MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas

September 27, 2012

[Kemaskini 5 April 2016] Dulu beli dengan modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ini antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti. Puncanya bukan sebab harga emas naik turun, tetapi sebab masih keliru di mana posisi sebenar kita dalam pelaburan emas.

Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas waktu sekarang adalah dari golongan “pelabur”, bukan “penyimpan”. Mereka berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas.

Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ (buy low sell high) at least setahun sekali.

Mindset Mengukur Keuntungan

Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.

Untung pelaburan emas

Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.

Harga Emas Tinggi & Rendah

Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas, harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. Ini sekadar pemerhatian umum sahaja. Ia tak semestinya sentiasa betul. Pergerakan sebenar harga emas berdasarkan perkembangan ekonomi semasa terutamanya yang memberi kesan kepada ekonomi US.

Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, salah satu tipsnya; beli awal tahun, jual akhir tahun. (Tetapi bagi sesiapa yang baru nak bermula, mulakan belian pertama walaupun hanya sekadar 1 gram supaya kita lebih faham harga tinggi rendah sebab sudah ada benchmark harga tersendiri)

Lepas jual emas tu pada akhir tahun, kira berapa EXTRA CASH yang ada di tangan. Duit modal asal tu simpan dalam Tabung Haji dulu untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.

Trend harga emas2009 – 2011, harga bergerak menaik dari awal tahun.

trend harga emas 2012 2015Tahun 2012 harga mendatar disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah. Tahun 2013 – 2015, harga emas menurun dan teori “beli awal tahun, jual akhir tahun” tidak boleh dipakai. Untuk semak sejarah harga emas dunia, boleh KLIK DI SINI.

trend harga emas 2015 - 2016 ringgitWalaupun harga emas mencecah paras paling rendah untuk tempoh 5 tahun pada 2015, harga emas di Malaysia dalam trend menaik disebabkan kejatuhan nilai ringgit. Siapa beli awal tahun dan jual akhir tahun 2015, mereka dapat menjana keuntungan sekitar 10% – 15%.

Start Beli Semula Awal Tahun

Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 (harga PG Sell). Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.

Untung-pelaburan-emas-belian-semula editedDi sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping sahaja sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping!… Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)

Fb beli banyak kali jual banyak kaliSalah satu tips penting bila “trading emas”.

Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?

Bagi penyimpan emas untuk WEALTH PROTECTION seperti saya, ianya berbeza. Saya adalah golongan “penyimpan”, bukan sangat “pelabur”. Saya tak peduli sangat harga emas tinggi rendah. Yang lebih penting, sebahagian harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak belanjakan duit untung tu.

Yang saya fikir, itu simpan jangka panjang saya. Emas-emas itu hanya akan dijual bila; (1) nak digunakan untuk hal kecemasan, atau (2) ditukar kepada aset lain yang turut meningkat dalam jangka panjang seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan sewaan yang berbaloi.

duit kertas anai-anaiSaya beli emas untuk lindungi kekayaan, bukan untuk jana untung tunai.

Bila ada duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun, saya akan tukarkan ke dalam bentuk emas. Bila nak pakai duit, baru saya jual. Walaupun harga emas tengah meroket, saya tak jual emas-emas saya sebab saya adalah penyimpan emas!

Kiraan saya ialah berapa GRAM emas yang saya ada. Katakanlah tahun lepas saya ada 50 keping dinar emas, tahun ni saya akan pastikan emas saya bertambah menjadi 60 keping atau lebih dengan membelinya secara konsisten… InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 September 2012
6 Dzulkaedah 1433H

[Artikel ini dikemaskini pada 5 April 2016. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tidak lagi relevan selepas tarikh artikel ini dikemaskini]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum…
    Saudara Zul, saya ingin mengetahui sama ada syarikat Public Gold adalah syarikat yang stabil, kerana saya takut ia mengalami nasib yang sama seperti syarikat etika emas.
    saya pohon utk dapatkan harga dinar untuk bulan ini dan cara untuk membelinya.
    sekian, wassalam Ti

    • Wslm Puan,

      Ikut pada pemerhatian saya, syarikat pengeluar emas pelaburan paling stabil di Malaysia ialah Public Gold. Ia syarikat yang mempunyai cawangan terbanyak di Malaysia. Keupayaan syarikat untuk beli balik pun besar. Masa harga emas peak 2 minggu lepas, jumlah belian balik emas sekitar RM6 juta sehari. Bagi saya, ia sebuah syarikat yang kukuh.

      Dan untuk makluman puan, Public Gold dipilih oleh kerajaan untuk mengeluarkan syiling dinar & dirham peringatan sempena pertabalan agong hari tu.

      Berbeza dengan Etika emas, Public Gold tak menawarkan apa-apa skim pelaburan. Ia cuma syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli emas macam pekedai emas jer.

      Sekarang ni 1 Dinar sekitar RM765. Untuk tengok harga semasa, puan boleh cek di http://www.publicgold.com.my. Itu harga REAL TIME. Harga berubah setiap 20 minit.

      Wallahu a’lam.

      • wsalam puan, saya bersetuju dengan Encik zul.

        Kekukuhan ekonomi yang dimiliki lebih terjamin apabila kita sendiri memengang barang yang kita beli, seperti emas. Etika Emas hanay mengamalkan pelaburan emas diatas kertas sahajaa dan belum tentu mereka mempunyai emas fizikal dalam simpanan mereka. Oleh itu, untung rugi pelaburan tidak dapat dijamin. Pelaburan emas yang dijalankan seperti jual beli emas lebih terjamin.
        Kebanyakan rakyat malaysia tertipu dengan skim pelaburan atas kertas seperti yang dijalankan syarikat pelaburan emas atas kertas.

    • Salam. En. Zul, saya pula berminat untuk beli emas masa harga rendah. pastu pajak dan beli lagi. simpan sebahagian emas di tangan. pastu bila harga naik, jual emas di tangan dan tebus emas di ar rahnu. saya baca teknik tu di blog En. Syukor. saya tak berminat dengan teknik buy low sell high sebab saya suka simpan emas. Saya hanya akan jual bila perlu sj. saya bercita2 nak jadi dealer public gold. dan introducer saya tentulah En. Zul sebab saya dpt byk ilmu dari blog En. Zul dan buku Zero Hutang.

  • Assalamualaikum…
    Terima kasih atas jawapan tuan, sebenar saya masih tercari-cari simpanan yang sesuai untuk anak sebenarnya.
    sekiranya saya berminat bagaimana cara untuk saya mendapatkan dinar ini
    Wassalam

    ti

    • Wslm Pn. Ti,

      Kalau puan nak dapatkan dinar tu, saya boleh placekan order. Nanti puan boleh buat payment & ambik emas direct dari office Public Gold terdekat. Puan email/ smskan maklumat ni kepada saya:

      (1) Nama penuh
      (2) No. IC
      (3) No. telefon
      (4) Email
      (5) Item yang nak dibeli.

      Nanti kita communicate melalui email/sms, insyaAllah.

      Zul
      019-3368009
      ibnushafie@gmail.com

  • As Salam zul,

    terima kasih atas info diatas, barulah akak faham. Akak nak buat macam zul lah simpan dan tambah.Insyallah. Terima kasih sekali lagi.

    Wassalam.

    kak zai – kd

    • Wslm tuan,

      Saya dah go thru news dari BNM. Dan sebagai langkah proaktif, wakil kami (group Master Dealer PG) dah contact En. Ismail, pegawai BNM (1300-88-5465). Katanya, list tu sekadar peringatan kepada orang ramai, bukannya company menipu atau scam. List company dikeluarkan disebabkan BNM dapat aduan Public Gold menjanjikan fixed return (pulangan tetap) kepada pelabur. BNM tak berhubung direct dengan Public Gold.

