Pertama kali saya mengenali Tuan Faizul Ridzuan (FR) ialah melalui buku tulisan beliau, WTF (Wa tak Faham).
Kagum dengan pencapaian beliau memiliki 23 hartanah sebelum usia 30 tahun, saya kemudiannya menyertai Sarjana Hartanah (SH), iaitu program pelaburan hartanah yang beliau anjurkan pada tahun 2016.
Dari Sarjana Hartanah tersebut, diikuti sesi one-on-one dengan beliau kemudiannya, saya memperkemas strategi saya dalam pelaburan hartanah, hingga saya berjaya capai Nett Worth (nilai harta bersih) RM 1,000,000 pada awal tahun 2017 dari portfolio hartanah.
More...
Kerjasama G100 & FAR Capital
Saya belum menjadi client FAR Capital secara rasmi hinggalah sekitar Julai tahun 2020, ketika lock down (PKP). Waktu itu, ada promosi menjadi client sempena pandemik.
Bertitik tolak daripada itulah, Tuan Faizul menjemput saya untuk bersama beliau sebagai perantis dalam Hustler Initiative, iaitu ejen bagi FAR Capital.
Saya kemudiannya merujuk kepada Founder G100, Tuan Mohd Zulkifli Shafie untuk perincian tentang program ini.
Ia membawa kepada pertemuan kedua ikon dalam emas dan hartanah ini, dan akhirnya muncul Gold-Property Pairing Project di bawah G100 pada hari ini.
Tunjuannya satu, iaitu untuk membantu mempercepatkan para penyimpan emas di bawah G100 mencapai Financial Freedom, dengan memanfaatkan kedua-dua instrumen kewangan, iaitu simpanan emas dan hartanah.
Memahai Istilah Penting Dunia Hartanah
Dunia hartanah memiliki jargon (istilah-istilah asing) yang tersendiri.
Contohnya LE (loan eligibility), LTV (loan to value), SPA (Sales and Purcharse Agreement), VP (Vacant Posession) dan sebagainya.
Bagi mereka yang baru melibatkan diri dengan dunia pelaburan hartanah, ia akan ambil sedikit masa untuk faham.
Bagi siapa yang mendaftar sebagai client FAR Capital, anda akan mendapat terus dari mereka yang pakar dalam sesuatu subjek. FAR Capital mengadakan sesi pengajian berulangkali setiap minggu, malah boleh juga diikuti secara rakaman.
Semuanya akan menjadi lebih mudah, insyaAllah.
Hanya pilih mahu belajar atau tidak sahaja.
Menurut Jim Rohn, "perkataan" memberi seseorang sudut pandang yang lebih luas dalam melihat sesuatu.
Perkataan yang digunakan dalam dunia orang kaya berbeza dengan dunia orang kebanyakkan. Vocabulary yang lebih luas akan menajamkan pemahaman manusia tentang sesuatu subjek.
Pakar Pun Bermula Dari Bawah
Dalam konteks pelaburan, dimensi pemahaman yang lebih luas hanya mampu diperoleh dengan pemahaman terhadap perkataan-perkataan "jargon" dalam pelaburan yang ingin diceburi.
Walaubagaimana pun anda tak perlu bimbang. Ia tidaklah sesukar rocket science.
Cuma sedikit usaha sudah memadai untuk belajar.
Lagipun, tidaklah perlu menjadi expert baru nak mula melabur dalam hartanah.
Mereka yang pakar dalam mana-mana bidang sekalipun, semuanya bermula dari bawah.