Walaupun gaji kecil, duit tak cukup, mulakanlah juga amalan menabung.
Jangan tunggu ada duit lebih. Sebab sampai bila-bila pun kita tak akan ada duit lebih. Sebaliknya, mulakanlah menabung walaupun jumlahnya kecil.
Ketika mula faham ilmu kewangan, saya mulakan tabungan pertama cuma RM20 sebulan, buat potongan gaji masuk ke akaun Tabung Haji.
More...
Amalan menabung bukan tentang berapa jumlahnya, tapi tentang membentuk tabiat baru dan mindset yang betul dalam membina kekayaan.
Pengalaman menujukkan, keajaiban akan berlaku bila kita mula menabung setiap bulan secara konsisten.
Antara kesan positif akan berlaku;
1. Membentuk mindset orang kaya - KUMPUL harta
Amalan menabung membentuk mindset orang kaya; kumpul harta.
Orang kaya sentiasa fikir "kumpul" harta. Dia sentiasa pastikan harta dia sentiasa bertambah.
Dia tak akan tarah harta dia.
Sedangkan orang biasa cuma fikir tarah harta. Lepas berpenat-penat cari duit, dia habiskan kesemuanya.
Dia fikir, tak apa... Bulan depan ada gaji lagi...
Dia tak ada fikiran untuk "kumpul" macam orang kaya-kaya.
2. Lebih bermotivasi bina kekayaan
Amalan menabung memotivasikan kita membina kekayaan.
Mereka yang mulakan amalan menabung, akan mula pasang cita-cita dan letakkan target.
Nak ada tabungan 3 bulan gaji, 6 - 12 bulan gaji, RM100k pertama, bahkan RM1 juta pertama!
Dia mula letak target nak memiliki harta; nak beli rumah pelaburan, nak beli tanah yang mendatang hasil, nak memiliki bisnes sendiri dan sebagainya.
Bila ada target yang jelas, dia lebih motivasi dalam membina kekayaan. Dia tahu hala tuju dia dalam membina kekayaan.
3. Mula berkira-kira untuk berbelanja
Amalan menabung membuatkan kita berkira-kira nak berbelanja.
Kita akan mula berkira-kira yang mana perlu, yang mana tak perlu, yang mana boleh ditangguhkan dulu, yang mana perlu beli sekarang.
Kita akan berbelanja dengan lebih berhemah sebab setiap duit yang kita belanjakan akan mengurangkan jumlah yang akan kita tabungankan.
Amalan menabung akan mengurangkan sifat boros berbelanja. InsyaAllah.
4. Tak gemar buat hutang baru
Amalan menabung membuatkan kita tak gemar buat hutang baru.
Setiap hutang yang kita buat, ia akan mengurangkan kemampuan kita menabung lebih banyak.
Bahkan akan cari jalan untuk langsaikan hutang-hutang yang ada secepat mungkin.
Setiap satu hutang yang berjaya diselesaikan, akan meningkat jumlah yang mampu ditabungkan setiap bulan.
Beli kereta sebagai contohnya, setiap kereta yang kita beli secara hutang akan mengurangkan kemampuan menabung sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
Kalau dapat tutup satu hutang kereta, kita dapat tingkatkan tabungan RM1,000 sebulan.
Kita rasa tak gemar buat hutang baru, bahkan tak sabar-sabar nak tutup hutang sedia ada satu per satu.
- Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan
- Hasil Menabung Emas, Pensyarah Ini Bebas Hutang Kad Kredit!
5. Lebih kreatif cari pendapatan tambahan
Amalan menabung membuatkan kita lebih kreatif tingkatan pendapatan.
Selain kurang perbelanjaan, cara mudah tingkat tabungan ialah tingkatkan pendapatan.
Otak akan sentiasa ligat berfikir cari jalan tingkatkan pendapatan.
Apa sahaja ada di sekeliling, kita akan fikir macam mana boleh buat duit extra.
Yang duduk di bandar, cara paling mudah gunakan waktu lapang cari duit extra dengan bawa Grab atau jadi rider. Tukar masa jadi duit...
Yang duduk di kampung, mungkin hasil buah-buahan yang dah tak larat nak makan boleh dikutip dan jual hasilnya.
Kalau dapat extra RM100 sebulan pun, ia dah membantu tambahan tabungan lebih banyak.
Masukkan duit ke poket sendiri
Yang menabung emas, kalau duit extra tu dapat tambah 1 gram emas setiap bulan atau sekurang-kurangnya top-up RM100 melalui Akaun Emas GAP, itupun dah cukup baik. Alhamdulillah...
Nak bina kekayaan, mesti bermula dengan amalan menabung.
Berapa besar pun gaji kita, selagi tak menabung, sampai bila-bila pun tak akan kaya.
Apa yang kita belanjakan, duit itu masuk ke poket orang lain. Apa yang kita tabungkan, duit itu masuk ke poket kita sendiri.
Hasil penat lelah kita bekerja, sepatutnya kekayaan tu masuk ke poket kita sendiri, bukan hanya ke poket orang lain.
Tahap kemuncak membina kekayaan
Bila tabungan dah cukup sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan gaji, barulah fasa seterusnya akan bermula, iaitu tukarkan duit lebihan tabungan kepada harta-harta yang boleh memberikan cashflow (pendapatan pasif).
Contohnya, memiliki rumah-rumah sewa, tanah yang mendatangkan hasil, memiliki bisnes sendiri, atau memilik saham dalam syarikat-syarikat yang berdaya maju pada masa depan.
Tukarkan LEBIHAN tabungan tu ke dalam pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya - untuk elakkan duit itu lebur.
- 6 Prinsip Penting Elak Duit Lebur Dalam Pelaburan
- Berjaya Bina Rumah Sewa Secara Tunai. Ini Kisah En Bashir
Bila pendapatan pasif dah melebihi belanja kos sara hidup, barulah capai ke tahap kemuncak membina kekayaan, iaitu financial freedom - tak kerja pun ada duit, insyaAllah.
Untuk sampai ke kemuncak, ia bermula dengan amalan menabung setiap bulan walaupun jumlahnya kecil...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Surabaya
2 Ogos 2024
23 Muharram 1446H
Mulakanlah amalan menabung walaupun jumlahnya kecil. Ia bukan tentang berapa jumlahnya. Tapi tentang membentuk tabiat baru dan mindset yang betul dalam membina kekayaan. Keajaiban akan berlaku bila kita mula menabung setiap bulan secara konsisten. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 1 Ogos 2024
Nak cari duit bukan mudah. Penat, stress, tak selesa dan kurang waktu buat apa yang kita suka. Hargailah penat lelah tu dengan menabung sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan. Supaya kita senyum lihat hasil penat lelah masih di poket kita. Bukan poket orang lain. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Julai 2024
Berbelanja mewah membuatkan kita rasa kaya dan dilihat kaya walhal semakin miskin. Sebaliknya menabung membuatkan kita rasa miskin dan dilihat miskin walhal sebenarnya kita bertambah kaya. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 11 Julai 2024