Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru

by on September 3, 2012

Post image for Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru

Memang bergaya, tapi lambat kaya…. (“,)

Baru beberapa bulan bekerja, dah bergaya dengan kereta baru… Kalau adik-adik ni tahu, kereta baru itu mungkin melambatkan mereka untuk lebih kaya! Sebabnya, mereka perlu kumpul duit untuk kahwin, untuk duit hantaran, untuk majlis kenduri, untuk sara hidup ‘anak orang’ lepas kahwin yang pastinya berlipatkali ganda kosnya. Mereka perlukan duit untuk settlekan hutang pendidikan, nak masuk rumah bila dah kawin, nak cukupkan kelengkapan rumah, nak sambut kelahiran anak pertama dan segala-galanya perlukan duit. Itu belum kira nak siapkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji, tapi duit dah siap-siap dikorban untuk kereta!

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu

Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut KEUTAMAAN, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Masa baru bekerja, pendapatan saya sangat kecil. Isteri tak bekerja. Jadi kami tak mampu beli kereta. Kalau nak beli kereta pun, ansuran yang saya mampu cuma RM200 sebulan. Tak lebih dari itu. Jadi saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta untuk sambut kelahiran anak sulong. Itu pun beli kereta second hand, Nissan Sunny tahun 1994! Bukan kereta baru… Masa belum ada anak dulu, kami suami isteri ke sana ke mari naik motor jer. Hatta masa isteri pregnant 7 bulan, kami masih bermotosikal dari Gombak ke Kuala Selangor (50km)! Kami yang nampak macam ‘desperate’ tu pun masih rasa enjoy bermotosikal, inikan pulak orang lelaki bujang…

Saya bukan sarankan jangan beli kereta, tapi cuba nilai balik sejauh mana KEPERLUAN dan KEUTAMAAN beli kereta bagi graduan baru (i.e. duit simpanan belum cukup, keperluan kewangan yang besar untuk memulakan hidup), especially mereka yang boleh bermotosikal atau naik public transport ke tempat kerja. Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Nasihat Penjual “Cholek” Jutawan!

Masa bulan Ramadhan hari tu, abah ajak saya makan cholek (istilah Kelantan) di kedai kawan dia di Pekan Pasir Mas sambil tunggu bas untuk saya balik ke KL. Kawan abah tu berniaga cholek bulan puasa dan jadi ejen jualan tiket bas di Pasir Mas. Pakai kereta buruk jer, tapi nilai hartanah yang dia miliki sekarang melebih RM1 juta! Orang macam dia lah yang Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah) maksudkan sebagai “Jutawan Senyap”. Dalam senyap-senyap, dia sebenarnya seorang jutawan…

Antara nasihat beliau kepada saya;

“tak payahlah habis duit beli kereta… Pakai kereta biasa-biasa dah la… Kita pakai kereta untuk hantar anak sekolah jer… Kalau nak pergi KL, lebih baik naik bas, naik teksi! Buat apa drive sendiri, buat sesat ada lah… Buat habis duit minyak, duit toll… Belum kira duit servis kereta…”

Beliau memang smart dari sudut kewangan. Ada duit, bukan tukar kereta baru, tapi beli tanah dan pecahkan lot tanah. Beli simpan, beli simpan. Tanah makin lama makin naik nilainya, tapi kereta makin susut nilainya…

Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!

Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!

Hutang Kad Kredit RM200,000!

Masa motosikal saya hilang awal tahun 2012, ada adjuster (penyiasat kes) jumpa saya. Dia cakap, dia handle banyak kes claim insurans. Ada satu kes tu, seorang perempuan bergaji RM15,000 sebulan mati kemalangan, tapi hutang kad kreditnya tertunggak RM200,000! Ini kisar benar…. Sebab tu kita tak heran orang bergaji besar pun tak cukup duit… Puncanya jahil pengurusan kewangan…

Selalu juga saya nampak orang berkeluh kesah tentang duit, tapi belanjanya lagi mewah dari kami. Antaranya, saya pernah share dalam artikel “Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?“. Ada pernah sekali saya join jemaah Damansara Damai agihkan bantuan fakir miskin di bulan Ramadhan, tapi seorang penerima bantuan tu, di rumahnya siap ada Astro! Aduh… Sedangkan semua petugas tak ada seorang pun yang ada Astro di rumah! Siapa kaya, siapa miskin sekarang ni? Aduh…

Buku Jutawan Dari Planet Jupiter

Buku pertama yang mencelikkan saya tentang kewangan peribadi.

Buku Pertama Lepas Gaji Pertama

Jadi, untuk adik-adik yang baru grad dan baru masuk kerja, saya syorkan belajar dulu pasal kewangan sebelum TERSILAP langkah. Sebelum terbeban hutang sana sini, lebih baik kita belajar dulu dari kesilapan orang lain. Cara paling mudah, baca buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” tulisan Azizi Ali. Laburkan duit gaji pertama tu untuk beli buku tu dulu belum habiskan duit tu. Bagi saya, ini buku wajib baca kalau nak celik kewangan.

Setakat ni alhamdulillah, saya dapat respon positif dari mereka yang baca buku ni. Pesan Azizi Ali, “jadi kaya tu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin”!

Nasihat saya yang kedua, simpan sebahagian besar duit gaji masa bujang untuk masa depan. InsyaAllah, nanti saya akan senaraikan beberapa simpanan yang mesti dibuat oleh graduan baru sebelum dibebankan dengan pelbagai bebanan kewangan especially bila nak kawin, insyaAllah…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Ogos 2012
9 Syawal 1433

{ 260 comments… read them below or add one }

1 Anonymous September 3, 2012 at 4:34 pm

agak banyak juga artikel dlm blog ni saya baca… apa pandangan saudara zul… skrg ni saya ada buat loan asb 50k… tiap2 bulan bayar rm350.. tapi bile 2 januari setiap awal tahun… saya akan habiskan dividen…. selalunya digunakan utk belanja bukak sekolah anak2…

patutkah sya jual asb saya Dan tukar kpd pelaburan emas…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2012 at 10:55 am

T.kasih berziarah ke blog saya seadanya ni tuan. Pasal loan untuk ASB tu saya tak dapat komen sebab ia melibatkan calculation samada ia berbaloi ataupun tak. Mengikut apa yang saya pernah baca komen Azizi Ali (Pakar Kewangan Peribadi) katanya, tak berbaloi buat loan untuk invest dlm ASB.

Kalau buat early settlement, saya rasa kos dia agak tinggi sebab ke penalty + caj interest yang bank dah ‘makan’ siap2.

Saya syorkan tuan tanya bank, berapa penalti dikenakan kalau nak buat full-settlement. Lepas tu, cek berapa balance untuk buat full-settlement. Mengikut pengalaman seorang sahabat saya yang buat full-settlement, dia rugi banyak juga bila buat full-settlement.

Wallahu a’lam.

Reply

3 ana March 22, 2016 at 1:04 am

Rugi banyak tak apa. Rasa lega bila dah berjaya langsaikan hutang lebih bermakna dari segalanya. Hidup tak berkat selama kita masih berhutang. Trust me. I’m speaking from my own experience. Jika ada kemampuan utk langsaikan terus hutang, do it. Make a full settlement. Allah akan gantikan “kerugian yg banyak” itu dengan rezeki yg lebih baik dan tidak disangka2.

Reply

4 Jimmy Goh August 2, 2016 at 2:03 pm

Loan ASB jika kita hentikan, dia sekadar tolak dalam beberapa ribu kos sahaja – mungkin sekitar 3 ribu dan kita dapat balik bayaran simpanan kita selama ini. Tak rugi jika melepaskan diri daripada hutang sebab berhutang-berhutang ni boleh buat sakit kepala juga.

Bagi yg berhutang, Loan ASB ni jika diuruskan dengan bijak, sebenarnya 50 ribu tu dah boleh digandakan jadi loan RM400,000 dan yearly boleh dapat dividen RM32,000. Loan ASB 50K sekadar dapat RM4k, sebab tak diuruskan dengan bijak. Besar beza RM32k dengan RM4k dividen ni untuk jumlah loan yang sama – apabila tak diuruskan dengan bijak.

Masalah Tn Anonymous mungkin sebenarnya pada pengurusan kewangan. Risau jika duit dah dikeluarkan, emas tak beli pula tapi melencong ke lain.

Dalam POV lain pula, risau pengurusan kewangan tak cermat, beli emas tapi tak sampai tempoh matang – biasanya setahun untuk mendapatk keuntungan jelas – dah jual pula.

Reply

5 MAT KEDAH September 8, 2012 at 3:03 am

Apa kata rakan-rakan yg nak beli kereta tu buat teknik ini.. http://matkedah.com/blog/2011/04/30/bayar-duit-kereta-dengan-asb/

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 11, 2012 at 9:21 am

T.kasih Mat Kedah. Saya tips yang bagus. Alhamdulillah.

Reply

7 damai September 14, 2012 at 1:59 pm

Saya ada pengalaman pasal loan asb. Saya ambk rm20k pd thn 2009. Memang dpt dividen hmpr rm2k setiap thn. Tp br2 ni sy mula membc artikel2 berkenaan halal-haram pelaburan. Fatwa kebangsaan hanya memberi keharusan melabur dlm asb ketika itu krn tiada lg wujud pelaburan yg betul2 mematuhi syarak. Suruhanjaya sekuriti tdk pernah iktiraf pelaburan asn,asb mematuhi syarak (rujuk artikel dlm zaharuddin.net). Dlm kontrak loan asb yg sy ambk tu menyatakan slps 2 thn sy blh btlkn loan tu. Slps berjumpa dgn wakil maybank, dia kt sekiranya sy nak tmtkn loan tersbt, sy dpt semula ansuran yg sy byr tiap2 bln dlm rm5,000 lbh shj. Kalau ikutkan ansuran blnn rm223 x 36 bln=dlm rm7 ribu lbh. Sbg org Islam, eloklah kita bg mkn ank bini dr sumber yg tiada keraguan halalnya.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 14, 2012 at 9:40 pm

Betul tu. Saya secara peribadi menganggap ianya syubhah tapi saya tak berani katakan ianya haram sebab majlis fatwa kebangsaan mengharuskannya. Bila majlis fatwa dah bagi keharusan, maka dosa semua pelabur ASB ditanggung oleh mereka. Samada kita nak melabur atau tak, ikut pada tahap warak masing-masing.

Saya secara peribadi memang tak melabur dalam ASB sebab saya tahu ASB melabur dalam kaunter yang tak patuh syariah.

Wallahu a’lam.

Reply

9 Jimmy Goh August 2, 2016 at 2:06 pm

Setuju dengan Tn Zulkifli.

Reply

10 d-bug September 4, 2012 at 10:44 am

Suka entry2 macam ni. Saya pun macam saudara. Saya pun masih bermotor walaupun ada kereta kancil yang saya beli cash. Pakai waktu hujan lebat. Balik kampung dengan bus. Duduk ramai2 dengan kawan2 di Shah Alam dan bekerja di Cyberjaya. Hari2 ulang alik 60km dengan motor kriss saya.

Saya masih bujang dan akan berkahwin hujung tahun ni. Hasil simpanan secara giler saya, 70 – 80% daripada wang gaji dan hasil freelance saya selama lebih kurang setahun setengah, sampai kawan2 gelar saya kedekut, saya berjaya kahwin tanpa hutang, ada rumah sendiri sebijik, dan simpanan emas cukup sebagai wang kecemasan selama 5 bulan dan akan continue simpan dengan isteri untuk cukupkan setahun.

Semua gara2 buku Pakdi.

Tapi ada masa peer pressure memang buat saya goyah. Mungkin mereka2 yang beli kereta baru tu tak dapat nak menangani peer pressure.

Tapi bagi saya, saya tetap dengan prinsip. Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2012 at 11:01 am

Alhamdulillah, tahniah sebab bertindak secara bijak. Saya seronok dengar cerita orang muda yang ‘smart’ dari sudut kewangan seperti tuan. Moga kelapangan kewangan yang Allah berikan menjadikan kita hamba yang tunduk dan patuh kepada Dia, pemilik segala kekayaan… InsyaAllah.

Reply

12 Unknown September 4, 2012 at 1:24 pm

Saya selalu bukak blog saudara dan saya dapat banyak manfaat darinya. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-2 atas panduan yang saudara berikan

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2012 at 9:03 am

Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah… T.kasih kerana berziarah ke blog saya yang seadanya ni.

Reply

14 Hisham MD September 4, 2012 at 3:28 pm

Renung-renungkan…. kalau kita pakai satu kereta, dalam satu hari berapa RM kita perlu cari?

Ansuran kereta RM600/30 hari = sehari berapa?
Minyak sebulan RM400/30 hari = sehari berapa?
Insurance setahun RM1000/365 hari = sehari berapa?
Cukai jalan RM110/365 = sehari berapa?
Lesen kereta RM30/365 hari = sehari berapa?
Letak kereta RM60/30 hari = sehari berapa?
Servis (biasa) RM150/90 hari = sehari berapa?
Air fresher RM15/30 hari = sehari berapa?
Cuci kereta 3 kali sebulan RM30/30 hari = sehari berapa?
Tukar Minyak gear Auto(6 bulan sekali)RM80/180 hari = sehari berapa?

dan macam-macam lagi…..

dari kiraan anggaran kasar diatas sehari kita perlu bekerja untuk dapatkan RM41.++ hanya untuk sebuah kereta.

maksudnya kereta “makan” RM41.++ sehari, kita makan RM15.00 sehari…???? renung-renungkan.

iklas dari
Hisham MD
Note: Pandangan peribadi ini hanya untuk difikirkan bukan untuk dibahaskan. Terima kasih.

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2012 at 9:05 am

Satu analisis yang sangat baik. Memang banyak kos pakai kereta ni yang kita tak sedar. Orang biasanya nampak kos bayar loan kereta jer. TQ Hisham.

Reply

16 Yus September 6, 2012 at 2:02 am

Tq Mr Hisham MD,
Tak penah terpk.. :)

Reply

17 cahaya November 18, 2012 at 12:24 am

En. Yus,
terima kasih untuk kongsi calculation tersebut.. bermanfaat! Jazakallahu khair (semoga Allah membalas kebaikan tuan berkongsi ilmu)

En. Zulkifli,
Alhamdulillah,sangat membantu dan bermanfaat..
Sudah hampir setahun lebih berkerja di KL, kemudahan LRT dan Bas dimanfaatkan..

Terima kasih En.Mohd Zulkifli atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.Jazakallahu khair(semoga Allah membalas kebaikan tuan berkongsi ilmu dan nasihat)

Setelah membaca dan baru aware mengenai penting pengurusan kewangan (melalui bacaan2 dan nasihat senior2..)
Rasa macam perlu untuk diadakah bengkel tajuk “Pengurusan kewangan untuk Graduan Baru” pada setiap tahun di setiap kampus

ps: InsyaAllah, akan dicadangkan kepada pihak kampus saya…mungkin juga boleh invite en.Zulkifli sebagai salah seorang speaker.. boleh kah?

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie November 18, 2012 at 2:52 pm

Alhamdulillah… Moga Allah melapangkan kewangan tuan sekeluarga. Memang bagus tu kalau adakan bengkel kewangan untuk graduan dan bakal graduan supaya mereka boleh bermula dengan betul.

Saya tak pernah buat speach untuk kampus tentang kewangan, tapi kalau bersesuaian, insyaAllah saya boleh pertimbangkan.

Reply

19 Anonymous September 4, 2012 at 3:33 pm

Nampaknya saya sudah tersalah langkah dek kerana ceteknya ilmu…. saya antara individu yg membeli kereta baru sebaik saja mendapat kerja…memang perit untuk sampai ke kedudukan stabil…memakan masa selama 4 tahun, dah kerja 4 tahun pun hampir tiada simpanan…

Namun jika dibandingkan dengan pandangan en.zul d atas, saya memang sangat memerlukan kereta tu, dan saya perlu balik ke kampung dengan kereta kerana itulah satu2nya kereta dalam keluarga (keluarga susah)….kalau saya beli kereta second-hand, kereta tu akan banyak ragam dan menyusahkan saya….saya tak pandai tunggang motosikal, jadi memandu kereta satu2nya pilihan…untuk berulang ke sana sini pun saya memang memerlukan kenderaan sendiri….kesimpulannya ada pro and contra, puji-pujian bagi Allah atas segala hal…

-mas-

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2012 at 9:08 am

Tak apa Cik Mas. Kesilapan tu sebahagian proses untuk berjaya. Ia bukan satu kesalahan yang perlu dikesalkan, tapi kesilapan adalah ‘guru’ yang menjadikan kita lebih bijak pada masa depan. Cik Mas lebih faham yang mana kemahuan, yang mana keperluan, dan yang mana keperluan mendesak. Urus kewangan ikut keutamaan.

Wallahu a’lam.

Reply

21 Anonymous September 5, 2012 at 2:44 pm

ya betul tu…..terima kasih en.Zul….

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2012 at 9:18 am

Alhamdulillah…

Reply

23 Mohamad Saiful April 23, 2013 at 5:31 am

salam .. nak bertanyakan pendapat, saya sudah berkahwin..xmembuat pinjaman dan sekarang merancang2 untuk membeli kereta tp second kerana takut tidak mampu nak membayar bulanan dan membayar kadar sewa rumah pada masa sekarang.sekarang apa yang perlu saya buat untuk membantu kewangan saya? dulu rase senang je x beli kereta dan senang kumpul duit untuk kahwin.sekarang kereta pulak tiba2 di perlukan untuk kehidupan seharian..

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie April 23, 2013 at 9:17 am

Wslm En. Saiful,

Kalau dah jadi keperluan, beli jer kereta. Beli second hand pun ok, tapi hati-hati. Kalau salah beli, kos beli kereta second hand boleh membebankan especially masa baru beli sebab nak kena repair sana sini dulu.

Memang saya pun beli kereta second hand jer. Kereta pertama saya beli harganya RM15,000.Boleh la pakai 9 tahun. Tahun ni saya beli kereta second hand juga, harganya RM14,000. Repair dalam RM2,000, alhamdulillah, conditionnya sangat ok macam pakai kereta baru. Janji boleh bergerak sana sini dengan selamat dan selesa. Alhamdulillah.

Reply

25 Yus September 6, 2012 at 1:56 am

Assalamualaikum Tn Zul,
Suka ngan statement ni “Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri.”

Terima kasih, atas perkongsian berguna.. Mohon share yer.. 😉

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2012 at 9:28 am

Wslm En. Yus,

Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah. Silakan share artikel ni kalau ianya bermanfaat. Moga ia jadi amal jariah (bekekalan) saya dan En. Yus juga, insyaAllah..

Reply

27 Anonymous September 8, 2012 at 4:26 am

Sy setuju kalau baru keje, jgn beli keta baru, beli yg 2nd hand je.
Tp, sy x setuju kalau suruh naik motor pergi kerja, n sampai org umh dh pregnant still guna motor, sgt bahaya tuan.

Jum kemalangn libatkn motor sgt tinggi, sgt berisiko.

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie September 11, 2012 at 9:35 am

Dalam artikel ni saya ceritakan sesuatu yang “possible”, bukan sesuatu yang “advisable”. Perkara “possible” yang saya ceritakan tu hanya sebagai perbandingan menilai sejauh mana keperluan untuk beli kereta. Saya tak pernah mengesyorkan sesiapa bawa isteri pregnant naik motor walaupun bagi kami suami isteri, ia bukan sesuatu yang “impossible”. Hingga isteri saya mengandung anak ke-6 pun, kami kekadang keluar bermotorsikal jer dari Damansara Damai ke KL atas urusan penting dan elakkan buang masa dalam traffic jam.

Memang kemalangan motosikal lebih tinggi dari kereta, tapi risiko tu kita boleh urus sebenarnya. Saya perhati, telalu ramai orang bermotorsikal yang memang tak perduli pasal risiko. Naik motor dengan berselipar/ sandal, tak pakai glove, tak pakai reflective jacket, lampu belakang mati, bawa laju dsb. Mereka itulah sebenarnya penyumbang statistik kemalangan.

Kekadang saya ceritakan sesuatu yang “extreme” hanya sebagai iktibar. Kekadang mereka yang middle class agak manja hinggakan lelaki pun takut naik motor, tapi bila saya menyelami kehidupan orang kelas bawahan, banyak perkara yang sebelum ni saya fikir ianya “impossible” tapi bagi mereka ianya “possible” kalau kita uruskan dengan betul.

Wallahu a’lam.

Reply

29 Manusia Kerdil March 20, 2014 at 11:05 am

erm… perlukah kita kufur nikmat En. Zul?? bagi saya keselamatan isteri dan anak2 perlu saya utama kan.. naik kereta pon ada risiko tapi menurut statistik risiko moto 56% melebihi menaiki motosikal. Adakah perkara “possible” En. Zul itu membawa kepada kemudaratan isteri?? adakah nilai minyak RM30 melebihi nilai anak di dalam kandungan??

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie March 20, 2014 at 11:36 am

Oh, istilah kufur nikmat ni bagi saya hanya sesuai utk orang yang benar2 mampu tapi dia tolak nikmat dunia. Bagi situasi seperti saya dulu; terpaksa bergolok bergadai, duit simpanan tak ada, hutang keliling pinggang semata2 untuk beli kereta, itu situasi sangat berbeza. Seolah-olah kita bagi tahu pada orang miskin, dia tak sayangkan isteri dan anak2 sebab dia tak beli kereta sedangkan dia tak mampu. Kalau terpaksa hutang 9 tahun untuk beli kereta, bagi saya dia sebenarnya tak mampu. Dia ‘membunuh’ masa depan isteri dan anak2 dia.

