MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pentingnya Membaiki Profil Kewangan

November 30, 2021

Baiki Profile Kewangan

Duit bukan segala-galanya, namun dalam pergerakan zaman yang sungguh pantas sekarang, segala-galanya memerlukan duit.

Bangun pagi, sebelum solat subuh, kita mandi dulu. Mandi? Perlukan duit.

Lepas solat subuh, kita siap-siap pergi kerja dan sarapan dulu. Nak sarapan? Perlukan duit.

Pendek kata. Segala-galanya perlukan duit. Bahkan nak buang air kecil di tempat awam (masuk tandas) pun perlukan duit.

Bila tiada duit. 

Banyak juga masalah-masalah akan timbul bila tidak berduit.

Terutamanya kita tidak mampu untuk selesaikan tanggungjawab terhadap keluarga tersayang.

Masalah Bila Tiada Duit

Memperbaiki profile kewangan boleh menyelesaikan lebih separuh dari masalah seseorang.

Ini kerana, sebahagian besar yang kita anggap sebagai masalah itu sebenarnya hanyalah  KOS.

1. Seorang ayah memarahi anak kecil yang dia sayangi semata-mata kerana meminta untuk makan KFC sebab si ayah sedang kesempitan wang.

2. Seorang sahabat tak mampu hulurkan sedikit wang kepada sahabatnya ketika sahabt itu sangat memerlukan kerana dia sendiri tak ada wang.

3. Seorang dealer emas atau produk kewangan menjual dalam keadaan terdesak, tanpa memikirkan mengenai poket pelanggan disebabkan poketnya sendiri yang kekeringan.

Peluang Besar Bila Ada Duit (Profil Kewangan Baik)

Pelbagai lagi isu kita boleh elakkan dengan memperbaiki profile kewangan.

In fact, ia jauh lebih utama dari melabur dalam mana-mana instrument kewangan. Profile kewangan yang baik akan membuka beribu peluang untuk seseorang melabur atau berniaga dengan lebih berjaya.

Saya yakin, FAR Capital adalah trusted partner untuk para dealer di bawah G100 Network bagi mempercepatkan dan memperkemaskan perjalanan untuk mencapai financial freedom, insyaAllah.

See you at the top.


Tentang Penulis

Sabri Yaacob

Seorang Chemical Engineer yang bekerja di syarikat oil & gas di Kemaman. Master Dealer di bawah G100 Network (network dealer Public Gold terbesar diasaskan oleh En Mohd Zulkifli) dan hustler FAR Capital (syarikat pelaburan hartanah terbesar) yang diasaskan oleh Tuan Faizul Ridzuan.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>