
14 Mei 2017
18 Syaaban 1438
Coretan FB berkaitan:
- Kalau nak jemput saya, pastikan masa saya tak dibazirkan disebabkan sikap penganjur yang acuh tak acuh - FB (2024)
- Buat baik berpada-pada - FB Dr Ahmad Faisal (2025)
- Apabila kebaikan memakan diri - Dr Sahol Hamid (2025)
Saya amat setuju pandangan tuan. Malah tuan mengingatkan saya pd masa lampau di zaman belajar dahulu. Saya dijadikan teman tempat rujuk tetapi sering juga diambil kesempatan. Pada mulanya kita niat untuk membantu umereka lama2 rasa dipergunakan sahaja. Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga dipermudahkan urusan tuan.
Terima kasih Pn Suhaila atas perkongsian pengalaman bermanfaat tersebut.
Salam Tn Zul, setuju apabila murid terpaksa mengeluarkan sedikit belanja maka secara automatik mereka akan lebih komited terhadap guru & ilmu yang disampaikan.
Kalau pree memanjang, diorang buat tak pot jer nanti…
Wslm En. Zamree,
Terima kasih atas perkongsian pendapat yang baik.
Setuju Tn Zul, jika ada bayaran, anak murid akan lebih komited dan berikan lebih tumpuan kepada guru yang mengajar sebab mereka tahu nilaian duit mereka yang telah dikeluarkan… memang kadang2 kita terpaksa buat begitu….
yep, saya setuju.
ilmu berbayar lebih dihargai 😉
Betul.
segalanya akan bernilai dan dihargai apabila kita perlu membayarnya.
kalau percuma, segalanya disambil lewakan. sama mcm training by our company, bila ada exam yang perlu lulus jika tidak kami kena byr kos training yang beribu riban harganya , kami akan lebih serius menjalani training itu.
Assalammualaikum Encik Zulkifli .
semoga ilmu Encik akan lebih tersebar luas. AMin.
Terima kasih Pn Rohaizah.
Memang betul.
Tuan, sebenarnya bukan ilmu sahaja. Semua benda yang percuma memang orang tak hargai, macam tiada nilai. Sebabnya? Mudah sangat nak dapat, tak perlukan modal.
Setuju En. Azrai.
Tu semua bohong je, ckp la ko niaga ceramah, nk duit cepat
Terima kasih atas tuduhan tersebut. ‘Mulianya’ perkataan tuan.
Sama sama. Mengaku kebenaran tu adalah keberanian
Membuat fitnah tu satu dosa. Kalau tuan jujur, tulis nama sebenar. Jangan hide identiti tu kalau betul nak bawa kebenaran.
Untuk pengetahuan Encik Pikir La, Encik Zulkifli tidak menjadikan ceramah sebagai income. Beliau berceramah merata tempat secara percuma. Jadi, sila fikir semula wahai Encik Pikir La (nama samaran untuk berselinding dibalik perbuatan acah-acah biadab).
‘pikir la’, agaknya kau penganjur kursus yg ambik kesempatan tu?. Pesan tuan azizi ali ‘ tiada nasihat percuma kat dunia dan bla bla bla’ aku pun tk ingat apa dia ckp lagi. Selalu dpt surat cmtu kalau beli buku dengan dia. Tuan Azizi Ali mengubah hidup sy 360 darjah menjadi lbh baik selain Robert kiyosaki. Azizi Ali my silent mentor. En zul mengubah hidup sy 360 darjah tentang Emas. Terima kasih semua, sy syg anda semua?
Alhamdulillah. Mudah-mudahan tulisan-tulisan saya di sini bermanfaat, insyaAllah.
Tuan azizi pun bisnes ceramah, yg buat dia kaya ceramah, ko bagi dia duit, bnyk nasihat nasihat dalam cermah berbayar adalah jenis pengetahuan umum, membayar(keluar duit)dan beri pada org yg buat bisnes ceramah tak akan buat kita kaya, sedar lah wahai sahabat
Tuan buat la ceramah percuma ganti Tuan Azizi Ali. Mungkin tuan lebih berilmu dan lebih mulia dari Tuan Azizi Ali.
