MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nasihat Untuk Wanita Dalam Pelaburan Hartanah

November 30, 2021

"Melabur tanpa ilmu bukanlah satu pelaburan, tapi ia satu perjudian!". Itulah pesan mentor saya En. Zulkifli.

Jadi kunci paling utama dalam pelaburan ialah, sejauh mana keuntungan yang boleh kita dapat daripada sesuatu pelaburan, ia bergantung sejauh mana ilmu kita dalam pelaburan tersebut.

Malah pelaburan yang terbaik, ialah pelaburan di mana kita sendiri mempunyai ilmu tentangnya. Bukan mengharapkan orang lain tolong buat untung untuk kita.

More...

Berdasarkan pengalaman saya membina "satu juta pertama" dalam hartanah, ini nasihat saya khusus untuk para wanita yang nak menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah.

Nasihat ini juga boleh digunapakai untuk pelaburan yang lain juga seperti emas, saham atau unit trust.

Nasihat 1 : Laburlah Ke Dalam Diri Sendiri 

Kebanyakan wanita mengharapkan suami untuk uruskan hal pelaburan hartanah miliknya sendiri. Malah, bukan sedikit yang langsung tak ambil tahu.

Keadaan akan menjadi lebih buruk bila berlaku perceraian atau kematian.

Tanpa diri dia sendiri yang mempunyai ilmu dan pengalaman tentang hartanah, masalah akan jadi berganda.

Nasihat saya, laburlah diri sendiri. Menyerahkan suami untuk uruskan hartanah tak ada masalah, asakan diri sendiri memang ada ilmu untuk uruskan sendiri. Andainya jodoh tak berpanjangan, maka anda boleh uruskan sendiri hartanah anda tanpa sebarang masalah.

Nasihat 2 : Belajarlah Membuat Keputusan Sendiri

Seringkali para suami dibayangi ego. Ego seorang lelaki.

Secara umumnya, hartanah ini kan "game lelaki"?. 

Keputusan pelaburan seorang isteri sering dibayangi keputusan suami yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya tentang pelaburan hartanah.

Apa yang merisikokan isteri ialah, disebabkan ego tersebut, para suami ni mudah buat keputusan yang salah dalam pelaburan.

Maka isteri kena belajar buat keputusan sendiri.

Ingat, your money, your decision!

Nasihat 3: Beli Hartanah Sesuai Dengan Profil Kewangan

Belilah hartanah yang sesuai dengan keadaan kewangan sendiri. Ingat, jika anda membeli hartanah yang salah, anda akan menanggung beban hutang yang besar untuk tempoh yang sangat panjang!

Dalam environment FAR Capital, seseorang client perlu melalui proses financial screening agar mereka tidak buat keputusan yang salah dalam pelaburan.

Dalam dunia pelaburan hartanah, kita kena tentukan profile kewangan dahulu, barulah kita cari apalah hartanah yang sesuai dengan kewangan kita.

Bukan mencari unit untuk dibeli terlebih dahulu, kemudian terpaksa ikat perut hanya semata-mata untuk dapatkan unit hartanah idaman.

Begitulah...

Tentang Penulis

Sabri Yaacob

Seorang Chemical Engineer yang bekerja di syarikat oil & gas di Kemaman. Master Dealer di bawah G100 Network (network dealer Public Gold terbesar diasaskan oleh En Mohd Zulkifli) dan hustler FAR Capital (syarikat pelaburan hartanah terbesar) yang diasaskan oleh Tuan Faizul Ridzuan.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>