“I tak beli kereta. I cuma beli property dan gold jer. Hari tu I beli rumah dekat area Mutiara Damansara RM1.2 million, sekarang dah nak siap. Price sekarang ni around RM2.5 million. Kalau I jual sekarang, senang-senang jer I boleh dapat RM1 million!”
Kata Kak Liz sambil membelek-belek syiling Dirham Kelantan saya.
Saya terkejut. Dalam diam-diam, rupanya Kak Liz ni orang kaya.
Daripada beli kereta baharu, lebih baik tambah hartanah baharu katanya. Harga kereta sentiasa susut, tapi nilai hartanah sentiasa naik, naik dan naik.
Saya tengok Kak Liz ni jenis orang biasa sahaja. Penampilan sederhana, pakai kereta Proton Saga (kereta tempatan) model lama jer. Tapi rupa-rupanya, harta dia sudah melebihi jutaan ringgit!
"Jutawan senyap" kata Chef Li.
Mewah Tak Semestinya Kaya
Memang begitulah yang saya perhatikan tentang orang kaya-kaya. Walaupun kaya, mereka tak suka tunjuk-tunjukkan kekayaan mereka sebenar. Mereka lebih suka hidup cara “low profile” jer.
Kaya dan mewah dua perkara berbeza. Orang kaya tak semestinya pilih untuk hidup mewah. Orang yang nampak mewah tak semestinya kaya.
Kekayaan ialah tentang berapa jumlah harta yang kita miliki. Tapi kebanyakkan orang yang nampak hidupnya mewah bukan sebab ada harta yang banyak, sebaliknya hutangnya yang besar!
Mereka bergaji besar, maka dia layak buat hutang yang lebih besar.
Bergaji besar, tetapi berbelanja juga besar. Harta tak ada, simpanan pun tak ada. Yang banyak hanyalah hutang sahaja.
Perkara kedua yang kita perlu tahu, orang yang bergaji besar tak semestinya dia kaya.
Gaji Besar Tapi Tak Kaya
Kekayaan bukanlah tentang beberapa besar pendapatan, tapi berapa banyak simpanan dan jumlah harta.
Orang kaya fokus kumpul harta sampailah harta tersebut dapat menjana passive income yang cukup untuk dia nikmati hidup sebagai seorang yang bebas - financial freedom!
Kalau jumlah hartanya bernilai RM1.2 juta, dia secara mudahnya dia mampu mendapat pendapatan pasif RM5,000 sebulan (RM60,000 setahun) kalau hartanya itu diletakkan di dalam pelaburan yang boleh berikan pulangan 5% setahun.
Orang kaya tak pandang sangat dengan kereta. Mereka tahu kereta tu adalah bebanan (liabiliti) yang membocorkan kekayaan mereka.
Setiap kereta yang mereka beli, mereka akan hilang kemampuan untuk menyimpan dan tambah lagi harta kekayaan. Mereka kena tanggung kos bayaran bulanan dan maintenance tahunan. Dan yang lebih rugi, nilai kereta makin lama makin menyusut!
Kekayaan kita hilang begitu sahaja.
Berkereta Biasa Walaupun Kaya
Mungkin itulah sebab kenapa kebanyakkan ‘jutawan senyap’ (yang saya kenal), mereka tak bermegah-megah dengan kereta. Mereka tahu nilai kereta yang sentiasa susut.
Kereta hanyalah alat untuk bergerak daripada point A ke point B sahaja, tak lebih dari itu.
Maka rugilah kalau sentiasa tukar kereta baru. Asalkan kereta yang sedia ada tu dapat bawa kita ke sana ke mari dengan selamat dan agak selesa, itu sudah memadai.
Tak bergaya pun tak apa, asalkan poket kita kaya.
Saya ada kenal seorang businessman Cina yang masih berumur 30-an. Walaupun dia berpendapatan melebihi RM300,000 setahun, dia memilih pakai kereta Toyota Camry jer.
Walaupun pendapatan bulanannya mampu untuk bayar ansuran Mercedes ataupun BMW, tapi dia memilih untuk hidup bersederhana!
Katanya kepada saya, dia tak kaya, tapi simpanan tunai dia cukup kalau dia nak beli rumah secara tunai!
Biar Tak Bergaya, Asalkan Kaya
Apa yang saya perhatikan, banyak perbezaan antara orang kaya dengan orang biasa. Paling berbeza ialah CARA BERFIKIR.
Orang kaya-kaya sentiasa fikir untuk tambah harta. Mereka akan pastikan jumlah simpanan mereka sentiasa bertambah.
Mereka obsess menyimpan sebahagian pendapatan yang mereka terima setiap bulan.
Ada duit simpanan jangka panjang, mereka beli emas. Ada duit lebihan yang banyak, mereka beli rumah-rumah pelaburan yang boleh disewakan, atau tanah-tanah yang mendatangkan hasil.
Makin lama bekerja, harta mereka makin bertambah.
Ia sangat berbeza dengan orang kebanyakkan.
Berbeza Cara Orang Kaya Berfikir
Orang biasa-biasa suka sangat beli kereta supaya nampak kaya - walaupun ia sebenarnya hanyalah simbol kekayaan palsu!
Sebaik sahaja habis belajar dan dapat pekerjaan, dia cepat-cepat beli kereta PALING MAMPU. Beli apa sahaja, dia akan beli yang paling mampu sampai tak lagi berbaki untuk disimpan.
Bila dapat kenaikan gaji, dia akan tukar kereta baru yang nampak lebih mewah. Dia tambah lagi ansuran hutang bank dalam jumlah yang dia paling mampu!
Gaji bertambah, tetapi kekayaan tak juga bertambah. Sebaliknya yang bertambah hanyalah hutang!
Kerugian Sebenar Beli Kereta
Berdasarkan apa yang ditulis dalam buku-buku kewangan, itulah antara sebab kenapa banyak orang yang sudah bekerja bertahun-tahun tapi tak kaya-kaya. Selain kekayaannya mudah bocor gara-gara pakai kad kredit dan buat personal loan, kekayaan mereka juga banyak bocor akibat suka bertukar-tukar kereta!
Buatlah kiraan sendiri, berapa banyak kita rugi gara-gara bertukar-tukar kereta.
Car loan yang lama sudah nak habis, dia beli kereta baru - buat loan baharu!
Hari ni keluar kereta baharu, dalam satu malam, nilainya jatuh sampai 20%! Wow... banyak tu...
Jadi pada saya, memadailah pakai kereta biasa-biasa saja dulu selagi status kewangan masih lagi "kais sebulan makan sebulan".
Asalkan kereta yang sedia ada tu dapat bawa kita bergerak dari point A ke point B dengan selamat, dan agak selesa, pakai sahajalah apa yang ada.
Nikmatilah apa yang ada itu dulu dengan rasa syukur, alhamdulillah... (“,)
Zulkifli
Damansara Heights
3 Disember 2010
27 Dzulhijjah 1431
“Kereta makin mewah bukan bermaksud bertambah kaya. Kalau beli kemewahan dengan hutang, itu tak lebih dari sekadar simbol kekayaan palsu. Kalau dibayar secara tunai, atau dengan passive income dari harta yang dia miliki, itu petanda dia memang orang kaya.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 April 2024
macammana dgn org yg pakai keta biasa jer pastu aset pon dia tak der..duit saving pon xder..mengidam jer la nak pakai keta mhl
Tak perlu pakai kereta mahal. Kereta mahal ni seronok setahun dua jer, lepas tu boring.. Nak tukar kereta lain pulak. Sifu saya beli kereta sport Mercs CLK harga RM500k.. tapi saya nampak, dia lebih suka pakai kereta Grand Livina jer.. lebih sempoi, lebih humble agaknya.. ramai boleh naik..