Cuba faham situasi sebenar yang saya maksudkan tu. Kalau saya kufur nikmat, saya tak pakai kereta Honda Accord pada hari ini. Dan saya pun tukar motor yang lebih besar hari ni dari motor kapcai saya pakai dulu. :)

Apa yang saya nak tekankan dalam artikel ni ialah, berhutang pada apa yang BUKAN KEPERLUAN. Kalau kereta benar2 keperluan, beli la kereta tak ada masalah. Kalau kereta lama dah betul2 uzur, tukarlah kereta baru. Tapi kalau graduan baru habis belajar dah terus beli kereta, sedangkan dia boleh pergi kerja naik public transport, berkongsi kenderaan, atau bermotorsikal jer (bagi lelaki), bagi saya cara tu membuatkan dia lambat kaya.

Wallahu a’lam.

Reply

31 Anonymous September 12, 2012 at 4:34 pm

harga motor kapcai, 5k,6K, dh bleh beli keta 2nd murah2. So, pd sy x relevan sgt psl middle or lower class. Motor sepatutnya matlamat ke-2 slps kereta. Sy sndiri pn ada motor,tp buat pegi kebun, surau, kedai runcit shj. Bkn soal takut,tp sygkan keluarga. Tp sy yakin senario tuan di KL mungkin berbeza,traffic jam dsb..

just my two cents,,

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie September 13, 2012 at 3:03 am

Artikel saya ni untuk peringatan orang muda yang bergolok bergadai beli kereta sampai kering duit simpanan. Ia sebagai perbandingan. Bukan untuk orang yang agak selesa dari sudut kewangan.

Persepsi risiko memang berkait dengan poket kita. Saya berjumpa seorang orang kaya, dia cakap kalau nak naik motor, beli motor besar, bukan naik motor kapcai sebab bahaya katanya. Dan bagi dia, kereta kancil tu tak patut digunakan untuk bawa family sebab risiko. Kalau kemalangan, habis satu family. Kenapa dia boleh pandang motor kapcai & kereta kancil tu sebagai berisiko? Sebab dia memang berduit… Tapi bila saya jumpa orang susah, dia naik motor bawa isteri dan anak kecil pun tak ada masalah… Memang ada risiko, tapi risiko tu boleh diurus.

Terpulang kepada pilihan masing-masing. Bagi saya motor no. 1, kereta no. 2 especially bila saya pandang kenderaan sebagai alat untuk bergerak sana sini cari rezeki di KL ni. Di KL ni saya lebih selesa bermotosikal disebabkan faktor masa & kos. Tapi kalau di kampung, saya memang prefer naik kereta jer.

Harga motosikal kapcai baru cuma RM3,500 – RM4,000 jer. Dapat la Modenas atau Honda EX5. Itu belum kira beli motosikal 2nd hand lagi tu escpecilly beli dari mudah.my.

Saya hormati pandangan tuan. Persoalan ni tak ada betul atau salah, tapi ia persoalan persepsi dan cara kita mengurus risiko tu…

Wallahu a’lam.

Reply

33 zubair December 2, 2014 at 12:50 pm

as-salam..mcm x patut je org yg komen negatif dan mempertikaikan cerita ttg kehidupan penulis/tuan web/blog ni..tergelak dengan mentaliti “orang kita”..terlalu byk persoal benda yang x perlu persoal pun sbnrnya..byk persoal/bercakap dari byk meneliti dan mendengar..kurang bijak

Reply

34 menusuk hati September 19, 2012 at 10:25 am

assalam abg zul..info sangat menarik,tahniah.saya pula suka beli kereta 2nd hand,3 4 buah..buat bisnes keta sewa kat budak2 UNIMAS.

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2012 at 2:22 am

Wslm Saiful,

Itu memang terbaik! Alhamdulillah… Itu dia panggil investment mind set.

Reply

36 anakpantai October 4, 2012 at 7:44 am

Salam Perkenalan.
Terima kasih kerana menulis. Sy telah baca & kongsikan dlm fb..
Moga tuan dpt manfaat d dunia & akhirat

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie October 4, 2012 at 8:47 am

Salam ukhwah En. Norazizone,

T.kasih berziarah ke blog saya. Moga ianya bermanfaat. Saya tertarik dengan blog post En. Norazizone pasal impian hidup. Sangat inspired. Moga Allah mempermudahkan jalan En. Norazizone untuk merialisasikan impian hidup. InsyaAllah.

Reply

38 nurul October 5, 2012 at 2:31 am

Assalamualaikum,
entry tuan amat menarik utk sy ambik inputnye,kerana sy berkira-kira ingin membeli kereta. ini kerana sebelum ni sy naik motor p sekolah, even dlm hujan pun,klu lebat biasanye sy pakai bju biasa dan bw bju kurung ke tempt kerja,tukar d sana…sebelum ni,bila saudara mara tny naik ape p kerja,sy jwb motor,mrk akan terkejut dan suggest kn naik kereta,cz perempuan, bahaya…pe2 pun alhamdulillah, dlu2 ms belajar sy mmg blik kpg naik moto sorang2 je balik slama 3jam..cuma skrg ni delema…nak beli kereta selepas beberapa bulan dpt gaji nanti atau kumpul utk beli aset mcm pandangan tuan…

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2012 at 2:41 am

Wslm Cik Nurul,

Memang perempuan bahaya naik motor, especially di KL & Selangor. Di kawasan luar bandar mungkin ok. Bahaya kemalangan tu satu, lagi satu bahaya ‘maruah’ diri. Saya pernah tengok seorang anak gadis kemalangan terbaring tepi jalan, tapi dikelilingi oleh lelaki kesemuanya untuk ‘membantu’! Aduh… Kalau pun bermotor, pastikan bertemankan mahram.

Kalau nak bajet, naik public transport jer dulu. Dah cukup modal nanti baru beli kereta yang seadanya…

Reply

40 Liya December 27, 2012 at 3:58 pm

As salam En Zulkarnain. Saya tertarik selepas membaca beberapa artikel di blog anda secara tak sengaja pada mulanya. Seperti situasi ini terkena ke batang hidung saya sendiri. Saya merupakan seorang graduan dan baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pekerjaan selama 5 bukan.

Memang saya sekarang ini sedang memasang angan-angan untuk membeli sebiji kereta (buatan jepun).Tapi kadang-kadang saya seperti keliru samada saya sedang menuruti keinginan ataupun keperluan. Kerana secara kasarnye saya bercadang untuk membeli kereta hanya untuk memudahkan saya untuk pulang ke kampung. Tapi bila difikirkan semula, seperti tidak berbaloi kerana jarak tempat kerja dan rumah sewa saya hanya memerlukan masa 4-5 minit sahaja dan saya lebih selesa untuk menunggang motosikal. Tapi seperti biasa, orang akan berkata bahawa perempuan lebih sesuai menaiki kereta demi keselamatan. Namun sedikit sebanyak coretan tuan dapat membuka sedikit akal pikiran saya untuk berpikir secara lebih logik.

Hakikatnya saya masih lagi terasa kabur tentang perancangan masa depan saya, memandangkan saya masih belum berkahwin dan masih baru merangkak di alam dewasa yang penuh dengan dugaan ini.

Harap En. Zulkarnain dapat berkongsi pendapat dan pandangan. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Terima kasih.

—Cik Liya—

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie December 28, 2012 at 3:40 pm

Wslm Cik Liya,

Kalau belum ada keperluan untuk pakai kereta, pakai motor jer lah dulu. Lagi pun jarak tempat kerja Cik Liya sangat dekat. Balik kampung pun saya rasa naik public transport lagi jimat kalau travel bujang. Hidup secara rasional, bukan ikut expectation orang lain. Itu saranan saya berdasarkan kefahaman saya terhadap situasi Cik Liya. Saya percaya, Cik Liya lebih faham situasi Cik Liya sendiri.

Wallahu a’lam.

Reply

42 Anonymous January 18, 2013 at 2:40 am

salam cik zul..

terima kasih di atas pandangan yg sgt berguna..alhamdulillah sama-sama kita dapat manfaat daripadanya.
saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya.saya baru bekerja selepas tamat pengajian dan berhasrat untuk beli kereta 2nd hand.saya daripada keluarga susah dan sebahagian besar gaji sy akan bayar hutang pinjaman pendidikan dan hantar duit ke kampung setiap bulan.saya juga menyewa bilik dgn kadar sewa yg agk tinggi.saya tak dapat nak simpan duit dan kadang2 terpaksa berhutang kerana gaji yg agk kecil around rm1000 sahaja sebulan.saya datang kerja setiap hari dengan menumpang kereta kawan.saya mmg teringin sgt nak simpan duit untuk masa depan tapi dgn komitmen yg saya ada, saya tak pasti bila impian saya akan tercapai..

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie January 18, 2013 at 2:47 am

Wslm tuan,

Terima kasih berziarah ke blog ni & perkongsian pengalaman tu.

Allah uji dengan kesempitan untuk mendidik kita sabar & menghargai kekayaan dengan kesyukuran atas kekayaan yang Dia akan kurniakan tak lama lagi. Saya dulu memulakan kerjaya pun dalam kesempitan.

Saya syorkan tuan belajar berniaga dari sekarang. Insya Allah nak dapat extra RM100 – RM300 tu mudah jer. Mulakan dulu dan pastikan bisnes tanpa berhutang.

Wallahu a’lam.

Reply

44 shah_apiz January 24, 2013 at 1:39 am

Assalamualaikum.. en zulkifli…

saya sangat seronok membaca berkenaan tentang topik ini.. sbb sy pun baru sahaja bekerja di sektor pengajian tinggi… hari tu saya hampir nak membeli kereta honda city wpun saya dah ada kereta proton wira.. malam tu sy terbaca blog nie.. then decide xbeli.. sbb kereta wira saya tu masih boleh di pakai lagi.. baik saya menyimpan dalam setahun dua untuk kumpul downpayment sebelum tukar kereta.. untuk kurang kan tax dan bayaran bulanan..

mohon share topik ini..

terima kasih..

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2013 at 2:20 am

Wslm En Shah,

T.kasih berziarah ke blog seadanya ni. Alhamdulillah, bagus tu menabung dulu baru membeli.

Reply

46 Anonymous February 1, 2013 at 2:57 am

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..jumpa penulisan yang cukup bermakna..
Tuan, minta pandangan sikit. :)
Saya baru bekerja di sektor awam..dalam 4 bulan macam tu..as a caregiver..Alhamdulillah, gaji yang diberikan agak menarik 2k something..:)
saya bercadang nak membeli sebuah kereta..untuk makluman tuan, sya tinggal di asrama yg disediakan..mmg jaraknya sangat dekat dengan tempat kerja..boleh berjalan kaki saja..masalah utama yg sya miliki sekarang ialah, sukar utk sya bergerak mmbeli barang keperluan kerana jarak asrama ke kedai brdekatan agak jauh..dan sukar juga nak balik kampung..sya mmg takut utk menaiki motosikal..tambahan pula, tiada lesen..apa saranan tuan?kalau nak beli kereta pun, 2nd atau baru?atau macam mana?

syukran jiddan.. :)

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie February 1, 2013 at 9:30 pm

Wslm tuan,

Beli kereta tu ok, tapi beli ikut keperluan. Kalau Proton Saga FLX dah cukup untuk keperluan, better pakai FLX jer, tak perlulah sampai beli Proton Inspira. Pasal balik kampung tu, bagi saya better pakai public transport especially orang bujang. Kami kekadang pun balik kampung (KL – Kelantan) nak bas jer anak-beranak sebab tak penat drive, releks, jimat masa (travel malam sambil tidur atas bas), kos servis, tol, petrol dah tak perlu fikir, tak ada risiko speed trap dll.

Kalau nak pakai kereta, tuan kena ambil kira semua kos terlibat, bukan setakat installment bulan-bulan. Contohnya rod tax & insurans setiap tahun, kos servis, kos kemalangan, kos speed trap, tol, petrol, susut nilai, parking dsb. Pendek kata, memang banyak kos pakai kereta ni dan ia sangat merugikan kalau tak ada keperluan mendesak untuk pakai kereta.

Baru atau second hand?

Masing-masing ada kelebihan. Kereta baru dah tak perlu risau pasal kerosakan. Kos servis & repair pun rendah, tapi harga mahal. Kalau second hand, risiko nak kena repairnya mungkin tinggi, tapi harganya murah. Tapi kalau dapat beli daripada owner yang memang cermat atau yang jenis ada 2, 3 buah kereta, memang berbaloi beli second hand. Setakat ni saya cuma pakai kereta second hand jer. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

Reply

48 Joe September 17, 2013 at 9:17 pm

Da lame minat inspira…saye di tahun akhir pengajian..pasni mmg wajib keje gov..tgk postg mane..kalu postg perlis ke, jb ke, kuantan ke, ingat nak bli kete baru..kalu postg sabah sarawak mayb bli second je di sane..

Reply

49 nassarudin imron February 3, 2013 at 9:16 am

sye masih lg blaja dan ni last sem tok diploma..
sy nk tye cara terbaik utk sy melabur asb.. brape y boleh sy buat asb dlm status fresh graduate.. sy 0 dlm bab asb ni.. trima kasih.. harap dapat mbantu sy :)

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie February 4, 2013 at 10:53 pm

Wslm En. Nassarudin,

ASB ni terpulang berapa yang En. Nassarudin ada modal. Dia lebih kurang Tabung Haji jer. Cuma saya tak melabur dalam ASB sebab dalam ASB bercampur halal dan haram. Antara ASB dan Tabung Haji, saya prefer Tabung Haji sebab dividen yang kita dapat dah siap-siap ditolak zakat.

Wallahu a’lam.

Reply

51 Anonymous February 4, 2013 at 3:23 am

kalau myvi macam mana tuan?

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie February 4, 2013 at 10:54 pm

Kalau myvi dah memadai untuk keperluan, why not? Tapi Azizi Ali (Pakar Kewangan Peribadi) bagi tahu, kalau kita terpaksa buat loan lebih daripada 3 tahun untuk beli kereta tu, itu petanda kita tak mampu. So, kena beli kereta yang harganya lebih murah.

Wallahu a’lam.

Reply

53 Anonymous February 6, 2013 at 3:37 am

syukran jiddan..barakallah tuan. :)

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie February 6, 2013 at 4:22 am

Afwan. Alhamdulillah… Barakallahufik aidhan.. :)

Reply

55 Anonymous February 22, 2013 at 6:54 am

Saya setuju dengan artikel En. Zul. Saya selalu nasihat kat anak2, keta hanya alat pengangkutan asal selesa dan tak rosak tak payahla nak bermewah2. Yang penting anak2 muda perlu sedaya upaya jangan berhutang yang tak perlu semasa baru nak mulakan kerjaya. Saya dulu lepas habis belajar dan mula keja, naik bas mini je. Dah stable baru beli Saga second hand. Lepas tu pakai atos selama 7 tahun (tepaksa let go kerana masalah gear box yang teruk).
Saya dah bekerja hampir 20 tahun. Sekarang pakai kereta sedan tempatan murah i.e Saga Flx. Ramai kawan2 kata patutnya saya beli keta import kerana gaji besar (kawan2 semua pakai keta berjenama mencecah 100-160K). Loan keta pun buat 4 tahun, saya cadang habis saja byr loan nak hadiahkan keta tu pada anak sulong yang akan tamat pengajian 3 tahun lagi. Jadi dia tak perlu pening kelapa beli keta, cuma maintain je. Lepas tu saya plan beli lagi keta Saga lagi (dah itu je keta sedan termurah kat M’sia…) Kali ni plan buat loan 3 tahun, selesai bayar hadiahkan pulak kepada anak ke-2, begitula seterusnya sampai kepada anak ke-3 (last). By thay time saya pun dah bersara, saya beli je kete viva atau keta yang sewaktu dengannya..Itu saja la harta yang mampu bagi anak2 selain pendidikan..

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2013 at 1:20 am

Wslm tuan,

Terima kasih atas perkongsian ilmu dah pengalaman. Ianya sangat bermanfaat untuk saya dan orang muda-muda. Perkongsian tuan memberi lebih inspirasi kepada saya tentang kewangan. Alhamdulillah.

Reply

57 Anonymous March 24, 2013 at 2:16 pm

Saya nak mintak pendapat dan pandangan tuan Mohd Zulkifli sebelum saya membuat keputusan. Saya baru je melangsungkan perkahwinan awal tahun nie dan telah bekerja baru je 3 tahun lebih. Duit simpanan pon xde la byk sgt. Saya nak membeli tanah yang berharga 40k untuk membuat pelaburan di masa hadapan dan membayar baki kereta viva sebanyak 29k. Saya bercadang untuk membuat personal loan sebanyak 80k selama 10 tahun. adakah ini berbaloi atau akan membebankn saya kemudian hari?saya bekerja sbg kakitangan kerajaan..

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie March 28, 2013 at 9:44 am

Kalau nak beli tanah, mungkin berbaloi guna personal loan sebab ia aset yang sentiasa meningkat nilainya.

Kalau buat personal loan untuk fully settled car loan sedia ada, saya tak syorkan sebab biasanya bank dan makan banyak interest untuk bayaran pada tahun-tahun awal. Kalau buat personal loan untuk top-up car loan, saya nampak tuan akan rugi 2 kali interest.

Wallahu a’lam.

Reply

59 Mr Un Know March 29, 2013 at 3:48 pm

Assalamualaikum..

saya merupakan orang yang agak lambat bertindak..
umur 30 baru nak buat simpanan itu pun dengan pinjaman asb 200k..
next step masih dalam perkiraan..
saya nak minta pendapat saudara..
every year saya dapat deviden dari asb 15k + (isteri) 15k total 30k.. perlukah saya penuhkan perlaburan KPF(Felda) kemudian beli rumah atau beli rumah dahulu? (saya sekarang menetap dirumah ibu)

Reply

60 Mohd Zulkifli Shafie March 29, 2013 at 4:05 pm

Wslm tuan. Its ok. Lewat pun tak apa. Janji dah mula menyimpan.

Duit dividen ASB tu pada saya memang perlu dilaburkan, bukan untuk dibelanjakan. Samada laburkan dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) atau beli rumah, bagi saya kedua-duanya adalah pelaburan. Terpulang yang mana tuan rasa lebih perlu.

Bagi saya, ada rumah sendiri untuk didiami bersama isteri dan anak-anak tu lebih baik berbanding tinggal di rumah keluarga, samada menyewa ataun beli rumah sendiri.

Wallahu a’lam.

Reply

61 sylvester February 19, 2015 at 11:35 am

Tuan, jika boleh melabur dalam KPF atau FGV amat disarankan kerana kadar dividennya yg sangat tinggi berbanding ASB. Untung dapat melabur daam FGV.

Reply

62 Anonymous April 1, 2013 at 6:43 pm

Salam, terima kasih atas artikel ini.

Bagi saya, sebuah kereta itu satu kemewahan, mahupun kereta yang paling murah dalam pasaran. Kereta lebih kepada kehendak daripada keperluan.

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie April 3, 2013 at 11:44 am

Wslm tuan,

Terima kasih atas perkongsian pandangan. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga, amiin.

Reply

64 omar April 26, 2013 at 12:36 am

Salam, En. Zul / semua
apabila hutang kereta selama 9 tahun dah selesai, sudah tentu kereta tu lunyai. so berbaloi ke kalau overhaul balik enjin kereta tu? instead of beli kereta baru..utang lagi.. minta pendapat. terima kasih.

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie April 26, 2013 at 1:49 am

Wslm En Omar,

Bagi saya ia bergantung pada condition kereta tu. Saya perhati, kereta import (buatan Jepun dll) lebih tahan lama. 10 tahun masih steady lagi kalau owner jaga servis dengan baik.

Saya beli kereta second hand jer. Dah 15 tahun tapi masih steady, alhamdulillah. Tahun 2003 dulu saya beli Nissan Sunny (2nd hand). Masa tu harga RM15k. Tahun 2013 ni saya beli Honda Accord buatan 1995 tapi masih steady, harga RM16,000 (termasuk kos repair RM2,000). Alhamdulillah, saya rasa performance kereta jauh lebih baik berbanding beli Proton atau Produa baru. Seolah-olah saya jimat RM40k – RM50 untuk beli kereta.

Cuma nak beli kereta macam ni, kena ada cash dan stanby at least RM2k untuk repaie sebelum pakai.

Wallahu a’lam.

Reply

66 omar April 29, 2013 at 4:36 am

Terima kasih atas perkongsian tuan. No wonder la kereta buatan Jepun masih ada resell value berbanding kereta tempatan.

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie April 29, 2013 at 3:33 pm

Betul tu En. Omar. Resell value kereta buatan Jepun lebih baik sebab kualiti. Sebab tu saya prefer kereta Jepun berbanding kereta Malaysia.

Reply

68 azzaat lokman June 14, 2013 at 1:45 am

Salam tuan. Selepas saya baca perkongsian tuan baru saya terfikir akan keadaan saya, tambahan pula baru-baru ini sahaja baru saya tersedar akan kepentingan pelaburan kewangan bermula dari muda lagi.

Saya nak minta pandangan tuan, saya telah membeli kereta myvi pada September 2011, namun setelah difikirkan balik, sekarang ni memang penggunaan kereta tersebut hanya ketika hujan sahaja di KL ni, sedangkan bayar ansuran bulanan sehingga RM550. memandangkan kini saya berminat untuk membuat pelaburan emas dan ASB, adakah patut saya menjual kereta tersebut dan tumpukan kewangan yang ada untuk pelaburan daripada saya membayar kereta?

