MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Masalah Orang Baik-baik, Jangan Terlalu Baik Sampai Dikhianati

December 18, 2023

Muda, baik dan kaya... Itulah yang saya boleh katakan tentang pasangan murid saya ni, Tuan Muda Azim Aliif dan isterinya Cik Odah Solehah.

Semalam seharian kami aktiviti bersama. Dari pagi di #MenaraPublicGold (Seminar Emas Indonesia) dan sebelah petang di IOI City Mall Putrajaya (Booth PG Mall, Karnival Barangan Malaysia). 

Sepanjang seharian semalam, saya ingatkan kepada mereka berdua, masalah orang baik ni; kita anggap semua orang baik macam kita. 

More...

Jangan mudah percaya sesiapa

Bila kita tak tergamak khianat atau aniaya sesiapa, kita fikir orang lain pun tak tergamak juga khianat kita. Kita bersangka baik dengan semua orang.

Akibatnya, kita jadi mangsa dikhianati disebabkan kita terlalu baik tanpa berhati-hati.

Beberapa peristiwa dalam hidup kami suami isteri, saya share kepada mereka berdua, supaya mereka tak terkena macam kami.

Musibah saya masuk penjara pun gara-gara terlalu baik, terlalu percaya kepada orang lain, sampai akhirnya saya terhumban ke penjara selama 2 tahun!

Saya tak malu ceritakan kepada sesiapa yang saya pernah masuk penjara. Bukan sebab saya buat jahat, tapi sebab terlalu baik, terlalu percaya orang, dan tak berhati-hati...

Walaupun kita orang baik, kita kena belajar berhati kering. Kena belajar meragui orang lain sebelum percaya. Supaya kita tak jadi mangsa. 

Ahli Syurga hanyalah sedikit

Ketika 2 tahun terpenjara, kami ditipu berkali-kali oleh banyak orang. Di saat kesusahan, orang yang datang bermulut manis kononnya nak hulurkan bantuan pun tak boleh percaya. Lagi kita terdesak, lagi banyaklah pemangsa nak ambil kesempatan. 

Sampai isteri saya bagi tahu saya (melalui panggilan telefon dari penjara); "Tak tahu dah siapa yang Ayang boleh percaya Bang"...

Dah habis ikhtiar... Akhirnya kami pasrah menerima takdir yang saya tetap kena penjara...

Pelajaran pahit yang kami pernah lalui itulah saya share kepada pasangan muda ini. Mereka sangat muda, baik dan kaya... Tapi saya tak nak mereka jadi mangsa...

Jangan terlalu mudah percaya sesiapa... Orang baik-baik mudah sangat menjadi mangsa... 

Ketahuilah ahli Syurga itu hanyalah sedikit... Jadilah yang sedikit itu (InsyaAllah)... Dan jangan sampai kita jadi mangsa mereka yang tak beriman pada Syurga dan Neraka...

Zullkifli
Cyberjaya
18 Disember 2023
6 Jamadil Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>