MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Hutang Membeli Kereta Yang Menjerat Kewangan

October 19, 2016

Ketika saya dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam seminar kewangan yang dinamakan Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER), antara topik hangat yang disentuh oleh hampir ke semua ahli panel ialah tentang isu hutang membeli kereta yang menjerat kewangan.

Seminar sehari itu dihadiri sekitar 1,500 peserta terdiri daripada eksekutif muda berumur 20 – 35 tahun yang kebanyakkannya bekerja dengan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam seminar sehari itu, isu pembelian kereta dilihat sebagai perkara utama yang menjerat dan membantutkan kedudukan kewangan ramai generasi muda. Sebagaimana sudah lama sangat ingatkan kepada graduan baru, jangan terlalu gopoh membeli kereta! Ikat perut dulu, bina kekayaan dulu, nanti kita boleh beli kereta idaman secara tunai.

Kereta Yang Menjerat Kewangan

Ini antara point penting yang sempat saya catat tentang isu pembelian kereta sebagai peringatan kepada generasi muda;

  • Ramai generasi muda jatuh muflis disebabkan hutang kereta.
  • Antara sebabnya, susut nilai kereta sangat tinggi. Keluar sahaja showroom, nilai kereta boleh jatuh sehingga 20%!
  • Bila bank tarik dan lelong kereta (yang peminjamnya tak dapat bayar ansuran pinjaman dengan baik), selalunya nilai kereta itu lebih rendah dari jumlah pinjaman yang masih tertunggak. Maka peminjam selalunya tak dapat bayar perbezaan itu.
  • Pinjaman membeli kereta antara faktor kebocoran kewangan yang paling besar dikalangan generasi muda. Bila beli sebuah kereta, mereka hilang kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan disebabkan kos sebenar memiliki kereta agak tinggi.
  • Kesilapan ramai, bila nak beli kereta, mereka hanya kira ansuran pinjaman bank bulanan sahaja, tetapi mereka lupa kos lain yang sebenarnya agak besar antaranya kos petrol, tol, parking, road tax dan insuran, kos maintenance dan tak lupa juga kos saman! Kalau nak tahu kos sebenar, jumlahkan kesemuanya secara tahunan, dan bahagikan kepada 12 bulan. Nah, itulah kos bulanan yang sebenar. Memang betul, sebuah kereta akan memakan kos sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
  • Faktor utama kenapa generasi muda tak mampu menyimpan dengan jumlah yang cukup setiap bulan disebabkan terlalu gopoh membeli kereta ketika ia belum benar-benar menjadi keperluan.

Tips Penting Membeli Kereta

Jadi untuk mengelakkan masalah ini, antara saranannya;

  • Beli kereta hanya ketika benar-benar perlu sahaja. Selagi tak perlu, jangan beli. Pakailah apa sahaja alternatif pengangkutan sekalipun untuk pergi kerja, hatta naik motosikal atau basikal pun tak apa kalau ianya bersesuaian. Salah satu cara nak jimat, sewa rumah dekat dengan tempat kerja. Jarak tempat kerja dengan rumah itu boleh jalan kaki lagi baik! ☺
  • Kalau nak beli kereta, beli kereta hanya kerana keperluan untuk bergerak dari point A ke point B sahaja, ia bukan sebagai alat menunjuk-nunjukan status kita. Kos kereta untuk keperluan bergerak selalunya tak begitu mahal. Yang jadi mahal selalunya sebab nak tunjuk status, terutamanya bila balik raya! Biarlah apa orang nak kata, asalkan poket kita kaya!
  • Benchmark samada kita mampu ataupun tidak untuk membeli sesebuah kereta ialah tempoh pinjaman maksimumnya cuma 4 tahun. Kalau terpaksa buat pinjam yang tempoh lebih 4 tahun, itu bermaksud kereta itu di luar kemampuan kita. Lupakan sahaja kereta itu, cari kereta lain yang di bawah kemampuan kita. Bahkan benchmark saya tersendiri, kalau tak mampu beli secara tunai, maka saya anggap saya tak mampu!