Dulu semasa beli kereta tu pun berkira-kira juga samada nak beli second atau baru, akhirnya kerana risau akan beberapa kelemahan yang ada pada kereta second saya beli kereta baru, kalau tuan ada tips2 untuk buat pembelian kereta second yang murah2 macam tuan dapat tu boleh kongsikan sekali..

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2013 at 4:52 am

Wslm En. Azzat,

Kalau kereta tu bukan satu keperluan, dan En. Azzat pun mungkin lambat lagi berkeluarga, saya rasa kalau jual pun ok. Kalau nak pakai kereta bila nak berkeluarga nanti, beli kereta second hand.

Saya nampak, sekarang ni senang jer nak cari kereta second hand yang good condition. Boleh cari di http://www.mudah.my dan beli dari direct owner. Bila kita deal dengan direct owner, kita boleh tahu reason dia nak jual, condition sebenar kereta tu. Kalau deal dengan salesman, kita terima hakikat memang salesman berpengalaman menjual dan dia tahu untuk pastikan kereta tu terjual.

Kalau nak tips, saya syorkan En. Azzat beli buku nipis bertajuk “Panduan Membeli Kereta Terpakai”. Memang ada dijual di kedai buku. Yang ditulis oleh mereka yang memang pakar.

Wallahu a’lam.

Reply

70 Anonymous June 16, 2013 at 1:11 pm

Salam tuan,
Petikan tuan ni memang kenalah dengan saya.Saya baru je habis belajar dan besok sy dah start kerja. Nasib baik sy terdetik tuk baca penulisan tuan ni, kalo tak possibility tuk sy jd salah sorang mangsa hutang tinggi jgk..hehe
Pape pon, perkongsian ni sangatla bermanfaat tu starter macam sy ni. Thanks

idham

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie June 16, 2013 at 1:47 pm

Wslm En. Idham,

Alhamdulillah, moga panduan ini menyelamatkan En. Idham daripada perangkap hutang yang tak perlu, insyaAllah.

Reply

72 Anonymous June 16, 2013 at 1:13 pm

Dan sy nak mintak pendapat tuan, pelaburan ape yang sesuai tuk starter mcm sy?

idham

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie June 16, 2013 at 1:48 pm

Pelaburan terbaik untuk orang baru mulakan kerjaya ialah pelaburan ilmu. Baca buku-buku pasal kewangan, perniagaan dan pelaburan. Hadir ke seminar-seminar berkaitan. Ia jauh lebih bebaloi berbanding terus meletakkan duit dalam mana-mana pelaburan. Wallahu a’lam.

Reply

74 Anonymous June 21, 2013 at 11:56 am

salam en zul..sy mempunyai simpanan rm100k di tabung haji dan lebih kurang rm30k dlm bntuk emas fizikal.sy juga mengambil takaful rm100 seorg (4 org) utk keluarga sy sbgai perlindungan dan pelaburan.sy telah membyr downpayment utk beli rumah tp belum byr instalment lg.sy mula byr instalment 2 bln lg.bila sy kira2 duit gaji sy utk byr ansuran keta,bakal rumah, takaful dan belanja harian, sy dapati gaji sy x cukup beberapa ratus ringgit.perlukah sy batalkan pelindungan takaful sy atau keluarkan simpanan sy beberapa ratus ringgit setiap bulan sehingga gaji naik dan bayaran kereta (3thn lg) selesai?sy mmg sayang nak keluarkan simpanan kerana mengharap dividen utk insurans kereta dan blanja skolah anak2.tp sy syg juga syg nak batalkan takaful.rugi bila 3-4 thn nanti baru nak mula sekali lg.apa pandangan en.zul?

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie June 22, 2013 at 11:25 pm

Wslm tuan,

Saya pun tak pasti apa penyelesaian terbaik. Cuma kalau saya di tempat tuan, saya akan tingkatkan pendapatan dengan tambah side-income, sebab kalau nak tunggu kenaikan gaji, memang slow.

Manfaatkan sebahagian simpanan yang ada untuk ‘modal’ perniagaan. Untung daripada perniagaan jauh lebih berbaloi berbanding duit tu beku dalama simpanan. Itu cara terbaik yang saya rasa.

Wallahu a’lam.

Reply

76 amy July 12, 2013 at 11:10 pm

salam,en.zul entri ni mmg bgus tatapannya.terbuka hati saya ingin belajar lebih mengenai kewangan.sy ada soalan ingin bertanya,ayh sy bercadang utk beli kereta baru saga flx demi keperluan keluarga,itupun setelah ayh sy menerima wang kwsp setelah pencen dari kerjanya.tp dia msih bekerja lagi,berhasrat buat loan kereta setelah sy pun setuju utk mmbyar monthly kereta tersebut secara bersama.sy baru shj menamatkan diploma sy,dan kini kerja secara part time dan akan menyambung degree nanti.simpanan ayh sy kini dlm linkungan 30k.jd en.zul,adakah berbaloi ayh sy mmbuat loan kereta ini selama 9tahun demi keperluan keluarga??mohon pandangan dan pendapat en.zol.

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie July 12, 2013 at 11:56 pm

Wslm Cik Amy,

Kalau saya di tempat Cik Amy, saya beli kereta second hand jer. Especially kalau kereta tu nak pakai untuk perjalanan dekat-dekat jer. Ia jauh lebih jimat. Cuma kereta second hand ni (1) kos permulaan besar sikit, dan (2) kena pandai pilih sebab kalau dapat kereta yang problem, memang rugi besar. Dah 10 tahun saya bekerja, belum pernah beli baru lagi. Semuanya yang second hand. Alhamdulillah, ok.

Untuk beli kereta second hand yang baik, saya syorkan Cik Amy baca buku “Bagaimana Memilih Kereta Terpakai Yang Lebih Baik”, keluaran Truewealth. Boleh dapat di kedai2 buku. Sekarang ni senang nak survey kereta second hand. Cari jer di mudah.my.

Kelebihan kereta baru; tak perlu risau risiko rosak. Janji jaga jer maintenance. Ia penting untuk orang nak pakai kereta tu untuk travel jauh atau lady owner. Cuma rugi bayar mahal.

Wallahu a’lam.

Reply

78 Muhd Faiz July 16, 2013 at 2:40 pm

Salam ramadhan en.zul..alhamdulillah tergerak hati utk mbaca entry ni..sy merupakan seorg graduan yg bru tamat pengajian selama setahun..utk makluman tuan, spnjang setahun sy bekerja mmg sy telah letak target utk bantu family..kiranye dalam setahun utk membalas jasa mereka..gaji sy skrg ni dalam rm3200..sy sebelum ni ada menyimpan utk mmbeli kete 2nd utk dihadiahkn kepada mak..tpi disebabkn family memikirkn kalo berlaku kerosakan mmg memerlukan modal yg banyak dan mereka mencadangkn utk mengambil kereta baru..jadi sy blikn mak myvi se auto dgn monthly rm530 beserta d/p..duet smpanan sy sumanya habis utk kgunaan adik blajar..ada cadangan utk sy disiplinkn diri menyimpan duet utk masa depan?..

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie July 16, 2013 at 4:28 pm

Wslm En. Faiz,

Alhamdulillah… Bertuah keluarga Faiz ada anak & adik beradik yang bertanggungjawab.

Antara cara disiplin diri menyimpan:

1. Letakkan target simpanan.

2. Bila dapat gaji, potong dulu untuk simpanan. Ada lebih baru agihkan perbelanjaan. Antara kesilapan biasa, tunggu duit lebih baru simpan. Kalau tunggu duit lebih, memang sampai bila-bila pun tak cukup.

3. Simpan duit di tempat susah untuk di keluarkan e.g. Tabung Haji dsb.

4. Tukarkan simpanan ke dalam bentuk emas. Biasanya simpan emas lebih bertahan daripada simpan duit.

Wallahu a’lam.

Reply

80 Muhd Faiz July 16, 2013 at 2:44 pm

utk makluman tuan juga,sy ada mmbeli secara sdikit emas sbagai pelaburan..itu sahaja aset sy pda masa ini..memndangkn sy slalu travel dan terdedah dgn risiko kemalangans sebab pegi mana2 naik moto stdy or ulang alik keje, jadi sy amek perlindungan takaful sbnyak rm250 sebulan..sy juga ada ambil rm5000 loan asb & monthly rm300..adakah betul apa yg sy lakukan dlm mengrus kewangan?..harap en.zul dpt mmbantu utk uruskn kewangan yg lbih baik masa akn dtg

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie July 17, 2013 at 7:20 am

En. Faiz,

Untuk perlindungan risiko kematian & kecacatan kekal akibat kemalangan, kos dia murah jer. Sekitar RM100 SETAHUN untuk perlindungan RM100,000. Kalau cover RM500,000, kosnya sekitar RM500 SETAHUN. En Faiz semak balik polisi takaful tu apa yang dia cover. Kalau RM250 sebulan, saya rasa perlindungan tu terlalu besar. Boleh ‘buang’ mana-mana cover yang tak perlu kalau nak jimat.

Loan ASB tu bagi saya teruskan jer sampai habis. Bila dapat dividen, reinvest balik. Jangan gunakan dividen.

Wallahu a’lam.

Reply

82 azwan 888 July 16, 2013 at 10:01 pm

Alhamdulillah..dapat ilmu yang berguna selepas membaca entri ini…terima kasih.

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie July 17, 2013 at 7:12 am

Alhamdulillah En. Azwan, terima kasih berziarah ke blog ni.

Reply

84 azwan 888 July 16, 2013 at 10:05 pm

Pengalaman saya untuk dikongsi bersama..naik motor jer…Suzuki Smash, bergaji RM 2800++ SEBULAN…simpan hampir 80% sebulan..6 bulan merisik dan bertunang, terus kahwin…(tanpa hutang) Alhamduillah..

Yang penting keyakinan diri..;)

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie July 17, 2013 at 7:13 am

Menarik pengalaman En. Azwan tu. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Mudah-mudahan jadi inspirasi kepada ramai graduan supaya kahwin tanpa hutang, insyaAllah.

Reply

86 Nijun July 20, 2013 at 10:17 pm

Salam.Saya dah bekerja selama 7 bulan dan sudah berkahwin.Suami masih study di oversea.Untuk permulaan,gaji saya laburkan dalam asb loan rm100k.baru2 ini saya dinaikkan gaji yang mana saya boleh menyimpan rm1000 setiap bulan setelah ditolak bulan asb.saya tidak berniat untuk mengeluarkan dividen tahunan supaya hasil penuh rm100k boleh saya keluarkan dalam masa 10 thn.adakah itu cara yang terbaik saya lakukan atau tiap2 tahun reinvest balik guna dividen?dan untuk simpanan rm1000,saya still memikirkan cara untuk invest selain simpan sahaja dalam bank.harap tuan dapat memberikn pandangan.tq;)

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie July 21, 2013 at 8:16 am

Wslm Puan,

1. Strategi yang bagus. Reinvest keuntungan daripada investment.

2. Kalau saya ada peruntukkan RM1,000 sebulan tu, saya simpan dalam Tabung Haji dulu sementara invest ke tempat lain. Dapat juga dividen yang sama bagus dengan ASB. Kat mana nak invest tu, puan kena rancang dulu matlamat kewangan masa depan e.g. simpanan kecemasan 3 bulan gaji, beli rumah, pergi haji, modal memulakan bisnes sendiri, pendidikan anak-anak, beli rumah / apartment untuk investment dsb. Tentukan berapa kos setiap matlamat tu. Lepas tu baru boleh buat keputusan kat mana nak invest sesuai dengan matlamat kewangan.

Wallahu a’lam.

Reply

88 wardah July 26, 2013 at 7:33 am

salam en.zul.. satu perkongsian yang cukup membuka minda..

saya ada soalan ingin bertanya.. saya adalah graduan yang baru bekerja.. saya hanya menggunakan kereta keluarga untuk ke tempat kerja, kerana saya memang tidak tahu bawak moto.. tetapi pada masa yg sama, adik saya sangat memerlukan kereta. perancangannya saya ingin memberikan kereta keluarga pada adik saya dan saya berhajat untuk membeli kereta second hand.. masalahnya, gaji saya belum mencukupi untuk membeli kereta second hand, dan pada masa yang sama keperluan untuk menggunakan kereta adalah mendesak.. adakah saya perlu membuat loan membeli kereta baru atau sekadar membeli kereta kancil second hand sahaja.. berbaloi untuk membuat loan membeli kereta baru..??

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie July 26, 2013 at 9:47 am

Wslm Cik Wardah,

1. Untuk orang perempuan bujang, saya syorkan beli kereta baru yang sesuai untuk KEPERLUAN orang berkeluarga terus (in case bajet nak kawin dalam tempoh 3 – 5 tahun akan datang). Nanti dah berkeluarga, tak perlu tukar kereta baru yang pasti membocorkan lagi sekali kekayaan yang Cik Wardah kumpulkan.

2. Nak beli kereta second hand perlu tahu kenalpasti kereta ok atau tak. Kalau terbeli kereta yang problem, kosnya akan jadi lebih besar. Kalau orang lelaki, mungkin tahu sikit sebanyak pasal kereta.

3. Kereta second hand maintenancenya lebih tinggi / lebih kerap. Mungkin akan ada masalah sana-sini yang mengganggu. Kalau orang lelaki, urusan servis / repair kereta tu kerja mudah bagi mereka.

Wallahu a’lam.

Reply

90 wardah July 30, 2013 at 5:53 am

terima kasih en zul atas nasihat.. Bagi pendapat en zul, kereta ape yg paling sesuai untuk dibeli, ikot kan hati rase nk beli kancil je, tapi memikirkan perlu menempuh jalan sesak setiap hari dan perlu guna untuk masa yg lama, bagi saya kereta buatan jepun adalah yg terbaik

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie July 30, 2013 at 10:12 am

Beli ikut keperluan jer. Perodua pun dah ok rasanya kalau setakat nak pergi kerja. Kalau kereta Jepun baru tu, kos dah jadi mahal pulak. Dah 10 tahun pakai kereta, saya memang pakai kereta Jepun setakat ni tapi yang second hand. Harga tak lebih RM15,000. Tak pernah lagi beli kereta baru.

Reply

92 farish August 1, 2013 at 12:39 am

Salam saudara zul..sy skang nie dlm dilema smada nak beli kereta atau moto dlu..sy fresh graduate baru dpt keje..keje sy nie mmg memerlukan utk sy pkai kereta..tp masalahnya sy xde duit pon nak byar dp keta..abg nasihatkan bayar dp spaya nie ansuran bulanan xde la tinggi..so mcm mna?patot ke sy beli keta..sy target keta saga sv sbb installment dia 250 je..mohon saudara zul bg pencerahan.

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2013 at 3:27 pm

Wslm En. Farish,

Saya tak pasti apa cara terbaik. Tapi asasnya, kalau tak mampu pakai kereta, baik jangan beli kereta sebab kos kereta tu jauh lebih besar dari installment bulanan. Maintenance, repair, road tax & insuran, parking, nsaman speed trap dll. Pakai motor jer dulu. Biar penat badan sikit daripada kepala penat memikirkan hutang.

Wallahu a’lam.

Reply

94 farish August 1, 2013 at 7:17 pm

Ye..sy pon pk mcm tu gak..thanks en zul

Reply

95 Mohd Zulkifli Shafie August 3, 2013 at 9:03 am

You are welcome En. Farish.

Reply

96 Armin August 6, 2013 at 2:46 pm

Slm tuan admin,

Terima kasih atas nasihat tuan, saya sebenarnya lepasan ijazah yg FRESH dan BELUM lagi mendapat kerja, sy hanya sibuk-sibukkan tangan mencari info tentang “beli kereta melalui skim graduate” kerna ANGAN-ANGAN nak beli kereta baru bila dah dapat kerja nanti.

Alhamdulillah, melalui google search sy “TERSESAT ke sini”, dan ada baiknya sy lewatkan isu beli kereta kerna sy sudah ada sebiji motor.Baik sy guna motor je dulu, Jimat pun jimat lagipun sy ni lelaki takut jugak dengan isu2 kewangan. It is about the future not what the luxury that we owned on today. I think, car is the virtual luxury coz on other side it is a liability.

Terima kasih banyak2 tuan admin atas entry ini, moga tuan dilimpahi rahmat olehNya.

Reply

97 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2013 at 8:41 am

Wslm En. Armin,

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat.

Rancangan En. Armin untuk guna motor jer dulu bagi saya satu tindakan yang bijak. Tahniah! :)

Reply

98 yanie August 7, 2013 at 11:58 am

salam en zul,

saya berumur 27 tahun. pada oktober 2012, ketika berumur 26 tahun, saya ada beli rumah flat melalui bank lelong, Alhamdulillah saya dapat beli 40% below market price di seksyen 16 bandar baru bangi. saya beli cash guna personal loan. bayar loan monthly 3 ratus lebih dan saya sewakan rm500. pada mac 2013 pula saya beli sebuah apartment di kajang untuk duduk sendiri dengan suami dan anak. apartment kos sederhana ni pula saya beli sub-sale daripada owner. rumah kedua ni juga saya beli cash melalui personal loan. kedua-dua rumah ni tempoh bayaran bank adalah antara 15-20 tahun (saya ambil 2 bank untuk buat personal loan). saya bercadang nak beli rumah ketiga sebagai pelaburan jangka panjang kerana saya tahu hanya harga rumah sahaja yang tidak akan susut nilainya(bergantung kepada lokasi). kalau en zul tak percaya, sejak mula kerja, saya tidak pernah sekalipun beli kereta. saya cuma pakai kereta kecil yang abah beri, kemudian lepas kahwin, saya pakai kereta suami. mudah-mudahan hutang berkat kedua-dua rumah saya ini akan memberi kesenangan pada masa akan datang. saya juga suka membaca blog-blog property investor selain tuanbri dan bermula dari situlah saya sangat berminat untuk menceburi bidang hartanah. saya tidak kisah orang kata saya ada kerja yang baik, tapi kedekut nak beli kereta besar. pada saya, lebih baik kita berhutang untuk sesuatu yang kita tahu nilainya tidak akan susut seperti rumah dan emas. saya tertarik dengan cara pengurusan kewangan dalam penulisan en zul dan akan saya jadikan panduan untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

Reply

99 Mohd Zulkifli Shafie August 9, 2013 at 6:58 am

Wslm Pn. Yanie,

Terima kasih berziarah ke blog yang seadanya ni. Moga bermanfaat.

Secara jujur, saya memang kagum dengan strategi kewangan Pn. Yanie. Memang patut dicontohi oleh generasi muda supaya memulakan tabiat kewangan yang baik dari mula lagi. Moga perkongsian Pn. Yanie memberi inspirasi kepada pembaca-pembaca di blog ni, insyaAllah. Moga Allah merahmati puan sekeluarga.

Reply

100 siti hazreen August 10, 2013 at 3:52 pm

masa saya belajar dulu pun tak pakai kereta 😉

Reply

101 Mohd Zulkifli Shafie August 11, 2013 at 8:45 am
102 afif August 18, 2013 at 12:03 am

thanks for the info…. saya adalah graduan IPTA thn 2012…thn ni pemula kerjaya sy sebagai guru…. nyaris sy terjerat utk membeli kereta segera sedangkan keperluannya belum mendesak…. tp nafsu nak memiliki kereta sendiri sangat membuak2…. haishh…. sabar duhai hati,,,,,

Reply

103 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2013 at 3:19 am

Tahniah En. Afif sebab mula memasuki alam kerjaya.

Dapat gaji pertama, laburkan duit beli buku-buku kewangan; antara “Jutawan Dari Planet Jupiter, Azizi Ali”, “Petunjuk Jalan Kekayaan, Chef Li” dan “Nota Jutawan Nota Kewangan, Irfan Khairi”. Ia kick start yang baik untuk bermula dengan betul, insyaAllah.

Reply

104 ilham August 19, 2013 at 11:42 pm

Alhamdulillah, satu artikel yg baik dari penulis
dan sebagai peringatan untuk orang muda atau
fresh graduate.

Saya juga sejurus masa tahun akhir/masa praktikal
telah membeli kereta baru.

Tujuan utama sy beli untuk menjalankan perniagaan,
kereta ini juga dibeli berdasarkan keuntungan semasa
berniaga part time di Universiti. Bukan semata-mata
untuk bergaya.

Alhamdulillah, saya mampu survive sehingga sekarang
dan mempunyai beberapa aset lain, spt hartanah dll.

Bukan niat saya nak ‘menunjuk’ disini, tapi sebagai
panduan kepada rakan-rakan junior saya yg
masih fresh graduate dan sebagainya, rebutlah
untuk menjadi usahawan, mulakan perniagaan
anda sendiri. Mulakan dari bawah..

Doakan kejayaan saya juga !

Reply

105 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2013 at 4:53 am

Tq tuan atas perkongsian bermanfaat.

Reply

106 fana August 27, 2013 at 9:50 pm

alhamdullilah sy terjumpa website ni…act sy tgh blaja lg..next month praktikal di salah sebuah hospital di Pulau Pinang..ayah sy ingin mmbelikn sebuah kereta 2nd hand secara cash..iaitu sebuah perodua kancil..hal ini kerana risau akn sy yg sekarang ni hny mggunakan motorsikal ke sana ke mari..sy act sgt gembira mggunakan motor..xperlu bgun awal pgi utk ke kelas smata2 berebut parking dan jimat..pd sy lebih baik pkai kereta baru,alang2 kn (tp ayh da tua,x trgamak sy nk suh ayh wt loan utk sy walhal sy blaja lg..kerja pun lom tntu dpt even da graduate t)..pd pndapat tuan la..bahaya ke seorang gadis bermotorsikal di dlm pulau pinang??(org2 ckp penang bhaya bwk motor sbb jalan kecik dan sesak)…..
sy di lema nk beli ke x kancil tu..tahun 2006 kancil tersebut..( even guna duit ayah,tp nk la berbaloi)…..tq tuan..