Moral of the story, tak payah la bercita2 nak pakai kereta mahal2.. Drp beli kereta mahal, lebih baik beli Van jer.. Boleh bawak anak2 ramai.. boleh bawak sedara mara jalan2 dgn van kita.. Jauh lebih bermakna walaupun tak bergaya di mata orang..
Bahagia bukan pada MATA, tetapi pada HATI… 🙂
ambo sokong 100%
Alhamdulillah… 🙂
mcm mana yer kalo kita push to the limit beli kereta sekarang, pastu tak beli2 dah… itu mcm mana yer, rugi atau menguntungkan
Shikin, bagi saya, beli kereta ni actually merugikan.
Semua orang akan fikir nak beli kereta bagus, lepas tu tak nak beli dah. Tapi realitinya, bila kereta dah berusia, mesti ada problem. Semua kereta macam tu. Masa tu kita akan terfikir nak tukar kereta baru. Saya pakai kereta Nissun Sunny second hand tahun 1994. Ada kenalan saya pakai kereta Honda City tahun 1997 dan dia memang jaga betul2 maintenance. Tapi bila namanya kereta, saya tengok boleh tahan juga masalah kereta dia nak kena repair sana sini, lebih kurang kereta saya juga.
Berdasarkan pemerhatian saya, kereta keluaran Jepun (Toyota, Nissun, Honda) lebih berbaloi utk beli daripada kereta Malaysia. Berbalai utk long-term.
Wallahu a’lam.
Tuan, saya bersetuju dengan tuan. Saya juga mengamalkan prinsip yang sama dengan tuan. Namun, ada juga yang seakan mempengaruhi prinsip yang kita amalkan. Sebagai contoh, ada orang kata kita perlu pakai kereta mewah kerana dikatakan aset. Sebagai contoh, ahli perniagaan atau mereka yang terlibat dengan MLM. Bila memandu dan pakai kereta mewah dan bawa jumpa client mahupun datang beri talk, client mahupun downline rasa yakin. Ni dinamakan walk the talk. Kereta mewah juga dikatakan ‘goal’ that motivate us to work hard and achieve that ‘goal’. Selain itu, kita kerja kuat so we deserve to reward ourself dengan kereta mewah. Nanti, dikatakan tak menikmati hidup ini atau lebih sedih dikatakan ‘kufur nikmat’. Apa pandangan tuan?
Kereta utk impress orang join bisnes kita? Saya setuju kalau kita benar2 mampu. Tapi kalau sampai kereta tu merisaukan kita (takut tercalar, kena curi, terbeban dgn ansuran dsb), maksudnya kita belum mampu. Saya secara personally tak impress sgt orang yang pakai kereta besar sbb kalau orang tahu, kereta adalah antara perkara terakhir yg kita beli dlm bina kekayaan. Kalau orang tu benar2 kaya, dia beli rumah dulu sblm kereta…
Dulu saya pun ada cita2 pakai kereta mewah tapi bila saya selami apa yang benar2 membuat hidup saya bahagia, kereta mewah tak ada dlm senarai. Sifu saya yang kaya raya pun pakai kereta mewah, tapi saya tengok excitement kereta mewah tu cuma setahun dua jer… Lepas tu dah tak ada excitement dah. Saya tengok, mereka lagi selesa ke sana ke mari naik Nissan Livina jer.. Mereka lebih tekankan hidup yang lebih bermakna, bukan impress kami dgn harta yang dia ada.
Wallahu a’lam.
mcm mana pula bli keta honda accord 93 harga 14 ribu. pakai 10 bln da baiki kerosakan 6 ribu..jln jauh pun xkonfiden takut ada masalah lain kluar.lbh baik bli baru..btl x?
Ia bergantung. Kalau beli kereta condition ok, owner jaga servis elok, dia guna sebagai second car, low mileage, beruntung la dapat beli kereta macam tu. Tapi kalau kereta yang pakai lasak, servis tak jaga, kereta umur 5 tahun pun tak berbaloi.
Setakat ni saya prefer kereta second hand jer. Beli dari careful owner. Jimat berpuluh ribu berbanding kereta baru. Tapi kalau untuk perempuan bawa kereta, drive jauh pergi kerja tiap-tiap hari, mungkin patut consider beli kereta baru.
Wallahu a’lam.
[…] berkaitan: Kaya atau Miskin, Di Mana Silapnya? Ruginya Beli Kereta… 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! Keluarkan Diri Dari Kesempitan – Satu Pengalaman… […]
[…] Rugi Beli Kereta […]
Assalamualaikum tuan & all readers.
Sy skrg dlm d lema utk memilih/membeli kereta utk kgunaan skg & b’kluarga nti. Oleh itu, sy byk search kt intrnet psal kualiti kreta,apa yg pntg dlm mmilih kreta & swaktu dgnnya, & sy t’trik dgn tjuk artikel tuan “rugi beli kereta” then trus t’lintas..alamakk rugi ke beli kereta??tp sy amat memerlukan!!!hu~~~ Tp bila dah baca smpai hbis bru lega..& suke sgt pndpt tuan yg t’akhir…..
** ” Tapi kalau untuk perempuan bawa kereta, drive jauh pergi kerja tiap-tiap hari, mungkin patut consider beli kereta baru.”** 🙂
so skrg, kreta ni mmg kperluan bg sy mmndg’n sy blum ada kreta & utk ulg alik g krja yg mn mmerlukn trnsport sndri (mmandg’n sblum ni sy hya mnumpng org shj). sy jga skg bkrja d ngri yg agk jauh dr kg hlaman…
Jadi..sy nk mnta pndpt tuan mngenai kriteria2 yg ptut sy utma kn dlm mmbeli kreta utk prjlanan jauh & long term.
sgt2 mmerlukan pndpat org yg pkar dlm mnguruskn prblnjaan.
Terima kasih..
Wslm Cik Nur,
Prinsipnya beli kereta untuk sekadar keperluan jer. Kalau Viva dah cukup untuk keperluan, beli Viva jer. Kalau nak beli kereta, tunggu tahun depan kalau boleh sebab rugi beli akhir tahun ni. Masuk tahun baru jer harga kereta terus susut terlalu banyak.
Kalau masih bujang, balik kampung naik public transport lagi bagus. Jimat petrol, minyak, masa, tenaga, maintenance dsb. Tapi kalau dah tak lama nak berkeluarga, saya syorkan beli kereta yang sesuai untuk berkeluarga terus. Berpakat terus dengan bakal suami. Rugi beli kereta Viva tahun ni, tahun depan dah nak kawin. Tahun 2015 dah dapat anak terpaksa tukar kereta pulak.
Wallahu a’lam.
Salam..sy juga dlm dilema..perlu atau tidak sy bli kereta?rumah dh ade..kereta pon dh ade..kancil(bli cash,x de instllment)..tp sy dh bekeluarga anak 1..setakat ini..berfikir nk bli family car..yg agak besar cm alza n so on..perlu..atau tidak?tlg ye..
Wslm Pn. Suhana,
Selagi ianya bukan benar-benar keperluan, bagi saya tak perlu beli. Tak perlu ikut orang lain. Bagi saya kereta lebih besar perlu kalau anak ramai dan selalu travel jauh macam balik kampung. Kalau setakat dekat-dekat jer, lebih baik simpan duit tu atau laburkan.
Wallahu a’lam.
