MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berdamai Dengan Takdir, Belajarlah Suka Apa Yang Kita Dapat

December 1, 2023

Mengada-ngada. Nak kena pergi taman tasik dulu baru ada mood nak exercise.

Masa 2 tahun dalam penjara dulu, hampir tiap-tiap hari exercise. Kalau tak dapat keluar sel (24 jam dalam kurungan), saya tetap exercise juga walaupun ruangan sempit, tak pemandangan atau pengudaraan yang kurang baik.

Buat sahaja apa yang boleh. Push-up 100 kali, lari setempat, atau stretching...

More...

Lebih bersyukur ketika susah

Kalau tak exercise, nanti susah nak tidur, dan otak pun rasa stress (melayan tekanan dan kesedihan).

Tapi bila dah bebas, hidup dah senang... Exercise pun ikut mood dan banyak pra-syarat.

Kena pergi ke taman, kena lengkap berpakaian sukan. Kalau tak pakai kasut sukan, nanti takut kaki melecet...

Padahal dulu exercise pakai selipar ataupun berkaki ayam sahaja. Exercise jugalah walaupun keadaan sangat tak selesa.

Saat bebas dari penjara, badan kurus sebab jaga makan (memang susah dapat makanan sedap), exercise agak konsisten, dan tidur rehat pun cukup...

Kesenangan sering melalaikan

Penjara bukanlah tempat yang baik. Itu neraka dunia.

Tapi pengajaran hidup terpenjara mengajar saya; dalam hidup serba kekurangan, sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita dapat. Tak perlu layan sangatlah kesedihan tu kalau tak dapat apa yang kita suka. 

Sebaliknya carilah hikmah dan peluang-peluang yang masih ada, yang Tuhan masih sediakan untuk kita.

Hargai dan bersyukurlah apa yang masih ada. Kalau tak dapat apa yang kita suka, belajarlah suka apa yang kita dapat.

Kita tak nak hidup susah... Kalau boleh kita nak sentiasa hidup senang lenang. Tapi jangan lupa, kesenangan yang kita impikan itu juga tak semestinya ia baik untuk kita. Kesenangan juga boleh melalaikan kita.

Bukan sahaja kesenangan harta dan kekayaan, malah nikmat kebebasan, nikmat badan yang sihat, masih ada ahli keluarga yang peduli tentang kita, malah juga waktu lapang yang banyak... 

Optimis mengurangkan kesedihan

Kita sering ambil mudah, tak bersyukur, bahkan melalaikan sampai ia merosakkan kita.  

Jadi setiap kali rasa sedih tak dapat apa yang kita suka, ingatlah Tuhan sediakan apa yang lebih baik untuk kita.

Kalau kita tahu kebaikan-kebaikan yang Tuhan sediakan untuk kita, nescaya kita tak akan menangis  dan tak bersedih atas apa yang hilang daripada kita...

Berdamailah dengan takdir...

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu itu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah lah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui (akan hakikat di sebaliknya)" 

(Surah Al-Baqarah 2 : 216)

Zulkifli
Cyberjaya
1 Disember 2023
21 Jamadil Awwal 1445H

Pengalaman begini tak pernah dapat sepanjang 2 tahun terpenjara. Peluang tengok langit terbentang luas dan rasa panas matahari kena ke kulit pun sekali atau 2 kali sebulan. Terasa besarnya nikmat dalam berjalan di taman, pemandangan indah, dapat tengok langit terbentang luas. Alhamdulillah...

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>