Ramai orang akan lebih kaya kalau dia tak melabur!Ini feedback yang mengejutkan. Tapi itulah kesimpulan yang boleh saya buat.
Balik raya hari tu, saya pergi melawat tanah-tanah Abah.
Abah ada banyak tanah... Saya kira-kira, kalau jual semua tanah-tanah Abah, nilainya lebih RM1 juta.
Ada tanah kebun...
Ada tanah dijadikan kolam ikan...
Ada tanah kosong yang ready untuk dijual buat rumah...
More...
Pernah rugi RM1 juta
Abah convert duit-duit dia dalam Tabungan Haji kepada tanah. Tukar bentuk simpanan dari duit kertas kepada real asset.
Pulangannya tak seksi, tapi proven.
Abah tak lagi terliur melabur dalam pasaran saham lepas dia hilang kekayaan dia lebih sejuta ketika kejatuhan pasaran saham tahun 1997.
Sejak dari tu, Abah fokus cari duit, dan simpan saja. Tak lagi agresif melabur macam dulu.
Sebenarnya pengalaman Abah tu, itu realiti sebenar masyarakat.
Pengalaman saya educate masyarakat tentang kewangan dah masuk tahun ke-18 (bermula dari zaman blog tahun 2008), saya dapati ramai orang sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur.
Fokus menabung saja...
Menabung... menabung... menabung saja... Banyak keajaiban akan berlaku bila mulakan tabiat menabung...
Nanti bila ada duit lebih (12 bulan gaji), baru fikir melabur.
Atok nenek kita yang kaya raya di kampung, mereka tak tahu melabur tu macam mana. Yang mereka tahu, cari duit dan menabung saja.
Mereka simpan kekayaan dalam bentuk emas, tanah yang banyak dan haiwan ternakan...
Mereka tak tahu pun baca data ekonomi... tak tahu analisis pasaran... tak tahu timing terbaik untuk enter market.
Yang mereka tahu, cari duit banyak-banyak dan simpan (menabung)!
Cari duit lagi, simpan lagi...
Banyak orang dia tak fokus menabung... Duit "simpanan kecemasan" pun belum ada, tapi dah sibuk nak melabur...
Malah ada yang sanggup buat loan hanya semata-mata nak melabur...
Akhirnya... duit-duit dia yang berbaki tu semuanya lebur...
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...
Menabung tak seksi
Bila difikirkan balik... duit-duit dia yang dah lebur tu, kalaulah sebelum ni dia fokus menabung saja, mungkin dia dah ada simpanan setengah kilo emas.
Ataupun setidak-tidaknya dah ada simpanan cukup dalam ASB atau Tabung Haji.
Ada seorang penyimpan emas saya, dia rasa simpan emas, pulangan ASB dan Tabung Haji ni tak seksi... Keuntungannya lambat...
Jadi beberapa tahu lalu, dia pergi jual 500 gram emas dia dan labur dalam pasaran saham. Dan duit tu sekarang dah hampir lebur kesemuanya...
Emas tak ada... Duit pun habis...
- ASB, Tabung Haji, Emas atau Hartanah? Ini Cara Saya Simpan Duit
- Teknik Kuno: Alang-alang Simpan Emas, Biarlah Sampai Kaya!
Hari ni dia contact saya balik dan kongsikan penyesalan dia... Kalaulah dia fokus menabung emas saja, saya yakin hari ni sekurang-kurangnya dia dah cukup simpanan #1keluarga1kiloemas.
Hari ni dia bermula balik daripada kosong...
Mulakan balik buat perkara yang betul. Kali ni bukan saja buat pekara betul, tapi buat dengan sabar dan konsisten.
Cepat atau lambat, setiap kita pasti akan berjaya. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
28 Mac 2026
9 Syawal 1447H
Artikel berkaitan:
- Pelaburan Terbaik Untuk Orang Pencen
- Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud
- Pelaburan Terbaik Bagi Pendapatan Kecil
- Emas dan Hartanah Sahaja Untung, Pelaburan Lain Semua Rugi!?
- Kenapa Pakar Tak Sarankan Pelaburan ASB Financing?
- Buat Pelaburan, Pastikan Kita Mampu Tidur Lena
- Inilah Sebab Kenapa Jutawan Saham Ini Sarankan Menyimpan Emas!
- Pengalaman Perit Pelaburan Hartanah Yang Ramai Tak Tahu