Assalam…saya antara yang dilema disebabkan kenderaan ni…harap tuan dapat beri nasihat. waktu sekarang mmng sy ade bnyak menyimpan dan ade beli emas…sy juga bekerja jauh dari kmpung halaman dan masa diambil untuk pulang ke kmpung halaman jika menaiki kenderaan awam tidak berbaloi dengan cuti..sy merancang untuk membeli kereta. itulah dilema sya sama ada kereta baru atau second hand..sudah hmpir 3 bulan saya memikirkan hal ni..harap tuan dapat memberi nasihat.
Wslm En. Mat,
Orang muda lelaki, saya boleh syorkan beli kereta second hand. Beli kereta Jepun sebab lebih tahan, tak banyak hal. Ia jauh lebih berbaloi berbanding beli kereta tempatan yang baru. Dah 10 tahun saya pakai kereta second hand jer. Tak perlu buat loan.
Tapi sebelum beli, saya syorkan En. Mat baca dulu buku panduan beli kereta second hand sebab kalau tersilap beli, nanti yang dikejar secupak, tapi rugi segantang. Antara buku yang boleh saya recommend “Bagaimana Memilih Kereta Terpakai Yang Lebih Baik” keluaran Truewealth. Buku nipis jer. Boleh beli di http://www.bit.ly/keretaterpakai.
Assalamualikum.
Saya merupakan seorang penuntut universiti dan akan datang bakal tempuh dunia pekerjaan.
Saya mahu meminta nasihat encik apakah pelaburan yang sesuai untuk pelajar macam saya ni.
Wslm En. Azhar,
Untuk student, pelaburan paling utama ialah pelaburan dalam ilmu. Banyak baca buku-buku tentang kewangan bila nak masuk ke alam pekerjaan. Lepas tu banyakkan simpanan. Saya kira-kira, graduan baru perlukan at least RM30,000 untuk keperluan dalam 3 tahun pertama. Jadi kena simpan pendapatan at least RM1,000 sebulan. Untuk student atau graduan baru, saya ada 3 nasihat. En. Azhar boleh baca di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/06/3-nasihat-kewangan-graduan-baru.html.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi satu idea yang mungkin tuan boleh fikirkan dengan lebih lanjut. Saya belum pernah melaksanakan idea ini kerana ianya sudah terlambat bagi saya dan belum perlu buat masa kini. Idea ini untuk mereka yang jarang-jarang guna kereta seperti untuk balik kampung atau pergi melancung.
Apabila membeli kereta baru, selain perlu membayar ansuran bulanan, pemilik kereta perlu membayar insuran dan maintenance yang mungkin mencecah RM200 sebulan. Tetapi kalau kita menyewa kereta apabila perlu sahaja, kita tidak perlu rungsing pasal maintenance atau insuran, atau harga kereta jatuh, malah setiap kali sewa, kita berpeluang sewa kereta berlainan. Tetapi pastikan jumlah sewaan setahun tidak melebihan ansuran kereta selama setahun. Pasti jimat kos insuran, maintenance dan lain-lain.
Idea yg sama mungkin boleh dipakai jika kita rasa nak upgrade dari kereta yang kecil kepada MPV. Saya rasa lebih baik sewa sahaja MPV tu dan kekalkan kereta asal yang kecil itu.
Apa pendapat Tuan?
Wslm En. Ahmad,
Betul tu. Saya sangat setuju denga idea En. Ahmad. Dan memang itulah yang ada dalam kepala saya yang dah ber-anak 7 orang. Nak beli MPV mahal-mahal bukan tak mampu, tapi takut tak berlaloi dengan penggunaannya. Sedangkan kita cuma perlu kereta macam tu 2, 3 kali setahun.
Terima kasih atas perkongsian En. Ahmad ni. Saya doakan Allah merahmati En. Ahmad atas perkongsian idea yang sangat bermanfaat ni. Amiin ya Allah.
Assmk saya ingin minta pendapat.saya ada 2 biji kereta unser dan myv hutang dh habis.tp saya berfikir utk menukar unser kpd Alphard.utk pengetahuan saya ada 4 biji rumah sewa rumah biasa2 jer .tp saya tk bekerja hnya suri rumah.ingatkan salah satu dari sewa rumah utk dibyr ansuran apa pendapat tuan.kami mempunyai keluarga yg besar.
Wslm Pn. Bibi,
Kalau puan hidup bergantung rumah sewa dan tak bekerja, maksudnya puan dah financially free. Kalau ianya keperluan tak ada masalah, beli jer sebab rumah sewa tu yang bayarkan kereta puan. Strategi bayar ansuran kereta dengan hasil dari rumah sewa tu satu tindakan yang sangat bijak.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum Tuan Zulkifli,
Saya seorang ‘fresh graduate’ yg baru shja bkrja di sbuah syarikat di PJ dan dgn pndptan bulanan hanya sekitar RM2200.Pd mulanya bercadang utk mmbeli sebuah kereta 2nd hand tetapi selepas mmbaca entri ini dirasakan memadai utk saya bermotor shj dahulu.
Tidak dinafikan pelaburan dlm bidang hartanah adalah sesuatu yg mnjamin keuntungan dan sy sgt berminat utk mlabur dlm bidang trsebut.Akan tetapi kekangan modal dan kedudukan kewangan sy yg blum stabil sudah psti akn mnjadi penghalang bagi niat tersebut.
Apakah ad cara yg boleh sy lakukan utk meneruskan niat itu dan sekiranya ada,bolehkah tuan terangkan dgn lebih terperinci supaya lbih jelas utk sy memulakan lgkah prtama dlm bidang ini?
Ataupn tuan mmpunyai cadangan yg lbih baik bg keadaan ini,dialu-alukan bg mghulurkan sdikit buah fikiran utk pihak sy yg tidak sberapa.
Terima Kasih.
Wslm En. Ikhwan,
Untuk memulakan pelaburan hartanah dengan modal yang mininum dan pendapatan minimum, saya syorkan baca buku:
(1) Pelaburan Hartanah Tanpa Modal – Saufi Karim
(2) Wa Tak Faham – Faizul Ridzuan
Dua buku adalah perkongsian pengalaman sebenar penulis yang memulakan pelaburan hartanah dengan pendapatan kecil dan modal yang minimum. Mungkin buku-buku ni boleh membantu En. Ikhwan.
Wslm.
Assalamualaikum Tuan Zulkifli,
mohon pendapat encik saya dan suami baru baru ini telah membeli 2 buah kereta, walaupun pada hakikatnya simpanan kami semakin lama semakin berkurang, tambahan pula kami akan menyambut anak pertama untuk beberapa bulan saja lagi…setelah saya ikuti blog encik saya dapati kami telah membuat satu kesilapan yg sangat besar.
Boleh tuan beri pendapat bagaimana harus kami membaiki sistem kewangan kami supaya tidak semakin parah.
tq
Wslm Pn. Nadiyah,
Apa2 kesilapan pun boleh diperbaiki. Kalau 1 kereta dah memadai untuk keperluan, jual balik lagi satu kereta. Kalau memang perlu ada 2 kereta, pakai la kedua2 kereta tu tak ada masalah. Tapi kos kereta bukan hanya ansuran bulanan, tapi puan kena simpan at least RM200 lagi sebulan untuk kos tahunan sebuah kereta i.e. maintenance, road tax & insuran, kerosakan, saman dsb.
Wallahu a’lam.
Sy memandang kereta mewah ni sebagai satu keperluan. Setelah penat memerah otak untuk menambah pendapatan saya rasakan perlu untuk saya dan isteri memiliki kereta mewah.
Bukan untuk impress orang ataupun berlagak, tetapi sebenarnya ramai tak tahu yg kereta buatan german seperti BMW atau mercedes sangat tahan lasak dan murah kos penyelenggaraan berbanding honda atau toyota.