      Pihak Pengurusan Public Gold pun dah maklumkan kepada kami katanya, wakil Pulic Gold akan berjumpa BNM esok untuk dapatkan penjelasan. Wallahu a’lam.

      Pada saya, semua pelabur emas Public Gold tak perlu risau sebab emas tu kita pegang sendiri. Public Gold tak menawarkan apa-apa skim pelaburan emas dan tak menjanjikan sebarang pulangan. Public Gold macam kedai emas jer. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Itu jer.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan Zul..

    Terima kasih kerana memberi tip2 yg berguna..

    Bagi saya emas ni adalah sejenis simpanan jangka panjang yang amat berguna di masa hadapan. Ia tidak sesuai dijual…kerana pada masa akan datang ia amat bernilai sekiranya pekara2 yg tidak diingini berlaku..

    Kalau ingin keuntungan berniagalah dahulu kerana 9/10 rezeki dari perniagaan. Lebihan wang yang tidak digunakan barulah simpan emas atau perak…

    Perasan tak kalau kita asyik jual emas jer setiap tahun lama2 tinggal berapa keping aje yang kita ada. Lebih baik kita simpan sebagai insuran kita sekeluarga pada masa susah.

    • Wslm tuan,

      Alhamdulillah. Moga bermanfaat.

      Saya setuju dengan pendapat tuan sebab memang itulah yang saya buat. Saya jana keuntungan besar melalui perniagaan. Hasil perniagaan yang tak digunakan itulah saya membeli emas. Ia jauh lebih untung berbanding tunggu kenaikan harga emas.

    • betul ke untung simpan emas ni? mcmana pulak dgn zakat harta? lagi byk simpan emas, lagi byk kena byr zakat. komen sket. tq

    • Memang betul simpan emas ni menguntungkan, sebab tu saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya di Tabung Haji kepada emas. Zakat 2.5% setahun kalau emas tu lebih 85 gram (sekarang ni nilainya lebih kurang RM13,000).

      Pasal zakat tak perlu risau. Lagi banyak zakat, lagi banyak Allah lapangkan rezeki. Memang itu janji Allah pada manusia.

      Kalau nak bandingkan antara pelaburan dan perniagaan, memang perniagaan jauh lebih untung. Kalau pelaburan untung 100% tu memang luar biasa, tapi perniagaan untung 200% tu terlalu biasa.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan,
    Rakan facebook menyatakan Public gold telah dimasukkan dlm senarai berjaga-jaga dlm web BNM. (No. 60). Apa komen tuan?

    • Wslm tuan,

      Saya dah go thru news dari BNM. Dan sebagai langkah proaktif, wakil kami (group Master Dealer PG) dah contact En. Ismail, pegawai BNM (1300-88-5465). Katanya, list tu sekadar peringatan kepada orang ramai, bukannya company menipu atau scam. List company dikeluarkan disebabkan BNM dapat aduan Public Gold menjanjikan fixed return (pulangan tetap) kepada pelabur. BNM tak berhubung direct dengan Public Gold.

      Pihak Pengurusan Public Gold dah pun berjumpa BNM untuk dapatkan penjelasan pada 28hb, jam 3.00 ptg. Alhamdulillah, hasilnya positif. Public Gold telahpun postkan hasil perbincangan dengan BNM di facebook rasminya pada hari yang sama.

      Pada saya, semua pelabur emas Public Gold tak perlu risau sebab emas tu kita pegang sendiri. Public Gold tak menawarkan apa-apa skim pelaburan emas dan tak menjanjikan sebarang pulangan. Public Gold macam kedai emas jer. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Itu jer. Walauapa pun berlaku, emas yang mereka miliki tetap EMAS, dan ia tetap TULEN.

      Wallahu a’lam.

    • pg jgn sombong sangat masa belum senarai dulu. sekarang dah senarai. jadi yang kata ada kebenaran sebelum ini, bohonglah

    • Tuan,

      Pada pemerhatian saya, PG sebuah syarikat yang akur pada arahan pihak berkuasa. Saya mengikuti dengan dekat apa yang berlaku dan apa tindakan PG. InsyaAllah, akan ada pengumuman BNM terbaru tentang PG pada minggu ini, insyaAllah.

      Saya tak pasti kenapa tuan boleh keluar perkataan ‘sombong’ di sini. Adakah mana-mana tulisan saya di sini melambangkan kesombongan? Apa yang saya tulis di blog ini adalah apa yang saya fikir ianya benar, bukan nak promote PG. Saya jadi dealer pun sebab ‘terbeli’ emas PG, bukan sebab nak cari makan dengan emas PG.

      Saya tulis di sini untuk “educate” orang ramai tentang real gold investment secara umum. Saya beri contoh PG sebab saya nampak PG menyediakan platform terbaik untuk pelabur emas fizikal di Malaysia. Saya menyokong semua pelaburan emas fizikal lain seperti Sri Ayu, Nubex, Dinar Kelantan dll.

      Wallahu a’lam.

  • as salaml…. saya jenis org yang sgt susah nak simpan duit… oleh sbb tu ssah saya nak simpan 7xx lebih tu tuk beli dinar… syarikat lain ada tawarkan emas 1g… tp PG 5g….

    agaknyalah… kalau tiap2 blan sya beli 1 dirham…. bila dah dpt 6 atau 7 keping… jual (Pg buy back) semua dirham tadi… beli plak dinar… camne?.. any coment…

    • Wslm tuan,

      Beli dirham pun ok. Tukarkan simpanan bulanan kedalam bentuk dirham. Jadikan dirham sebagai simpanan jangka panjang. Saya yakin, ia akan lebih untung daripada emas sebab harga perak akan naik 2, 3 kali ganda berbanding emas, insyaAllah.

  • Assalamualaikum,

    mana 1 lebih elok, dinar atau gold bar?
    apekah perbezaan keduanya selain bentuk dan berat?

    antara dinar & gold bar… dari segi harga belian/jualan ade perbezaan x?

    • Wslm,

      Emas PG boleh juga dijual ke kedai emas, tapi biasanya kedai emas akan beli balik dengan susut nilai 25% i.e. sangat tinggi. Kalau nak untung lebih, jual balik kepada PG.

      Memang jual beli emas ni macam tu. Cara nak dapat untung maksimum, kena jual balik di mana kita beli. Kalau beli emas Poh Kong, jual balik pada Poh Kong. Kalau jual pada Habib Jewel, susut nilai (spread) dikenakan 25%.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum..

    nak tanya pandangan tuan ttg Easy Payment Purchase (EPP) utk emas public gold? ada yg kata mcm ni , “Haram beli emas dengan emas secara bertangguh.. Ini hadis sahih..Bukannya beli emas dengan wang kertas secara bertangguh..
    Adakah emas sama nilai dengan wang kertas?
    Jawapannya tidak. sebab itu ulama berpendapat hukumnya harus membeli emas secara ansuran.”

    Apa pandangan tuan ?

    • Wslm.

      Menurut penjelasan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad (www.sunnahemas.com), ada dua pendapat ulama tentang hal. Pendapat #1 tak membenarkan penangguhan ataupun bayar secara ansuran. Kalau buat penangguhan pun, tak boleh lebih 3 hari. Ini pendapat ulama yang mengganggap duit kertas sebagai barang ribawi.

      Pendapat #2 membenarkan penangguhan atau belian secara ansuran atas hujjah duit kertas bukan barang ribawi disebab ia tak lagi disandarkan kepada emas sejak 1971.

