Dulu saya tak minum kopi.
Kalau cuba-cuba minum, mulalah rasa pening kepala, dan kerap berulang-alik masuk toilet. Asyik rasa nak buang air kecil jer (disebabkan kesan kafein).
Tapi sejak berkawan rapat dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah (tahun 2016 - 2018), saya mula minum kopi.
Permulaannya, setiap kali minum kopi, saya mesti akan letak gula. Kalau tak ada gula, memang tak boleh minum. Pahit.
Tapi bila belajar minum kopi dengan kawan saya ni, dia bagitahu kalau tambah gula, kurang aroma kopi tu. Dan lagi satu, gula tu memang tak bagus untuk kesihatan…
More...
Tabiat Berubah 180 Darjah
Ingat pada kata-kata beliau tu, lama-kelamaan, saya minum kopi dengan letak cuma sedikit gula. Tapi akhir sekali, saya langsung tak letak gula. Kopi tambah susu segar tanpa gula sahaja. Kalau letak gula memang rasa kurang sedap.
Lidah sudah berubah.
Dari langsung tak minum kopi, akhirnya minum kopi langsung tanpa gula! Jauh berbeza berbanding sebelumnya.
Isteri saya langsung tak boleh minum kopi yang saya minum. “Pahit gila” katanya…

Mr Kenneth ini adalah antara orang kanan Founder Public Gold. Beliau adalah orang penting yang mendorong saya membina dan merealisasikan impian melahirkan 100 #NextMohdZulkifli .
Pengaruh Kawan Terhadap Masa Depan
Itulah kesan berkawan dengan penggemar kopi.
Daripada tak gemar minum kopi, sampailah rasa tak lengkap kalau tak minum kopi segar (yang diproses terus dari biji kopi) dalam sehari. Kena ambil juga secawan dua…
Begitulah dalam hidup ni.
Kawan yang rapak akan mempengaruhi kehidupan kita. Dengan siapa kita berkawan, ia akan mencorakkan siapa diri kita pada masa depan.
Kita Adalah Dengan Siapa Kita Berkawan
Kalau kawan dengan penggemar kopi, akhirnya kita juga akan minum kopi.
Kalau berkawan dengan kaki travel, nanti kita pun akan ikut travel.
Kalau berkawan dengan kaki modify kereta, sedikit sebanyak kita pun akan modify kereta.
Kalau berkawan dengan pengemar gajet Apple, nanti kita pun sama kena getah juga.
Kalau berkawan dengan kaki masjid, kita juga akan mudah ke masjid.
Kalau berkawan dengan pelabur hartanah, nanti kita juga akan beli rumah pelaburan sebuah dua.
Kalau berkawan dengan penyimpan emas, nanti kita akan simpan berkeping-keping emas.
Kita adalah dengan siapa kita berkawan.
Maka pilihlah kawan-kawan yang betul.
Pilih kawan yang boleh mempengaruhi kita jadi lebih baik, insyaAllah.