MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Rumah Homestay di Kampung. Ia Jadi Harta atau Tambah Beban?

March 22, 2026

Kita tak perlu pun memiliki segalanya. Ada kalanya tak memiliki tu lebih baik... lebih mudah... lebih bebas... dan lebih menguntungkan!...

Dulu saya fikir, alangkah bagusnya kalau saya ada sebuah rumah di kampung.

Boleh jadikan homestay...

Dapat passive income, kononnya... 

Nanti setiap kali balik raya, ada rumah sendiri... Dan boleh jadikan tempat ahli keluarga berkumpul.

More...

Sanggup atau tak sanggup?

Tapi bila difikir masak-masak, banyak sepak terajang saya kena hadap.

Antaranya, 

  1. Siapa nak urus homestay tu? 
  2. Boleh bayar orang untuk urus. Tapi kalau orang tu buat hal, sanggup tak hadap kerenah dia? 
  3. Kalau urus sendiri, ada masa tak nak urus? 
  4. Sanggup tak hadap perangai penyewa dari neraka?

Dan akhirnya, berbaloi tak hasil yang kita dapat berbanding duit yang kita keluarkan, masa yang kita habiskan, dan sakit kepala yang kita kena hadap?...

Penyewa bayar bulan-bulan...

Walaupun hasilnya kurang, tapi tak penat... Kurang sakit kepala... 

Sewa saja lebih berbaloi

Itu kalau boleh disewakan...

Kalau tak dapat disewakan? Akhirnya rumah kampung tu terbiar mereput begitu saja.

Loan bank nak kena bayar, tapi hasil tak masuk. 

Rumah kampung yang kononnya akan jadi rumah bila pencen nanti, akhirnya jadi salah satu beban kewangan yang kena tanggung berpuluh tahun lamanya...

Jadi walaupun ada kemampuan, saya buat keputusan untuk tak buat rumah di kampung.

Bila-bila masa saja saya perlukan, saya cuma menyewa homestay saja.

Tiap-tiap tahun kami sewa homestay baru, yang selesa... Yang cukup untuk keluarga besar berkumpul dan berhari -raya bersama...

Masuk rumah cuci kaki saja.

Keluarkan duit "per use basis". 

Lebih peace of mind

Bajet dulu yang kononnya nak guna untuk buat rumah di kampung, lebih baik simpan saja dalam bentuk aset yang boleh jana cashflow.

Ataupun lebih baik simpan dalam bentuk emas saja.

Sekurang-kurangnya dapatlah juga nikmati kenaikan harga emas sekitar 10% setahun tanpa sakit kepala, tanpa habis masa dan tenaga...

Itu lebih peace of mind bagi saya... 

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Kuala Terengganu
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}