Reply

107 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2013 at 1:06 pm

Wslm Cik Fana,

Risiko naik motosikal sama jer lelaki dan perempuan samada di Penang atau KL. Cuma kerisauan bila berlaku kemalangan / terjatuh motosikal, yang akan kerumum membantu semuanya penunggang motosikal lelaki. Itu yang saya nampak tak proper tu. Saya syorkan, ikut jer plan ayah Cik Fana tu. Kereta kancil 2006 tu masih ‘baru’ bagi saya sebab kereta saya pun tahun 1995! :)

Bila pakai kereta tu, dah tak payah tukar lagi dah sampai la dah kawin dan nak dapat anak nanti.

Wallahu a’lam.

Reply

108 Nurul Afifah September 14, 2013 at 12:59 am

sperti cik fana, saya pun masih belajar lagi dan tggal di pulau pinang.. tapi bulan depan saya mula praktikal di hospital sungai buloh.. rumah sewa jauh dari hospital memerlukan saya dan rakan2 utk berulang alik dengan kereta, sebab tiada prkhidmatan awam kecuali teksi.. teksi pun susah nak dapat dr kawasan perumahan tersebut.. pada mulanya, ayah dan umi nak belikan saya kereta terpakai, tetapi saya sependapat dgn cik fana.. lebih baik pakai kereta baru.. yelah, perempuan ni tambah2 lagi pelajar macam saya ni, x tahu lagi selok-belok nak menjaga kereta, kalau apa2 rosak nanti, keluarga jauh nak tolong.. hehe.. lagipun ayah dan umi saya x boleh buat pinjaman bank lagi disebabkan bankruptcy, jadi itulah cadangan mereka..

tapi alhamdulillah, makcik saya sudi membantu dengan menggunakan nama dia sebagai penjamin utk buat pinjaman penuh dr bank.. selepas membeli kereta baru, sekadar viva dah cukup, ramai yang menasihati saya supaya membeli rumah apabila sudah bekerja nanti, supaya dapat pulangan semula, sebab rumah boleh disewakan.. saya setuju dengan pendapat encik zul.. tapi dalam situasi saya, syukurlah saya x perlu risaukan lagi tentang kereta bila dah kerja nanti.. :)

sekadar berkongsi cerita..

Reply

109 Mohd Zulkifli Shafie September 14, 2013 at 11:40 am

Terima kasih Pn. Nurul Afifah. Perkongsian menarik. Moga Allah merahmati puan.

Reply

110 Hani September 16, 2013 at 2:58 pm

Pengalaman sya. Kami suami/isteri kahwin 23 tahun lalu dgn majlis sanding ala kadar tidak berhutang . Kami berdua bergaji kecil. Pergi kerja kami naik motor walau sarat mengandung hingga sya mendapat anak sulong 3 tahun kemudian. Dlm masa yg sama kami berjimat cermat buat simpanan. Kami beli kereta Toyota second lepas dpt anak sbb keperluan membawa anak kecil ke klinik atau emergency. Suami sudah beli rumah teres sebelum kami berkahwin dan membayar ansuran bersama2. Lepas 8 tahun kahwin sya dpt beli apartment & bayar duit muka dgn duit simpanan berkat jimat cermat. Selepas 18 tahun berkahwin kami berjaya langsaikan hutang kedua2 buah rumah, memilik sebuah kereta import & 2 buah moto yg kesemuanya tlh langsai hutangnya. Tipsnya: Pengurusan kewangan yg baik, tidak lupa ibubapa, doa & keizinan Allah. Cerita sya hanya utk dijadikan contoh bhwa bergaji kecil tak semesti tidak boleh mengumpul harta. Salam

Reply

111 Mohd Zulkifli Shafie September 16, 2013 at 4:15 pm

Terima kasih Pn. Hani. Pengalaman yang sangat baik untuk dijadikan motivasi kepada pembaca. Moga Allah merahmati puan sekeluarga atas perkongsian bermanfaat ini.

Reply

112 siti nur rasyidah October 4, 2013 at 9:15 pm

Assalamualaikum.artikel ini telah mnyelamatkn sy dr mmbuat kptusan yg salah.kerana trpengaruh dgn kehendak sndiri shgga lupe dgn kmampuan diri sendi.sy berusia 25 thn.dan ada prancgn bkhwin pd thn sy hadapan.boleh bg cadangn..

Sy ada melabor asb.tiap2 bulan sy byar 200. dirumah sy btanggungjwb mbyar semua bil.bil air+elektrik+internet+ptptn+bg em. semua perbelanjaan dlm 900 sebulan. sy gaji dlm 1300 stelah dtolak ptgn wajib. bila ditolak dgn prbelnjaan tinggal 400. belum dikira mkn minum+kperluan diri ngn mnyk motor. bole bg cdgn mcmane nk uruskn duit sy dgn lbih cermat.sy rase mcm xckup bile smpai hjung bulan. mcmane nk tmbh pdpt. susah nk cari part time dirumah sahaje.

Reply

113 Mohd Zulkifli Shafie October 6, 2013 at 8:18 pm

Wslm Cik Siti,

Saya syorkan tangguh dulu segala perkara yang bersifat “kehendak” buat sementara waktu, sampai lepas dah kawin nanti. Sebab kos hidup berumahtangga jauh lebih besar dari apa yang orang bujang sangka.

Tentang cara tambah pendapatan, saya syorkan Cik Siti ikuti artikel di link ni;

http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html

Mudah-mudahan Cik Siti dapat idea daripada artikel tersebut, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Reply

114 Pn Diana October 20, 2013 at 12:30 am

Salam En Zul

Saya terbaca blog ini ketika saya mencari info tentang pelaburan emas. Baru-baru ini saya apply personal loan (10 tahun installment) untuk full settlement kereta Proton Persona kereta baru 3 tahun pakai. Dan baki loan saya 20k saya berhajat untuk melabur dalam pelaburan emas. Hasil dari pelaburan yg saya dapat itu sebagai passive income saya disamping bisnes kerepek yang saya usahakan bersama suami. Saya juga telah membeli rumah di utara tanah air (sedang dibina). Dari bujang sampai sekarang duduk menyewa. Planning bila rumah dah siap nak balik stay sana.Diharap En Zul dapat memberi panduan dan nasihat untuk saya.

Reply

115 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2013 at 5:17 am

Wslm Pn. Diana,

Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

1. Buat persolan loan untuk full-settlement car loan bagi saya ia sangat merugikan. Seolah-oleh gali lubang lebih dalam untuk kambus lubang sedia ada. Saya syorkan terus bayar jer loan kereta tu macam biasa. Kalau ada duit lebih, baru buat full-settlement.

2. Buat loan beli emas bagi saya ianya berbaloi sebab ia aset yang sentiasa meningkat nilainya. Cuma pastikan bayaran ansurannya ringan dan memudahkan Pn. Diana untuk bayar bulan-bulan. Buat loan dan beli harta salah satu cara untuk ‘paksa’ diri menyimpan secara berdisiplin.

3. Bagus ada bisnes sendiri. Usahakan dengan betul dan sabar. Hasil bisnes yang menjadi jauh lebih baik dari pelaburan sebab untung 20% dalam pelaburan dah di kira luar biasa, tapi kalau 200% dalam bisnes tu terlalu biasa. Saya doakan Allah berikan kejayaan dan keberkatan rezeki kepada puan dan suami. Amiin ya Allah.

Reply

116 Pn Diana October 20, 2013 at 7:20 am

Salam En Zul

Terima kasih di atas penerangan.Moga segala urusan dipermudahkan Allah.Amin

Reply

117 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2013 at 7:46 pm

Wslm Pn. Diana,

Alhamdulillah. Amiin.

Reply

118 shah October 25, 2013 at 10:31 am

Salam,

Sejujurnya, saya juga telah buat kesilapan yang sama. Saya membeli kereta sejurus dapat kerja. Niat saya beli kereta ketika itu untuk kegunaan keluarga saya di kampung. Ibu bapa saya mempunyai kereta lama yang sering bermasalah. Pada mulanya saya mahu beli kereta yang murah, e.g. Viva. yang rendah instalment nya. Tapi, ayah saya bertegas saya beli sebuah kereta yang lebih baik sikit untuk pakai lama. Saya pun beli Myvi SE dgn instalment RM630. Pun begitu, tak lama lepas tu ayah saya beli kereta lain kerana beliau kesian tgk saya di KL tanpa kereta sedangkan saya ok je berpublic transport di KL, biarpun sedikit susah.

Jadi skrg kereta saya tu mcm kehilangan fungsi. Sebelum ni, bila fikirkan apa yang di bayar tu untuk mak ayah, saya tak kesah bulan bulan bayar. Bila mcm ni, saya rasa sedikit terbeban bila memikirkan betapa banyak simpanan yg boleh saya lakukan sekiranya saya tidak beli kereta atau beli kereta murah murah.

Wallahua’lam. Allah lebih tahu. Cuma sekarang ni sy sukar nak buat simpanan. Ada tips tak utk org mcm sy buat simpanan apabila duit bulanan yg ada pun benar2 limited. Huhu

Reply

119 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2013 at 6:06 pm

Wslm En. Shah,

Alhamdulillah, bertuah ibubapa En. Shah dapat anak yang prihatin. InsyaAllah keperihatinan itu akan mengundang kasih sayang dan keberkatan rezeki dari Allah.

Kalau En. Shah memang tak perlukan kereta tu, saya syorkan jual jer terus kereta tu sebab ia adalah bebanan (liabiliti). Manfaatkan duit lebihan tu untuk simpanan. Atau kalau ‘pandai’, boleh sewakan kereta tu. Jadikan sebagai kereta sewa. Tapi kena explore dulu ilmu tu dari ‘ahlinya’. Mudah-mudahan dengan sewaan tu boleh cover untuk bayar bank.

Wallahu a’lam.

Reply

120 shah January 2, 2014 at 5:57 pm

Salam.

Saya perempuan sebenar nya. Tapi tak mengapa. Untuk jual kereta sgt mustahil kerana ayah saya tak kan bagi, apetah lagi untuk menyewakan nya. Jadi buat masa ni, saya bayar je instalment macam biasa mengenangkan tiada jalan lain.

Saya mohon satu lagi cadangan /pendapat dari en Zul. Baru – baru ni saya ada buat personal loan sebagai modal untuk membantu perniagaan makanan abang saya. Baru sebulan, dan so far nampak nya pulangan balik modal bulanan sgt slow. Saya meminjam 30k atas nasihat beliau. Dia ambil 15k, dan menyuruh saya membiarkan 5k di bank Islam untuk potongan bulanan loan selama setahun ++. Baki 10 k saya simpan di ASB. Saya jadi buntu juga apabila fikir komitmen bulanan semakin tinggi di usia 24 tahun, namun sebarang aset pun saya belum miliki.

Rakan mencadangkan saya membeli apartment kos rendah, bawah dalam 80 k. Menurut nya saya masih boleh memohon loan namun harapan agak tipis. Saya boleh gunakan baki 10 k sebagai down payment. Soalan nya, perlukah saya teruskan hasrat beli rumah, atau saya harus tunggu sebelum membuat satu lagi keputusan besar dalam hal kewangan. Saya sebenarnya agak terhimpit, tapi saya cuba positifkan diri dan cari solusi.

Sekian, wassalam

Reply

121 Mohd Zulkifli Shafie July 14, 2014 at 2:18 am

Wslm Cik Shah,

Saya yakin, kedudukan kewangan Cik Shah masih mampu beli rumah. Untuk menilai rumah macam mana yang terbaik, saya syorkan Cik Shah ikuti penerangan pakar hartanah Cik Rohaniah Nor di youtube link http://bit.ly/jodohhartanah . Saya tengok penerangan beliau sangat bagus.

Wallahu a’lam.

Reply

122 shah January 9, 2014 at 11:24 am

Salam.

Saya perempuan sebenar nya. Tapi tak mengapa. Untuk jual kereta sgt mustahil kerana ayah saya tak kan bagi, apetah lagi untuk menyewakan nya. Jadi buat masa ni, saya bayar je instalment macam biasa mengenangkan tiada jalan lain.

Saya mohon satu lagi cadangan /pendapat dari en Zul. Baru – baru ni saya ada buat personal loan sebagai modal untuk membantu perniagaan makanan abang saya. Baru sebulan, dan so far nampak nya pulangan balik modal bulanan sgt slow. Saya meminjam 30k atas nasihat beliau. Dia ambil 15k, dan menyuruh saya membiarkan 5k di bank Islam untuk potongan bulanan loan selama setahun ++. Baki 10 k saya simpan di ASB. Saya jadi buntu juga apabila fikir komitmen bulanan semakin tinggi di usia 24 tahun, namun sebarang aset pun saya belum miliki.

Rakan mencadangkan saya membeli apartment kos rendah, bawah dalam 80 k. Menurut nya saya masih boleh memohon loan namun harapan agak tipis. Saya boleh gunakan baki 10 k sebagai down payment. Soalan nya, perlukah saya teruskan hasrat beli rumah, atau saya harus tunggu sebelum membuat satu lagi keputusan besar dalam hal kewangan. Saya sebenarnya agak terhimpit, tapi saya cuba positifkan diri dan cari solusi.

Sekian, wassalam

Reply

123 Mohd Zulkifli Shafie January 9, 2014 at 2:35 pm

Wslm Pn. Shah,

Maaf… :)

Saya syorkan perbaiki kedudukan kewangan dulu sebelum tambah lagi komitmen bulanan. Saya prefer kembangkan kekayaan dalam keadaan kita mampu bernafas lega.

Wallahu a’lam.

Reply

124 aizzat October 30, 2013 at 1:58 am

Salam tuan Zul,

Blog yang menarik. Terima kasih atas tips nya…

Saya ingin berkongsikan pengalaman saya. Saya datang dari keluarga yang susah. Ayah saya posmen dan emak tidak bekerja. Saya menamatkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda di IPTA pada tahun 2010 dan mendapat tawaran untuk menyambung PhD secara terus tanpa Master disebabkan pelajaran saya semasa peringkat ijazah sangat cemerlang. Namun, disebabkan kekangan wang, saya menolak tawaran tersebut. Saya memilih untuk bekerja di sebuah syarikat di Pulau Pinang.

Semasa bekerja, simpanan bulanan saya adalah RM1000 tiap-tiap bulan dan saya akan masukkan ke dalam ASB. Jikalau dapat bonus, saya akan simpan lebih. Saya juga pernah melabur di dalam saham syarikat di mana saya beli dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran dan jual pada harga pasaran disebabkan syarikat bagi kelebihan kepada pekerja. Alhamdulillah, selama dua tahun bekerja, saya berjaya menyimpan sebanyak RM30k hasil duit gaji saya sendiri. Saya juga telah membeli kereta Proton Gen2 dengan bayaran RM660 sebulan.

Namun, disebabkan keinginan saya untung menyambung pelajaran di peringkat PhD, saya mengambil risiko untuk berhenti kerja walaupun kerjaya saya sudah stabil dan gaji basic sudah banyak iaitu RM4k ++ sebulan pada masa tersebut di mana saya adalah seorang pengurus syarikat tersebut dan tersangat banyak faedah yang company bagi termasukah membayar interest kereta saya bulan-bulan! (mujurlah saya tak beli kereta yang lagi mahal masa tersebut).

Tahun 2012, saya nekad berhenti kerja untuk menyambung PhD disebabkan saya sudah mempunyai simpanan yang saya simpan. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi sebelum sempat saya nak guna duit simpanan saya, saya mendapat biasiswa yang membayar yuran PhD saya dan duit elaun sara hidup sebulan RM2300. Disebabkan tidak menggunakan duit simpanan tersebut, saya menggunakannya dalam lingkungan RM25k untuk berkahwin secara CASH! dengan isteri saya. Alhamdulillah tiada hutang.

Dimurahkan rezeki lagi, sebulan lepas berkahwin isteri saya mendapat kerja sebagai guru. Jadi, perbelanjaan kami isteri banyak membantu. Sewa rumah kami bahagi dua, maintenance kereta bahagi dua. Isteri saya tinggal di Johor. Jadi, saya bagi dia pakai kereta saya. Saya guna motor sahaja ulang-alik pergi universiti hari-hari. Kehidupan saya tak sesenang macam dulu tapi saya bersyukur rezeki dari Allah itu tetap ada. Allah juga dah kurniakan isteri yang sangat membantu.

Sekarang kami mula menyimpan lagi untuk membeli rumah. Simpanan isteri saya dalam RM10k dan simpanan saya dalam Rm6k. Lagi setahun saya akan menamatkan PhD saya. Saya bercadang akan membeli rumah mengikut tips tuan (1 untuk tinggal, 1 untuk sewa) bila saya sudah bekerja kelak.

Namun ada satu perkara yang saya kesalkan. Saya telah tersilap membeli kereta Gen2 dengan bayaran RM660 yang saya terasa mahalnya bila saya jadi pelajar balik. Dulu tak terasa sebab bekerja dan saya tak bercadang hendak berhenti kerja pada masa tersebut. Sepatutnya saya beli kereta yang jauh lagi murah. Namun pada masa tersebut saya tidak mempunyai ilmu kewangan yang cukup. :(

Saya mohon tuan doakan saya sentiasa murah rezeki. Semoga tuan dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah. Semoga kisah saya ini boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang berada dalam keadaan macam saya.

Reply

125 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2013 at 6:19 am

Wslm En. Aizzat,

Alhamdulillah, perkongsian pengalaman yang sangat menarik. Terima kasih En. Aizzat, mudah-mudahan ia jadi teladan untuk graduan baru tentang kewangan. Saya doakan Allah beri kelapangan dan keberkatan rezeki kepada En. Aizzat dan isteri. Amiin ya Allah.

Reply

126 Hairi November 5, 2013 at 2:11 pm

Assalam E. Zul,

Saya pohon pendapat dari En.Zul..saya seorang penjawat awam yg berusia 31 tahun. Saya sudah berkahwin mempunyai 2 orang anak dan bln 6 thn hadapan Insyaallah dpt anak ke-3. Saya memang melihat pelaburan hartanah amat menguntungkan. Pada usia 25thn saya memiliki rumah pertama di Johor. Pada usia 27thn saya memiliki umah saya yang ke-2 di Pahang. Saya memiliki motor kapcai EX5 yg saya guna dr zaman bujang lg dan sebuah perodua kelisa yg dh habis bayar hutang bank.

Kos hidup saya bertambah apabila ditukarkan ke Raub,Pahang. Jarak 220km sehala dari rumah saya di Kuantan.Tiap2 minggu saya akan berulang blk jumpa anak dan isteri. Saya sukar menyimpan sejak tukar ke Raub. Saya juga memiliki sebuah motor berkuasa tinggi 650cc yang saya gunakan untuk berulang tiap2 minggu. Saya beli cash pada harga RM18k dr kwn saya. Jika saya menaiki kereta ke Raub kos saya sehala minyak=rm30 dan tol rm14.30 utk sehala jumlah rm44.30.Manakala motor hanya rm30 sehala utk duit myk. Jika naik bas tambang rm27 sehala.Saya nak tanya En.Zul, betulkah perancangan saya menggunakan motor besar utk lebih jimat dr kereta. Roadtax n insuran motor ni lbh dr kereta (rm1000). Roadtax n insuran kereta(rm500).

Saya pernah cuba naik kereta utk tempoh sebulan. Terasa jg peritnya, kerana kos sebulan rm354.40 tetapi x berhujan n panas. Jiwa saya mmg suka pd motor besar. Tapi kos memiliki motor besar agak tinggi. Tayar depan/blkg(utk 12000 km) rm880, servis setiap 5ooo km rm150. rantai 1 set(40000 km) rm420 tetapi penukaran utk tempoh yang lama bukan sebulan.Jika dikira dlm tempoh setahun, naik moto lg menjimatkan. Betulkah pengurusan wang perancangan saya ini En.Zul..

Reply

127 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2013 at 2:31 pm

Wslm En. Hairi,

Saya pernah ada idea macam En. Hairi untuk beli motosikal berkuasa besar kononnya nak jimat. Bila saya buat kira-kira dengan teliti, sebenarnya ruginya lebih besar daripada untung. Saya kira-kira, lebih baik kos untuk beli dan maintain motor besar tu letakkan kepada kereta jer. Contohnya RM18,000 tu simpan dalam akaun Tabung Haji. Katakanlah kos tahunan minyak & toll kereta RM4,500, sedangkan kos pakai motor RM3,000 setahun. Perbezaan RM1,500.

So lebih baik pakai kereta jer. Kos RM1,500 setahun tu tarik duit simpanan RM18,000. InsyaAllah duit tu boleh tahan at least 10 tahun dan tak perlu pening kepala fikir nak repair & maintain motor besar tu. Lagi pun pakai kereta lebih selamat dan dapat cover hujan panas.

Wallahu a’lam.

Kalau duit RM18,000 tu invest atau buat rolling bisnes lagi bagus. Guna duit untung jer buat cover RM1,500 setahun.