      Bila ada khilaf ulama dalam hal furu’ (cabang) begini, dua2 pendapat adalah betul. Kata Nabi, khilaf begini adalah rahmat untuk ummat. Kita boleh pilih mana-mana pendapat yang lebih memudahkan kita. Yang tak boleh pilih ialah “berbalah” dengan orang berbeza pendapat dengan kita… 🙂

      Lepas dapat penjelasan Ustaz Zulkifli Ahmad, saya memilih pendapat ke 2 sebab ia lebih praktikal dan memudahkan especially bila urusniaga melibatkan amaun yang besar.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm,

      Untung paling tinggi ialah silver yang spread/ susut nilai paling rendah. Kalau silver PG, spread paling rendah ialah silver bar 1kg – 12%. Dibawah ni saya senaraikan spread silver PG:

      1kg – 12%
      500g – 13%
      250 – 14%
      100g – 15%
      10 dirham 16%

      Selain dari spread, PG kenakan transportation cost untuk setiap keping silver tu. Jadi, paling untung ialah silver 1kg.

      Selain silver PG, silver yang bagus juga ialah silver bar & silver coin yang dijual di Nubex. Paling penting, tuan kena cek spread sebab setiap jenis silver yang Nubex jual spreadnya berlainan. Ikut pada pemerhatian saya, spread yang ditawarkan oleh Nubex agak competative.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, nak tanya…Adakah silver juga mcm emas yakni bila kita beli dr tempat lain, jual tempat lain susutnilai akan lebih besar? Dan ada ker kedai emas nak beli silver?

    Terima kasih in advance.

    -Amir-

    • Wslm En. Amir,

      Kalau beli tempat lain, jual tempat lain memang susut nilainya lebih tinggi. Tak semua kedai emas terima silver dan tak semua jenis silver dia terima. Setakat ni, yang terima semua jenis silver ialah Public Gold dan Nubex jer.

      Wallahu a’lam.

    • berkenan dgn silver di Nubex tapi memang takder cert.ker? teringin nak beli tapi risau jugak bila takder cert. Apa nasihat tuan?

      Terima kasih sekali lagi…

    • Bagi saya, Nubex tu trusted company. Silver yang Nubex jual kebanyakkannya international brand yang memang tak ada cert. Saya prefer beli silver PG sebab urusan jual belinya mudah. Branch ada banyak seluruh Malaysia.

    • ooo…gitu…

      Saya timba byk ilmu emas dari blog tuan. Terima kasih krn berkongsi ilmu. Harap tuan akan share pasal silver di tulisan yg akan dtg.

      Terima kasih. Moga tuan & family sentiasa diberkati Allah SWT.

  • Salam Zul…saya ada satu soalan. Baru2 ni saya tengok harga PG sell/buy tak naik/turun serancak harga dunia. Contohnya, pada 14 Sept 2012, harga PG Sell/Buy ialah RM777/RM731 (1 Dinar) bilamana harga dunia di paras USD1773. Dan pada hari ini, bila harga dunia di paras USD1790 ke atas, harga PG Sell/Buy hanya sekitar RM771/RM728. kenapa ye?

    ~Kak Ana~

    • Wslm Kak Ana,

      Saya pun ada perasan tu. Biasanya berbezaan tu sebab exchange rate. Exchange rate memberi kesan langsung kepada harga emas di Malaysia. Contohnya, ada sesetengah tahun bila kita cek harga emas USD memang kenaikan sehingga 30%, tapi bila kita cek harga emas di Malaysia sekitar 20% jer.

      Wallahu a’lam.

    • Kalau memang disebabkn oleh exchg rate takper. Saya risau kalau PG yg ubah formula..kih kih..

      Anyway, thanks for sharing.

    • Dalam forum Master Dealer PG, memang kami ada bincang isu ni. Dan kami telahpun highlightkan kekeliruan ni kepada PG. Mungkin PG perlu improve supaya ia nampak lebih transparent, insyaAllah. T.kasih sebab highlightkan isu ni.

    • Tuan, sejauh mana tuan dapat untung dalam pelaburan emas ialah ILMU. Bila tuan beli pada September 2011 tapi harga sekarang belum melepasi hingga sekarang, sepatutnya tuan dah tahu kenapa faktornya, bukan sebab emas tu tak untung. Sebab tu syorkan sesiapa nak melabur dalam emas, belajar dulu & clearkan dulu sebarang keraguan.

      Betul ke beli emas tak untung? Saya beli dulu 1 Dinar RM616 pada Oktober 2010, tapi hari ni kalau saya jual boleh dapat sekitar RM725. Untung 17.70%! Itu pun harga emas belum melepasi harga tertinggi dan masih bergerak sideway disebab faktor… Maksudnya, purata setahun saya untung 8.8%. Ia jauh lebih baik dari letakkan dalam Tabung Haji.

      Wallahu a’lam.

    • Tq Rusydi. Perkongsian yang menarik. Kalau orang faham pasal pelaburan emas yang betul, insyaAllah dia tak perlu risau harga emas turun atau naik. Masa harga emas turun banyak, sepatutnya dia tahu apa dia “Plan B” supaya ia tetap untung…

  • As salam..jika beli PG…customer kena collect sendr emas di cwgn terdekat…kalu saya tinggal di tg malim perak…yg terdekat dimna? jika di bkt beruntung atau bidor..tu masih lg jauh dr saya, shah alam..lg jauh…xboleh ke dealer hantar pd customwr sendr.

    • Wslm tuan,

      Kalau tuan deal dengan trusted dealer, tuan boleh mintak dia poskan jer. Tuan bayar duit booking, dia lockkan harga. Lepas tu, tuan bayar full amount. Nanti tu dia akan uruskan pengambilan di cawangan terdekat dengan dia dan poskan pada tuan. Saya nampak, itu cara paling mudah.

      Pesanan paling penting, pastikan tuan deal dengan TRUSTED dealer untuk elakkan penipuan.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En Zul..
    Adakah smua spread bg stp produk PG adalah tetap.. Contohnya, sekiranya spread bg Silver Bar 1kg pd hari ini ialah 12%, adakah spread itu akan kekal 12% pada masa depan?…

  • As salam, En. Zul..

    Hehe.. saya lagi.. sy byk membaca dalam blog encik ni…tulisan dalam jutawanemas.com pun sy selalu baca.. Tambah ilmu, olahan penulis pun bagus.. Cume sy masih kabur dalam pembelian emas seperti gold bar, dinar, etc.

    Kecenderungan saya adalah membeli barangan kemas seperti gelang,rantai dan sewaktu dengannya. Sebab boleh pakai. Waktu kawen dlu, suami saya beri dinar sebagai mas kawin, so tersimpan je x tahu nk buat ape…

    Kadang2 saya beli di kedai emas, kadang2 pula saya beli di kedai pajak sebab harga die murah sikitla… Apa pandangan encik?
    -Dala-

    • Wslm Pn. Dala,

      Barang kemas tu dipanggil emas PERHIASAN. Gold bar dan dinar tu dipanggil emas PELABURAN. Emas perhiasan dibuat untuk tujuan perhiasan,tapi emas pelaburan dibuat untuk maksimumkan keuntungan menyimpan emas.

      Walauapa pun, simpan barang kemas tu pun ok, cuma dari sudut keuntungan tu lambat sikit berbanding emas pelaburan. Kalau harga emas dunia naik sekitar 25%, penyimpan emas pelaburan mungkin dah untung sekitar 20%, tapi penyimpan barang kemas baru balik modal kalau jual balik.

      Wallahu a’lam.

  • as salam en.zul,sy nk tya antara dinar dan gold bar mane yg lbih untung?dan sy nk tya dinar atau gold bar yg dijual di kdai sri ayu 2 ok x ? sbb itu jer option yg sy ada utk mbeli emas yg pling dekat sbb ada cwgn di tmpt sy.satu lg klu skrg sy bl emas ok x?ms sesuai
    x?

    • Wlsm tuan,

      Nak tahu yang mana lebih untung, tuan kena cek susut nilai (spread) dia. Kalau ikutkan yang saya cek sebelum ni, 1 dinar dan gold bar 10g spreadnya sama2 6%. Jadi, untungnya saya jer.

