MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Penasihat Syariah Tarik Diri? Ini Yang Pelabur Patut Tahu

Itu petanda amaran. Kena hati-hati kalau penasihat syariah dari mana-mana syarikat pelaburan buat pengumuman tarik diri atau tak lagi renew sijil patuh syariah yang mereka keluarkan sebelum ini.

Dalam dunia koperat, badan-badan yang tugasnya berikan pengesahan dari sudut compliance (pematuhan) bukanlah boleh ditukar dengan mudah macam tukar baju.

More...

Hari ni pakai baju lain. Esok pakai baju lain. Lusa pula pakai baju lain. Bukan. Itu bukan caranya. Mesti ada yang tak kena.

Orang awam tak faham pasal ni.

Pengalaman Sebagai Auditor

Saya sebagai seorang Chartered Accountant pengalaman 11 tahun dalam bidang audit dan compliance syarikat koperat, saya tahu ada yang tak kena kalau pihak yang bagi pengesahan compliance sebelum ini tiba-tiba BUAT PENGUMUMAN yang mereka tarik diri.

Profesion macam akauntan, mereka terikat dengan code of conduct.

Ada proses yang kena buat kalau mereka tak puas hati atau nampak ada perkara yang tak kena pada syarikat yang mereka audit dan bagi pengesahan.

Auditor (juruaudit) baru pulak tak boleh ambil alih macam tu jer kalau auditor sebelum ni tarik diri. Auditor baru pun ada proses yang perlu mereka teliti dan ikuti sebelum terima tanggungjawab baru.

Sebab tukar auditor ni bukan macam tukar baju.

Bukan Macam Tukar Baju

Untuk syarikat jual beli emas di Malaysia, tak ada apa-apa regulation yang mengikat mereka dari sudut pematuhan syariah macam insitusi kewangan Islam.

Bukanlah satu kesalahan kalau mana-mana syarikat jual beli emas tak lantik penasihat syariah. Ia cuma pematuhan secara sukarela supaya masyarakat Muslim rasa yakin.

Cuma apa yang dah berlaku sebelum ni, pengesahan pematuhan syariah dipergunakan oleh scammer-scammer emas di Malaysia untuk yakinkan masyarakat.

Yang akhirnya melingkup duit pelabur emas di Malaysia.

Dah berapa syarikat emas yang pernah dapat pengesahan syariah akhirnya terbukti mereka adalah scammer.

Geneva Gold dan Tok Belagak (Darul Emas Perak) antara yang pernah popular sebelum ni.

Dan kesemuanya jalan cerita yang sama; penasihat syariah buat penguman tarik diri dan mereka buat pengumuman lantik yang baru!

Macam tukar baju...

Kenapa Penasihat Tarik Diri?

Masyarakat awam yang tak tahu apa-apa rasa okay sebab ada yang baru. Tapi saya yang lama dalam bidang audit dan compliance ni nampak itu adalah "reg flag". Itu tanda amaran!

Orang yang tahu, mereka akan "angkat kaki dan jalan dulu"!

Baik selamatkan duit cepat-cepat sebelum lesap!

Ada orang kata, kalau benar-benar syarikat tu bermasalah, kenapa penasihat syariah yang tarik diri tu tak dedahkan perkara sebenar?

Owh... Tak semudah itu.

Penasihat syariah ataupun auditor tak boleh dedahkan maklumat dalaman client mereka tanpa izin. Mereka semua terikat pada non-disclosure agreement (NDA). Yang kesannya, mereka boleh dipenjarakan!

Tugas mereka cuma berikan nasihat dan cadangan yang mereka nampak apa yang tak betul. Kalau syarikat buat pembetulan, semua isu akan settle.

Tapi kalau syarikat buat keras kepala, apa yang mereka boleh buat ialah tarik diri!

Angkat Kaki Sebelum Terjerumus!

Jadi apa yang kita patut tahu, kalau ada mana-mana panel syariah umum tarik diri, itu adalah reg flag (tanda amaran). Samada tak patuh syariah, atau boleh jadi scam! 

Setakat ni, belum ada mana-mana syarikat jual beli emas yang panel syariahnya buat pengumuman tarik diri, kecuali akhirnya terbukti memang bermasalah ataupun memang scam!

Dan belum ada mana-mana syarikat jual beli emas yang prinsipnya "beli emas dapat emas (fizikal)" panel syariahnya buat pengumuman untuk tarik diri.

Jual beli emas fizikal yang straight foward sebenarnya tak perlu 'bersilat' dengan isu syariah. 

Beli emas dapat emas di tangan, jadi apa yang susahnya?

Tapi kalau panel syariah asyik bertukar-tukar macam tukar baju, sepatutnya kita yang cuma nampak luaran jer tentang syarikat kena ambil langkah berjaga-jaga.

Lebih baik "angkat kaki, jalan dulu"...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
15 Mei 2023
24 Syawal 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>