MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nikmat Air Panas Dalam Penjara, Sedikit Sekali Kita Bersyukur…

October 31, 2023

Tengok water heater ni, betul-betul menggamit kenangan... Waktu dalam penjara, dapat air panas tu nikmat yang besar. Boleh la buat bancuh kopi atau rendam maggie...

Nak dapat air panas ada time-time dia... Akan ada "orang kerja" (banduan yang bertugas) yang datang kutip dan hantar botol ke setiap sel... Dalam pukul 8.30 pagi, waktu makan tengah hari, dan petang sebelum maghrib.

More...

Tak mudah dapat air panas

Selalunya mereka akan jerit "botolll.... botollll..." untuk ingatkan supaya keluarkan botol (melalui lubang di bawah pintu sel).

Lambat keluarkan botol, melepaslah... Kalau botol dah di isi dengan air panas, kadang-kadang bila terima dah kurang panas...

Kalau rasa nak buat kopi awal pagi, kena balut botol air dengan selimut (dari pukul 7.00 malam). Balut tebal-tebal... Bangun pukul 4.00 pagi dapat la rasa minum kopi suam... Atau sahur rendam maggie dalam air suam...

Kita yang hidup bebas tak terasa pun air panas tu satu nikmat yang besar. Tapi ketika saya terkurung 2 tahun dalam penjara, dapat air panas pun dah terasa besar nikmatnya...

Besarnya nikmat dapat air panas

Air panas tu bukan isi dalam termos... Tapi dalam botol plastik je... Saya rasa ia memang tak bagus untuk kesihatan (isi air panas melecur isi dalam botol plastik)... Tapi apa boleh buat... Asalkan tak mati dan tak sakit (minum air tu), tak kisahlah...

Memang benarlah Tuhan sering ulang-ulang peringatan dalam Al-Quran... Sedikit sekali kita bersyukur...

Mudah-mudahan coretan ringkas ni jadi peringatan supaya kita tak sesekali meremehkan nikmat Tuhan yang sering dianggap kecil. Dan mensyukuri nikmat melimpah ruah yang Tuhan kurniakan kepada kita pada hari ini...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... 

"Sesungguhnya Kami (Tuhan) telah menempatkan kamu sekalian di atas muka bumi dan Kami adakan bagi kamu di atas muka bumi itu (sumber) penghidupan. Sedikit sekali kamu bersyukur" (Surah Al-A'raf 7 : 10)

Zulkifli
Cyberjaya
31 Oktober 2023
16 Rabiul Awwal 1445H

Water heater dispenser model ni benar-benar menggamit kenangan saya dan rakan-rakan senasib dengan saya di Penjara Tapah dan Penjara Sg Buloh.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>