Pengunaan petrol juga amat menjimatkan, setanding toyota dan honda.
Isteri saya memandu BMW328i 1997(2800cc), setiap hari ketempat kerja. Jarak perjalanan 90km ulang alik. Perbelanjaan petrol hanya RM400 sebulan. Tiada ansuran bulanan kerana dibeli secara tunai RM15k. Maintenance cost hanya RM1,300 setahun, cukai jalan+insurance RM 1,800. Lebih jimat dari kereta tuan puan semua.
Untuk kegunaan saya sendiri saya memandu Mercedes E300(3000cc) coupe 1991. Jarak perjalanan saya harian 200km, pemanduan dalam bandar+traffic jam. Kos petrol sehari RM 50. Maintenance tahunan RM900, cukai jalan RM 2,300 termasuk insurans. Kereta dibeli tunai RM50k.
Dengan penjimatan ini kami dapat melaburkan lebihan wang tunai dengan efektif dan dalam masa yang sama menikmati kehidupan yg berkualiti dengan kereta yg selesa, berkuasa tinggi, dan yg penting tak perlu menyeksa diri dengan kereta tua buatan malaysia/jepun yang mahaldan tidak selamat.
Terima kasih En Haffidz atas perkongsian bermanfaat. Alhamdulillah.
assalamualaikum haffidz..
Kalau bole mohon dapatkan pandangan lebih lanjut berkenaan kereta mewah secondhand, bagaimana nak memilih dan menjaga .. meracang untuk beli jugak… mungkin bole direct email ke sy.. smanfly@yahoo.com
terima kasih byk
Sy kurang bersetuju dgn hafidzz. Kos penyelenggaraan kereta import tetap mahal biarpun harga kedai potong. Sekali rosak….beribu2 kos penyelenggaraan nya… apa2 pun pendapat masing2.
Assalamualaikum,
Saya setuju beli kereta sebenarnya rugi. Tetapi sy sendiri telah melakukan kesilapan tu. Dulu pakai kereta Saga, hati tenang. Skrang biler dah pakai Camry hati ada sedikit risau.. Tapi alhamdulillah, sakitnya cuma bayaran bulanan, dari segi maintenance sangat berbaloi. Camry sy pun 2nd hand tahun 2008. Alhamdulillah masih elok lagi…
Semoga anda semua, fokus pada pendapatan dahulu, baru pk nak upgrade kehidupan..
Wallahua’lam…
Wassalam
Assalamualaikum…
Saya dah berkeluarga ada anak sorang…saya pakai wira manual tahun 2001 dan seringkali rosak…diikutkan dari gaji saya x sampai pun 2k..rumah sewa jer…pastu ingat nak beli viva baru je la satu..pastu nak tolak wira tu..apa pandangan tuan?
Wslm En. Zol,
Kalau benar-benar perlu, beli jer tak ada masalah. Asalkan mampu bayar. Dalam artikel ni, teguran saya hanya untuk mereka yang suka bertukar-tukar kereta, sedangkan kereta yang ada masih baik lagi.
Assalamualaikum..
saya berkeluarga anak sorang..wife saya cikgu sudah memiliki kereta sedan yang agak selesa,dia hari2 bawa pergi kerja..dalam kepala saya nak beli kereta second untuk ke tempat kerja bila hari hujan atau bila ada kursus di luar kwsn, sy hnya ada motosikal gaji 2k shj..haruskah saya beli kereta lagi?
Wslm En Adi,
Terpulang. Kalau benar-benar keperluan, beli jer, tak ada masalah. Kalau saya memang tak ada masalah. 10 tahun lebih saya bekerja, memang hari2 naik motor jer samada hujan, panas, ribut atau petir.
saya selepas graduate dan bekerja ( 11.11.2002) ….setahun lepas tu saya plan nak beli kereta. saya membuat pilihan sebuah kereta yg mampu sy byr di bawah RM500 sebulan , jimat minyak , ruangan luas, maintenance low .
saya comparekan antara Wira , Kenari dan naza Picanto .
Atas bantuan seorang rakan yg sudah bekerja di Johor..penilaian dibuat dan beliau syorkan saya beli kenari sbb pemarkahan penilaian terhdp Kenari adalah lebih tinggi .
Maka saya membeli sebuah Kenari , Rm48,485 dengan byrn bulanan RM485 selama 7thn . Alhamdulillah …pemilihan saya tepat sehingga sekarang, sekalipun tk pernah sangkut byr , kereta tk pernah meragam ..skrg dh 4 thn kereta itu menjadi milik saya ( dh habis byr) . allah izinkan segalanya berlaku terancang baik. wpun dh habis byr ..saya tk ada plan nak tukarkan kenari saya dengan kereta2 lain yg lebih baik pd zmn skrg ini wpun kawan2 saya dh tukar kepada kereta yg lebih mewah , byrn bulanan mencecah RM1k++.
skrg ni kenari saya dh dua kali ‘dilamar’ orang utk dibeli krn mrk kata Kenari mmg bagus dan jimat minyak , luas dan maintenance low. Saya menolak utk menjualnya.
Alhamdulillah ………
Alhamdulillah.. Pengalaman yang menarik. Terima kasih atas perkongsian Pn. Rohaizah.
Beruntung pn rohaizah.. Sy viva 6 thn+ dh problem.. Viva 2 wt gi keja, jln jauh utara, selatan setiap thn, p.timur 2 thn sekali.. Pakcik pun ckp tkr toyota.. B4 ni fikir2 nk beli keta thn sbb jln jauh.. Mmg ijutkn keta nk abis byr julai 2016 dh xnk tmbh hutang.. Tp perlu keta yg nk wt lenjan keja n jln jauh..
Assalamualaikum.. saya tertarik dengan laman ini. sekarang ini saya sedang meninjau kereta YANG SESUAI untuk dijadikan kereta sewa oleh adik saya (dia buat bisnes sewa kereta, bayaran bulanan dia akan uruskan, dan sekiranya ada lebihan dari sewa kereta akan dimasukkan ke akaun saya). Untuk makluman, Gaji saya bawah RM1500.00 dan tidak pernah buat loan. Saya nak minta pandangan encik mengenai perkara ini dan kereta apa yang sesuai dan low cost. setakat ini saya tertarik dengan kereta perodua axia yang baru keluar.
Wslm Puan,
Kalau beli kereta sewa dan boleh jana pendapatan lebih daripada ansuran bank, itu boleh dianggap sebagai hutang baik. Kalau dengan beli kereta boleh jana pendapatan, beli 10 buah kereta pun tak ada masalah. Cuma saya tak ada ilmu tentang kereta sewa. Yang mana lebih bebaloi pun saya tak tahu. Puan kena cek dengan mereka yang pakar dalam bisnes kereta sewa.
Salam tuan admin. Mcm mna blh trbaca blog ni, sy pn xigt. Hehe. Apa2 pn nasihat dan pndapat serta pengalaman yg membetulkan seseorg itu baik kpd lbih baik. Byk jgak la baca link2 yg brkaitan dlm blog ni. Sy masih brpeluang utk mnyimpan dan skrg msih mnyimpan duit. Tu je mampu. Target 1 tahun 10k. Gaji kecil ke 1.5k je.Semoga dipermudahkan. Skg ni msih bujang dan tengah kumpul duit. Hehe. Hutang lain xde,cuma ptptn jela yg ada. Naik moto je ke tmpat kerja. Member2 semua sdah brkereta. Sabar je ati tmbah2 time raya smua gah brkereta. Sy ada perancangan sndiri. Klau blh xnak tgl kat kuala lumpur trlalu lma. Kehidupan sy di kg bkn di kl, di cni utk cari duit sja. Ada rezki nk buka bisnes jual brangan basah kat kg. Semoga allah permudahkan sy dan kita semua. Trima ksih abg zul empunya blog ini.
