Kejayaan perlukan waktu.
Tiada kejayaan boleh dicapai kalau hanya dengan kerja secara one-off, tanpa usaha yang KONSISTEN.
Ini berdasarkan pengalaman saya memerhati lebih 130 murid saya yang mencapai tahap Master Dealer Public Gold (dengan pendapatan pasif 4, 5 dan 6 angka setiap bulan) di bawah G100 Network.
Walaupun ada dalam kalangan mereka mencapai tahap Master Dealer dalam tempoh yang sangat cepat; 3 bulan - 6 bulan, namun yang memiliki network bisnes paling besar dan kukuh hanyalah mereka yang kekal konsisten buat kerja yang betul dan sabar bertahun-tahun.
Sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun.
Punca Bisnes Tak Berjaya
Apa yang saya perhatikan, banyak orang tak berjaya dalam bisnes bukan sebab tak pandai, tapi sebab tak konsisten. Tak konsisten belajar dan berusaha.
Hari ni buat satu bisnes, lepas tu stuck.
Tinggalkan bisnes pertama, buat bisnes kedua. Pun stuck juga. Mungkin bisnes tak bagus kot.
Buat pula bisnes ketiga, stuck juga... Begitulah seterusnya kalau buat bisnes tanpa mindset yang betul.
Bila dapat bimbingan yang betul, baru sedar bukan bisnes yang stuck. Tapi diri dia yang stuck; sebab tak belajar, tak cari ilmu, tak masuk circle yang betul, tiada mentor...
Buat bisnes tapi pakai otak kerja makan gaji... Memang tak akan jadi... Sibuk sangat potong pokok sampai kapak yang bertahun-bertahun tak pernah diasah!...
Memang tak ke manalah...

Saya membina bisnes bersama Public Gold sejak 2010 (sudah lebih 10 tahun). Bermula dari seorang diri, hari ini sudah lebih 270,000 penyimpan emas mendapat manfaatnya. Alhamdulillah.
Usaha Lebih 10 Tahun
Kalau nak berjaya dalam bisnes apa sekalipun perlukan waktu.
Waktu untuk dapat ilmu, waktu untuk belajar dan faham, waktu untuk dikenali dan dipercayai... Waktu untuk tingkatkan diri... Ia perlukan usaha yang konsisten, bukan sekadar usaha sebulan dua, tapi perlukan usaha yang bertahun-tahun.
Walaupun sudah lebih 10 tahun menjalankan bisnes yang sama, tetap masih orang tanya saya, "En Zul masih buat bisnes Public Gold lagi ke?"
Alhamdulillah. Saya masih buat bisnes #PublicGold sudah masuk tahun ke-12.
Hasilnya?
Sekarang sudah lebih 270,000 penyimpan emas di bawah G100 Network, iaitu network terbesar bagi dealer Public Gold yang saya asaskan. Alhamdulillah.
Kalau anda rasa membina kejayaan itu susah, ingatlah, Kota Rom tidak dibina dalam satu hari. Walaupun sehebat mana pun kita, kejayaan itu tetap perlukan waktu. Teruskan usaha dan buat perkara yang betul dengan sabar...
Kejayaan sebenar hanya untuk mereka yang sabar.
Zulkifli
Cyberjaya
29 Mei 2022
28 Syawal 1443H
Artikel berkaitan:
- Fokus Satu, Tiada Plan B! Itu Rahsia Capai Massive Success
- 3 Perkara Ini Akan Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang
- Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Terlambat!
- Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri
- Kopi Tanpa Gula : Kawan Menentukan Siapa Kita Pada Masa Depan
- Bila Tak Ada Duit, Pergi Cari Ilmu. Bukan Melabur.