“Boleh saya tahu siapa kawan rapat Tuan di kalangan dealer Public Gold?”
Itu antara soalan yang saya selalu tanya kepada murid-murid saya, yang dah lama dalam bisnes, tapi performance masih di level yang sama.
Kalau kita bertahun-tahun masih di level yang sama, mesti ada perkara yang kita kena perbetulkan (atau pertingkatkan) pada diri kita.
Ilmu dan skill kita macam mana?
Habit dan rutin kita macam mana?
Dan yang sangat penting ialah siapa kawan-kawan rapat kita?
Kenapa kawan rapat?
Sebab kita adalah produk persekitaran kita.
Keluarga tempat kita membesar, sekolah dan universiti tempat kita belajar, tempat kerja, kejiranan, dan circle harian kita — semuanya secara perlahan-lahan membentuk cara kita berfikir, bercakap, bertindak...
Dan akhirnya membentuk siapa diri kita hari ini.
- Circle Kita Bayangan Diri Kita. Kita Pula Bayangan Circle Kita!
- The Power of Association : Kita Adalah Produk Persekitaran Kita
Kalau berkawan rapat dengan achievers (orang berjaya) — yang suka belajar, fast action, sentiasa fokus pada result — lama-kelamaan, kita pun akan terikut-ikut rentak yang sama.
Sebaliknya, kalau kita dikelilingi oleh orang yang kuat mengeluh, suka salahkan keadaan, asyik rasa diri mangsa, dan sibuk cerita kenapa “tak boleh”, jangan terkejut kalau hidup kita tak ke mana-mana.
Ubah circle, kehidupan akan berubah
Jadi kalau tahap hidup tak ada peningkatan, cuba cek balik; siapa kawan-kawan rapat kita.
Kalau dealer Public Gold, cuba cek siapa kawan-kawan sesama dealer PG yang kita selalu 'minggle' bersama.
Biasanya kawan-kawan kita lebih kurang sahaja dengan kita.
Malah, kalau kita orang paling 'hebat' dalam circle kita, kita sebenarnya sedang berada dalam circle yang salah!
Kemajuan hidup kita akan terbantut. Kolam tu terlalu kecil untuk ikan yang besar!
Maka sudah sampai masanya kita kena berubah.
Join circle yang lebih berjaya
Cari kawan baru yang lebih hebat daripada kita...
Antaranya, pindah ke kejiranan baru, di mana jiran-jiran kita tu orang yang lebih kaya dan berjaya berbanding kita.
Atau pergi join kelab-kelab hobi yang mahal, antaranya, kelab golf, kelab big bike, kelab diving ataupun travel business class.
Selalunya, itulah tempat di mana orang lebih berjaya daripada kita berkumpul.
- Beg LV & Business Class : Pengajaran Tentang Circle Orang Kaya
- Seminar Fizikal, Tempat Paling Mudah Join Circle Orang Kaya
Bila kita duduk dengan orang yang lebih berjaya, topik perbualan berubah... cara fikir berubah... standard hidup berubah...
Dan tanpa sedar, kehidupan kita pun mula berubah.
Saya sendiri nampak perubahan besar pada murid-murid yang berani buat keputusan ni.
Memang benarnya kata-kata bijak pandai, siapa kawan-kawan kita hari ini, itulah masa depan kita...
"Show me your friends and I'll show you your future." - John C. Maxwell (American author, speaker, and leadership expert)
Zulkifli
Cyberjaya
1 Ogos 2023
14 Muharram 1445H
"You are the average of the five people you spend the most time with" - Jim Rohn
“Nak tengok masa depan kita dalam sesuatu kerjaya, lihatlah senior yang sudah 5 - 10 tahun awal dari kita. Itulah masa depan. Kalau suka dengan kehidupan mereka, follow mereka sampai berjaya. Kalau tak suka, ubah halatuju, cari jalan lain.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 Oktober 2023
“5 - 10 tahun akan datang, kita masih diri kita yang sama dengan tahap kehidupan yang sama, kecuali apa buku yang kita baca, dengan siapa kita berkawan rapat, dan apa impian hidup kita hari ni. Nak ubah masa depan, ubahlah 3 perkara tersebut hari ini.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Jun 2024
Artikel berkaitan:
- Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!
- 3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang
- Nak Ubah Masa Depan, Kena Ubah Circle (Pergaulan) Kita Dulu
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
- Kopi Tanpa Gula : Kawan Menentukan Siapa Kita Pada Masa Depan
- Kekayaan Bukan Tentang Membina Poket, Tapi Membina Diri
- Kekayaan Sebenar Ada Di Dalam Diri