Wslm.
Alhamdulillah, tabiat kewangan yang bagus. Saya doakan Allah permudahkan tuan, amiin ya Allah.
Assalamualaikum.
Saya sgt setuju dgn entri ini. Saya hanya pakai kereta kecik (2 pintu) yg dh agak berumur skrg (beli dari mak pada 2008) dan dah abis bayar kat mak sejak 6 tahun lepas dan takde hasrat nak tukar / beli kereta baru dah walaupun rasanya mampu. lagi pun kereta xde masalah, dijaga baik. Baru2 ni isteri beli kereta viva 2nd hand (cash) dari adik yang nak lanjut pelajaran. Beli ni untuk kami pergi kerja hari2. semata2 untuk save minyak. Bagi saya kereta boleh dipakai selama 30 tahun malah lebih jika jaga dengan cermat & selagi kerajaan tak arahkan masuk besi buruk. Tak perlu kisah apa org nak kata. Kereta lama ke, kedekut ke, tak payah kisah suma tu.
Bila kereta dah abis bayar, ia buat saya mampu untuk membeli rumah 2biji alhamdulillah (gaji saya tak besar & tiada bonus tahunan). Kedua2 rumah saya sewakan. Dalam terdekat ni plan nak jual sebiji untuk settlekan yang lagi sebiji supaya dah tiada hutang 100%. saya bukan jenis suka bergaya. Beli baju pun murah2 je. buat apa beli baju mahal2, Paling penting cashflow bulanan takde masalah & ada purchasing power. kebanyakan orang bila gaji naik, automatic nak naikkan taraf hidup. Itu sangat rugi. Kalau maintain cara hidup yang sederhana dan asalkan cukup, gaji naik yg lebih itu banyak boleh dibuat & boleh tingkatkan amal jariah untuk saham akhirat. Wallahua’lam & InsyaAllah. moga hidup diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
Wslm En. Johan,
MasyaAllah. Saya teruja dengan pengalaman En. Johan. Saya setuju cara tersebut.
Hari Sabtu lepas saya berpeluang jumpa saya kumpulan hartawan hartanah di Johor Bahru. Termasuk sifu mereka yang mempunyai puluhan hartanah di KL / Selangor. Tapi gaya hidup mereka semuanya jenis low profile. Kalau kita tengok mereka semua, kita tak tahu mereka tu orang kaya. Masing-masing pakai kereta macam kerja eksekutif rendah jer walapun pada hemat saya, mereka semua mampu beli kereta mewah secara tunai.
Terima kasih atas perkongsian En. Johan. Saya doakan Allah merahmati En. Johan atas perkongsian yang baik ni, amiin ya Allah.
Assalamualaikum tuan,
Saya mempunyai sebuah kereta Nissan Sylphy dan Hyundai Matrix…kedua-duanya saya beli 2nd hand…skrg sy bercadang untuk menukar Matrix kepada Mitsubishi Grandis 2003 lucut kastam RM 55k…soalan sy..berbaloikah membeli mpv dah lebih 10 tahun untuk hutang selama 9 tahun….kondisinya luar dlm mmg tip top…x mcm kereta tempatan…apa pendapat tuan….terima kasih
Wslm En Alfi.
Saya tak pasti berbaloi atau tak. Kena cek betul-betul kondisinya. Saya pakai Honda Accord umur dah 16 tahun ok je. Tapi ada yang pakai honda Accord yang tak sampai 10 tahun pun dah problem.
Slm. . sy ingin mendapatkan pandangan dr tuan. sy mempunyai minat yg sgt mendalam terhadap kereta.. sy memilih sebuah kereta perodua dgn bayaran rm500 dan sebuah kereta import dgn bayaran rm1300 berbaki 4 tahun. sy bercadang utk menjual kereta import dan membeli kereta audi a5 yg berharga rm200k yg telah lama saya impikan dgn bayaran bulanan lebih kurang rm2k. sy telah memiliki setengah ekar tanah dan sebuah rumah pemberian ibu bapa sy. Sy juga telah membina rumah rm200k tanpa membuat loan. pendapatan sy dan isteri lebih kurang 10k dan kami mampu menyimpan 4 sebulan. adakah sy ptt meneruskan impian sy?
Wslm En. Mohammad,
Saya tak pasti. Itu bergantung kepada matlamat kewangan En. Mohammad. Bagi saya, kalau pendapatan RM10k berbentuk pendapatan pasif, ianya tak ada masalah.
Salam,
Saya ada sebuah kereta viva, beli tahun 2013, bulan jun. Setelah baca blog tuan ni, rasa nak jimat habis la. nak save duit banyak sikit (beli emas) daripada terus keluarkn duit utk bayar hutang spt kereta ni. Ada tak cadangan tuan bagaimana saya boleh jual/trade in kereta saya ni, n pada masa yg sama saya boleh dapat kereta second hand kancil..(saya tak tahu apa beza jual/trade in).
terima kasih.
Wslm tuan,
Untuk jual, boleh cari pembeli di http://www.mudah.my. Tapi sebelum jual, cek dulu berapa baki pinjaman bank. Yang kedua, kena ingat, kereta second hand ni ada cabarannya. Kalau silap beli, mungkin kita menanggung kos maintainance yang besar.
Wallahu a’lam.
Salam,
Kadang kadang kita ni nak merasa gak naik kereta baru. Kalau beli kereta 2nd hand, rugi rosak lagi dan bertahun orang lain dah pakai. Kalau dah ada peluang untuk buat pinjaman, baik beli kereta baru yang lebih selesa untuk keluarga. Kita susah takpa jangan bagi keluarga kita susah sama. Tak rugi beli kereta baru. Dulu mak saya ambik loan kereta Avanza bayar 10% RM5800.00. Lepas 5 tahun, pinjaman bank tinggal RM17,000 dan tolak kat kedai used Car RM27,000.00 Untung RM10,000.00 lepas 5 tahun. Tengok lah jenis kereta nak beli. Beli lah kereta jenis Honda ka, Toyota ka dan jangan lah beli kereta jenis chery rugi….janganlah jadi orang yang terlalu lokek. Hidup ni sementara ja. Selagi boleh pakai benda yang baru dan elok, kita pakai je lah dan janganlah berkira sangat dalam hal ni. Kalau Allah nak senangkan kita, dengan kun fayakun Allah boleh senangkan kita. Kalau Allah nak susahkan kita, dengan kun fayakun Allah boleh susahkan kita walau kita ikut plan berjimat.
Saya pun bukan betui sangat akan tetapi saya selalu mengingatkan diri saya sendiri bahawa kita kena yakin dengan Allah dalam apa jua keadaan.
Tak salah kan. Nak tunggu beli cash, pakai nampak tak beli la kereta baru.
Ada kawan saya lepas grade beli kereta baru, tapi boleh habis bayar lepas tujuh tahun. Kereta pun elok lagi….
Percayalah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….
Wslm En Shafizi,
Hidup ini satu pilihan. Tak ada betul atau salah. Itu pilihan masing-masing.
Saya prefer tumpukan kembangkan kekayaan dahulu sebelum ‘bermewah’. Selama ni saya pakai kereta second hand sahaja, alhamdulillah, ok sahaja. Boleh bawa keluarga ke sana ke mari dengan selesa. Tak kurang pun berbanding kereta baru. Kereta baru pun tetap akan jadi lama juga satu hari nanti.