      Sekarang ni harga emas tengah rendah ni. Masa yang agak baik untuk membeli.

      Wallahu a’lam.

  • salam encik zul .
    saya nak tanya . boleh tak kalau contoh nya kita ada 100 dinar public gold kata kan lah untung selepas beberapa bulan untung sampai 10 % . Agak2 praktikal tak kalau saya jual beberapa keping dinar sahaja yang value nya sama dengan keuntungan saya tanpa menjual semua dinar emas yang saya ada ..
    Terima kasih

    • Wslm.

      Banyak Ar-Rahnu under Koperasi dan Kerajaan Negeri terima gold bar & dinar Public Gold. Antaranya Ar-Rahnu KT (Koperasi Angkatan Tentera), Ar-Rahnu Express, Ar-Rahnu Time Zone (Habib Jewel). Wallahu a’lam.

    • Wslm tuan,

      Ramai otai dalam pelaburan emas PG prefer dinar sebab SPREAD/ SUSUT NILAI rendah. Spread antara faktor paling utama menentukan berapa cepat keuntungan yang boleh kita dapat melalui pelaburan emas. Yang keduanya, dinar tak ada TRANSPORTATION COST. Kos tersebut boleh dianggap additional cost of investment yang akan merendahkan keuntungan.

      Wallahu a’lam.

  • Slm,,
    Abg zul,,
    Sy bru nk bjinak dlm plaburan emas,tp tak tahu mcm mane nk mula@masa sesuai bli emas,,boleh guide sy,,, boy,,

  • Tq abg zul,,,

    Pada pandangan abg zul,,utk bdk bru mcm sy ni,,emas mcm mane yg sy nk mula?boleh bg idea,,, sy minat nk bli kijang emas,,tp stahu sy klu calar bengkok dia tak nk bli blik,,, klu dinar pg ok tak?ADA gak tgk dealer dlm fb pg,,dlu byk promote jual dinar,jongkong,,tp skang byk jual emas I siries,,nape yer,,,sy sje tanyer kat dia org pg jual 1dinar brape skang@boleh dpt kat ne area s,alm,,dia org ckp skang tak Der stok,,,so takut la plak, , ,minta pandangn abg zul,,,, boy,,,

    • Boy,

      Saya syorkan bermula dengan syiling 1 dinar sebab spreadnya rendah. Kalau nak beli senang jer, saya akan place orderkan untuk Boy. Nanti Boy buat payment terus kepada PG dan collect emas tu di ofis PG Sunway. Untuk place order, Boy bagi (1) nama penuh, (2) no ic, (3) email, (4) no telefon, (5) item yang nak dibeli. Contact saya 019-336 8009 (Zul), ibnushafie@gmail.com. Tq.

    • Sy br blajar myimpan emas sbg pelaburan …sy br mbeli goldbar 999 dr gcp ,sy sy ada tanya pd dealer kalo jual blk spread nya 15%…apa pandangan tuan adakah berbaloi sy mbelinya…
      Sy br terbaca blog tuan byk info sy dpt…emas apa yg sesuai sy perolehi dr PG utk dbuat simpanan …

    • Wslm tuan,

      Bagi saya, emas yang spreadnya 15% (tinggi) tak berbaloi untuk investment. Kalau beli emas untuk investment, pastikan spread 10% dan ke bawah. Kalau beli emas Public Gold untuk pelaburan, saya syorkan beli Dinar sebab spreadnya rendah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en zul.. Tntg keuntungan emas mang ada, cuma teknik untuk amek keuntungan sj perlu dperbetulkan.. Pd pendapat sy kalo harga nek kite hanya dpt kan untung dgn menjual sbahgian emas simpanan kite mengikut kadar keuntungan sj.. Kalo kite jual semua simpanan emas bererti kite jual dgn ‘pelaburan’ yg dikumpul selama ni.. Putih mata tgk simpanan emas da 0.. Lbih baik krg simpanan emas tp ada untung, bbanding tak ade emas langsung.. Hehe .. Apa komen en?

    • Wslm En. Azman,

      Bagi penyimpan emas biasa, jual portion untung sahaja pun ok. Tapi bagi mereka yang buat “trading” yang matlamat mereka hanyalah “cash profit”, lebih baik jual kesemuanya supaya clear cut. Bila harga rendah, dia start beli balik.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En. Ridhwan,

      Branch PG terdekat ada di Ampang. Kalau tuan nak beli emas, lebih baik mintak dealer lockkan harga dulu & settlekan terus bayaran. Lepas settle bayaran, baru datang ke ofis PG untuk ambil barang.

      Kalau terus ke branch, saya takut prosesnya lebih menyulitkan sebab PG akan keluarkan Sales Order dulu. Lepas tu tuan perlu ke bank untuk buat bayaran sebab limit bayaran walk-in hanya RM3,000. Lepas settle bayaran, baru boleh datang ke ofis PG untuk ambil barang. Itu pun depend stock availability.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en zul..
    Sbagai penganalisis teknikal apa pendapat en tntg tahap penurunan harga emas adalah stndd? Kalo rendah pun bbeza sedikit sj dgn yg lepas2.. Hanya kenaikan harga sj yg melonjak xmenentu kebiasaanya..
    Pd ptengahan bln Feb 2013 hingga skrg, harga emas tgh rendah, ini ms tbaik tuk pelabur membeli emas.. Apakah faktor utama harga emas rendah kali ni dan adakah keadaan akan bterusan sehingga sept nanti?

    • Wslm En Azmie,

      Saya bukan penganalisis teknikal. Saya cuma dapatkan info daripada rakan-rakan rapat saya yang mahir dengan analisis teknikal. Harga turun naik ni memang standard, yang membezakannya ialah strategi yang kita ambil samada harga turun atau naik.

      Faktor paling utama mempengaruhi harga emas ialah pengukuhan dan penyusutan matawang USD. Apa sahaja faktor ekonomi dunia yang memberi kesan kepada USD, maka akan berlaku pergerakan significant terhadap harga emas.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum encik zul..

    Saya amat berminat dalam pelaburan emas, hampir seminggu saya research mengenai gold investment dan langkah2 terbaik.. Dan seperti yang dijangka timbul banyak persoalan dari pelbagai sudut..
    Saya ada beberapa kekeliruan dan harap jasa baij encik zul dapat membantu dan membimbing berkosngsi tips..

    1-Beza dan mana yang terbaik GOLD BULLION COIN atau GOLD DINAR COIN atau GOLD BAR
    Untuk pelaburan emas..
    2- Andai saya mempunyai 8 Dinar Muslim Gold + 4 keping 1/2 oz Canadian Maple Leaf Gold Coin. Soalannya, di Malaysia bolehkah saya jual kembali dimana sama ada Public Gold atau Nubex.?
    3- Jika jual spread nya masih bawah paras 10%, betul tak encik zul?
    Buat sementara ini, itu sahaja soalan dari saya.. Saya harap jasa baik encik Zul dapat berkongsi ilmu dengan saya.. Ini email saya sheonigie_matszuka@yahoo.com..
    Assalamualaikum

    • Wslm Tuan,

      1. Kalau emas Public Gold, Dinar lebih baik daripada Gold Bar sebab susut nilai (spread) lebih rendah. Maksudnya, ia lebih cepat untung berbanding gold bar.

      2. Dinar Muslim & Canadian Maple boleh jual di Public Gold atau Nubex tapi kalau nak harga terbaik, jual dimana tuan membelinya sebab biasanya ia akan beli balik pada harga yang lebih tinggi. Saya rasa kalau jual di Nubex boleh dapat harga lebih baik berbanding Public Gold sebab Nubex memang ada trading emas jenis tu.

      3. Kalau jual emas tu di tempat tuan membelinya, biasanya spread dia bawah 10%. Kalau tuan jual di tempat lain, biasanya dia spreadnya hingga 25%.