Reply

128 pesa November 15, 2013 at 10:45 am

sy berumur 22 tahun dan brkelulusan diploma. skg sy bkerja sndri. 4 bulan lg sy akan mnyambung degree dlm jurusan seni. utk pengetahuan tuan, sy ada membeli sebuah kancil 660 trpakai tahun 2000, ketika sy sdg belajar diploma dulu iaitu pada umur 20 tahun.

sy membeli kereta trsebut dgn mggunakan duit hasil penjualan sy di kolej. sy amat memerlukan kereta pd ketika itu sbb sy ni student art, bnyk brg yg sy kne bwk utk ke klas. plus, utk membeli barangan meniaga sy.

tp skg sy brniat utk membeli kereta baru kerana sudah x sggup nk menanggung kereta kancil trsebut. hampir tiap bulan kereta sy bwt hal. dan tiap bulan sy kne membelanja purata rm300/ bulan utk membaiki kereta.

pada pandangan sy, lebih baik sy membeli kereta baru kerana walaupun ansuran bulanan around rm400, tp skurang2 nya sy sudah x pyh brhabis duit utk membaiki kereta lama yg x tahu berapa lama lg bleh brtahan. tambahan pula, jika ambil kereta baru, sy suda mmpunyai 2 buah kete, memandangkan adik beradik sy ramai di kg. bleh la sy tinggalkan kete kancil di kg utk kegunaan keluarga.

sy mmg nekad nak ambik kete baru yg sy rasa lagi2 berbaloi berbanding menggunakan kereta lama. kg sy dgn tmpat belajar baru nt amat jauh around 600km. kalau menggunakan kereta baru sy lebih yakin dan risiko utk kereta rosak amat rendah.

sy ingin mendapatkan khidmat nasihat tuan. terima kasih.

Reply

129 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2013 at 4:13 am

En. Pesa,

Kalau dah buat kira-kira dengan teliti, pembelian kereta tu pun ada dasar keperluan, dan kereta yang dibeli pun pada harga yang cukup sekadar keperluan, bagi saya teruskan plan beli kereta baru. Kerugian beli kereta ni kalau ianya dibeli atas dasar bukan keperluan, dan kereta yang dibeli pun jenis yang terlebih dari apa yang dia sebenarnya perlu.

Wallahu a’lam.

Reply

130 emira November 15, 2013 at 2:51 pm

assalam…

saya nak taye pendapat en.zul..saya sudah bekerje 2thn tp msih belum mula mbyr utang pptn sy ..sy plan utk kumpul duit dan terus byr utang ptptn sekaligus sejak ptptn menawarkn diskaun jika byr lump sum..total utang ptptn rm21k..skrg ni sy bcadang nk buat personal loan utk byr ptptn..patut tak sy buat personal loan utk byr ptptn atau sy patut mula byr ikut jadual bayaran bulanan ptptn je? mane lg untung ye?

gaji sy skrg 2k tp masih lg kontrak….skrg sy juga bercdg utk bli apartment bwh 100k sbg aset..bli dri owner umh dan sudah ade penyewa…duit simpanan sy nk simpan utk kegunaan jika perlu shj..kereta belum bli sbb sy nk ade simpanan at least 10k sblm ade kereta sndri…ape pndapat en mengenai personal loan utk byr ptptn dan boleh x cadangkn pelaburan ape yg ptut sy amik …klu nak berniaga sy mmg xpndai…hehe

Reply

131 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2013 at 4:08 am

Wslm Cik Emira,

1. Untuk buat personal loan dan bayar PTPTN, pada asasnya merugikan sebab PTPTN interestnya rendah berbanding personal loan. Kalau PTPTN tawarkan diskaun untuk full-settlement, cuba buat kira-kira berapa jumlah keseluruhan kalau buat TAK BUAT full-settlement PTPTN berbanding jumlah keseluruhan Personal Loan yang perlu dibayar balik (ansuran bulanan x 12 bulan x tahun). Nanti boleh nampak beza mana lagi berbaloi.

2. Bagus, cukupkan simpanan dulu sebelum beli kereta i.e. bebanan kewangan.

3. Kalau tak pandai berniaga, boleh belajar.

Reply

132 Haikal November 16, 2013 at 8:49 am

Assalamualaikum..

Kesilapan mengajar kita..
Saya membeli kereta lebih kurang 4 tahun lalu setelah lebih kurang setahun bekerja..Beberapa bulan lepas saya cek hutang kereta masih 30k..
Tahun lepas saya membuat personal loan untuk majlis perkahwinan saya 20k. Kini ada lagi 13k.

Tapi saya bercita-cita untuk habiskan semua hutangpersonal loan saya dalam jangka masa setahun dan hutang kereta dalam 3 tahun. Sebelum saya berumur 30 tahun. Dah kira-kira insyaAllah ianya logikal untuk di capai (dengan perancangan yang teliti).

Doakan ianya akan berjalan lancar. Aminn 😉

Reply

133 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2013 at 9:28 am

Wslm En. Haikal,

Terima kasih berkongsi pengalaman. Tahniah sebab ambil keputusan untuk bebas hutang. Saya doakan Allah realisasikan impian En. Haikal, dan memberikan keberkatan dalam rezeki. Amiin ya Allah.

Reply

134 zainal November 20, 2013 at 5:08 pm

Assalammualaikum…
Terpanggil sy utk singgah di blog en zul ini…informasi yg sgt berguna untuk rujukan
Saya ingin minta pendapat,saya mempunyai cash 18k…saya bercadang utk membuat full settlement kereta saya.ada 3 tahun lg loan. Installment bulanan RM540…tp persepsi saya brtukar setelah membaca invesment PG dlm blog saudara ini…yang mana berbaloi untuk saya belanjakan cash 18k itu.? Boleh en zul kongsikan berapakah pulangan yg akan saya miliki sekiranya saya membeli emas PG selepas setahun mengikut pengalaman en zul
Terima kasih

Reply

135 Mohd Zulkifli Shafie November 21, 2013 at 6:24 pm

Wslm En. Zainal,

Pulangan sebenar mengikut kenaikan sebenar harga emas. Harga emas sekarang ni antara paras terendah tahun 2013. 1 dinar tahun ni paling rendah RM550, paling tinggi RM700 lebih. Sekarang ni RM566. Kalau track record 10 tahun, harga emas naik sekitar 15% – 20% setahun. Tahun 2011 naik sehingga 35% setahun. Tahun 2012 cuma 7%.

Kalau dengan RM18k tu En. Zainal beli emas Public Gold (cukupkan jadi RM20k) untuk jadi dealer, menyimpan sambil berniaga emas, insyaAllah berbaloi. Sebab emas tu kalau jual kesemuanya pun nanti, En. Zainal tetap kekal status sebagai dealer.

Wallahu a’lam.

Reply

136 rahmat November 27, 2013 at 11:00 pm

Tuan,

Nampaknya saya ‘sampai’ ditempat yang betul apabila terjumpa blog tuan dimasa saya pening memikirkan beberapa keputusan besar yang akan saya ambilt dalam masa terdekat tentang kewangan saya. Sejak beberapa hari ni saya merasakan terlalu ingin bebas dari SEMUA hutang yang membebankan. Perit dan trauma dengan kesempitan hidup yang dilalui selama ini.

1. Saya berumur 45 tahun, berkeluarga. Gaji saya sebagai penjawat awam RM8000 sebulan. Isteri RM4000 sebulan.

2. Kerana komitmen hutang yang banyak termasuk loan rumah dan personal loan dan kad kredit dan kos hidup, duit gaji kami habis beberapa hari shj selepas hari gaji. Saya bergantung kepada kad kredit sementara menunggu gaji yang seterusnya.

3. Saya ada 1 lagi rumah yang disewakan kepada pelajar IPT tetapi kos bayar loan bank RM1800 sebulan (tamat 15 tahun lagi kerana refinancing. Pendapatan dari sewa rumah hanya 500 sebulan dgn kos senggara yang tinggi menjadikan rumah ini satu bebanan kepada kami. (sekarang tinggal dirumah loan isteri RM1500 sebulan)

4. Saya berhasrat untuk menjual rumah tersebut (pembelinya sudah ada). Baki harga rumah tersebut akan digunakan untuk membayar semua loan dan kad kredit. Dengan harapan gaji saya selepas menjual rumah tersebut bersih daripada semua potongan. Dalam masa yang sama saya MERDEKA daripada semua hutang!!

5. Apabila mendapat gaji yang ‘penuh’ nanti diharap dapatlah saya memiliki benda2 yang sangat saya inginkan selama ini spt menyimpan, melabur, membeli aset (tanah,emas) atau membawa keluarga melancung (dah lama tak bawa keluarga melancung mana2).

5. Persoalannya adakah tindakan saya betul dengan melepaskan rumah sewa yang lokasinya baik (hampir IPT) demi mencapai status bebas hutang. Atau tuan ada cadangan lain.

Terima kasih.

Reply

137 Mohd Zulkifli Shafie November 27, 2013 at 11:25 pm

Salam En. Rahmat,

Bagi saya ia tindakan yang betul. Bebaskan diri dari hutang dulu, dan dapatkan semangat baru untuk kumpul harta. InsyaAllah lepas ni En. Rahmat akan lebih bermotivasi untuk gandakan kekayaan dan tentunya tidur malam yang lebih lena. Nikmati seronoknya hidup seorang yang MERDEKA tanpa hutang! InsyaAllah. :)

Reply

138 maya December 2, 2013 at 11:01 pm

salam en.zul..
terima kasih atas perkongsian..

saya ingin bertanyakan pendapat en.zul berkenaan kereta secondhand daripada singapore.. mengikut pendapat rakan2 sekerja, ianya agak berbaloi.. tambah-tambah kebanyakannya kereta luar negara.. masalahnya di sini.. saya tak berani untuk membeli kereta second hand.. bagaimana ye pandangan en zul tentang hal ini?

Reply

139 Mohd Zulkifli Shafie December 2, 2013 at 11:29 pm

Wslm Pn. Maya,

Kereta second hand, kalau bernasib baik kita untung besar. Kalau tak bernasib baik kita rugi besar. Saya syorkan puan baca buku bertajuk “Bagimana Memilih Kereta Terpakai Yang Lebih Baik”, buku nipis keluaran TrueWealth. Ia panduan yang bagus bagi sesiapa nak beli kereta second hand. Dah 11 tahun saya bekerja, saya memang pakai kereta second hand jer.

Wallahu a’lam.

Reply

140 farhani December 13, 2013 at 1:56 pm

assalam en.zul.
terima kasih di atas perkongsian.

saya ingin bertanyakan pendapat en.zul. saya baru sahaja grad dan bakal bekerja tidak lama lagi. tempat kerja saya adalah di klang dan rumah saya di gombak. saya masih lagi berfikir sama ada saya perlu menyewa atau pun berulang alik. dan saya juga memerlukan kereta untuk memudahkan saya ke tempat kerja. jadi, apakah pendapat en.zul.. perlukah saya menyewa atau berulang alik sahaja? dan apakah patut saya membeli kereta baru atau second hand sahaja? saya ada motor tapi family melarang saya untuk menunggag motor ke tempat kerja di atas faktor keselamatan.. mohon en.zul dpt mmbantu.. terima kasih..

Reply

141 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2013 at 9:09 am

Wslm Cik Farhani,

Saya syorkan sewa rumah dekat dengan tempat kerja dan pergi kerja naik motor jer dulu (sebab tempat kerja dekat). Jimat duit, jimat masa. Masa baru-baru grad ni fokus kumpul duit dulu. Saya dok kira-kira, graduan baru perlukan at least RM35,000 dalam tempoh 3 tahun pertama bekerja, untuk urusan kawin dan berbagai.

Kalau start kerja terus bebankan diri dengan beban kewangan beli kereta, nanti lambat kaya. Dan mungkin terpaksa berhutang sepanjang hayat.

Wallahu a’lam.

Reply

142 Fikri December 28, 2013 at 8:29 pm

Assalam tuan. Boleh sy tahu siapa nama pakcik penjual cholek tu? Atau nama kedai dia? Saja nak tahu. Huhu.

Reply

143 Mohd Zulkifli Shafie December 28, 2013 at 10:22 pm

Wslm En. Fikri,

Identiti pakcik tu perlu dirahsiakan sebab dia memang nak low profile. :)

Reply

144 Fikri January 5, 2014 at 11:41 am

Ouh. Ya ka. Sbb kalau tengok ciri2 yg tuan cakap tu( jual cholek di Mini Stadium Pasir Mas dan jual tiket bas) gaya mcm abah sy. so sy saja nak pasti kan. huhu

Reply

145 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2014 at 11:39 pm

Kalau betul, alhamdulillah En. Fikri. :)

Reply

146 Abdul Noor January 5, 2014 at 9:53 am

Asalam,
Saudara saya ingin memohon sedikit pandangan dari En Zul, saya bercadang ingin membuat loan rm30k, dimana duit loan ini saya ingin gunakan untuk membeli sebuah kerat second dalam rm10k dan selebihnya saya ingin membeli emas utnuk disimpan bagi digunakan sebagai pelaburan dimasa depan, saya masih belum berkhawin dan berumur 27 serta tinggal dengan keluarga, pada masa ini saya mengunakan motorsikal,saya ingin membeli kereta atas dasar senang untuk membawa org tua saya berjalan atau ke hospital. gaji saya tidak la besar mana tetapi setelah ditolak semua keperluan saya akan ada balance gaji dalam rm800, saya rasa saya mampu bayar ansuran loan tersebut,saya juga belum ada simpanan tetap,adakah berbaloi saya buat loan 30k tersebut selama 10tahun.

Reply

147 Mohd Zulkifli Shafie January 6, 2014 at 12:11 am

Wslm En. Abdul Noor,

1. Kalau kereta tu dah jadi keperluan, beli jer tak ada masalah walaupun terpaksa buat loan. Beli kereta second hand tu bagus sebab boleh jimat banyak, tapi kena teliti bila pilih tu. Mudah-mudahan dapat kereta yang kondisinya masa baik dan maintenancenya masih berbaloi. InsyaAllah.

2. Buat loan beli emas tu ok kalau itu cara nak “paksa diri” menyimpan. Kalau simpan sikit-sikit, mungkin tak sempat kumpul duit dah habis. Tapi bila buat loan, kita terpaksa bayar i.e. terpaksa menyimpan.

Reply

148 Ariffin January 5, 2014 at 10:34 am

Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan artikel ini. sangat membuka minda. Alhamdulillah saya sekarang pandai membuat bajet bulanan untuk diri sendiri walaupun tidak mempunyai kereta & motor. terima kasih atas nasihat. Insyallah akan berusaha untuk menyimpan sammbi tidak lupa kongsi rezeki dengan ibu ayah.

Reply

149 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2014 at 11:59 pm

Wslm En. Ariffin,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Saya doakan Allah beri kejayaan dan keberkatan rezeki untuk En. Ariffin.

Reply

150 amira January 5, 2014 at 7:08 pm

mohon share ye tuan..tq 😉

Reply

151 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2014 at 11:37 pm

Sila Pn. Amira. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

152 Fatin January 12, 2014 at 6:01 pm

Saya pelajar lepasan ijazah dan bakal masuk kerja bulan hadapan. Sekarang saya sedang mula berjinak-jinak untuk belajar tentang pengurusan kewangan supaya dapat menguruskan gaji dengan berhemah di kemudian hari. Saya setuju beli kereta awal-awal agak merugikan tambahan pula ada banyak pilihan pengangkutan awam terutamanya di kota raya Kuala Lumpur. Nak balik kampung naik sahaja bas dan boleh rest sepanjang perjalanan. Alhamdulillah saya tersesat di blog ini banyak jugak tips yang saya dapat. Semoga saya dapat survive di tempat baru nanti, insyaAllah :)

Reply

153 Mohd Zulkifli Shafie January 12, 2014 at 6:32 pm

Alhamdulillah Cik Fatin. Selamat masuk ke alam pekerjaan dengan mindset yang betul tentang kewangan. :)

Reply

154 ahmed January 14, 2014 at 2:35 pm

Slm en zul. Saya ingin mendapat pendapat en zul. Saya baru bekerja didalam kerajaan dan belum confirm. Gaji alhamdulillah bersih 2600++. Kereta saya adalah kancil yang saya sambung bayar dari kakak saya. Akan habis bayar bulan 5 ini. Bulanan rm350. Sebulan selepas tolak semua komitmen ada dalam rm 200-600 sebulan bergantung keadaan.

Isteri saya seorang pensyarah di sebuah ipts. Dengan komitmen kereta viva baru rm 500 sebulan. Masalah saya adalah isteri saya berhasrat besar untuk berhenti kerja kerana alasan kesihatan. Dia ingin buat bisness dengan ibunya menjahit. Dia meminta saya untuk biayai kereta viva dia sehingga dia stabil dengan gaji bisnez dia. Mula nya saya tidak setuju kerana tidak mampu dan akan habis kan simpanan sebulan. Dia membalas akan menjual kereta tersebut.

Saya risau jika dia lebih lebih lagi seorang perempuan tiada kereta susah nak bergerak. Kami duduk di lembah klang

Reply

155 Mohd Zulkifli Shafie January 14, 2014 at 3:26 pm

Wslm En. Ahmed,

Kalau saya dalam situasi En. Ahmed, saya pakai motorsikal ke tempat kerja. Kereta tu bagi isteri pakai. Saya pakai kereta untuk bawa keluarga jer sebenarnya. Saya prefer bergerak dengan motorsikal. Lebih cepat, lebih jimat.

Wallahu a’lam.

Reply

156 ahmed January 14, 2014 at 3:55 pm

Saya tiada lesen moto dan xreti nak bawak. Kereta saya manual dan isteri xreti nak bawak. Ayah , emak dan isteri larang bawa moto walau ke tempat kerja disebabkan hal keselematan.

Reply

157 Mohd Zulkifli Shafie January 14, 2014 at 4:22 pm

Oh, ok. Kalau macam tu memang dah tak ada pilihan lain.

Reply

158 zulina January 16, 2014 at 1:56 pm

Salam en.zul..saya baru nak mula utk myimpan..mmg sy cetek ilmu dlm pgurusn kewangan dan tuk smpanan tu, langkah pertama sy buat mmbuka akaun ASB..sy siap buat pmtongan gaji tuk Asb then blm smpat nk ptong sy dpt tahu Asb ni syubhah pulak cara plburanyer..apa yg perlu sy buat? Sy rasa saya ni zero knowledge tntg ni..harap sangat en.zul bole bantu saya.di mana permulaannya tuk saya menyimpan duit.adakah hnya di bank sahaja atau ada cara lain.

Reply

159 Mohd Zulkifli Shafie January 16, 2014 at 11:42 pm

Wslm Pn. Zulina,

Saya simpan duit tunai dalam Tabung Haji. Saya tak simpan dalam ASB. Bagi saya, Tabung Haji lebih untung sebab simpanan dia tak kena zakat 2.5% sebagaimana simpanan dalam ASB. Lagi satu, pelaburan dia lebih terjamin kehalalannya berbanding ASB. Saya syorkan buat potongan gaji masuk Tabung Haji jer.

Wallahu a’lam.

Reply

160 zulina January 17, 2014 at 10:18 am

Tapi saya ingatkan tabung haji tu saya nak simpan untuk keperluan saya pergi menunaikan haji.ada cara selain itu kah en.zul?

Reply

161 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2014 at 12:01 pm

Kalau untuk simpanan kecemasan, saya nampak cuma ASB dan Tabung Haji jer sebab agak ‘susah’ dikeluarkan berbanding simpanan dalam akaun bank biasa. Duit nak pergi haji tak semestinya simpan dalamm Tabung Haji. Janji dah daftar haji dan letakkan duit “deposit minimum” RM1,300 dalam akaun, automatik pendaftaran tu valid. Bila nak pergi haji, baru masukkan duit simpanan haji ke akaun tu.

Akaun ASB tu kalau ikut Majlis Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus. Cuma kalau orang yang warak, dia tinggalkan ASB sebab dia tahu ASB laburkan dalam kaunter-kuanter saham yang tak halal.

Reply

162 Azwan January 23, 2014 at 1:35 am

Assalamualaikum en zul

Terima kasih di atas artikel tersebut. Artikel ni telah mengingatkan saya tentang kesilapan saya dahulu. Sebenarnya saya juga adalah salah seorang graduan yang silap dalam menguruskan kewangan. Selepas 2 bulan saya bekerja 3 thn dulu, saya telah membeli kereta dengan installment RM1000++. Masa tu memang nak pikir enjoy saja. Tujuan saya beli keta tu adalah untuk berjalan jauh@ makan angin saja. Padahal tempat kerja saya dengan rumah sangat dekat. tapi lama kelama an saya rasa cam tak berbaloi je. kebanyakkan duit saya habis pada kereta almost 60% daripada gaji.

bila pikir-pikir balik cam menyesal pun ada beli kereta tu. Tapi saya tekadkan hati, saya keluar daerah untuk mencari kerja part time. Untuk pengetahuan en zul, saya tinggal di batu pahat, johor dan bekerja part time di johor bahru hampir setiap hari. jarak bp-johor lebih kurang 70km++. Apa yang saya pikir adalah untuk travel sejauh itu saya perlukan kereta yang mempunyai cc besar. Jadi di sini saya dah ada advantages iaitu kereta bercc besar. Sebab saya juga pernah menggunakan kereta myvi dan saga ( kereta family) untuk berulang alik ke jb tapi saya rasakan saya x mampu nak drive setiap hari sebab tidak selesa.

sekarang alhamdulillah dengan kerja part time sahaja saya boleh dapat pendapatan sebanyak RM7000-RM8000 sebulan ( setelah tolak minyak, tol, maintenance dan speed trap). Jadi disini saya rasa tindakan saya beli kereta mahal 3 tahun dahulu adalah berbaloi sebab saya gunakan peluang itu untuk carik rezeki di tempat lain dan akhirnye membuahkan hasil

p/s sekarang saya dah memiliki sebuah rumah dan akan beli rumah kedua, ketiga dan… untuk disewakan.

