Teguran yang sama Ustaz Dr Zaharuddin pernah suarakan kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika sebahagian dealer Public Gold aktif bermain dengan spekulasi harga emas (tanpa leverage).
Waktu tu banyak kelas analisis teknikal dipromosikan kepada penyimpan emas. Masing-masing sibuk nak buat analisis harga emas menggunakan carta harga kononnya nak gandakan keuntungan macam orang main saham ataupun forex trading.
More...
Teguran Dr Zaharuddin
Antara teguran umum beliau saya quote di sini:
Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majoriti ilmuan Islam. (baca artikel penuh Forex Trader Perosak & Islamkah Matawang Emas?)
Ketika pakar bagi teguran, saya tak lihat ada dealer Public Gold yang membantah. Bahkan kami ambil tindakan pembetulan.
Syukur alhamdulillah. Hari ni boleh dikatakan tak lagi kedengaan dealer-dealer Public Gold yang bermain dengan spekulasi harga emas.
Kami cuma anjurkan beli emas dapat emas (fizikal). Dan simpanlah emas sebagai penyimpan nilai yang kukuh untuk masa depan. Satu rahmat besar bagi masyarakat bila pakar sudi bersuara dan berikan teguran... Alhamdulillah.
Geng Spekulasi Tayang Untung
Kali ini Dr Sufyan berikan teguran yang sama di FB page muamalat.my . Saya copy paste di bawah ni sebagai bacaan kita :
Modus Operandi Geng Emas Spekulasi Tayang Untung
Saya gelarkan geng yang melabur emas secara leverage sebagai ni sebagai Geng Spekulasi Emas.
Pertamanya depa beli emas bukan untuk simpanan, tapi untuk 'exit' waktu harga emas naik sahaja. Jika exit waktu emas jatuh, gram emas asal mereka akan susut.
Berbeza dengan pelabuhan simpanan emas, simpanan emas adalah simpanan, tiada istilah 'exit' ke apa. Jika nak guna duit dalam mata wang lain boleh dijual semula, harga emas naik atau turun dalam mata wang lain, gram emas tidak susut.
Keduanya sewaktu harga emas naik mendadak sehari dua baru baru ini, mula pakat tayang di FB keuntungan lepas jual semua emas mereka kepada syarikat.
Sebenarnya tiada keperluan tayang hasil jualan semula sebab konsep pelaburan simpanan emas bukan untuk untung jangka pendek sebegitu. Simpanan emas cuma nak atasi susut nilai wang lain saja.
Dan tidaklah kita perlu tertarik dengan kaedah pelaburan spekulasi ini kerana ia bukan cara sebenar pelaburan emas patuh Syariah. Bahkan menyalahi konsep pelaburan simpanan emas daripada simpanan selamat kepada pelaburan berisiko.
Pesanan saya, kepada masyarakat, jika konsep pelaburan emas guna kaedah dan modus operandi tunjuk untung hasil jual emas, ketahuilah ia bukan cara pelaburan simpanan emas.
Ramai ulama mengharamkan spekulasi emas. Kita seboleh mungkin nak tutup ruang haram ini dalam pelaburan emas.
Ramai lagi asyik bertanya pendapat saya pelaburan emas sebegini sebab mungkin masing-masing nampak suspicious kan.. Ya.. Kalau ragu jangan sertai.
Dari sudut pelaburan pun nampak tak kena, dalam Syariah pun banyak pertikaian.
Cuba waktu harga emas jatuh, ada berani tayang akaun mereka?
Salam penghujung Ramadan... Perbanyakkan ibadah.
Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my
Siapa Dr Ahmad Sufyan?
Dr Sufyan, salah seorang pakar muamalat Islam yang sudah lama memerhati dan mengkaji tentang mualamat jual beli emas di Malaysia. "Emas" ni memang bidang kajian dia. Dan setahu saya, beliau memang dapat geran daripada kerajaan untuk buat kajian pasal emas.
FB page muamalat.my beliau sudah bertahun-tahun berikan peringatan kepada masyarat tentang emas.
Public Gold juga tak sunyi daripada teguran daripada beliau khususnya ketika belum mendapat sijil pengesahan patuh syariah. Antaranya:
- GAP Public Gold perlu diperbaiki -28 September 2015
- Hukum Jual Beli Emas Edisi "Zhou Cai Jin Bao" - 5 Februari 2016
- Alternatif Simpanan Emas 1gm Sebulan Pelaburan Patuh Syariah - 25 Mei 2016
Sejak dari dulu lagi, beliau akan berikan teguran kalau beliau rasa ada yang tak kena.
Ketika beliau berikan teguran satu ketika dulu, saya dan team Public Gold ambil perhatian dan buat improvement. Bahkan pihak Public Gold siap jemput Dr Sufyan jadi panel penceramah dalam seminar muamalat Islam lagi.
Merendah Diri Dengan Orang Berilmu
Ini menunjukkan Public Gold sentiasa komited untuk buat perkara yang betul.
Kalau pakar bersuara, kami mendengar dan ambil perhatian. Bukannya membantah dan menuduh... Itulah sikap kita bila berhadapan dengan orang berilmu.
Apa yang saya perhati, mereka yang suka pergi 'sondol' orang berilmu setakat ni cuma scammer emas ataupun mereka yang kemaruk nak untung tanpa peduli pada kebenaran.
Untuk pastikan Allah redha dengan apa yang kita buat dalam pelaburan emas, setiap kita patut "Back to basic".
Beli emas dapat emas. Beli emas untuk simpanan jangka panjang, bukan bermain dengan spekulasi kerana tindakan tersebut boleh jatuh kepada haram yang akan menjerumuskan kita ke neraka...
Moga Allah lindungi kita semua.