Memang semuanya cantik atas kertas. Tapi realitinya tak secantik apa yang banyak orang fikir pasal pelaburan hartanah.
Hinggakan banyak yang turn-off bila terpaksa hadap sepak terajang sebenar dalam pelaburan hartanah.
Walaupun saya bukanlah pakar dalam pelaburan hartanah. Tapi saya tahu, "hartanah" adalah harta terbesar yang dimiliki oleh majoriti orang kaya di dunia selain bisnes.
More...
Kelebihan Pelaburan Hartanah
Ini kerana, antara kelebihan utama pelaburan hartanah, kita boleh beli dengan duit orang lain - duit pinjaman bank.
Bank sanggup pinjamkan duit yang banyak untuk kita beli hartanah. Tapi tidak untuk pelaburan-pelaburan lain.
Dan itulah sebab kenapa saya memang syorkan murid-murid saya yang 'layak' untuk beli sebuah hartanah pelaburan setiap tahun melalui program yang kami namakan "Gold Property Pairing (GPP)".
Saya nak, setiap mereka beli rumah yang menguntungkan. Yang boleh tambah harta, bukan tambah beban (kewangan).
Untuk beli rumah yang berbaloi untuk pelaburan, inilah dua hal penting yang kami akan pastikan sebelum meletakkan komitmen untuk beli mana-mana hartanah.
1. Cashflow Bertambah
Kami pastikan kadar sewaan berbaloi berbanding bayaran ansuran dan kos lain yang terpaksa kita tanggung setiap bulan.
Maksudnya lepas tolak semua bayaran dan kos berkaitan, kita masih ada duit lebihan. Itu dipanggil cashflow positif.
Contohnya, kadar bayaran ansuran pinjaman bank RM1,000 (termasuk kos lain) setiap bulan. Tapi kadar sewaan RM1,200 setiap bulan.
Dengan beli hartanah tu, cashflow kita bertambah RM200 (RM1,200 - RM1,000) setiap bulan.
Setiap bulan, kita bertambah kaya sebanyak RM200.
Saya tahu, banyak orang tak ambil cakna pasal perkara ni. Kalau rumah yang kita beli tu tak menambahkan cashflow kepada kita setiap bulan, rumah tu mungkin akan jadi satu lagi beban kewangan yang kita kena tanggung dalam jangka panjang!
Dengan kata lain, kita akan lebih kaya kalau tak beli rumah tersebut!
2. Nilai Harta Bertambah
Pastikan bila beli rumah, nilai harta kita bertambah. Bukan makin berkurangan.
Contohnya, beli rumah yang harga pasarannya RM400,000. Tapi kita berjaya beli pada harga RM350,000.
Sebaik saja beli rumah tu, nilai harta kita terus bertambah RM50,000 (RM400k - RM350k)! Kita terus untung sebaik sahaja kita beli!
Tak perlu tunggu bertahun-tahun baru untung.
Salah satu kelebihan hartanah.
Kalau nilai harta terpaksa berkurangan sebaik sahaja beli hartanah tu, rumah tu mungkin akan jadi lagi satu beban kewangan yang terpaksa kita tanggung dalam jangka panjang.
Jujurnya, saya pun pernah buat silap dalam hartanah.
Saya pernah beli sebuah hartanah yang harganya hampir RM1 juta. Tapi lepas 5 tahun, nilai hartanah tu jatuh kepada RM500,000! Saya rugi atas kertas hampir RM500,000!
Tapi alhamdulillah, saya bernasib baik sebab tak tanggung beban yang berat. Saya bayar rumah tu dengan pendapatan pasif. Bukan kena keluar pergi kerja untuk saya bayar rumah tu.
Tip Berjaya Dalam Hartanah
Untuk pastikan dua perkara ni, sebenarnya ilmu yang kita baca dari buku-buku sahaja tak cukup.
Kita kena ada mentor, kena ada circle (team) yang betul, dan kena bekerjasama dengan pihak yang ada data yang cukup supaya kita dapat buat keputusan yang betul sebelum beli.
Jangan percaya pada ejen, khususnya yang ceritakan yang manis-manis sahaja di show room.
Ejen ada motif komisyen. Lepas kita beli, semua beban atas hartanah tu kita yang kena tanggung. Bukan setahun dua, tapi bertahun-tahun lamanya!
Kalau silap beli, hartanah tu nanti mungkin akan jadi beban kewangan terbesar yang terpaksa kita tanggung sepanjang hidup kita.
Untuk pastikan team tak ulangan kesilapan saya, dan dapat kembangkan kekayaan dengan lebih cepat melalui hartanah, itulah sebabnya kami anjurkan program "Gold Property Pairing (GPP)".
Yang dipimpin oleh En Sabri Yacob - seorang jutawan hartanah dalam team kami.
Nak berjaya dengan cepat, lebih baik kita follow sahaja orang yang dah proven berjaya capai apa yang kita nak capai...
Allahu a'lam.