Reply

163 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2014 at 8:09 am

Wslm En. Azwan,

MasyaAllah. Terima kasih atas perkongsian pengalaman yang baik untuk iktibar semua. Memang betul, beli kereta tanpa keperluan tu memang merugikan. Tapi dengan kereta cc besar tu memudahkan kita jana lebih banyak pendapatan, lebih ligat ke sana ke mari untuk bisnes dan berbakti, itu tindakan yang betul. Alhamdulillah.

Saya doakan Allah merahmati En. Azwan akan perkongsian pengalaman yang baik ni. Amiin ya Allah.

Reply

164 adamhzm March 23, 2014 at 10:47 pm

terima kasih untuk artikel yang sangat berguna.
saya pun fresh graduate yang baru tamat belajar.
alhamdullilah sudah punya pekerjaan walaupun gaji tak sebesar mana. syukur
lokasi kerja dan rumah dalam 40km+.. saya gunakan motor sahaja..
memang nafsu untuk berkereta itu ada. tapi sabarkan saja hati dulu. hehe

sekarang komitmen hanya untuk membayar pinjaman pelajaran. alhamdullilah ibubapa sudah membeli rumah untuk anak2. hanya perlu buat loan dan sewakan sahaja. insyaallah dapat untung sikit2..

Reply

165 Mohd Zulkifli Shafie March 24, 2014 at 4:10 am

Alhamdulillah… bagus tu En Adam.

Reply

166 Ag Damit April 11, 2014 at 8:41 pm

Assalammualaikum En Zul

saya bercadang untuk membeli kereta viva baru, loan bank 9 tahun..tapi saya xberapa yakin kerana memiliki kereta memerlukan banyak kos..soal kereta bukan untuk ketempat kerja sebaliknya untuk kesenangan dalam urusan keluarga dsb..

saya masih bujang dan sudah dua tahun berkerja, tapi tidak mempunyai simpanan..sy tak tau nak beli atau tidak.. mohon sedikit nasihat.. terima kasih.

Reply

167 Mohd Zulkifli Shafie April 12, 2014 at 12:53 am

Wslm tuan,

Kalau tak perlu lagi jangan beli. Fokus pada simpanan dulu. Beli kereta hanya bila benar-benar perlu.

Reply

168 salasiah April 14, 2014 at 9:35 am

Tuan,
saya seronok baca nasihat tuan, dan akan saya forwardkan nasihat ini kepada anak-anak saya nanti. Saya pun macam tuan juga tersedar dari kesilapan tentang kewangan ini dan sedang memperbaiki kelemahan setelah terbaca buku dari Planet Jupite Azizi Ali, itu pun buku tu ada orang tertinggal yang saya tak tahu nak pulangkan. Mungkin Allah nak bantu saya celik mata dengan terjumpa Nye buku ini kot.

Reply

169 Mohd Zulkifli Shafie April 14, 2014 at 9:42 am

Silakan puan.

Alhamdulillah. Allah nakkan kebaikan kepada puan.

Reply

170 zazaloma April 14, 2014 at 10:26 am

En.Zul,
Sebenarnya sya usha web nak cari rumah sewa, tapi entah camana tersesat jumpa plak bolg en.Zul, bestnya dapat berbagai ilmu dan yg terbaikk sekali bahasa yang En. Zul zahirkan pun sungguh santai untuk di baca sebagai panduan, nasihat bagi orang muda dan orang lama yang kurang ilmu tentang pengurusan kewangan. Moga Allah memberi rezeki dalam berbagai bentuk kepada En.Zul dan keluarga, sebab nak beli buku lum mampu lagi tapi blog En.Zul banyak membantu kehidupan saya seharian. Hari-hari saya akan berkunjung ke blog En.Zul kalau ada kemushkilan. ok take care, En.zul.

Reply

171 Mohd Zulkifli Shafie April 14, 2014 at 1:42 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih berziarah ke blog saya Pn. Zazaloma. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Terima kasih juga atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga juga, amiin ya Allah.

Reply

172 rafie April 20, 2014 at 4:45 pm

pada pendapat saya,ia bukan kesilapan jika baru bekerja terus membeli kereta.
sekiranya kereta itu digunakan untuk ke tempat kerja. anggaplah pembelian kereta itu sebagai insuran tambahan untuk diri kita. risiko kemalangan naik moto sangat tinggi jika dibandingkan dgn kereta. janganlah kerana nak berjimat sangat kita sanggup mengambil risiko. naik kereta lebih selamat.
sayangi nyawa anda, duit banyak tapi kalau kaki patah pun xguna.

Reply

173 Mohd Zulkifli Shafie April 20, 2014 at 5:06 pm

Erm… Kalau nak lebih selamat sepatutnya naik public transport, ia jauh lebih selamat berbanding naik kereta. Jimat lagi selamat! :) Dan tak wajar kalau saya cakap orang yang bawa kereta tak sayang nyawa berbanding orang naik public transport…

Cuba faham mesej yang nak disampaikan dalam posting ni. Isunya bukan kereta atau motor lebih selamat, bukan isu sayangkan duit lebih dari sayangkan nyawa. Dan bukan juga saranan saya supaya tak perlu beli kereta. Saya sendiri pun beli kereta. Soalnya, sejauh mana keperluan kereta dengan kemampuan kewangan yang ada? Ini isu PRIORITY tentang kewangan.

Kalau mampu beli kereta, duit simpanan pun dah banyak, beli la kereta. Tak ada masalah. Kalau duit simpanan tak ada, kad kredit satu-satunya rizab yang ada, nak kawin pun kena installment bertahun2, nak beli perabot pun terpaksa ansuran 3 tahun, bagi saya tak cerdik beli kereta ketika ia bukan BENAR2 KEPERLUAN.

Berdasarkan kelas kewangan yang saya buat dengan graduan baru, ramai graduan baru beli kereta bukan sebab keperluan, tapi tak sabar nak ada kereta sendiri. Nampak hebat la bila keluarga dan kawan2 tengok bila ada kereta sendiri.

Reply

174 laila May 4, 2014 at 10:35 pm

As salam. Blog yg memberi kesedaran kpd sy. Tuan sy mempunyai hutang yg byk begitu juga suami sy. Sdh mencuba utk mencari side income lain namun masih tiada rezeki. Sy sdh berumur 37 thn dan suami 38 thn dgn 2 org ank yg masih kecil. Betul sperti kata tuan kami hidup melepasi kemampuan. Gaji tak mencukupi dengan hutang keliling pinggang.

Reply

175 Mohd Zulkifli Shafie July 13, 2014 at 11:58 pm

Wslm Pn Laila,

1. Alhamdulillah. Mudah2an blog ni bermanfaat utk puan & suami.

2. Saya doakan Allah berikan keberkatan & kelapangan rezeki kpd puan sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

176 Pembaca H June 6, 2014 at 3:09 am

Assalammualaikum En Zul & Terima Kasih utk ilmu dalam blog ni…

Saya ada masalah. Kereta better jual balik or bayar bulan2 sampai 9 tahun? Sebab kereta baru beli 6 bulan. Ada cadangan kawan suruh buat kereta sewa untuk tampung bulan2. Pening saya fikirkan. Cadangan tuan apa yg ok?

(Blog ni dah wujud sebelum sy beli kereta, tp kenapa la sy x mencari sebelum beli. Sekarang dah menyesal. Tq tuan…)

Reply

177 Mohd Zulkifli Shafie June 12, 2014 at 9:12 am

Wslm tuan.

Saya tak pasti yang mana terbaik. Kalau tak perlu kereta tu, lebih baik jual. Cuma kalau nak jual, kena kira berapa kerugian jual balik kereta tu.

Kalau nak sewakan kereta, saya syorkan laburkan duit untuk dapatkan ilmu dari otai bisnes kereta sewa Tuan Wahi di http://wahiabdrashid.com/penerbitan/dvd-panduan-bisnes-kereta-sewa/ . Ilmu begi tu penting supaya kita kurang buat kesilapan yang merugikan.

Wallahu a’lam.

Reply

178 arie June 11, 2014 at 5:28 pm

Assalamualaikum..

nak tanya..adakah ini keperluan or kehendak..saya baru habis belajar dapat kerja..gaji degree..dah dua minggu saya pakai kereta abah saya..tapi sementara saja sebab dia pun nak guna kereta..tempat saya susah nak dapatkan public transport sebab ulu sikit kawasan kerja..saya tiada lesen memandu motor..hanya pandai bawa kereta sebab badan teramatlah kecil..32kg..hehe..so memang tak kuat langsung nak mengimbang motor..parents pun tak bagi langsung bawa motor..tak harap..saya sendiri pun tak berani nak bawa motor..ingat nak beli viva je..viva jimat minyak..so agak-agak perlu tak saya beli kereta..?

Reply

179 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2014 at 8:22 pm

Wslm Cik Arie,

Bagi saya memang perlu dah tu. Beli lah kalau dah ada kemampuan. Kalau ada plan nak berumahtangga dalam masa terdekat, mungkin boleh consider beli kereta yang sesuai untuk keluarga terus. Bincang dengan bakal suami tu. Nanti dah kawin nanti tak perlu bertukar kereta yang kosnya memang merugikan. Wallahu a’lam.

Reply

180 Zahidi June 26, 2014 at 11:24 am

Assalamualaikum,

Saya tersepit antara 2 situasi keperluan dan kehendak; atau lebih tepat lagi keperluan dan kehendak tersebut datang sekali/seiring.

Sekarang saya ada sebuah kereta kecil Perodua. Keperluan saya adalah untuk miliki kereta besar/sedan atas keperluan kerja untuk perjalanan jauh dan muatan barang yang lebih banyak.

Bagaimanapun, saya agak runsing memilih kereta baru sama ada buatan tempatan atau bukan tempatan. Kereta tempatan memang terkenal dengan masalahnya. Manakala, jenama bukan tempatan terkenal dengan keboleh-percayaannya. Namun, saya berpendapat membeli jenama bukan tempatan ialah satu kehendak dan berharga lebih mahal.

Perkara berikut memang merunsingkan saya kalau pilih sedan jenama tempatan: keboleh-percayaan rendah, khidmat lepas jualan memang teruk, sela servis 5 ribu km menaikkan kos penggunaan kereta, enjin tidak jimat minyak (kos naik lagi), pilihan model sedan sedikit, dan jaminan hanya 2 – 3 tahun sahaja. Tapi harga kereta jenama tempatan agak murah dan berpatutan.

Manakala bagi jenama bukan tempatan juga menarik minat pertimbangan saya: keboleh-percayaan ‘agak’ tinggi, khidmat lepas jualan ‘dikhabarkan’ bagus, sela servis 10 ribu km (menjimatkan kos maintainance dan masa), enjin jimat minyak(jimat lagi), ada 2 – 3 jenama boleh dipilih, dan jaminan 5 tahun atau tanpa limit kilometer. Tapi, semua itu harus dibayar dengan harga yang lebih mahal.

Saya juga sedang pertimbang untuk jual kereta sekarang. Mengikut pasaran harganya(jual tangan ke tangan) antara RM18 ribu ke RM22 ribu. Sekiranya jumlah tersebut diguna untuk bayar deposit; nampaknya macam satu kerugian jika memilih jenama tempatan (pembelian beserta masalah2 diatas). Bagaimanapun, bagi jumlah diatas dibayar untuk jenama bukan tempatan ‘nampak’ seperti satu bonus untuk memiliki kereta yang lebih baik buatannya.

Pembelian kereta baru ini adalah sesuatu perkara yang merunsingkan saya. Membeli mengikut “keperluan” (buatan tempatan) walaupun murah akan beserta dengan masalah2 yang popular dibincangkan pengguna. Membeli ikut “kehendak” (jenama bukan tempatan) pula agak merunsingkan dari segi bayaran bulanan pinjaman tetapi ia beserta dengan kepercayaan dan keyakinan. Manakala, jika kekalkan kereta sekarang menyebabkan rasa tidak selesa dan kepayahan apabila melakukan perjalanan jauh (dekat pun sama). Lagipun, saya baru berumahtangga, ini pun terpaksa difikirkan.

Saya pening sungguh. Mungkin tuan dapat memberi buah fikiran berkaitan isu saya ini.

Sekiranya pembaca lain juga ada idea/nasihat, sila kongsikan.

Sekian, terima kasih.

Reply

181 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2014 at 12:12 pm

Wslm En. Zahidi,

Saya pakai Jepun second hand. Harga jauh lebih murah, kualiti jauh lebih baik dari beli kereta baru. Dan banyak feedback yang saya dapat, beli kereta import yang second hand jauh lebih berbaloi berbanding beli kereta tempatan. Harga murah, kualiti bagus, maintenance ok. Alhamdulillah.

Reply

182 Ir Che Din July 2, 2014 at 12:00 pm

Zul,

Pembelian kereta ada 3 tujuan; keperluan, hobi atau pelaburan. Dua yang pertama tidak perlu diterangkan kerana semua sudah tahu. Untuk yg ketiga ie pelaburan, ia penting untuk meningkat imej supaya majikan lebih percaya, customers lebih confident dan meninggikan ego terutamanya pekerjaan yang memerlukan imej. These include ceo, politicians, artis, etc yg membuat kareer kita lebih baik. Sebagai contoh, kontraktor bangunan perlu mempunyai kenderaan yang baik untuk meyakinkan pemberi kontrak. Dalam ertikata lain, mungkin ramai yg tahu susutnilai kereta tetapi mereka terpaksa mempunyai imej yg baik untuk maju. That explains why sesetengah pekerjaan seperti stewardess memerlukan mereka berpakaian menarik. Menurut kajian akademik, imej boleh meningkatkan pencapaian.
Lagi satu aspek, majoriti billionaire and multi-millionaire akan focus pada penghasilan wang dan bukan penjimatan wang. Mereka juga berjimat tetapi tidaklah terlalu detail. Dalam ertikata lain, mungkin 80% pemikiran seharian adalah ditumpu kepada mencari pendapatan, cuma 20% (atau kurang lagi) fokus pada penjimatan.

Reply

183 Mohd Zulkifli Shafie July 2, 2014 at 1:01 pm

Saya setuju dengan pendapat tuan. Tapi dalam artikel ni fokus saya untuk graduan baru.

Ada 3 alasan bagus untuk berkereta mewah tapi saya belum pernah tulis artikel tentang tu.

Untuk orang kebayakkan, mereka kejar imej bukan kerana invesment. Mereka bebankan kewangan sebab nak nampak imej yang baik sedangkan kewangan mereka sakit tenat.

Jadi bila nak membincangkan sesuatu topik, kita kena tengok siapa audience. Blog ni fokus kepada layman. Pengalaman saya consult ramai orang tentang kewangan, saya perhati bukan ramai yang ada invesment mentaliti. Tapi yang ramainya ialah golongan yang ada gambling mentality.

Reply

184 ayu July 2, 2014 at 4:32 pm

orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh .ye betul..statment klu kerja G kalu x buat loan rugi…..x betul2.
Alhamdullilah target nk memiliki rumah sebelum amanina sekolah dan sebelum umur capai 30 tahun ..tercapai dan target nk pakai kereta (cash n second hand) sendiri tercapai.Allah permudahkan rezeki sy.. umur saya 27 tahun saya dh ade kedua2 nye..Alhamdullilah rezeki Allah..
Cuma target sekarang ni ..nk langsaikan hutang secepat mungkin..plan amanina darjah 1, 3 hutang langsai (loan com + loan Tanah + PTPTN ) langsai..tinggal je loan rumah tu pun 20 tahun..lamanya…target umur sebelum amanina tingkat 1 ..loan selesai..
Ya.. Kau ringankan Beban org berhutang…Amin..

Reply

185 Mohd Zulkifli Shafie July 2, 2014 at 5:01 pm

Alhamdulillah.

Reply

186 khai August 14, 2014 at 9:46 am

Salam tuan. Macamana pula pendapat tuan kalau kita menyambung guna kereta ibu bapa yang sudah habis bayar? Cuma maintainance bulanan dan minyak kita tanggung?

Reply

187 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2014 at 10:07 am

Wslm En. Khai,

Kalau ibubapa memang tak pakai kereta tu, itu lebih baik. Atau terus beli kereta tu dari ibubapa harga anak beranak. :)

Reply

188 hasrika August 14, 2014 at 1:18 pm

Assalamualaikum..sy nak tnya..berapa jumlah smpn yg ptt d simpan tuk sebulan..

Reply

189 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2014 at 1:22 pm

Wslm puan,

Guru-guru kewangan selalu syorkan simpanan minimum 10% daripada pendapatan. Untuk graduan baru, bagi saya kena simpan lagi banyak. Untuk 3 tahun pertama, graduan baru mungkin perlukan dalam RM30k – RM35k untuk memulakan hidup termasuk majlis perkahwinan. Kalau itu sasaran simpanan, maksudnya graduan baru perlu menyimpan at least RM1,000 sebulan untuk tempoh 3 tahun.

Wallahu a’lam.

Reply

190 Faisz August 14, 2014 at 8:26 pm

Assalamu’alaikum saudara Zul,

Alhamdulillah, sy amat seronok berkunjung ke sni, pnh motivasi dan ilmu, mg en Zul sekeluarge d murahkan rezeki n d beri keshtn oleh Allah swt..

Sy ingin meminta buah fkrn en Zul, secare ringkas, sy jg merupakan antara graduan yg beli kereta bila baru2 kerja, dan bile pkir2 blk mmg blm keperluan, kereta yg d beli proton persona (m) 9 thn, dgn blnan 550 pd thn 2011 lalu.. Ada tujuh tahun lg… (-_-)’

Sy agak terkilan jg, lagi2 bila membace artikel en Zul, namun nak buat bgmaimana, benda dah terjadi =)

Soalan sy, berbaloi x kalau sy jual kereta sy ni n beli kete buatan jepun second (yg mane sy blh byr utk 2 tahun cthnya)?

So far kete sy ni xde buat hal, tp sy xsanggup nak pegang sampai 7 tahun (skg bru sedar) huhu

Dan skrinye berbaloi, sy blh jual trs pd agent kereta ke atau jual sendiri ke atau satu lg cari org smbg byr?

Sy rase ramai yg dlm situasi sy, mg En Zul dpt berikan buah pkrn… trm ksh…

Reply

191 Mohd Zulkifli Shafie August 15, 2014 at 6:16 am

Wslm En. Faisz,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

Samada berbaloi atau tak, En. Faisz kena buat kira-kira. Kalau jual kereta tu, kena cek dulu berapa lagi loan berbaki dan berapa harga pasaran kereta tu. Silap hari bulan, loan masih tinggi sedangkan harga pasaran kereta tu lagi rendah. Bila jual, maksudnya En. Faisz kena top-up lagi dengan bank.

Saya memang pakai kereta Jepun second hand. Memang saya rasa berbaloi berbanding beli kereta tempatan yang lebih mahal. Cuma bila beli kereta second hand, kena tahu cara nak kenalpasti kereta yang kondisi masih baik. Kalau silap pilih, nanti kosnya sangat mahal untuk ditanggung.

Wallahu a’lam.

Reply

192 Insan biase August 15, 2014 at 12:44 pm

Assalamualaikum. Saya masih seorang pelajar berumur 22tahun.

Sy akan menjalani practicum next semester as teacher in secondary school. And sy mintak kereta dgn ayah sy supaye sng bergerak ke sekolah and anywhere later for practicum. And ayah sy pon dh bersetuju since ayah sy pikir sush sy nk gerak ke mne2 di shah alam nnt. So ayah sy tgh survey2 harga perodua viva skrg. Is it okay to let my dad buy it for me atau itu akan mmbebankan die? Ayah sy seorang cikgu juga dgn gaji lebih kurg rm4000 sebulan. Sbb duit muke rm3000 and byr bulan2 ayah sy akan bayar dulu sampai sy bekerja nnt..lepas dh kerja sy akan sambung byr duit kereta tu. So ape pendapat awak?

Reply

193 Mohd Zulkifli Shafie August 15, 2014 at 4:27 pm

Wslm Cik Insan Biase,

Kalau ia benar-benar keperluan, beli kereta tak ada masalah. Dan beli kereta sekadar cukup untuk keperluan. Dan satu lagi, kalau Cik akan berkahwin tak lama lagi, lebih baik rancang beli kereta dengan tunang tu terus. Beli kereta yang sesuai untuk orang berkeluarga terus. Lepas dah kahwin nanti, tak perlulah tanggung 2 kereta, atau terpaksa jual kereta viva dan beli kereta lain sebab ia merugikan.

Wallahu a’lam.

Reply

194 Amiera August 15, 2014 at 9:33 pm

Salam tuan.. Terima kasih atas ilmu2 yang sangat bermanfaat untuk golongan muda seperti saya.. Saya ingin bertanyakan dua soalan berlainan situasi..

1. Untuk pengetahuan tuan, saya teruskan membayar pinjaman kewangan walaupun masih berstatus pelajar (sambung belajar).. Jadi saya tidak dapat untuk membayar mengikut jadual seperti yang tertulis dalam kontrak..Oleh itu saya berminat untuk membuat pelaburan jangka pendek supaya dapat membayar hutang secara pukal (walaupun bukan keseluruhan) selepas saya tamat pengajian..Sekiranya saya membuat pelaburan jangka pendek dan mendapat pulangan dari pelaburan tersebut.. Berapakah nisbah yang sesuai untuk saya membayar pinjaman pendidikan saya dan melabur semula hasil pulangan tersebut..

