MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Rumah Tangga Nabi, Romantik dan Realiti

Paling sempurna... Tapi tidaklah sesempurna apa yang kebanyakan kita fikir.

Rumahtangga Nabi s.a.w pun ada asam garamnya. Bukan sepanjang masa penuh dengan senyum tawa sebagaimana yang kita fikir sebuah rumah tangga ideal.

More...

Realiti Rumahtangga Ideal

Isteri-isteri Nabi... 

Ada ketikanya berkecil hati... 

Ada ketikanya saling rasa cemburu...

Ada ketika ditegur dengan tegas oleh Nabi...

Ada ketika dipisahkan tempat tidur oleh Nabi...

Ada ketikanya mereka bergurau pakat-pakat menyakat Nabi...

Ada ketika berkonflik sesama mereka sampai Nabi tinggalkan mereka semua sebagai tempoh bertenang beberapa ketika...

Bahkan ada ketika Tuhan suruh Nabi offer untuk ceraikan mereka (kalau mereka terus menyusahkan Nabi)!

Itulah realiti rumah tangga ideal. Rumahtangga sebaik-baik manusia yang Tuhan utuskan untuk kita jadikan teladan...

Sebaik-baik Teladan

Ini menunjukkan mereka pun manusia normal macam kita. Bukan malaikat...

Bila kita fikir kehidupan ideal tu macam malaikat yang penuh kesempurnaan (seperti mana ditonjolkan dalam medsos), kita akan give-up dengan kehidupan kita.

Tapi bila saya baca buku tentang rumahtangga Nabi s.a.w, saya faham macam mana rumahtangga yang ideal.

Yang berpijak pada realiti...

Sebenarnya bukan cuma harta kekayaan tu ujian, tapi isteri (pasangan), anak-anak, dan seluruh ahli keluarga kita juga ujian buat kita.

Sebab Tuhan memang jadikan hidup dan mati untuk Dia uji siapakah yang paling baik amalannya untuk Dia berikan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak yang kekal selama-lamanya...

Untuk pasangan suami isteri, saya sangat recommend baca buku ni...

Novel-novel cinta yang banyak kita baca tu membuat kita over expect dalam kehidupan berumahtangga...

Buku ini akan bawa kita supaya berpihak di bumi yang nyata... InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
28 April 2023
7 Syawal 1444H

#TipSuamiIsteri

Buku Asam Garam Rumah Tangga Nabi ni sangat bagus untuk bacaan semua pasangan suami isteri. Supaya kita tahu rumah tangga ideal tu bagaimana.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>