      Wallahu a’lam.

  • as salam. byk ilmu dapat dari blog penulisan Tuan ni.. alhamdulillah, skrg saya tengah nak kumpul emas utk jaminan masa depan! smoga Allah balas kebaikan anda sekeluarga,, smoga sntsa Kaya dan berjaya dunia akhirat! aamiin~

    Iraqis Galfreda Harris

  • Blh bagi pendapat tentang Orosaver2u? Selamat dan diluluskan BNM tak? Sebab kalu cari/taja ahli baru dpt rm90…tu kira mcm MLM ke?

    • Wslm tuan,

      Secara terus terang saya memang tak pernah dengar pasal Orosaver2u. Secara prinsipnya, tuan kena pastikan beli emas dapat emas, bukan dapat kertas. Dan pastikan susut nilai tak lebih 10%. Biasanya company akan public harga “We Sell” dan “We Buy”. Perbezaan harga tu dikira susut nilai. Setiap company berbeza. Kalau company tak publish harga “We Sell” dan “We Buy”, lupakanlah emas tu. Takut nanti menyesal bila nak jual balik nanti.

      Kalau dapat income dengan cara taja ahli secara “head hunting”, dapat ahli dapat duit, tak dapat ahli tak ada duit, itu petanda ia adalah skim cepat kaya.

      Wallahu a’lam.

  • Boleh bagi pdpt tentang Orosaver2u? Selamat ke untuk beli dan laburkan emas dgn orosaver2u? Adakah company ni diluluskan oleh BNM utk urusniaga emas? Adakah semua company emas ni akan bgi bonus/ komisyen tertentu jika kita cari ahli/ penyimpan emas baru? Mcm MLM la pula ye? Mohon beri penjelasan.

    • Wslm tuan,

      Secara terus terang saya memang tak pernah dengar pasal Orosaver2u. Secara prinsipnya, tuan kena pastikan beli emas dapat emas, bukan dapat kertas. Dan pastikan susut nilai tak lebih 10%. Biasanya company akan public harga “We Sell” dan “We Buy”. Perbezaan harga tu dikira susut nilai. Setiap company berbeza. Kalau company tak publish harga “We Sell” dan “We Buy”, lupakanlah emas tu. Takut nanti menyesal bila nak jual balik nanti.

      Kalau dapat income dengan cara taja ahli secara “head hunting”, dapat ahli dapat duit, tak dapat ahli tak ada duit, itu petanda ia adalah skim cepat kaya.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum…

    Adakah dealer mana2 syarikat urusniaga emas akn dpt bonus atau komisyen atau apa2 bayaran dri syarikat jika kita introduce kpda org lain?

    Ingin tahu.thanks

  • Assalamualaikum..

    Blog yg sangat berinformasi..semoga dpt dimanfaatkan oleh ramai org..

    Adakah PG dan company emas yg lain memberi bonus kpda penyimpan emas/ahli dan dealer mengikut level tertentu?
    Blh terangkan serba sedikit mengenai bonus ahli atau dealer PG?

    Terima kasih.

    • Wslm,

      Terima kasih berziarah ke blog ini. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

      Biasanya company akan bagi komisyen atas setiap belian dan jualan dengan company. Jumlah komisyen tu mengikut level dealer. Bukan dealer tak ada komisyen. Kalau buat belian RM20,000 (layak sbg Normal Dealer), level komisyen ialah 1.0% atas setiap jualan. Kalau buat belian RM100,000 (layak sbg Priority Dealer), level komisyen 1.5%, kalau buat belian RM1,000,000 (layak sbg Master Dealer), level komisyen 2.0%. Kalau jual balik emas kepada PG, dia akan bayar 0.5% tak kira level apa sekalipun.

      Keuntungan menjadi dealer bagi seorang pelabur emas ialah mengurangkan susut nilai (spread) antara 1.5% – 2.5%. Katakanlah dia beli syiling 1 dinar yang susut nilainya 6%, maksudnya lepas tolak komisyen 2.5%, susut nilai sebenar cuma 3.5% yang mana ia dapat nikmati untung lebih cepat dan lebih banyak berbanding penyimpan emas yang bukan dealer.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum.

    Tuan pernah dengar atau tahu tentang syarikat Amethyst Gold Creation Sdn Bhd?
    Adakan syarikat ini menjalankan urusniaga emas seperti PG dan lain2?

    Terima Kasih.

    • Wslm tuan,

      Saya tak pasti pasal syarikat tu. Mungkin syarikat baru. Kalau nak melabur dalam emas fizikal, pastikan beli emas dapat emas. Dan cuba semak “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan” di link ni: http://bit.ly/Xkqgaf. Kalau 5 kriteria tu ok, insyaAllah pelaburan emas tu tulen.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan zul,,ok x klu sy pajak emas saya untuk bli emas memandangkan hrga emas tgh turun mendadak skrg…agak2 klu blh 12 nnt sy jual dpt untung x slps tolak upah simpan…terima ksh tuan zul..

    • Wslm tuan,

      Lepas kejatuhan paling banyak dalam sejarah 10 tahun harga emas dalam minggu ni, saya tak berani predict sebab harga emas tak menentu. Bagi orang membeli untuk simpanan jangka panjang (wealth protection), ia satu rahmat. Tapi bagi speculator yang nak bermain dengan turun naik harga emas, saya tak berani jamin sebagaimana dulu.

      Kalau dulu, bila berlaku kejatuhan begini, mereka boleh beli dan pajak. Dan biasanya lepas 3 – 6 bulan dah boleh jual untuk dapat untung. Tapi keadaan harga emas yang bergerak diluar jangkaan mana-mana analyst sekarang ni, saya tak pasti sesuai ke tidak. Kalau nak pajak tu boleh, tapi dalam kadar yang agak berpada-pada.

      Wallahu a’lam.

  • as salam en zul,,emas memang turun sekitar awal tahun dan naik pada akhir tahun,,pertanyaan adakah sama juga pada tahun2 akn datg,,sy memg minat simpan emas,,dek krana bnyak brg bnyk nk d beli,,tak dapat sy nak beli emas tgah murah2 ny,hmmm 🙁

    • Wslm tuan,

      Kalau ikut trend sebelum ni, memang macam tu lah… Tapi pergerakan sebenar turun naik harga emas adalah berdasarkan isu-isu semasa ekonomi dunia terutamanya di Eropah dan US. Trend harga masa depan memang tak siapa tahu, tapi kalau tuan beli emas untuk tujuan simpanan jangka panjang, insyaAllah ianya selamat.

  • As salam en zul, minta pandangan… mana satu lebih untung,… beli gold bar skrg dan tunggu hrg naik br jual @ cash yg ada buat modal utk jual brg kemas…

    • Wslm,

      Apa maksud tuan; cash yang ada buat modal untuk jual barang kemas? Adakah tuan bermaksud berniaga barang kemas? Kalau berniaga, memang lebih untung berbanding sekadar melabur.

      Wallahu a’lam.

  • Terima kasih, banyak dapat ilmu disini.. Nak riki2 lagi sikit sebelum confirmkan pelaburan emas ni.. Baru nak berjinak.. Hehe.

    • Alhamdulillah… Tq berziarah ke blog ni. Kalau ada sebarang persoalan tentang pelaburan emas, boleh contact saya 019-3368009 (call, sms, whatsapp). InsyaAllah saya boleh bantu bagi pencerahan mengikut konteks tuan, insyaAllah.

  • Salam, en zul,
    setelah membaca artikel dan komen komen di sini, sy berminat nak beli dinar..boleh tlng x, sy dah semak, pg cuma ada di sg petani shj di kedah ni..klu kita dah place order n buat byaran, kita boleh pergi ambil emas bila bila masa sahaja kn, tpi masa nk ambil tu nk ckp ape kt pg, n bukti bayaran tu dr mana..tq

    • Wslm Pn. Sabrina,

      Saya tak pasti samada ia dibenarkan oleh BNM tapi pendapatan tetap secara bulanan yang dijanjikan tu mirip skim-skim pelaburan emas yang diserbu BNM. Saya agak meragui urusniaga begitu. Kalau benar ia jual beli emas, kenapa perlu delay? Dan dari mana datangnya duit untuk membayar pendapatan tetap secara bulanan?