Assalamualaikum tuan..artikel tuan sgt mnarik.. Saya ni bru je bekerja..gaji pun biasa2 je. Aset yg ada cuma moto kriss sebijik beli secara ansuran slma 2 taun..sy mngkin akn brkhwin dlm masa 3 bln lgi.. Sy dalam dilema skrg..kerana tiada simpnan utk khwin dn kereta utk bawa bakal isteri nnti.. Perlukah sy mmbuat pinjamn peribadi dgn bank utk mnmpung blnja kawin ngn beli kereta ni?..
Wslm En. Raja,
Buat pinjaman peribadi untuk kahwin tu satu permulaan yang tak bagus untuk kewangan. Tapi kalau keadaan mendesak, terpaksa buat pinjaman tapi pastikan berlanja kawin tu berpada-pada. Jangan sampai jadi raja sehari, tapi terpaksa jadi hamba bank ‘sampai mati’ – terlalu lama.
Nak bawa bakal isteri tak semestinya naik kereta. Naik motor pun boleh. Kalau nak travel jauh berdua dengan isteri, naik public transport lagi jimat.
Wallahu a’lam.
Terima kasih atas pndangn en.. Utk pengetahuan en sy merancng igin mmbuat personal loan sbnyk 50k.. Dn dri pinjamn tu sy ingin mmbeli kereta secndhnd yg hrga 20k dn blnja khwin dlm 10k. Duit selebihnya sy ingjn smpn dlm tabung haji sbgaj duit keperluan sebgai permulaan hidup slpas kawin nnti. Pda pndngn en..adakh perancngn sy ini sesuai?..
Wslm En Raja,
Lebih baik usahakan duit tunai setakat yang mampu. Duit pinjaman yang dilaburkan dalam Tabung Haji tu memang tak berbaloi. Bermula kehidupan berumah tangga dengan hutang tu satu permulaan yang tak bagus.
Saya setuju dengan En Zul untuk usahakan duit tunai setakat yang mampu. Tetapi tempoh 3 bulan memang terlampau singkat untuk persiapan 100% belanja kahwin. Kalau simpanan zero, memang tak ada jalan lain kecuali buat personal loan.
Kawan office saya dahulu cuma makan roti siang dan malam selama 4 bulan untuk memaksimakan duit belanja kahwinnya. Dia juga berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara jujur, dahulu saya buat loan juga untuk belanja kahwin. Interest waktu itu masih rendah dalam 4.88% selama 5 tahun. Sekarang ni saya tengok dari 6%-12%. Boleh refer di sini perbandingan tawaran loan dari bank2. http://loanstreet.com.my/personal-loan.
Walaupun, isteri saya asal dari Kelantan dan kena travel jauh, saya tetap tak beli kereta dgn duit loan tu.
Sebahagian duit loan, tu diguna sebagai pusingan modal untuk isteri saya berniaga. Kerana, dengan berniaga adalah cara terpantas untuk mengembangkan duit. Lepas tu baru upgrade sikit demi sedkit. Yang penting disiplin, tabah, sabar dan mesti calculative tapi bukan ‘kedekut’.
Tapi lain orang lain keperluannya. Jikalau terpaksa kena ada kereta, belilah ikut kemampuan, lebihan duit kalau ada, kalau boleh jadikan modal berniaga kecil-kecilan dahulu.
Assalamualaikum zul.suko yak dulu g baca2 n tgk2 tulise zul, minak nok baco,so sebaknyo pasa zul =2 klate. Tahniah zul,tulise zul menarik n Moga hari2 ake date zul lebih +,insy.
Wslm En. Lazmi,
Alhamdulillah… 🙂
sekadar ingin berkongsi pengalaman saya
sekarang saya berumur 22 tahun. saya buat bisnes online sudah masuk 2 tahun. alhamdulillah bisnes ok.
pada umur 20 tahun, saya ada jugak terfikir nak beli kereta sebab di lihat ‘mampu’ bayar loan bank, tapi saya tahan nafsu saya selama 2 tahun tu daripada beli kereta loan bank sebab saya fikir tak berbaloi nak pakai kereta sebab saya tak pergi mana mana pun. buat bisnes online stay dalam rumah je 24 jam hehe
Kalau keluar pun, just nak pergi pos barang customer je di pejabat pos. selama dua tahun tu saya simpan sikit sikit cash sebab matlamat nak beli kereta cash secondhand in the future nanti bila betul betul terdesak dan perlu travel.
Alhamdulillah sekarang bisnes makin ok dan saya jugak merupakan seorang pelajar sepenuh masa dan usahawan sepenuh masa. Jadi saya kira sekarang lah waktu saya perlukan transport sebab nak pergi ulang alik ke kelas dan nak pergi ulang alik ke Kuala Lumpur sebab nak ambil stock barang.
Selepas buat kajian dan tanya pendapat adik beradik alhamdulillah saya beli kereta kelisa secondhand cash pada harga 11.5k sahaja dengan kondisi yang sangat tip top. Syukur jugak di temukan dengan owner yang pemurah dan baik hati.
Saya pilih kelisa sebab orang kata kelisa tahan lasak kan, enjin daihatsu Jepun, minyak murah, maintenance rendah dan kecil senang nak jaga. Lagipun saya belum berkahwin jadi saya memang nak kereta kecil dan biasa biasa asalkan boleh gerak je hehe
Selepas beli saya masih lagi buat kajian samada keputusan saya beli kereta secondhand ni betul atau salah hehe, tapi alhamdulillah selepas baca blog ni dan baca pendapat tuan zulkifli saya rasa yakin yang saya buat pilihan yang sangat tepat.
Semoga menjadi inspirasi buat jutaan belia muda di luar sana.
Biarlah kita ‘hina’ di mata manusia asalkan kita tidak ‘hina’ di mata Allah.
Hiduplah untuk Allah dan untuk diri sendiri, bukan untuk manusia lain. nanti kita akan jadi ‘letih’ kalau buat sesuatu kerana pandangan manusia.
Salam En. Amir,
MasyaAllah. Pengalaman yang menarik.
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini. Saya doakan Allah merahmati En. Amir. Amiin ya Allah..
assalam, rasa belum lg mncapai kebebasn dlm kewangan..stiap kali gaji memadai utk byr segala liabiliti (rmh sewa rm800, rmh sdri rm900 dan Kereta alza 2014 rm800), belum trmsuk pekara2 yg lain dan tpt keja mmg jauh dr kluarga dan isteri.keluar pegi jmpa isteri pun sebulan skali..saya juga ada kreta kncil yg dh 2 tahun abis byr..skuter pun dh abis byr slma 2 thn juga.
pd awal 2013 sgalanya bjlan lncar ada lebihn wang utk simpanan dan boleh beli brg keperluan lain..mula mnyewa rmh spy isteri x menumpang d rmh fmly dan komitmen byr hutg mula brtmbh..bg saya x kisah krn ingin menunaikan keperluan.. tak lama slps itu stlh didesak isteri utk beli kreta baharu(Alza) saya mengorbankan pendirian saya selama ini yg suka mmbeli kreta 2nd..ikut plan mula nk bli keta waja 2nd..1st time beli kreta baharu..saya dh sdkit gusar, namun utk mgembirakan isteri saya tabahi jua.
dgn gaji brsih hnya rm3.4K saya slesaikn sgala hutg2 di atas sahaja(blom tmsuk lg nfkah n, tmbg flght, kad kredit satu,dan sgala kpluan lain)..saya x dpt menabung lg..saya ada mnyuarakan hasrat utk mnjual Alza, namun ditentang hebat pula oleh isteri, malah meminta saya mnjual rmh.,pdahal saya dh ada bli rmh sdri dr thn 2007 lgsblm khwin, saya hairan knp kreta yg plu diutamakan..saya pndam sgalanya agar xda prtlingkhn..saya hnya meminta sdkit pndgn drp Admin ttg kdaan ini.terima ksih.
