MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tiada Big Why, Punca Ramai Terperangkap Dalam Kemiskinan

November 22, 2021

Big Why

Apakah yang menyebabkan anda bangun awal pagi, dan memulakan hari sekalipun punya beribu alasan untuk terus menyambung tidur?

Bagi peniaga warung, mungkin tugas ke pasar borong secara rutin adalah kewajipan bagi menyambung rutin berniaga.

Bagi seorang guru, mungkin kena datang awal ke sekolah menyelesaikan tugasan sebelum memulakan sesi pengajaran.

Bagi seorang polis trafik, bersedia untuk mengawal lalu-lintas agar kesesakan di jalan raya terkawal.

More...

Big Why Bagi Seorang Ketua Keluarga?

Contoh seperti peniaga warung, guru dan polis trafik itu merupakan big why bagi mereka dalam pekerjaan.

Bagaimana pula big why bagi seorang ketua keluarga? Bapa atau suami untuk keluarga tersayang?

Sudah pasti,

Big Why bagi kita ialah menyediakan jaminan dari sudut kewangan terhadap orang yang tersayang! 

Jaminan untuk isteri, anak-anak dan juga ibu bapa kita.

Jaminan kewangan?

Skopnya luas! Saya ringkaskan begini sahaja.

Kalau terjadi apa-apa terhadap kita, adakah isteri dan anak-anak kita boleh teruskan kehidupan macam biasa?

Kalau ibu bapa kita dikampung perlukan bantuan kecemasan untuk kita keluar dari pejabat demi urusan orang tua, adakah kita boleh meluangkan masa untuk mereka tanpa dihalang oleh majikan?

Termotivasi Tanpa Perlu Dimotivasikan Dari Luar

Siapapun anda, sebenarnya motivasi yang menggerakkan anda untuk terus dengan rutin tugas ini sebenarnya berada di luar rutin itu sendiri.

Ia kewajipan untuk mencari rezeki, ia mengenai memastikan anak-anak dapat nafkah yang sempurna, atau ia sesuatu yang kita memang pilih untuk lakukan disebabkan keterujaan.

Rahsia untuk melakukan LEBIH DARI RUTIN ialah dengan membesarkan "Big Why". Cubalah untuk pasang impian yang lebih besar dalam hidup, kejar impian itu. Insyallah, rutin anda akan berbeza, dan anda menjadi orang yang berbeza dari sebelum ini.

Sebagai pesanan, bukan matlamat itu yang mengembirakan, tetapi perjalanan untuk mencapai matlamat itulah yang menghidupkan kegembiraan kita setiap hari.

Big Why dan Kewangan

Ramai diluar sana, mereka menganggap mencari kekayaan itu sebagai satu perkara yang salah.

Selesa dengan hutang dan kemiskinan itu adalah lebih baik. Kalau jadi kaya nanti takut jadi 'jahat'.

Akhir sekali,

Mereka terperangkap dalam comfirt zone yang diciptakan sendiri. Hutang keliling pinggang itu dah biasa. Tanpa perlu risau tentang big why mereka sendiri

Tentang Penulis

Mohamad Hafiz Shafie

Berkelayakan sebagai seorang engineer. Berpengalaman bekerja selama 6 tahun di Sime Darby Plantation. Seorang penyimpan emas sejak belajar di universiti. Aktif berkongsi ilmu dengan pengalaman tentang simpanan emas sejak 2016, dan telah membimbing lebih 800 penyimpan emas secara peribadi. Menjadi dealer Public Gold sepenuh masa sejak 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}