      Saya khuatir, ianya adalah money-game sebagaimana skim-skim pelaburan emas yang lingkup sebelum ini.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum….
    minta pendapat tuan…
    saya ditawarkn utk melabur dlm satu skim pelaburan emas…
    skim ini menawarkan kita utk membeli 100gram emas dgn harga rm15k…
    emas ni akan didelaykan utk kita mndapat untung bulanan sebanyak rm850 setiap bulan.,..jika kita berani lg kita boleh delay lagi kpd 200gm/ rm30k dan mndapat untung 1700 setiap bulan sehingga kita rasa kita mahu bhenti delay emas dn mengambil semula emas yg kita beli sebanyak 100 atau 200 gram tadi….
    mohon pendapat tuan dgn sistem ini….adakah ianya sah atau sekadar mainan skim cepat kaya spt skim2 yg lain…..
    setakat ini, kawan2 saya buat dn menerima bayaran setiap bulan….
    adakah ia sah dgn bnm…terima kasih

    • Wslm Pn. Nora,

      Skim begitu mirip skim-skim yang diserbu BNM tahun lepas. Antara ciri utamanya ialah:

      1. Deposit taking – duit diserahkan, emas tak dapat atas macam-macam helah. Dalam kes ni, helahnya ialah delay. Orang tak kisah delay pun janji dapat pulangan lumanyan. Persoalannya, kenapa perlu delay?

      2. Janji pulangan tetap yang lumayan – tak ada mana-mana pelaburan yang boleh janjikan pulangan tetap yang lumayan begitu. Bila dikatakan pelaburan, pasti ada risiko. Lagi lumayan pulangannya, lagi tinggi risikonya.

      Ciri-ciri begini sangat menarik minat Bank Negara. BNM selalunya tungguu dan lihat dulu. Bila ada aduan, nanti dia akan datang mengetuk pintu. Masa tu nanti semua pelabur akan salahkan BNM dan pemilik syarikat akan berlepas tangan.

      Saya syorkan, jauhkan skim macam tu. Pelaburan emas sebenar ialah macam beli barang kemas jer. Beli emas, dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Bila harga naik, baru jual untuk dapat untung.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,

    Saya pun kira baru belajar Dlm pelaburan emas ni. Saya cuma nak tau yg dinar PG tu tahap ketulinan tu mcm mn yer. Sbb sy biasa dgr org sebut emas 999, 916 n etc.

    Harap maklum ….

  • Salam…saya berminat tentang pelaburan emas tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan…Jadi kalau anda tak keberatan boleh tak bagi tahu serba sedikit bagaimana nak mulakan pelaburan emas nie….Brape byk model yang perlu saye keluarkan? Terima kasih

    • Wslm Pn. Scha,

      Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang sebab harga emas turun naik dalam jangka pendek. Kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai at least untuk setahun. Modal mininum ialah 1 dinar, harga sekarang ni sekitar RM605 – RM610. Harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Harga sebenar ikut masa place order nanti.

      Kalau Pn. Scha nak buat belian, saya akan bantu place order. Nanti buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas tu di ofis Public Gold terdekat. Untuk order, bagi saya maklumat berikut:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli
      6. Tinggal / kerja area mana (untuk saya kenal pasti ofis Public Gold terdekat).

      Contact saya 019-3368009 (call/ sms/ wassap)

  • Assalam en.zul…
    saya berminat dgn pelaburan emas tp xtau nk bermula dgn apa.. berapa byk modal yg diperlukan. saya ada wassap en.zul. harap en.zul dpt membantu saya. tqsm..

  • salam ya akhi….ana ada 1 persoalan yang mungkin akhi zul boleh bg pencerahan…tentang emas delay yg hangat diperkatakan pemain2 emas dewasa ini. ana agak faham tntg game yg diorang main cuma darisegi hukum?kebolehpercayaan?setakat ana survey dia akan kata company yg tetapkan?tp company tu sape x pulak diberitahu. setakat FB n contact no je…mintak dicerahkan.

    • Wslm ya Akhi,

      Ana sendiri pun tak berapa jelas tentang company tu. Agak diragui cuma yang menonjol ialah nama individu yang sebelum ni dikatakan “trusted seller”. Seolah-olah kita berurusan dengan individu. Dan modus operandinya pun mirip skim cepat miskin yang diserbu Bank Negara tahun lepas, cuma ‘helah’ kali ni ialah ‘delay’. Dari sudut hukum, wallahu a’lam. Pelaburan emas sebenar ialah; beli emas, terus dapat emas, habis cerita.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam en zul,
    Saya baru sahaja ada kesedaran utk membuat pelaburan emas. Dari soalan dan respond sebelum ni, saya andaikan utk newbie spt saya yang paling sesuai adalah membeli dinar. Betulkan? Bolehkah saya place order dgn en zul?

    • Wlsm Pn. Huda,

      Alhamdulillah. Betul, esok bermula dengan coin 1 dinar. Harga mampu milik, susut nilai pun rendah. InsyaAllah saya boleh bantu untuk pembelian. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) untuk pembelian. Saya perlukan maklumat puan:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli
      6. Tempat tinggal/ tempat kerja untuk saya kenal pasti ofis Public Gold terdekat.

  • salam tuan..
    saya brminat dalam pelaburan emas..
    boleh x tuan beri tunjuk ajar nak mula dengan bli ape dahulu dengan
    modal saya yang tersangat kecil..
    terima kasih.

    • Wslm En. Wan,

      Kalau modal kecil, mulakan dengan coin 1 dinar Public Gold. Kalau tak mampu bayar tunai, boleh bayar ansuran 4 kali (4 bulan). Kalau ansuran, bayaran sekitar RM147 jer sebulan kalau ikut pada sekarang i.e. 1 dinar RM581 + caj pengurusan bayaran ansuran RM5. En Wan boleh contact saya terus untuk buat pembelian di 019-336 8009 (call/ sms/ wassap). Nanti kita keep in touch, insyaAllah.

  • Untuk menjadi dealer haruslah membeli barangan emas bernilai 20k.. Adakah nilai 20k tersebut sudah mendapat berat emas seperti dealer @ normal buyer.. Harap faham soalan saya??

    • Betul En. Salehudin. Beli emas Public Gold bernilai RM20,000 automatik jadi dealer. Harga dealer dengan harga normal buyer sama jer. Kalau norder buyer beli RM600 sekeping 1 dinar, dealer pun kena bayar RM600 untuk sekeping 1 dinar. Cuma dealer akan dibayar komisyen/ rebat 1% – 2% atas setiap belian.

      Mudah-mudahan menjawab persoalan En. Salehudin.

  • assalamualaikum en Zul,

    Saya blur sikit psl investment emas ni…kalau beli emas dgn PG nanti emas tu kita simpan ke…boleh ke kalo kita simpan kat PG?..sebab kut2 hilang ke…risau jgk…

    Saya yg kurang ilmu…mohon bantuan.

    • Wslm En. Azwan,

      Mana lebih baik tu bergantung kepada modal dan matlamat pembelian emas. Untuk emas Public Gold, secara asasnya, Dinar lebih baik berbanding Gold Bar sebab susut nilai lebih rendah. Untung lebih cepat, dan lebih banyak. Tapi ia terpulang kepada matlamat masing-masing. Untuk faham pemilihan item terbaik, saya syorkan En. Azwan teliti artikel saya di link http://www.bit.ly/itemterbaik. InsyaAllah En. Azwan akan lebih yakin untuk pilih item terbaik.

