MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Fokus Menabung Emas Dulu, Bukan Melabur

January 15, 2023

Saya silap. Pada tahun 2010 - 2012, saya sedar saya silap bila share ilmu emas, tapi sibuk bercakap tentang harga... 

Harga sekarang dan potensi harga pada masa depan... 

Sedangkan majoriti masyarakat kita, jumlah simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji pun belum ada... 

More...

Pelabur Emas vs Penyimpan Emas

Nak menyimpan duit setiap bulan pun masih struggle, tapi sudah sibuk tengok harga emas tinggi rendah...

Kononnya dengan cara itu mereka akan bertambah kaya...

Sebenarnya, mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (gold saver).

Bagi siapa yang masih belum ada simpanan berjumlah 6 - 12 bulan gaji, saya tak recommend beli emas untuk melabur dulu.

Fokus beli emas untuk adakan simpanan dulu.

Jangan tengok harga...

Beli Emas Untuk Simpanan Dulu

Kalau sibuk tengok harga, memang jumlah simpanan emas tak ke mana-mana (tak kaya-kaya).

Sebab asyik takut dan pening dengan harga...

Orang lain simpan emas sudah berpuluh dan beratus gram, tapi dia nak beli satu gram pun takut...

Jadi apa yang penting, setiap kali ada RM100, boleh terus menabung melalui Akaun Emas GAP. Tak perlu tunggu ada duit banyak.

Berdasarkan pengalaman saya membimbing lebih 6,000 penyimpan emas sejak 2010, itulah cara yang lebih baik bagi orang kebanyakan yang nak jadi lebih kaya dengan emas...

Nanti bila dah mula, kita akan faham dengan sendiri harga tinggi rendah sebab dah ada “benchmark” tersendiri.

Mindset Penyimpan Emas Tegar

Mindset penyimpan emas tegar ni; harga emas naik mereka tetap beli.

Bila harga turun, mereka beli lebih banyak!

Sebab mereka nak pastikan jumlah tabungan emas mereka mesti bertambah setiap bulan...

Emas bertambah, maksudnya kekayaan mereka juga bertambah... Dan itulah mindset orang kaya; sentiasa pastikan harta mereka bertambah...

Dengan tabungan emas itulah nanti dia gunakan sebagai dana kecemasan keluarga, jadikan modal beli rumah, beli tanah, modal pusingan bisnes, dan kembangkan lagi hartanya lagi, lagi dan lagi...

Allahu a’lam.

Zulkifli

Cyberjaya

15 Januari 2023
22 Jamadil Akhir 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>