Hakikat Keseronokkan Berkereta

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada generasi muda supaya banyak bersabar. Sabar menahan kemahuan untuk dapat kereta idaman kita itu. Saya tak pernah jumpa orang yang menyesal sebab dia tak beli kereta, tetapi selalu saya jumpa kes mereka yang menyesal sebab terbeli kereta. Jadi sebelum beli, buat kira-kira dan pertimbangan dengan teliti. Cukupkan dana kecemasan dulu, dan beli rumah (untuk pelaburan) dulu lebih baik. Kalau boleh ditangguhkan, tangguhkan dulu beli kereta.

Kalau dapat beli kereta idaman kita itu pun, sebenarnya seronoknya sekejap sahaja. Kalau beli kereta baharu, paling lama rasa seronoknya pun cuma setahun sahaja. Lepas setahun nanti kita akan mula rasa bosan dan teringin kereta lain pulak. Ia tak akan habis…

Dunia ini semakin dikejar, semakin jauh ianya lari. Tak terlarat kita nak mengejar. Kalau beli kereta semata-mata sebab keperluan untuk bergerak dari point A ke point B, maka keseronokkan itu akan bertahan lama selagi kereta berfungsi dengan baik, insyaAllah. Keretalah hanyalah kereta. Asalkan dia boleh bawa kita dari point A ke point B dengan baik, itu sudah memadai walauapapun keluarannya. Leather seat dan sport rim lebih besar tak mengubah kereta itu supaya berfungsi dengan lebih baik…. ☺

Zulkifli
Damansara Damai
19 Oktober 2016
18 Muharram 1438H

[Kredit foto : caricos]

About the author 

Mohd Zulkifli Shafie  -  Penulis buku Wang Emas, dan buku Misi Bebas Hutang. Menulis blog sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. Merupakan pengasas G100 Network; network dealer terbesar bagi syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold.

  • Betul tu. Pakai motor jer senang..Malu? Buang malu dalam tong sampah.Dan jangan pedulikan orang. Bukan ‘diaorang’ peduli pun kalau kita susah.Allah jer tempat mengadu.

  • Alhamdulillah sudah lega bayar ansuran kereta 2 tahun. Akui perlu ada kereta untuk bergerak tetapi biarlah mengikut kemampuan selain perlu dicampur kos penyelenggaraan.

  • betul tuan zul, saya dulu juga begitu…tiada pendidikan kewangan diperingkat awal pekerjaan amatlah merbahaya kerana hanya jauhari mengenal manikam…pendidikan kewangan perlu dititik beratkan seawal habis alam persekolahan….

  • Setuju dengan artikel ni. Masa mula-mula beli kereta dulu tak pernah fikir pasal ni. Kemudian baru belajar pasal kewangan semua. Yang penting jangan terjerat dua kali dalam lubang yang sama.

  • Betul sangat tuan Zul sebab perlu ikut kemampuan kita bukan ikut pandangan bank. Semua sampingan untuk buat kereta bergerak akan telan banyak duit.

    Naik motor lagi seronok sebenarnya sebab cepat sampai. Kalau hujan, pakailah baju hujan. Kalau bawa isteri, lebih erat kasih sayang 🙂

  • sy dapat merasa membeli kereta pertama pada usia 38 tahun.itupon sebab mertua perli cakap sy tidak mampu.sy geram sy beli sebiji SUV Nissan x-trail.
    dgn membayar downpayment hampir 50%.lepas beli org cakap pakai duit bini pula..sebab imej sy sebelum ini dilihat org yg tidak berkemampuan.walaupon sy ada eset hartanah dan kedai basikal.

  • Tips urus Loan Kereta

    ——————————-

    – Pastikan ansuran bulanan kereta hanya guna 15% – 20% daripada Gaji/pendapatan. Jika lebih, ia akan membebankan kewangan kita.

    – Pastikan standby duit tunai siap-siap. Jika ansuran kereta adalah RM400 sebulan maka standby duit dalam RM800 sebulan untuk perbelanjaan berkenaan kereta sahaja.

    Ia merangkumi; petrol, cukai jalan, ansuran bulanan bank, insurans kereta, parking, tol lebuh raya, servis kenderaan, kerosakan, kemalangan kecil dan sebagainya.

    – Beli kereta mengikut KEMAMPUAN gaji dan KEPERLUAN sahaja.

    – Guna pendapatan PASIF untuk bayar ansuran bulanan kereta. Ini adalah langkah yang AMAT BIJAK.