      Wallahu a’lam.

  • assalamulaikum,
    en. zul..
    sy berminat dan msih br dalam perlaburan emas. katakan sy ada modal rm20k. 10k sy gunakn utk simpanan emas jangka msa pjg dan 10k untk dapatkn keuntungan jangka msa pendek, i.e jual balik dan pajakan.. mohon nasihat untuk jenis produk dan skrg adakah waktu terbaik utk membeli.. adakah pg bersedia membeli blk emas bila2 masa.
    trima ksh.

    • Wslm En. Mohamad,

      1. Boleh juga buat macam tu. Kalau untuk simpanan semata-mata atau jual balik kepada Public Gold, pilih item paling rendah susut nilainya macam coin 10 dinar. Kalau simpan sambil berniaga emas, pilih item paling tinggi permintaannya iaitu coin 1 dinar.

      2. Sekarang ni sangat sesuai untuk bermula sebab harga di paras paling rendah dalam tempoh 3 tahun. Sejak 2010, hanya 2 kali jer harga pernah cecah serendah sekarang. Sebelum ni bulan April 2013.

      Wallahu a’lam.

      • tq tuan,
        bgaimana plk dgn dirham.. adakh skarang waktu sesuai utk beli..
        dr 2010 – 2013, harga plg rendah dah plg tinggi dlm linkungan brapa tuan..
        produk plg sesui pd andann tuan..
        trima kasih..

        • It’s ok En. Mohamad,

          1. Silver (Dirham) memang diparas sangat rendah. Dia dah turun lebih kurang 60% berbanding harga paling tinggil April 2011. Contohnya, Silver Bar PG 1kg pernah cecah RM6,000, tapi sekarang cuma sekitar RM2,600 jer. Silver ni kalau dia naik, dia akan naik 2, 3 kali ganda berbanding emas. Kalau turun pun sama.

          2. Dari sudut potensi, pakar precious metal meramalkan harga silver akan pergi lebih jauh daripada emas sebab ia kegunaan industri. Kalau emas penggunaannya direcycle, tapi silver terbuang dalam alat-alat elektronik sebab tak berbaloi untuk direcyle. Nisbah harga emas perak pernah cecah 1 : 16, tapi sekarang cuma 1 : 63. Maksudnya, nibah akan kembali kepada 1 : 16.

          3. Kekurangan silver; (a) tak boleh dipajak, (b) penyimpanan tak semudah emas sebab ia besar dan berat. Kalau sewa safe deposit box, sekejap jer penuh, (c) tak mudah jual balik kecuali kepada pengeluarnya jer. Kalau emas, boleh jual di mana-mana kedai emas kalau terdesak.

          4. Saya simpan 70% emas, 30% silver. Item paling baik bagi saya yang susut nilai paling rendah. Kalau silver PG, item terbaik ialah Silver Bar 1kg (12%).

          Ilmu lengkap tentang silver En. Mohamad boleh dapatkan dari ebook kawan saya Tuan Ikram Adi di http://www.bit.ly/silverguide

          Wallahu a’lam.

  • […] Harga emas dah naik sekitar 8% berbanding Disember 2013. Bulan lepas harga 1 dinar serendah RM550, tapi hari ni sekitar RM595. Siapa yang beli bulan lepas, dah boleh jual dan dapat untung. Kalau beli untuk dapat untung TUNAI, jual sekarang dan dapatkan untung dulu. Selagi tak jual, memang tak akan merasa untung. Jangan tamak sebab tak siapa tahu “how high is high”. Kalau dah “high”, jual jer dulu. Jangan tunggu harga paling tinggi. Kalau ada rezeki, beli balik bila harga emas turun. Gunakan teknik sebagaimana dalam artikel saya “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”. […]

  • Salam….sy nk tnye area klang ade tak dealer or tmpt nk bli dinar PG ni…sy dh lme pk bnde ni cme bajet slalu xde..tp in shaa allah mase trdekat ni akn ade bajet yg mncukupi…

    • Wslm En. Ezuan,

      Ada. En. Ezuan boleh terus ke ofis PG di Bandar Baru Klang. Beli secara walk-in. Cuma masa nak buat belian nanti, boleh letak nama saya sebagai introducer / dealer. Nanti senang saya bantu kalau perlu follow-up dengan PG. Mohd Zulkifli b. Shafie, kod PG002369.

      Kalau En. Ezuan nak buat belian lebih RM3,000, lebih baik saya orderkan dulu. Nanti buat bayaran terus ke akaun PG. Datang bawa slip bayaran jer untuk ambil barang. Contact saya 019-336 8009 untuk saya bantu orderkan.

  • […] Harga emas dah naik sekitar 8% berbanding Disember 2013. Bulan lepas harga 1 dinar serendah RM550, tapi hari ni sekitar RM595. Siapa yang beli bulan lepas, dah boleh jual dan dapat untung. Kalau beli untuk dapat untung TUNAI, jual sekarang dan dapatkan untung dulu. Selagi tak jual, memang tak akan merasa untung. Jangan tamak sebab tak siapa tahu “how high is high”. Kalau dah “high”, jual jer dulu. Jangan tunggu harga paling tinggi. Kalau ada rezeki, beli balik bila harga emas turun. Gunakan teknik sebagaimana dalam artikel saya “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”. […]

  • Assalamualaikum En Md Zulkifli sy terasa teruja mengenai pelaburan emas stelah mengikuti seminar Publicgold. Ttapi persoalannya skarang ialah sy dBrunei bagaimna pula utk mendapatkan emas itu nnti stelah membuat pembayaran. T.kasih

    • Wslm En. Sufian,

      Alhamdulilillah. Untuk bermula, En. Sufian boleh contact Master Dealer saya di Brunei:

      Mohammad Redzuan bin Meludin
      redz167@hotmail.com
      +673 881 7602

      Setakat yang saya kenal, beliau orang yang baik dan amanah. Beliau seorang dealer yang komited membantu sesiapa sahaja memulakan simpanan emas. InsyaAllah.

    • Boleh. Mulakan dengan coin 1 dinar. Harga sekarang dalam RM600 jer. Kalau mudal rendah lagi, boleh start dengan coin 10 dirham (silver). Sekarang harganya sekitar RM100 jer. Yang penting kena bermula dulu, baru senang faham & mulakan momentum menyimpan emas.

  • Assalamulaikum..en zulkili. …saya syafiq sari shah alam. saya baru sahaja nak berjinak2 dlm..perniagaan ni ..tapi sya tidak pasti untuk membeli barang ditempat yang sesual

  • En Zul,

    Saya dan rakan mula membeli emas di universiti dahulu. Kami beli American Buffalo coin dan Canadian Maple.

    Plan saya untuk gunakan emas yg terkumpul sbg hantaran (menggantikan wang ringgit). Andai kata bakal isteri mahukan Tunai, maka sy akan suruh pihak keluarga sana tukar sendiri emas tersebut kepada tunai.

    Persoalan disini, mana tpt yg paling sesuai untuk jual balik emas tersebut?Rakan saya pernah ‘terkena’dengan syarikat barangan kemas. pulangannya susut dlm 50%.

    Minta nasihat..

    • Wslm En. Naq,

      Sebenarnya, tempat terbaik jual emas tu ialah tempat di mama En. Naq beli. Tapi kalau kedai / atau penjual asal dah tak ada, saya rasa tempat terbaik untuk jual ialah di office Public Gold sebab Public Gold agak transparent dari sudut polisi beli balik emas yang bukan dari Public Gold.

      Kedai-kedai emas biasa mungkin akan ‘main harga’ kalau kita nak jual emas tu sebab mereka tak pernah publish harga mereka beli balik emas mereka sendiri sekali pun.

      Wallahu a’lam.