Assalamualaikum…
Tuan/puan Pikir la, jangan begitu..tak baik, jangan menilai orang lain selagi belum benar2 kenal orangnya..banyak dah ilmu yang en zul beri secara percuma.
Betul tu tuan zul. Ilmu perlu dibayar supaya ianya dihargai.
Assalam sekadar pandangan, dalam dunia sekarang ni tidak dinafikan begitu mudah mencari ilmu, dan memang zaman telah berubah, ilmu mudah diperoleh, dan mudah berubah. Dengan tekanan hidup masyarakat, terutama dari segi kewangan, semestinya ramai yang inginkan segalanya percuma hatta ilmu sekali pun. Berkenaan emas, sekarang harga sama sahaja dengan pasaran saham, naik dan turunnya. Masa untuk menyimpan emas banyak2 sudah tidak releven lagi (kecuali tanda2 akhir kiamat telah keluar),perlu ada perancangan lain seperti jual beli pasaran saham untuk menggandakan aset. Sekadar pandangan.
Wslm,
Terima kasih atas pandangan tuan.
Tanda dunia nak kiamat sudah banyak. Kalau nak simpan kekayaan, simpan dalam bentuk yang bertahan dari sebarang kegawatan ekonomi dan politik. Sudah tentunya emas aset terakhir yang akan terjejas berbanding mana-mana instrumen kewangan.
Bukan instrumen kewangan tu yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu.
Apa yang saya maksudkan adalah, di zaman ini tidak boleh dinafikan fiat money itu adalah masih lebih berkuasa (dimuka bumi), hatta terhadap emas sekalipun, buktinya mudah sahaja, ingin membeli emas apapun public gold ke , kijang emas ke, dll perlu menggunakan fiat money, tak ada lagi yang menerima kambing atau beras dll sebagai medium pertukaran.
Oleh itu ya benar, ilmu adalah kekayaan utama, jadi sama-samalah kita fikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan (ilmu) fiat money menggunakan instrumen moden seperti pasaran saham, commodities dll, yang diharuskan majlis fatwa dan gunakan itu untuk menambah jumlah emas yang ada, atau/dan jika diizinkan Allah gunakannya juga utk mencipta sistem baru/yg digunapakai zaman khalifah dahulu, (sama ada dalam kampung ke, daerah ke dll, medium pertukaran hanyalah dinar dan dirham dan sistem barter, tanpa fiat money langsung, mmg perlu perancangan teguh) mana yang baik (jika diizinkan-Nya) wallahu’lam…(sukar nak explain benda ni, mudah-mudahan bleh difahami)
‘pikir la’, syg sungguh kalau tuan beli buku, pergi ceramah semata-mata untuk menjadi kaya. Ilmu menerangi kita dari kejahilan. Kejahilan kewangan. Menyelamatkan kita dari musibah kewangan.
salam,
sy ingin menambah pendapat..x semua perkara yg melibatkan seisi belajar secara percuma tidak akan dihargai.sy ambil contoh..
seorang murid yg ingin belajar bermain gitar dgn seorang guru yg dia minat.
guru tersebut bukanlah seorang guru formal,namun skillnya sangat hebat.
murid tersebut ‘memburu’ guru tersebut agar diajar segala ilmu2nya.
akhirnya guru tersebut mengajarnya secara percuma kerana melihat kepada kesungguhannya.akhirnya murid tadi berjaya…
kesimpulannya ialah bukan kerana berbayar ilmu tersebut akan dihargai.
tetapi ilmu tersebut akan menjadi berharga apabila murid tersebut menghargai guru itu kerana dia tahu bukan mudah nak dapat free..hehe
Wslm.
Setuju.