    Pendapatan pasif merangkumi; hasil duit sewa rumah, hasil bisnes sambilan, dan sebagainya.

    – Wujudkan satu akaun bank yang dikhaskan untuk urus perbelanjaan berkenaan kereta sahaja. Ia merangkumi; insurans kereta, cukai jalan, dan servis kereta.

    Barulah senang nak rancang kewangan. Bukan? Jangan diusik duit dalam akaun bank ini melainkan untuk bayar insurans kereta, cukai jalan dan servis kereta sahaja. Berdisiplin lah. Janganlah mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

    – Kena ingat bahawa kereta adalah liabiliti. Nilainya akan SUSUT setiap tahun. Jadi secara automatiknya beli kereta adalah amat meRUGIkan dari sudut pelaburan dan kewangan.

    Sekian, terima kasih.

    Yang menulis,
    MOHD TAUFIK.

  • Beli kereta ikut keperluan, bukan kemahuan. Kalau anak ada 5 orang takkan lah nak berjimat beli Axia atau Bezza. Ikut kesesuaian, keperluan dan kemampuan.

  • Saya setuju. Namun bagaimana jika kita buat bisnes kereta sewa? Cara pembelian kereta yg bagaimana sesuai? Beli cash atau berhutang?

      • Kereta sewa risiko bnyk, ini apa yg saya tgk member2 sye kena laada yg kena sewa dgn pengedar dadah, budak pompuan xreri bawak asyik eksiden je, dh pinjam lmbt bayar tu biase, mcm2 hal, kalau snggup fikir2 risiko ni, go ahead.mmg bleh cover bulanan, wallahu’lam..

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    membaca dari mula dan akhir saya sebak. sebak kerana saya telah membuat keputusan yang betul membeli sebuah kereta sederhana pada hujung 2003 mengikut kemampuan saya tanpa membebankan saya .

    kerana pengalaman itu saya halang kemahuan adik saya mahukan sebuah kereta yg hebat dengan alasan beliau mampu byr bulanan tak lebih dari RM1k tanpa hitung kos2 lain seperti harga tayar, bateri, maintenance fee..yang boleh menangis dibuatnya .

    skrg saya hepi memandu KENARI saya yang saya sayang , yg byk jasa dan menyenangkan . Saya tak peduli org ckp saya dah boleh tukar kereta lebih baik lebih berjenama seperti dalam gambar Encik itu …saya ignorekan. sebab saya tahu saya bahagia dengan apa yg saya miliki sekarang dan tiada keperluan saya menukar kpd jenama baru.

    terima kasih di atas ilmu dan sharing yg Encik kongsi kepada semua itu

  • tepat sekali pandangan tuan zul, Saya tak pernah jumpa orang yang menyesal sebab dia tak beli kereta, tetapi selalu saya jumpa kes mereka yang menyesal sebab terbeli kereta. saya adalah salah seorang yg termasuk dlm kategori yg tuan zul sebut.

    skrg saya menanggung instalment kereta sebanyak rm1200 sebulan. alangkah bagusnya jika saya terjumpa blog ni 3tahun yg lepas. tentu skrg saya beli kereta dibawah kemampuan saya.

    pd pendapat tuan zul,perlukah saya trade in kereta skrg & mengambil kereta yg rendah ansurans bulanan nya? kereta skrg masih berbaki 6tahun.

    ini kerana saya nekad membuat simpanan secara kosistent selama 3tahun bermula thn depan utk melangsaikan segala hutang piutang saya termasuk hutang kereta.

  • assalamualaikum akhi zul,

    sy merupakan salah seorang alumni KSKB sudah bekerja hampir 2 tahun. setiap kali hati rasa gatal nak beli kereta baru cepat-cepat buka blog akhi utk rasionalkan semula pertimbangan.blog akhi juga banyak membantu dalam pengurusan kewangan saya. alhamdulillah terima kasih akhi

  • Salam En Zul. Patut ke usiaa muda ni beli kereta? Sekiraya kereta tu kita mampu untk byr bulanan dgn gaji bersih 1300??

  • Wajib ke sya amik kereta sbb senang utk kemana mana sbb bgi sya kereta adalah keperluan untuk sya.. sya nk amik kereta yg murah2 je.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 5,287 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.