  • salam
    saya nak tanya,kenapa kita beli emas di og dan boleh dijual balik di pg..kalau masa kita jual balik emas,harga naik ..adakah tidak merugikan pihak pg. wasalam

    • Wslm En. Syafiq,

      Memang Public Gold sanggup beli emas mana-mana jenama sekalipun. Walaupun harga tinggi, Public Gold beli balik pada harga lepas tolak spread (susut nilai) semasa. Emas jenama lain tu Public Gold akan leburkan dan jadikan emas Public Gold.

  • Salam..

    Tq for sharing..
    Saya pernah simpan 1×10 dinar, 2×5 dinar & 2×1 dinar pada tahun 2011.
    Kini tinggal 1 keping 5 dinar sahaja sebab nak pakai duit untuk renovate rumah last year. Sekarang saya nak start tambahkan dinar emas ni. So nak tanya apakah cara yang terbaik untuk simpan emas2 ni.. berapa fee untuk simpan @ PG safe box? TQ

  • A’kum ,

    Nak tnye..

    Dh lme try study tntg pelaburan emas ni,tp masih ssh nk paham ler…huhuhu..
    Nk kena mula melabur dulu kot,br paham..Tapi tulaa,takut..
    Apa nasihat tuan utk org mcm sy ni?
    Apakah langkah pertama yg boleh diambil?

    • Wslm Puan,

      Secara asasnya emas ni sesuai dijadikan simpanan jangka panjang. Dalam jangka panjang, harga emas akan naik. Beli dan simpan jer. Bila nak pakai duit baru jual. Kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai dalam tempoh at least setahun.

      Saya syorkan download dan baca ebook percuma 5 Minit Review Tentang Emas di blog ni. Klik untuk download ebook ni pada banner atas sebelah kanan blog ni. InsyaAllah senang faham asas pelaburan emas.

  • asslm..en zulkifli..sy ingin membeli gold coin dinar..adakah sy harus beli direct di PG penang@online..kerana sy berada di kawasan prai..

    • Wslm En Afzal,

      Untuk buat pembelian, saya akan bantu orderkan atas nama En. Afzal. Lepas terima email Sales Order daripada Public Gold, En. Afzal buat pembayaran terus ke akaun Public Gold dalam masa 4 hari. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa. Datang bawa slip bayaran original bersama Sales Order je office Public Gold.

      Untuk order, En. Afzal wassap / sms kepada saya 019-336 8009 saya maklumat:

      (1) Nama penuh
      (2) No ic
      (3) No telefon
      (4) Email

      Nanti saya orderkan, insyaAllah.

  • Salam..

    Saya ada melihat byk program pelaburan emas yg ditawarkan skrg ni dan ksemuanya nmpk sgt mengujakan dgn pulangan bulanan yg sgt lumayan. saya tlah diberi pnerangan yg jelas oleh ejen2 emas dan mreka juga ada mnyediakan surat prjanjian utk urusan plaburan.
    Pada pndangan en zul, adakah boleh saya mncuba dgn modal yg kecil dahulu.

  • Saya nk bermula dgn 1 dinar dahulu.. tp dkt sini http://publicgold.com.my/v1/ ( PG sell 573.00/PG buy 539.00). Sy kurang paham.
    1. Adakah kita yg beli pd harga 539 utk 1 dinar atau pihak public bank sendiri yg beli drpd kita pd harga tersebut?
    2. Pd pandangan tuan, adakah harga ini tengah jatuh/naik kalo ikut tahun ini dan tahun2 sebelumnya?
    3.Harga simpan di PG 1% drpd harga belian?atau berdasarkan berapa keping? atau berat?
    4. Langkah pembelian emas yg sedikit utk mcm sy ni, better just walk-in atau kena buat place order jugak melalui trusted dealer. Mana lebih baik?

    Drpd pengalaman tuan sbg dealer, ade tak buyer yg beli emas dlm jumlah yg besar dlm 20-100k tapi cancel saat2 akhir.. andaikatalah terjadi, ade tak tips2 berguna nak elak buyer seperti ni..

    tq.

    • Wslm En. Zul,

      1. PG Sell tu harga PG jual kepada kita. PG Buy tu harga PG beli daripada kita kalau kita ada emas yang nak dijual.

      2. Sekarang ni memang harga rendah. Dalam tempoh setahun ni, 1 dinar paling tinggi dalam RM660, paling rendah dalam RM550. Sekarang baru sekitar RM575.

      3. Caj 1% dari harga belian.

      4. Paling baik minta dealer orderkan dulu dan buat bayaran. Lepas tu datang office PG bawa slip bayaran je untuk ambil emas.

      5. Memang ada, tapi jarang-jarang berlaku. Ada tuan dealer emas Public Gold?

  • Salam En Zul, Saya dari Singapura dan berminat ingin mendapatkan dinar
    negeri Kelantan atau dinar negeri Perak. Boleh en Zul tunjuk kan cara
    mendapatkan dinar tersebut.

  • Askum Warahmatullah
    Encik Zulkifli,
    sya nk tya bebrapa soalan pd encik,
    1-PG ada jual jongkong perak taraf dunia mcm Pamp Suisse?
    2-syarikat Nubex ada buka cawangan di Kedah?
    3-ada x mna2 syarikat logam brharga di malaysia yg mengeluarkan syiling
    perak yg berukir ringgit seperti RM1, RM2, RM5 & RM10?
    maaf jika soalan sya ni kelihatan pelik, sya ni baru dlm dunia logam berharga jdi kalau boleh sya nk belajar byk drpd encik, sekian.

    • Wslm En. Faiz,

      1. Public Gold tak jual emas Pamp Suisse. Buat masa ni, Public Gold cuma jual emas keluaran sendiri jer.

      2. Syarikat Nubex cuma ada di Damansara Perdana, Selangor jer. Setahu saya Nubex belum ada lagi cawangan.

      3. Setakat yang saya tahu, belum ada.

      Tak apa. 🙂

  • […] Harga emas dah naik sekitar 8% berbanding Disember 2013. Bulan lepas harga 1 dinar serendah RM550, tapi hari ni sekitar RM595. Siapa yang beli bulan lepas, dah boleh jual dan dapat untung. Kalau beli untuk dapat untung TUNAI, jual sekarang dan dapatkan untung dulu. Selagi tak jual, memang tak akan merasa untung. Jangan tamak sebab tak siapa tahu “how high is high”. Kalau dah “high”, jual jer dulu. Jangan tunggu harga paling tinggi. Kalau ada rezeki, beli balik bila harga emas turun. Gunakan teknik sebagaimana dalam artikel saya “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”. […]

  • Assalamualaikum

    Tuan,

    Saya nak tanya pendapatan tuan tentang *pelaburan(saya tak pasti ia pelaburan atau bukan) yang dijalankan oleh sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, bukan syarikat yang tertakluk dibawah akta yang dikuatkuasakan oleh BNM.

    Untuk permulaan ahli perlu mengeluarkan modal dan ahli telah dibayar setiap bulan hasil *pelaburan dalam bentuk cek selama 10 bulan(mereka terus beri cek 10 bulan kepada ahli). Pada bulan ke-11, pihak koperasi akan pulangkan semula emas yang dilaburkan(modal).

    Persoalannya, adakah *pelaburan ini benar? Kalau ikut kiraan saya memang meragukan sebab keuntungan lebih 100% dalam tempoh kurang setahun.

    Mungkin tuan lebih arif perihal yang berkaitan emas. Harap tuan boleh berkongsi pandangan tuan dengan saya sebab saya sedang selidik koperasi ini sebelum menyertai mereka. Sekian.

  • Saya tertarik dengan pendapat tuan yang beli akhir tahun kamudian jual akhir tahun…
    Mana yang paling baik atau kita biar sahaja dan tambah sahaja pembelian…walaupun harga dia akan turun naik dlm setahun tu..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >