Bilakah momen paling indah antara saya dan isteri?
Jawab saya, ketika dua tahun saya terpenjara!
Kami dipisahkan oleh dinding dan palang besi.
Ketika setahun di Penjara Sg Buloh, saya cuma dapat mendengar suaranya dan melihat wajahnya seminggu sekali...
Itupun cuma 40 minit...
More...
Berat Menahan Rindu...
Ketika setahun di Penjara Tapah (Perak), saya cuma dapat mendengar suaranya hanya sebulan sekali.
Dan waktunya tak lebih 40 minit sebulan.
Sudahlah rasa rindu tu membuak-buak, waktu untuk kami bercakap hanya sekejap saja...
Setiap minit sangat berharga bagi kami.
Setiap apa yang mahu isteri perkatakan, adalah penting saya mendengarnya dengan teliti dan empati...
Ketika waktu pertemuan (di sebalik cermin dan palang besi) tamat, kami cuma boleh berkomunikasi macam orang bisu...
Terasa berat sungguh untuk berpisah... Nak tunggu lagi satu minggu atau lagi satu bulan untuk bertemu atau mendengar suaranya lagi...
Hikmah Di Sebalik Ujian...
Ketika tu barulah saya sedar... Selama ni saya tak betul-betul hargai setiap detik bersama isteri...
Saya penat mendengar cerita masalah yang remeh temeh bila isteri mengadu... (sebagaimana kebanyakkan lelaki)
Saya ambil mudah saat-saat kami dapat ruangkan waktu bersama...
Hinggalah kami dipisahkan oleh dinding dan palang besi...
Ketika itulah saya mula berazam untuk jadi suami yang lebih baik buat isteri... Lebih sabar, dan lebih empati sebagaimana sikap Nabi s.a.w bersama para isteri...
Semoga ketika ajal yang memisahkan kami suatu hari nanti, kami tidak terpisah dengan membawa kekesalan lagi... Amiin...
Zulkifli
Cyberjaya
22 Januari 2023
1 Rejab 1444H
Artikel berkaitan:
- Pengalaman Penjara Mengajar Saya Erti Bersyukur
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
- Refresh Mood Cinta Suami Isteri
- 5 Bahasa Cinta Suami Isteri
- Lihat Dulu Rekod Hutang Bakal Suami Sebelum Berkahwin
- Lelaki Sejati Tak Berkongsi Tanggungjawab Nafkah Dengan Isteri
- Refresh Mood Cinta Suami Isteri