Wslm tuan,
Kena berbincang dengan isteri hala tuju kewangan keluarga. Bila kedua-dua ada hala tuju yang sama, maka senang buat keputusan bersama. Kalau kita ada matlamat bebas kewangan, tetapi isteri cuma tahu belanjakan wang yang ada, maka kewangan keluarga akan sentiasa bocor. Isteri saya juga ada keinginannya sendiri, tetapi saya beri pilihan kepada dia, adakah dengan duit yang ada itu perlu diutamakan keinginan dia atau utamakan hala tuju kewangan bersama. Bila dia faham, maka mudah kami buat apa-apa keputusan kewangan bersama. Alhamdulillah.
trima kasih atas nasihat dan pnduan drp admin dan dibalas dgn scepatnya..
inshaAllah akan brbincang dgn baik walpun dh bbrpa kali brbincng..hehe..isteri cuma ingt rumh saya bli tu yg mmbebankn..pdahal saya bruntung dpt rmh teres 2 tgkat dgn byrn cuma rm900 shj!.
saya ingin mnyimpn semula krn niat dlm hati sgalanya utk kebaikan brsama trutama ada bajet msa kcemasan, tp isteri tidak nmpk niat saya ke arah itu, tetapi dia plak boleh jga menabung utk dri sdri..knp saya xleh ada tabunagn sdri?hehe..pening kpla saya..apapun, blog tuan byk mnyedarkan n memotivasikan saya..
smga khdupan admin stsa dberkati atas prtolongn wpun hnya mmberi nasihat n pnduan kpd kami.
Assalamualikum…..
Tahun lepas saya buat pinjaman 50 ribu daripada daripada Bank Rakyat. Daripada 50 K tersebut saya telah membeli Proton Wira S.E yang merupakan idaman saya dalam 18 K dan tambahan 3 K untuk membaikinya dan mencantikkannya dan sampai sekarang alhamdulillah sampai sekarang dah setahun saya pakai tidak meragam tambahan pula kereta tersebut masih utuh. Selepas itu juga saya guna 3 K untuk membayar kesemua hutang Pinjaman Yayasan Sarawak yang saya guna untuk belajar. Dan kini tinggal 25 K lagi. Dari wang tu juga saya keluarkan untuk membeli motosikal adik untuk dia praktikal pembantu kesihatan persekitaran dalam 4 k macam tu kini tinggal 21 k. Tolak lagi baiki rumah untuk keluarga dan beli kelengkapan untuk pekerjaan dalam 6 K lebih. Dan kini tinggal dalam 14 K lebih saja lagi. Kini Gaji saya hanya tinggal RM1500 lebih lepas tolok Bayaran Pinjaman Bank Rakyat.
Masalah nya sekarang selepas setahun baru saya terfikir untuk membeli VAN yang biasa biasa aje dengan mentrade inkan kereta wira saya… ini kerana saya rasa dengan van saya boleh mencari duit lebih dengan menjadikan van tersebut sebagai van catar, menjual ikan masin kesana sini, boleh juga mengambil penumpang di sepanjang perjalanan pergi balik saya dari tempat kerja hingga ke rumah. Paling tidak pun masih boleh juga saya guna untuk berjalan jalan dengan anak buah. Waktu musim buah pun saya boleh membeli dari orang dan menjualkanya balik di kampung saya…. Buat masa ni juga saya risau saya belum ada tanah dan rumah sebagai aset. Saay juga belum berkahwin. Bapa juga lumpuh.
Apa pendapat Pihak Tuan?
Wslm En. Zulhairri,
Tak ada jalan lain, hutang itu tetap perlu di bayar dengan pendapatan masa depan sendiri. Kerja kerja lebih keras untuk tambah pendapatan dan bayar kesemua hutang-hutang tu.
السلام عليكم
Saya nak minta pandangan tuan tentang kereta..
Saya telah membeli sebuah Grand Suzuki Vitara full spec model 2008 pada tahun 2010 (2nd hand berharga rm 90 k) dengan membuat loan 9 tahun. Saya menggunakannya dengan cermat hingga ianya mula timbulkan masalah pada tahun 2012 hingga kini bermula dengan masalah trottle body, main harness cable dan terbaru aircond coil.. Semuanya dah mencecah hampir 15 k.. Buat masa ini kereta ini digunakan utk jarak yg dekat tapi yang merisaukan saya mulai tahun depan saya perlu berulang alik utk jarak yg jauh setiap minggu (KL-KB dan KL-KT).. Kereta ini buat masa ini dah tiada masalah.. Cuma rasa tak sanggup jika ada kerosakkan di masa hadapan.
Patutkah saya menjualnya dan mencari kereta first hand…
Wslm En. Wan,
Kalau kereta tu dah tahap “mahal tali daripada lembu”, lebih baik dispose dan beli kereta baru (tak semestinya 1st hand). Saya sendiri tak pernah beli kereta 1st hand, tapi alhamdulillah tak ada masalah. Kereta ni bergantung cara kita menjaganya.
Ribuan terima kasih
As salam En Zul..
Saya Ingin mendapatkan pandangan En Zul berkenaan kereta,saya mempunyai anak 4 orang dan telah memakai kereta myvi selama 8 tahun lebih dan baki masih ada 5k lagi,masalah skg bila balik kg atau jln2 agak tidak selesa untuk anak2,saya juga mempunyai 2 buah rumah yang mana satu darinya saya sewa sebanyak rm500 dan sudah tiada hutang..,
Soalan saya bolehkah saya refinance rumah itu dgn anggaran rm150k dan membeli kereta second hand spt toyota innova cash dlm rm40k dan langsaikan kereta myvi lagi rm5k..,rm100k selebihnya saya simpan dalam tabung haji atau KPF,atau saya refinance sebanyak rm60k sahaja dan anggaran bulanan rm500 ke bawah Dimana lebih kurang sama dengan org yang bayar sewa iaitu rm500 bulan2 tapi tiada lebihan dan simpanan dibuat,untuk refinance 150k bulan2 dalam rm850 dan saya perlu tambah rm350 bulan2 selama 26 tahun mengikut anggaran umur layak saya jika refinance rumah tersebut..,saya cadang utk trade in myvi namun isteri masih sayang dan ckp kereta itu sentimental value baginya..,jadi apa yang harus saya buat memandangkan kami rasa perlu untuk beli kereta yg besar dan selesa bila jln2 dan balik kg..,
Saya bekerja seorang dan pendapatan rm5k sebulan,tiada hutang lain cuma rumah yg kami duduki rm1400 sebulan.,isteri buat bisnes sambilan jual kuih muih home made dlm anggaran untung 1k sebulan..
Jadi harap tuan dapat berikan pandangan..terima kasih..
bila nafsu memuncak utk tukar kereta saya akan kunjungi blok tuan utk usir itu nafsu yg menganggu..terima kasih tuan, sekarang nafsu itu kembali reda..tuan minta sikit petua utk usir nafsu2 jahat yg sering datang dalam hidup ni terutama nafsu nk tukar kereta walaupun sudah ada 2 buah kereta 1 baru dan 1 2nd hand..please sir!
