Pukul 3.00 petang baru pergi kerja. Sebelum buka puasa dah kena balik.
Syukur alhamdulillah. Kerja saya ni fleksible. Boleh bekerja dekat mana-mana jer, dan pada bila-bila masa.
Sesuai dengan saya yang jenis tak boleh duduk diam terperap dalam pejabat terlalu lama. Cepat bosan...
More...
Sedar Kelebihan dan Kekurangan Diri
Untuk bekerja dengan lebih produktif, saya kena keluar jumpa orang. Dan selang-seli dengan kerja di pejabat.
Waktu bekerja makan gaji dulu, saya rasa saya tak perform macam orang lain sebab tak boleh concentrate telalu lama pada sesuatu kerja.
Saya fikir saya bukan pekerja yang bagus.
Tapi sebenarnya ada banyak aspek yang saya mampu perform lebih berbanding orang lain.
Bila belajar tentang personaliti, baru saya tahu yang Tuhan jadikan setiap orang sebenarnya tak sama.
Dan sebenarnya setiap orang adalah pekerja yang cemerlang.
Cuma kecemerlangan setiap kita berbeza-beza. Dan setiap kita akan cemerlang bila diletakkan di posisi yang berbeza-beza mengikut kecenderungan kita.
Tuhan Jadikan Kita Berbeza-beza
Ada orang happy bekerja bila duduk di barisan belakang dan dalam 'gua' dia sendiri.
Ada orang happy bekerja bila diberi tanggungjawab untuk duduk di barisan depan.
Ada orang happy bila dapat buat kerja yang perlukan penelitian. Tapi ada orang stress dengan kerja-kerja macam tu.
Maksudnya setiap kita berbeza.
Tapi perbezaan bukanlah satu kekurangan, sebaliknya satu kelebihan. Kerana perbezaan itulah yang membolehkan setiap kita saling melengkapi.
Dan itu juga menunjukkan kita tak mampu hidup sejahtera dengan hanya berseorangan.
Kita perlukan orang lain untuk melengkapi kekurangan diri.
Dunia Jadi Lebih Baik
Saya fikir...
- Kalaulah semua orang sama, maka semua orang akan susah.
- Kalaulah setiap orang bekerja di posisi yang sesuai dengan kecenderungan dia, maka produktiviti akan meningkat, kemajuan akan naik dengan mendadak. Dunia ini akan jadi lebih baik tentunya, insyaAllah...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
10 April 2023
19 Ramadhan 1444H
Artikel berkaitan:
- Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
- Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
- Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar
- Bila Tak Ada Duit, Pergi Cari Ilmu. Bukan Melabur
- Hidup Cara Minimalist, Kurangkan Beban Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bahagia