2. Tuan ada maklumkan yang kita perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.. Adakah memadai untuk membuat hanya satu jenis simpanan hasil daripada 10% tersebut atau wajar di bahagi bahagikan.. Mohon pendapat… Terima kasih

Reply

195 Mohd Zulkifli Shafie August 17, 2014 at 7:31 am

Wslm Cik Amiera,

1. Untuk tambah pendapatan dengan pelaburan jangka pendek bagi saya terlalu ideal. Lebih baik Cik Amiera cari pekerjaan yang sesaui dengan waktu belajar untuk tambah pendapatan atau mulakan bisnes sendiri. Itu cara yang lebih baik. Untung pelaburan ni terlalu kecil kalau modal kita tak besar.

2. Betul, 10% tu minimum. Kalau nak cepat kembangkan kekayaan, letak sasaran simpanan 30% – 50% daripada pendapatan. Simpanan tu boleh dibahagikan kepada 3 jenis. (a) jangka pendek, (b) jangka senderhana, (c) jangka panjang. Jangka pendek boleh simpan dalam bentuk tunai di bank. Jangka sederhana boleh disimpan dalam bentuk emas sebab ia tak terlalu cair, tapi mudah dicairkan. Jangka panjang boleh simpan dalam bentuk hartanah macam rumah yang mudah disewakan atau beli tanah.

Wallahu a’lam.

Reply

196 Amiera September 6, 2014 at 7:39 am

Terima kasih atas perkongsian ilmu, tuan..

Reply

197 hamad August 16, 2014 at 3:10 am

Salam, good to know that even dah lama artikel ni, tuan masih layan soalan pembaca. Disini saya pun nak juga tumpang tanya serba sedikit. Mungkin tuan ada perspektif berbeza.

Sesekali saya rasa tergoda juga utk memiliki kereta baru spt rakan2, namun blog2 motivasi spt blog tuan lah yang memberi saya smgt utk fokus pada matlamat utk melabur ke tempat yg lebih baik. Matlamat saya walau apapun, saya perlu memiliki rumah sendiri terlebih dahulu (skrg tggal bersama parents) sebelum fikir nak melabur ke tempat lain apatah lagi memiliki kereta baru. Adakah pilihan saya tepat ? atau ada perkara yg lbih baik dari membeli rumah?

Lagi satu tuan, saya memiliki hobi backpacking melihat negara orang. kekadang terfikir juga kenapa perlu terlalu sibuk kumpul duit melabur utk msa dpn yg belum tentu esok lusa nak hidup. Kalau nak tggu ada kewangan kukuh dari serba serbi baru nak mula travel, mugkin diusia begitu dah tak punya tenaga pula utk berjalan. Ini semua atas pemerhatian saya ttg cara hidup barat yg menggalakkan anak mereka travel diusia muda. Bagi saya rugi Allah ciptakan bumi yang luas ini kalau sekadar nak hidup dan mati berlegar di rumah-ofis sahaja.

Reply

198 Mohd Zulkifli Shafie August 17, 2014 at 7:17 am

Wlsm En. Hamad,

1. Nasihat saya untuk orang muda, kena beli rumah secepat yang mampu. Kena cepat beli rumah sebab harga rumah sentiasa naik. Beli rumah seolah-olah kita paksa diri kita menyimpan wang.

2. Jangan tunggu kumpul duit terlalu banyak baru nak beli rumah sebab waktu tu, harga rumah naik lebih cepat berbanding duit simpanan kita. Jangan beli rumah pertama sebagai rumah impian.

3. Beli rumah yang mudah disewakan dulu supaya hidup kita lebih fleksible untuk bangunkan kerjaya dan kehidupan. Dan hidup kita tak “terpenjara” dengan rumah kita tu. Kita bebas berpindah duduk dimana sahaja (menyewa rumah orang) yang sesuai dengan kerjaya kita sebab rumah kita tu senang disewakan kepada orang lain.

4. Hobi backpacking tu bagus, tapi kena buat bajet. Ada bahagian duit untuk melancong, ada bahagian untuk simpanan dan pelaburan masa depan. Bebeza dengan negara barat. Duit mereka mahal berbanding kita. Sekali travel ke negara-negara Asia, pendek kata berapa sen jer duit mereka habis berbanding kita travel ke negara Barat, memang habis lah duit simpanan kita sebab duit kita sangat murah berbanding mereka.

Wallahu a’lam.

Reply

199 Kell August 18, 2014 at 9:31 pm

Assalamualaikum Tuan Zul

Terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Frustrated sebab terlalu LEWAT jumpa website neh 😉

Ingin mendapat pandangan dari tuan.

Saya telah mengambil langkah yang KURANG bijak sebab abis je study dulu terus beli kereta. Exited punya pasal nak ade kereta. Skang dah nak masuk 5 tahun bayar installment bulan2 dlm RM6++. Tinggal lagi 2 tahun. Saya buat 7 tahun.

Dalam mengurus liabiliti (kereta), patut ke saya abiskan bayaran untuk kereta ini? Saya ada merancang untuk menukar kereta yang lebih baik dan selesa.

Mohon sedikit pencerahan dari tuan. Terima kasih. Wslm

Reply

200 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2014 at 4:39 pm

Wslm tuan,

Kalau dah nak abis bayar, saya syorkan bayar habis jer terus sebab biasanya yang berbaki cuma jumlah pokok jer. Yang portion interest tu dah dibayar masa awal-awal tahun buat pinjaman tu. Kalau nak jual dan beli kereta baru pun, saya rasa dah berbaloi.

Wallahu a’lam.

Reply

201 Faisz August 19, 2014 at 11:36 pm

Terima kasih encik Zul… =)

Reply

202 syauqi August 23, 2014 at 1:30 pm

Salam..en zul tinggal damansara damai di mana?saya apt harmoni..

Reply

203 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2014 at 4:24 pm

Wslm En. Syauqi. Oh, ok.

Reply

204 Afiq August 24, 2014 at 3:37 pm

Assalamualaikum En. Zul.

Terima kasih atas perkongsian En Zul berkaitan tips2 pengurusan kewangan yang berkesan.
Saya baru mula bekerja di sektor swasta dengan gaji bersih sekitar rm2.6k++. Saya masih lagi bujang dan sekarang menaiki motosikal ke tempat kerja (dalam lingkungan 25-30 minit perjalanan). Saya ada bercadang untuk membuat personal loan bagi tujuan2 spt ini;

1) 10K untuk duit muka membeli kereta (pekerjaan saya banyak memerlukan saya keluar outstation dan saya boleh melakukan ‘claim’ untuk setiap perjalanan keluar)
2) 10k untuk tujuan duit muka rumah (saya bercadang untuk membeli rumah dengan kos sekitar 100k untuk tujuan disewakan)
3) 20K untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Pada pendapat Encik Zul, adakah dikira bijak saya membuat personal loan bagi tujuan di atas? Dan jika ya, boleh encik Zul cadangkan bank yang menawarkan pinjaman islamik yang baik.

Mohon pencerahan dari pihak Encik Zul. Terima kasih.

Reply

205 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2014 at 3:45 pm

Wslm En. Afiq,

1. Saya cuma boleh recommend buat personal loan untuk beli rumah jer. Deposit beli kereta sepatutnya hasil simpanan tunai setiap bulan. Beli emas pun sama. Daripada buat loan beli emas, lebih baik buat loan beli rumah sebab rumah bukan sahaja naik dalam jangka panjang, tetapi boleh jana pendapatan duit sewaan bulanan.

2. Buat loan beli emas ok hanya bagi sesiapa yang susah disiplinkan diri menyimpan setiap bulan. Jadi buat loan beli emas tu salah satu cara ‘paksa diri’ menyimpan wang.

3. Kalau nak beli rumah untuk pelaburan, saya syorkan baca buku-buku pelaburan hartanah dulu.

Wallahu a’lam.

Reply

206 Afiq August 24, 2014 at 4:22 pm

Terima kasih atas respon En. Zul.

Boleh terangkan sikit berkenaan strategy OPM untuk makan gaji ni.

Reply

207 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2014 at 4:27 pm

It’s ok En Afiq.

Beli rumah sewa pakai pinjaman bank tu antara strategi OPM paling mudah.

Reply

208 syazreen September 6, 2014 at 12:53 am

Salam en zul,

Saya merupakan graduan 2013..sudah setahun lebih bkerja dan skrang keje utk 2nd company…sya bnyak membaca perihal kewangan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. sya pakai kete kancil 2nd sejak zamn student sehingga awal tahun ini..sy beli kete tempatan, kete yg sy mampu..bagi sy kete ini lebih kepada keperluan kerana kadg2 balik kerja lebih dri 7mlm dan jika berlaku kecemasan kete sgt diperlukan…Sya bnyak belajr bagaimana utk menyimpan, melabur dan membeli property yg sesuai. Jadi sy sarankan graduan utk menimbang tara antra keperluan dan kehendak selain balajr bgaimana menguruskn kewangn. Bnyk pakar yg bole dijadikan rujukan antranya Azizi Ali, Robert Kiyosaki dan en zul sendiri. wallaualam..

Reply

209 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2014 at 3:42 am

Wslm Puan,

Betul, dari sudut kewangan, kita selalu konflik antara keperluan dan kehendak (desakan emosi). Ilmu-ilmu kewangan inilah membantu kita buat pertimbangan lebih rasional.

Reply

210 syazreen September 6, 2014 at 1:19 am

untuk pengetahuan en, sy mmg bercdg utk trade in kete sebb kancil sudah terlalu lama dan cost utk repair sgt tgi..tp malangnye belum sempat trade in, sudah dicuri..jd beli kete yg mampu…bkn utk mewah

Reply

211 ukashah September 6, 2014 at 1:53 am

Tuan, mohon izin blog tuan jadi blog list dlm blog saya..isi2 dalam blog tuan menarik

Reply

212 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2014 at 3:39 am

Silakan tuan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

213 ann raihanna September 6, 2014 at 9:26 am

nasihat yang berguna…
saya sendiri alami macam mana susah mama ayah saya nak bayar duit kereta… rumah… perit sebab gaji tu half habis utk byr hutang3 je…

saya bakal habiskan pengajian jan 2015.. dan bercadang nak guna sahaja kereta ayah *saga kereta pertama malaysia* xyah pikir hutang… duit gaji y portion utk byk hutang kete tu ley bg kat mama ayah… pastu nk beli hartanah…

saya nak share blog ni.. org len pakai kete mewah tu.. xpe la.. rezki dy… sy nk pakai saga tu gak.. haha…

Reply

214 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2014 at 4:50 am

Alhamdulillah.. Bagus dah ada kesedaran dari awal-awal lagi. Biar orang lain nampak bergaya, tapi kita lebih berharta, insyaAllah.

Reply

215 mat saleh September 7, 2014 at 1:06 am

Betul juga apa tuan cakap dlm entry ni. Akan tapi zaman dah pun berubah. Apa yang berubah? Saya ceritakan..
Saya menuntut di salah sebuat ipta, tinggal setahun lg. Tp rakan2 semua sudah mempunyai kereta yang dibayar oleh mak bapak. bila semakin ramai yang gunakan kereta semakin ramai jugak yang teringin mempunyai kereta,dan disebabkan hasutan anak2 mak ayah mereka pun belikan kereta juga. Sedangkan rata2 mereka bukanlah dr keluarga yg senang. Inilah trend.. Sedangkan mereka sendiri tahu hutang ptptn masih puluhan ribu, ditambah dengan kereta.
Tak dinafikan juga ramai kwn2 yg mengajak saya membeli kereta untuk kemudahan kesana dan kemari. Tapi apakan daya sebab saya pun bukan dari keluarga senang, cukuplah sekadar kapcai 100cc untuk ulang alik jb – n. Sembilan. Lepas ini saya azam untuk perbaiki kehidupan keluarga saya. Jadi saya sarankan pada mereka yang mahu membeli kereta utk fikirkan dahulu,bukan mengikut hawa nafsu

Reply

216 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2014 at 7:26 am

Tak apa En. Mat Saleh, yang penting kita urus kewangan kita dengan baik. Biarlah orang lain rasa selesa dengan hutang sebab akhirnya dia sendiri yang menanggung akibatnya. Saya tak ikut cara orang kebanyakkan urus wang, tapi saya ikut cara orang kaya-kaya urus wang. Alhamdulillah, di saat kawan-kawan lain masih terpaksa bekerja, saya boleh ‘pencen’ lebih awal dari mereka dan buat apa yang saya suka. Memang indahnya dunia ni bila hari-hari kita dibayar untuk buat apa yang kita suka. :)

Reply

217 Topeng Perak September 7, 2014 at 2:22 pm

Salam tuan…kebanyakkan rakyat malaysia hidup dalam keperitan lebih2 lagi sejak kenaikan harga minyak dan secara tak langsung kos sara hidup juga naik,BR1M setahun sekali juga tidak memberi kesan positif,GST 6% juga memang menyusahkan lebih2 lagi jika ingin membeli sebuah rumah baru sbb harga rumah 100k kebawah memang payah nak dapat dan harga rumah semakin lama semakin naik,setakat gaji RM1500 untuk membeli rumah harga 100k keatas pun,sekurang-kurangnya bayar bulan2 pun antara RM600/700 atau mungkin juga lebih daripada itu..kalau bujang mungkin kecil nilainya tapi kalau yang sudah berkahwin nilai itu amat besar..
Menteri2 menyuruh rakyat untuk berjimat cermat tapi menteri2 pula dapat hidup dengan mewah sedangkan rakyat dibebani hutang sampai mati!!!
Menteri2 kat malaysia pandai cakap je tapi buat kerja memang hancusss….harga kereta di malaysia adalah yg termahal didunia,kereta buatan malaysia sendiri pun dijual mahal dalam malaysia tapi bila kereta malaysia dieksport ke luar negara boleh pula di jual murah2 je…..
Jika sesebuah negara itu ada rakyatnya hidup dalam kemiskinan sesungguhnya ada ‘perompak’ didalamnya.
Wasalam…..

Reply

218 jamrus September 8, 2014 at 11:35 pm

Salam tuan saya baru beli tanah sawit cash rm 275k cash.seluas 5 ekar .skg pulang nya saya dapat tak sampi seribu sebulan .bg pendapat saya rugi sbb saya habiskan duit sekali gus sedangkan nak dpt balik modal makan berbelas tahun sedangkan kalau saya gunakan duit itu buat pusingan business lain lgi bgus kot.aper pendapat tuan minta pencerahan tq.

Reply

219 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 10:45 am

Wslm En. Jamrus,

Saya setuju pendapat En. Jamrus. Kalau boleh guna duit untuk pusing modal bisnes memang jauh lebih baik. Tanah sawit tu boleh jadikan “simpanan” kepada duit lebihan yang tak efisyen lagi untuk rolling.

Reply

220 Ridhauddin September 9, 2014 at 9:25 am

Assalamualaikum Tuan Mohd Zul,
Saya mohon pandangan tuan mohd zul untuk membantu saya dalam kewangan dan berada dalam dilema.

Saya berumur 22 tahun dan baru saja bekerja (Bulan Julai) dengan gaji asas RM1.4k. Dengan gaji itu saya perlu bayar Insurans Perlindungan RM150 + RM200 (Internet) + RM200 (Main kutu) + RM200 (Ibu) dan selebihnya saya guna untuk perbelanjaan diri.

Saya mempunyai hutang RM13K (Diploma) yang perlu dijelaskan bermula November ini sehingga 10 tahun (RM120).

Saya juga mampu menjana income dari berblogging dalam RM500 – RM2000 setiap bulan. (Selalunya duit ini akan saya buat untuk pusing modal dalam blogging dengan niche blog yang lebih baik dan mendalami dalam ilmu blogging saya)

Kebetulan saya mempunyai wang durian runtuh hasil berblogging yang ada dalam simpanan saya RM15k. Perancangan saya mahu membeli rumah (Apartment) bawah RM150K untuk dijadikan pelaburan saya. Tetapi keluarga saya tiada kenderaan.

Saya hidup bersama ibu, saya, kembar, adik dan maksu. Kami hidup dalam keluarga yang sederhana iaitu ibu dan kembar berniaga nasi lemak manakala adik bersekolah dan maksu kerja kerani. Kehidupan kami cuma ada 2 buah motorsikal (Saya) dan (Kembar).

Ibu ada berbincang dengan saya dan sebut berkali-kali untuk saya membeli kereta proton exora 2nd hand berharga RM40k dengan bulan2 RM400 x 8tahun. Memandangkan kami 5 adik beradik dan badan besar. Naik kereta sedan memang tak muat. Sebelum ini nak bergerak kemana-mana semuanya sewa kereta. Bila hari raya saudara mara lain berjalan kami semua hanya duduk di rumah.

Motor pula digunakan untuk kembar membeli barang berniaga bagi saya memang sedih dengan kehidupan sekarang. Hujan panas memang sudah sebati. Nak merasa berjalan bersama keluarga seperti keluarga yang lain memang tiada dalam sejarah hidup. Kalau ada pun sewa pasti ada yang tak dapat ikut.

Pada pendapat tuan Mohd Zul. Apa yang perlu saya lakukan adakah tunaikan hajat ibu untuk mempunyai kereta mpv di usia yang muda atau butakan mata, pekakkan telinga untuk beli apartmen yg saya hajatkan itu demi masa depan saya.

Cadangkan tuan yang lain apa yang perlu saya lakukan untuk kaya dan berjaya iaitu target saya sebelum umur 25 mahu ada sebuah rumah, kereta dan langsaikan hutang pelajaran saya serta membantu kelurga langsaikan hutang mereka. InshaAllah selepas itu berhajat untuk berkahwin pada usia 25 – 27.

Terima kasih atas maklum balas tuan.

Reply

221 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 10:52 am

Wslm En Ridhauddin,

1. Kalau saya pada kedudukan En. Ridhauddin, saya prefere beli sebuah aparment dan disewakan. Untuk naikkan nilai sewa, saya akan sewakan samada (1) mengikut bilik, (2) mengikut katil – asrama, atau (3) fully furnished. Dengan duit lebihan sewa (sewaan – ansuran bank) tu saya akan guna untuk beli kereta. Beli lah kereta mana sekalipun yang boleh dibayar hasil positive cash flow tu.

2. Itu strategi supaya kekayaan kita tak berkurangan walaupun dengan beli kereta yang nilainya pasti susut. Akhir sekali, kereta habis bayar, tapi kita masih ada sebuah apartment yang boleh disewakan.

3. Untuk jimatkan lagi pembelian rumah tu, sebenarnya kita boleh dapat cash back dengan membeli rumah di bawah market value. Katakanlah market value RM100k, tapi kita jumpa seller nak jual RM80k, dan bank boleh luluskan loan RM90k. Maksudnya, bila beli rumah tu, kita boleh dapat cash back RM10k! Duit tu pun boleh guna untuk beli kereta. Untuk faham tentang strategi ni, saya syorkan baca buku bertajuk “Wa Tak Faham” untuk tuan Faizul Ridzuan.

Wallahu a’lam.

Reply

222 Ridhauddin September 9, 2014 at 12:40 pm

Bagaimana untuk saya yakinkan ibu untuk membeli rumah apartment dan disewakan?

Beliau pasti tidak akan support saya pada usia yang muda untuk beli rumah.

Reply

223 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 2:19 pm

Pertama sekali En. Ridhauddin faham kenapa perlu beli rumah dulu. Keduanya, baru fahamkan ibu. En. Ridhauddin mesti lebih faham macam mana nak ‘tackle’ ibu sendiri.

Reply

224 faisal September 18, 2014 at 12:55 pm

Steady lah en zul…syukra jziln…
I like lh cre u jwb telahan…bdsarkn pnglmn yg mndidik…
اللهم يسر ولا تعسر

Reply

225 Mohd Zulkifli Shafie September 18, 2014 at 1:07 pm

Alhamdulillah..

Reply

226 ZIRA October 31, 2014 at 10:13 am

Assalamualaikum en zul…

Terima kasih ats prkongsian…membantu sangat…
Boleh saya mintak pandangan en zul?

Saya bakal berkahwin bln depan….alhamdulillah duit kahwin kami kumpul sendiri dan tidak membuat sebarang pinjaman….

Masalahnya skrg, saya mencadangkan kpd bakal suami utk membeli kereta 2nd hand selepas 4,5 bulan berkahwin….tp dia terang2 menolak cadangan saya sebabnya dia mahu menggunakan kereta wira ayahnya (ayah dia ada 2 buah kereta) utk kegunaan lepas berkahwin…kereta tu jugak kereta lama…dan saya xpasti maintanence mcm mana….takut nanti lebih duit guna

Jadi apa pendapat tuan?lebih baik beli kereta 2nd atau guna je kereta wira tu?

Terima kasih tuan atas respond 😉

Reply

227 Mohd Zulkifli Shafie October 31, 2014 at 10:17 am

Wslm Cik Zira,

Alhamdulillah.

Bagi saya, kalau kereta masih baik, pakai jer kereta tu dulu. Sampai dah tak berbaloi dah maintenance dia, baru beli kereta lain.

Reply

228 amir November 1, 2014 at 2:26 pm

Salam tuan.

Terima kasih utk perkongsian yg sgt bermanfaat ni.

Sy pn hampir tersalah langkah. Tp blog ni byk mengubah cara fikir sy utk mengurus kewangan dgn lebih baik.

Sy seorg guru dan baru bekerja hampir 2 tahun. Isteri sy juga bakal posting taun dpn, insyaAllah.

Sy sndiri masih tiada keperluan utk memiliki kereta. Namun, mgkn isteri memerlukannya sebaik shja dia posting. Disamping tu, sy fikir sesuai juga kereta tu kami gunakan utk jgka masa pnjg sbg kereta family.