🙂
Kena jenguk kehidupan orang yang lebih susah (dan orang yang ditimpa musibah) dari pada kita. InsyaAllah kita akan rasa apa yang dah kita ada sudah cukup bagus.
menarik utk dikongsi..tq sbb terrrrmasuk dlm blog ni…mudahan bjaya utk kehidupan seterusnya
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
salam.
sy nk mnta pndapat tuan, sekarang sy sudah mempunyai kereta perodua dan sebuah mpv nissan. jumlah simpanan sy skang 8juta hasil bisnes.sudah ada banglo sebiji tanpa hutang. sebiji rumah teres sbg homestay.pendapatan pasif hasil drp pelaburan sebanyak rm100k sebulan. pendapatan bisnes rm300k sebulan.sy merancang utk bersara drp dunia bisnes sbb nak nikmati hidup. adakah berbaloi jika sy nak beli Mercedes utk kepuasan wlaupun sudah ada dua biji kereta.
Wslm puan,
Beli boleh, tapi beli secara tunai.
Salam En Zul,
Saya tengah berkira-kira hendak membeli MPV kerana bakal menambah cahayamata ketiga hujung tahun ini. Hajat dihati hendak beli kereta sedan sahaja. Tapi memandangkan saya selalu membawa ibu kemana-mana dengan anak-anak nanti dan juga setiap minggu balik kampung dalam jarak 160km pergi balik, maka MPV yang menjadi pilihan saya. Cuma kemusykilan saya patut ke beli MPV baru seperti ALZA atau EZORA atau second hand MPV seperti TOYOTA.
Wslm Pn. Rohaila,
1. Saya tak tahu MPV apa yang sesuai dengan keperluan puan.
2. Pokoknya, beli sekadar cukup untuk keperluan sahaja.
3. Kereta baru atau 2nd hand, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Puan tulis atas kertas kelebihan dan kekurangan setiap option yang ada, kemudian barulah buat keputusan.
Wallahu a’lam.
Saya guna kereta utk jln jauh setiap hari dlm 80 km dan jalan tak berapa elok…setelah 6 thun kereta mula meragam dan pernah kereta mati secara tiba tiba ditempat sunyi wlu servis dijga…perlukah tukar kereta yang lebih selamat?
Kalau dah memang perlu, beli jer. Kalau kereta lama dah tak dapat berfungsi sebagai kenderaan yang boleh bawa kita dari point A ke B dengan baik, memang kena tukar.
Saya ada sebuah kereta, saya beli baru dan telah guna selama lebih 5 tahun tanpa sebarang masalah. Masalah saya ialah kereta tu guna gear manual dan sejak akhir2 ini saya mengalami sakit lutut kiri (ACL). Isteri menyarankan saya tukar kereta auto. Perlu ke saya tukar sedangkan kereta yang ada tiada masalah..
Salam En. Noriz,
Kalau dah memang keperluan, tukar je. Jual kereta tu, beli kereta auto.
Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada tuan, saya mempunyai sebuah kereta, saya dan isteri bekerja berjauhan dan waktu kerja tidak tetap (shift hour) masalah sering terjadi ketika ingin menghantar isteri dan menjemput isteri dari kerja dan saya terpaksa melalui trafic jem hampir 2jam setiap hari..sehingga isteri terpaksa menyewa rumah bujang disekitar KL untuk memudahkan urusan kerja…tapi saya risaukan keadaan isteri yang pergi kerja seorang diri ditambah berbadan dua..apakah pandangan tuan, perlukah saya membeli sebuah kereta untuk isteri..kami baru berkahwin dan masih tidak mempunyai rumah sendiri(duduk dengan ibu)..harap tuan dapat berikan nasihat dan cadangan..terima kasih, assalammualaikum
Wslm.
Sewa rumah dekat dengan tempat kerja lebih baik. Sewa mahal sikit tak apa, tapi jimat masa & duit petrol, beli kereta dsb.
Berbaloikah sy membeli rumah generasi kedua felda..walaupun lokasi kurang strategik..harga 90k
Maaf En. Azmi. Saya tak tahu pasal rumah felda, dan bagaimana dari sudut pemilikannya. Jadi saya tak dapat bagi apa-apa pandangan.
Salam En Zul
Saya ingin berkongsi pengalaman saya.sy dulu sebelum kahwin pernah Beli kereta import Baru dengan ansuran bulanan rm900.selepas setahun saya pakai,sy menyesal dan mula Cuba baiki kesilapan saya.sy bertekad Jual dan pakai kereta wira ayah saya yang ayah saya x pakai sngt…selepas setahun sy berjimat saya mampu membeli 2 apartment di hot area dengan harga rm 200k+ Dan saya bg Sewa apartment tersebut.selepas hampir 6 tahun kedua2 apartment terse but berharga rm 400k…sy membeli kereta 2nd hand selepas kereta wira mula meragam dgn harga cash.selepas ITU saya Beli rumah teres 2 tngkat rm 270k…sekarang harga rumah tersebut lebih 400k…BG saya pilihan hidup masing2 Ada pandangan….tapi bila Ada duit kita boleh tolong org susah…kita juga boleh selalu belanja kwn2 juga…duit x boleh dibawak mati…tapi niatlah dengan duit kita boleh sedekah n tolong org2 lain…bukan kita menjadi semakin kedekut dan syg Utk mengguna Utk jalan2 kebaikan…amin
Wslm En. Mohd.
MasyaAllah.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Mudah-mudahan ia jadi pelajaran untuk pembaca yang lain.
Jazakallahu khair…
Assalam tuan Zul
Wife ada kereta vios beli baru pada april 2010,sekarang balance dalam 19k lagi. Dia bercadang nak full settlement kereta tu,adakah berbaloi? Simpanan dia ada 50k.
Wslm En Ady,
Saya prefer buat full settlement terus. Nanti duit ansuran bulanan tu, tambahkan simpanan bulanan. Jangan dibelanjakan, kecuali untuk pelaburan.
Assalam tuan zul..
Wife saya beli kereta vios baru pada april 2010. Sekarang balance dalam 19k lagi. Dia bercadang nak full settlement. Simpanan dia ada 50k. Adakah berbaloi bayar full sekarang atau tunggu je sampai 9 tahun?
Wslm En. Ady,
Saya prefer buat full-settlement terus.
assalam encik zul,
saya nak minta pendapat.
saya bekerja swasta pendapatan dalam 1700++ dan
berniaga online purata income dalam rm100 1 bulan,
tiada apa-apa kotmitmen.
tiada kereta walaupun ada rasa hendak membeli kerana penat
menumpang kawan tempat kerja untuk pergi kerja sahaja dan
balik terpaksa naik grabcar dalam harga rm14 (1 hari)
kerana tiada public transport sekitar rumah.
saya hanya ada bayar rumah sewa rm700 tetapi saya rasa agak rugi saya membayar rumah sewa semahal itu.
pada pendapat encik zul, antara kereta yang saya rasa merupakan keperluan dan membeli rumah, yang mana perlu saya dahulukan??
Wslm Pn Ain,
Saya tak pasti situasi sebenar puan.
Umumnya, saya prefer beli rumah dulu kalau tak ada keperluan mendesak untuk beli kereta. Beli rumah pelaburan yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi, bukan rumah idaman untuk duduk sendiri.
Salam.saya bekerja sebagai kontraktor.kerje saya bedasarkan tender.baru2 ni saya dpt tender selama 3 tahun dan tender ini memerlukan saya menggunakan van bertutup.saya beli yang baru dengan loan bank selama 7tahun.salahkah cara saya ni.tlg jawab tuan
Kononnye tak nak beli van second sbb takut rosak semase bekerja.salahkah cara sy
Wslm En. Hang Tuah,
Saya tak tahu situasi kewangan tuan. Kalau situasi begitu, mungkin saya akan pilih loan bank hanya selama 3 tahun sahaja. Habis kontrak, loan pun habis.
Wallahu a´lam.