Sy terfikir ada betulnya nasihat tuan utk memiliki kereta second hand buatan jepun. Lebih tahan dan menjimatkan.

Sy tiada simpanan yg byk utk membeli kereta secara cash.

Cuma sy terfikir utk membeli sama ada toyota vios atau honda city sekitar tahun 2008. Harga yg sy survey di mudah.com sekitar 30k-40k.

Cuma, pd pndpt tuan, jenama manakah lebih berbaloi dan jimat. Honda atau toyota?

Atau tuan ada cdgn lain yg lebih baik?

Reply

229 Mohd Zulkifli Shafie November 1, 2014 at 5:25 pm

Wslm En. Amir,

Alhamdulillah.

Antara 2 jenama kereta tu, saya tak pasti mana yang lebih baik. Saya sendiri pakai Honda. Masa saya ke Jepun awal tahun hari tu, rupa-rupanya 60% rakyat Jepun pakai Toyota. Honda tak berapa famous di sana. :)

Reply

230 amir November 1, 2014 at 6:48 pm

Sepanjang tuan guna honda, mcm mana dgn kos selenggara? Sy dgr honda agak cerewet dr segi spare part berbanding toyota. Mesti nak ganti dgn minyak hitam honda, spare part original dsb. Ni mgkn antara faktor ramai yg suka main selamat dgn toyota. Kos selenggaraan lebih murah. Tp itu cuma apa yg sy baca di forum2. Mgkn lain pula yg tuan alami.

Reply

231 Mohd Zulkifli Shafie November 2, 2014 at 12:28 am

Sepanjang saya guna ok jer, alhamdulillah. Tapi memang saya dengar Toyota dan Nissun lebih murah kos selenggara berbanding Honda.

Reply

232 mooski November 20, 2014 at 4:34 pm

Assalamualaikum bang,

Saya nak mintak pendapat abang, saya ingin membeli kereta, dan setelah membuat pengiraan bulan bulan saya harus membayar dalam 650. Saya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan dalam rm 2100 sebulan. Selama saya bekerja dua tahun, saya hanya pergi kerja membawa motor sahaja, saya ingin membeli kereta kerana senang untuk pulang ke kampung dan hal-hal lain jika keluar bandar. Adakah patut saya membeli kereta tersebut ataupun saya harus menunggu dalam beberapa tahun untuk membeli kereta? mintak pendapat. terima kasih.

Reply

233 Mohd Zulkifli Shafie November 20, 2014 at 4:44 pm

Wslm En. Hafiz,

Bagi saya, kalau setakat untuk balik kampung atau hal-hal yang bukan rutin, tak perlu beli kereta. Sewa jer bila perlu. Kalau ansuran kereta RM650, En. Hafiz kena simpan at least lagi RM200 sebulan untuk renew road tax, insuran, maintenance kereta dan semua kos berkaitan dengan kereta. Maksudnya, kekayaan En. Hafiz ‘bocor’ sebanyak RM850 sebulan, bersamaan dengan 40% daripada gaji En. Hafiz.

Bagi saya, 40% daripada gaji digunakan hanya untuk kereta, ia terlalu besar. Dengan loan kereta tu, En. Hafiz dah tak layak untuk dapat pinjaman untuk beli rumah dan kereta tu akan melambatkan En. Hafiz untuk kaya dan kembangkan kekayaan.

Kalau nak beli kereta, lebih baik En. Hafiz simpan RM850 sebulan mulai sekarang. Lagi 12 bulan, simpanan tu dah cecah RM10,500. Kalau boleh bersabar lagi 18 bulan dari sekarang, En. Hafiz boleh beli kereta Honda Accord atau Toyota Camry (model lama tapi kondisi masih baik) secara TUNAI!

Dalam masa sama, En. Hafiz mungkin layak untuk buat pinjaman beli rumah pertama untuk dijadikan ‘mesin duit’ di masa depan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Reply

234 wan December 29, 2014 at 1:09 pm

salam tuan,
terima kasih atas idea -idea tuan.Rasanye saya dah buat kesilapan dengan membeli kereta dgn ansurannya lebih 1200 sebulan utk 9 tahun.Setelah 5 tahun membayarnya saya ada masalah kewangan jadi saya bercadang untuk refinance utk kurangkan ansuran sebanyak 700 sebulan.Adakah tindakan saya betul kerana tahun bayaran akan bertambah semula bila di refinance kan.Sayang untuk menjualnya kerana saya amat meminati model ini.
terima kasih tuan

Reply

235 Mohd Zulkifli Shafie December 31, 2014 at 8:01 pm

Wslm En. Wan,

Kalau dah bayar 5 tahun, maksudnya En Wan dah banyak settlekan interest hutang tu. Kalau keadaan ‘tenat’, boleh rendahkan ansuran tapi pastikan lebihan tu bukan untuk menambah lagi hutang.

Reply

236 Lina January 24, 2015 at 6:59 pm

Salam En. Zulkifli,

Perjalanan dari rumah saya ke tempat kerja kalau diikutkan tidak sampai 30 minit. Namun disebabkan saya menaiki pengangkutan awam, saya perlu mengambil masa antara satu jam setengah hingga tiga jam untuk sampai ke tempat kerja. Masalahnya, adakalanya saya perlu bekerja sehingga malam dan pada masa itu pengangkutan awam amat kurang. Kalau nak balik ke kampung juga satu masalah, kerana pengangkutan bas dr stesen bas terdekat ke rumah datuk saya tiada, terpaksa naik teksi dengan tambang yang mahal. Disebabkan hal2 begini saya sedang berkira nak membeli kereta, mungkin kancil second hand tapi secara hutang kerana satu per tiga gaji saya perlu disimpan setiap bulan untuk hal2 kecemasan. Soalan saya, mampukah kereta kancil tu bertahan untuk sampai ke kampung yang perjalanannya empat jam dari rumah saya? Dan bagaimanakah pengiraan hutang bagi kereta second hand?

Reply

237 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2015 at 8:42 pm

Wslm Cik Lina,

1. Saya pernah balik kampung naik Kancil yang perjalananya memakan masa 8 jam. Alhamdulillah, semuanya selamat. Janji kereta tu kena maintain dengan baik. Setiasa jaga servis. Lupakan mitos kereta second hand ‘meletop’ bila nak pergi kerja. Dah 12 tahun, saya cuma pakai kereta second hand jer. Alhamdulillah, boleh sempai seluruh pelusuk Malaysia.

2. Cara pengiraannya sama. Cuma interestnya yang tinggi.

Reply

238 nadia February 2, 2015 at 8:15 pm

Salam,

Saya berkira-kira utk membeli kereta. Saya xpandai bawak moto dan kawasan saya tinggal xda public transport dekat 6 7 tahun. Kenderaan saya pakai sekarang ialah kereta wira abah saya… lama dah hampir 20 tahun umur kereta tu.

Tujuan beli kereta baru supaya parents saya bileh pakai sementara saya pakai kereta abah. Bajet saya ada selepas tolak bayar mara, parents, infak, simpanan peribadi, sewa, minyak kereta dsb, insyaAllah saya ada baki lebih kurang 600 – 700, tapi saya x tolak lagi blanja bulanan. sbb setiap bulan tak menentu. saya xambil takaful atau insurance.

jadi patut x saya amik kereta? dan puas saya cari kereta bawah rm300 sebulan. sebab itu bajet saya berdasarkan baki bulanan.

Reply

239 Mohd Zulkifli Shafie February 3, 2015 at 7:01 am

Wslm Cik Nadia,

Kalau kereta baru tu benar2 keperluan, beli jer. Saya rasa kalau bajet RM300, boleh beli kereta 2nd hand harga bawah RM16,000. Kalau bajet RM16k, banyak kereta yang bagus2 tapi lepas beli, kena bajet dalam RM2,000 – RM3,000 untuk repair kereta tu supaya conditionnya sangat baik.

Wallahu a’lam.

Reply

240 missy February 18, 2015 at 10:48 am

Hai tuan…saya ni bru bkerja 3thun sbg guru dn suami krja swasta..sdh brkhwin dn ada 2 anak….pndpatan kmi 4900 stiap bln..kmi ada 2 kreta dgn installment 1100 dan 600..slain itu kmi ada asb installment 400 dn ada 400 lg installment utk personal loan husband..msalahnya skr nak bli rmh tp bila d kira2 mmg x ckup duit utk byar rmh apalg bnyk installment yg kecil2 tu dn blnja rumah…sa ingat nak buat u-turn jual kreta ni tp tkut pla sbb nnt nnama kmi x clear dgn bank…sa x tau apa nak buat skr…ada x apa2 petua tuan nak bagi?..rasanya sa perlu buat pnyelesaian scepatnya krna umur smakin mningkat..skr sa 28thun dn hsbnd 30thun..tq so much…:(…

Reply

241 Mohd Zulkifli Shafie February 18, 2015 at 3:27 pm

Secara jujurnya, ansuran kereta RM1,700 sebulan (34% dari pendapatan!) sangatlah besar. Kalau saya ditempat puan, saya akan jual kesemua kereta tu. Beli kereta second hand yang cukup untuk keperluan sahaja. Beli secara tunai lagi baik. Kalau boleh terminate ASB dan personal loan, settlekan semua. Lepas dah settle, baru kedudukan kewangan dianggap baik dan bank senang hati untuk tawarkan pinjaman beli rumah. InsyaAllah.

Reply

242 hafiz February 23, 2015 at 7:12 pm

artikel yang sangat membantu dalam menguruskan kewangan saya

Reply

243 Mohd Zulkifli Shafie February 23, 2015 at 7:22 pm

Alhamdulillah..

Reply

244 Tomey March 23, 2015 at 7:06 pm

Salam saudara,

Saya mendapat banyak ilmu dlm pengurusan kewangan dari blog saudara ini. Terus terang, kalau saya terjumpa blog saudara ini semasa saya masih bujang :), gerenti saya lebih kaya berbanding yg sekarang ini hehe apa pun, sya bersyukur kerana menemui blog saudara ini setahun lbh lpas berumahtangga, taklah rugi sangat hehe
berkenaan dengan buku hasil tulisan saudara, ada tak dijual di Sabah? kalau ada, kedai dekat mana tu ek?
Terima kasih.

Reply

245 Mohd Zulkifli Shafie March 26, 2015 at 9:06 am

Wslm tuan,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Untuk dapatkan buku “Zero Hutang”, boleh wassap/sms kepada isteri saya 019-9272780 (Najdah). InsyaAllah dia boleh bantu.

Reply

246 yati April 20, 2015 at 5:08 pm

Salam Tuan,
terima kasih atas perkongsian yg menarik dan nasihat yg sgt2 berguna utk masyarakat kite, golongan muda terutamanya.

Sy dan suami berumur 31thn with minimum household income of RM16k monthly (x campur bonus + income lain). Alhamdulillah rezeki kami dimurahkan Allah apabila kami berdua agak berjaya di bidang professional masing2. kereta toyota 1st hnd habis dibayar within setahun 4 bulan, & suami pula alhamdulillah tidak kekok utk memakai kereta 2nd hand yg dibeli cash (RM12k shj). Juga Alhamdulillah kami tiada sebarang hutang dgn PTPTN. Kami tidak pernah membuat ape2 personal loan, cuma loan rumah shj. Setiap bulan sy menyimpan +/- rm6k. Kadang2 utk beli emas, kdg simpan di tabung haji. Total simpanan cash x termasuk emas & unit trust currently is 100k. Kami menetap di Phg, jd living cost ok berbanding di KL.

tetapi;
1. kami tidak melanggan Astro. Njoi sudah cukup
2. kami tidak melanggan internet krn data plan 2-3GB smartphone kami dah cukup. kalau dh hbis meaning mase dgn anak telah terabai.
3. sy x pernah beli tudung lebih dr RM40. FAreeda? Ariani? tak pernah terpikir pun. utk brg2 lain spt kasut/sandal mmg kami mementingkan kualiti sbb berkait dgn keselesaan. tapi 1 kasut boleh tahan 1-2 thn minimum. utk pakaian kami tak kisah beli hatta d giant kalau berkenan.
4. mkn besar di luar once in a while utk reward diri sendiri x salah – tp personally sy sgt tak bersetuju trend bukak pose di hotel. serius membazir. baik sedekah aje duit tu.
5. x gilakan gadget. tak terliur pun tgk iphone 6 ke oppo ke. iphone4s elok je lg.
6. lebih gemar bersederhana. kawin dulu pun biasa2 aje & duit hantaran sy gunakan utk honeymoon di mekah
7. tapi x kisah utk berbelanja lebih when it comes to travelling, sightseeing, safety, family (bg kat adik2/anak sedare), etc – .

tujuan sy berkongsi bkn utk mendabik dada tp utk peringatan terutama adik2 di luar sane, hiduplah di bwh kadar kemampuan walaupun anda boleh. Tutuplah mata dgn trend2 terkini yg membuatkan makin ramai yg bergaya tapi papa. Cubalah sedaya upaya utk menjauhkan sumber rezeki yg syubhah (i.e. ASB)df, terutama bile ade alternatif spt tabung haji. Igtlah rezeki kita ade bahagian utk org yg memerlukan, makesure zakat dibayar, lagi byk memberi Allah akan beri byk lagi.

sy pun ade kekurangan tp sy harap tulisan ni sedkit sebanyak boleh membantu masyarakat kita utk menilai..
tq

Reply

247 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 3:34 am

Wslm Pn. Yati,

Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian pengalaman puan. Ia boleh memberi inspirasi kepada pembaca. Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga atas perkongsian ini, amiin ya Allah.

Reply

248 tasnim October 11, 2015 at 5:58 pm

-RALAT-

Salam.

Tuan, bolehkah saya dapatkan pandangan Tuan?

Saya memandu Saga BLM sejak belajar (pinjaman atas nama ibu). Baki terkini di bank ada RM 16,000. Bayaran setiap bulan, (saya genapkan) RM 470. Kira-kira 3 tahun lagi.

Pada pandangan Tuan, yang mana satu lebih baik untuk menambah simpanan/pelaburan?

1. Refinancing dan ambil kereta yang lebih murah bayarannya?

2. Buat early car loan settlement?

3. Pakai kereta sampai habis hutang.

Walaubagaimanapun, pilihan ke-2 akan menyebabkan duit simpanan saya berangka 0.

Terima kasih, Tuan.

Reply

249 Mohd Zulkifli Shafie October 14, 2015 at 7:21 am

Wslm Pn. Tasnim,

Saya prefer simpan 3 bulan pendapatan, selebihnya fokus langsaikan hutang.

Reply

250 Shahizatie Emilia December 28, 2015 at 10:51 am

Assalamualaikum.

Tuan, saya ingin mendapatkan pandangan tuan.

Saya telah bekerja selama dua bulan. Sepanjang dua bulan ni, ayah saya yang bekerja di Bangi akan menghantar saya yang bekerja di Seri Kembangan kemudian berpatah balik ke Bangi untuk masuk kerja. Saya tinggal di Semenyih jadi jarak perjalanan dalam 30-45 minit. Kami menaiki motor kerana kereta diguna oleh ibu saya untuk bekerja juga.

Jadi saya berkira-kira untuk membeli kereta untuk memudahkan ayah saya agar tidak perlu berulang alik hantar dan mengambil saya balik kerja. Saya tahu beli kereta sangat merugikan tapi ia kelihatan seperti situasi yang perlu untuk saya beli kereta. Gaji saya RM2500, tinggal dirumah ibu ayah dan juga jimat dari segi belanja harian kerana saya bawa bekal dari rumah. Saya juga mempunyai lesen kereta.

Pada pandangan tuan, patutkah saya membeli kereta?

Terima kasih.

Reply

251 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2015 at 7:09 am

Wslm Cik Shahizatie,

Beli kereta bila benar-benar keperluan.

Selagi tak ada keperluan, fokus menyimpan. Kereta yang bagus (sekadar untuk pergi kerja) kita boleh dapatkan dengan harga bawah RM10,000 kalau beli secara tunai. Jadi simpan dulu. Kalau simpan RM1,000 sebulan, lepas 10 bulan dah boleh beli secara tunai. Dah tak perlu berhutang.

Reply

252 Ridz ayeop October 19, 2016 at 12:58 am

Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

Reply

253 Aufa November 17, 2016 at 9:21 am

Assalamualaikum tuan,

Saya fresh graduate dan telah bekerja selama 6 bulan.

Perjalanan dari rumah saya ke tempat kerja tanpa jam adalah 45min dan dengan jam (plus minus 1jam kebih).

Pada waktu ini saya gunakan kereta ayah saya yang telah berumur 22tahun. Kereta saya ada masalah enjin. Sudah 2 kali ayah saya tukar enjin dan telah menghaiskan lebih kurang 9000 utk enjin dalam masa 2 tahun.

Namun, saya masih dalat rasakan bahawa kereta itu ada masalah dengan enjinnya. Hal ini buat saya terfikir mungkin lebih baik kiranya, saya jual kereta tersebut dan membeli kereta baru.

Apakah pendapat tuan? Adakah saya patut berbelanja untuk high maintenance kereta terebut (honda accord 1994) atau membeli kereta baru yang murah seperti saga?

Mohon buah fikiran tuan agar daya dapat merancang dengan lebih baik. Terima kasih.

Reply

254 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2016 at 6:59 am

Wslm Cik Aufa,

Kalau high maintenance cost, kena dispose kereta tu dan beli kereta lain. Kereta second hand yang baik pun banyak.

Reply

255 nazri November 29, 2016 at 2:55 pm

assalam tuan,

sy ingin minta pendapat tuan,sy berusia 25tahun dan akn memulakan kerja dtmpt baru dgn gji 2k sebulan,sy ada hutang demasa belajar sbnyk 6k untuk sijil dan 5k untuk ptptn,dan masih belom mmpunyai simpanan.sy ingin meminta nasihat tuan apa prlu sy buat agr sy tk trjebak dgn loan kereta,mmg berkeinginan nk pakai kereta tp bila bca blog buat sy makin sedar mna yg penting n mna yg tidak..

Reply

256 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2016 at 6:44 pm

Wslm En. Nazri,

Fokus langsaikan hutang tu dulu. Lepas tu baru kumpul duit. Letak target beli kereta secara tunai. Berpegang pada prinsip “diar apa orang kata, asalkan poket kita kaya”. InsyaAllah kewangan kita akan jadi lebih baik.

Reply

257 salman March 17, 2017 at 12:55 pm

assalamulaikum.

syok baca entri blog since 2012..
sy kerja kapal.. 6 bln belayar.. 3 bln cuti.. sy belum kahwin dan tiada komitmen bulanan..
saya ada sebuah proton satria 2002 ug dihadiakan kakak mssa belajar dulu..

skrg sy berhajat utk beli kereta secondhand sebagai kereta keluarga..honda accord 2012 atau hyundai sonata 2012..

tp pada masa ini sy belum beli rumah lg.. dan bercadang utk berkahwin pada bln 8 17 ni..

saya nk beli kereta lain.. sebab keluarga bakal isteri saya ni org berada.. sy rasa mcm x de muka pakai kereta satria sedangkan gaji saya 8k sebulan.. saya rasa tiada keperluan nk beli kereta lain sbb masa sy di darat hanya 3 bulan shj..

perlukah saya beli kereta lain sebab nk jaga muka depan keluarga bakal mertua.. ?

Reply

258 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2017 at 6:33 pm

Wslm En. Salman,

Kalau tak ada keperluan, tak perlu beli kereta lain.

Lebih baik En. Salman tukar nama kereta proton satria ke atas nama isteri sebagai salah satu daripada hadiah perkahwinan. Nanti geran kereta tu letak sekali atas par masa majlis aqad nikah dan cari model kereta untuk letak atas par tu sekali.

Ataupun baik beli rumah yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi, tapi buat atas nama isteri. Deposit tu En. Salman yang bayarkan. Masa aqad nikah nanti, letak sekali S&P pembelian rumah tu dan model rumah (sebagai hiasan) sebagai tanda hadiah perkahwinan sebuah rumah.

Kalau buat macam tu, mesti mentua tak kisah pakai kereta apa sekalipun.

Mana nak cari lelaki boleh hadiahkan sebuah kereta dan sebuah rumah sebagai hadiah perkahwinan! :)

Reply

259 Nadia Rashid June 22, 2017 at 2:25 am

thats what I thought first.. masa mula2 grad, sy masih pakai kancil buruk sebab nak berjimat kononnya..tapi,lepas 2 tahun, sy ada 2 personal loan (sebab kahwin), and NO car.. sgt sedih dengan keadaan ni.. bagi saya..kalau lepas,beli je ..baru ada semangat nak buat duit n side income.. mcm sy mungkin jahil kewangan tapi, x habis kat kereta habis kat benda lain..kalau beli kereta ada jugak nmpk terpampang depan mata hasil titik peluh sendiri.. now im 6 month pregnant and pg keja naik moto buruk dengan hubby.. seksa tahu tak,x semua perempuan rahim besi..konon berjimat #my2cents #kepuasanhati

Reply

260 Mohd Zulkifli Shafie June 22, 2017 at 4:39 pm

Kesilapan sebenar bukan sebab tak beli kereta, tapi sebab tak menyimpan. Kalau nak kata berjimat, sepatutnya mesti jimat sebab tambah simpanan.

Kalau tak beli kereta tapi perhabis duit ke tempat lain, itu bukan berjimat namanya. Tapi boros pada perkara yang sia-sia.

Pakai kereta seadanya tu betul, boros tu yang silapnya…

Reply

Leave a Comment

{ 13 trackbacks }

Previous post:

Next post: