"Berkawan rapat dengan 5 jutawan, kita jutawan ke-6", kata Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan Malaysia).
Persoalannya, macam mana nak berkawan dengan jutawan?
Sudikah jutawan berkawan dengan kita?
Saya nak bongkarkan satu rahsia yang mungkin banyak tak tahu...
More...
Tip paling mudah nak join circle jutawan ialah join seminar atau conference fizikal tentang kewangan, bisnes ataupun pelaburan. Di situlah tempat paling mudah nak jumpa jutawan-jutawan senyap.
Berkawan dengan jutawan senyap
Kenapa saya cakap jutawan senyap?
Sebab kebanyakkan orang yang benar-benar kaya, mereka tak suka show-off. Mereka tak suka orang tahu dia kaya.
Yang suka show off ni, kebanyakannya bukanlah benar-benar kaya.
Samada mereka golongan mewah dengan hutang, ataupun baru nak "up".
Orang kaya sebenar, mereka tak perlu "try hard" untuk tunjuk mereka kaya. Tak ada keperluan pun tunjukkan kekayaan mereka.
Di seminar-seminar yang saya sampaikan, saya sering jumpa jutawan-jutawan senyap ni.
Tip kenali jutawan senyap
Macam mana saya boleh kenal dia jutawan senyap?
Jawabnya, hanya jauhari mengenal manikam...
Orang kaya, dia kenal orang yang sama-sama kaya dengan mereka.
Berdasarkan persoalan yang mereka ajukan, perkataan dan bahasa yang mereka gunakan, sikap mereka, saya dapat baca tahap pemikiran dan tahap kewangan mereka.
Tapi tak perlu risau. Kalau tak dapat kenal siapa jutawan senyap pun, dapat berkawan dengan mereka yang rapat dengan jutawan pun jadilah...
Iaitu mereka yang ada misi yang sama dengan kita dalam membina kekayaan.
Kelebihan seminar fizikal berbanding online
Kelebihan join seminar atau conference secara fizikal, kita berpeluang join circle orang kaya di sesuatu tempat.
Walaupun kami G100 Network buat banyak seminar dan training online, tapi kami tetap anjurkan seminar fizikal.
Sebab kesannya tak sama... Kalau sama, cukuplah kami publish sahaja video-video seminar sebelum ni di channel YouTube sahaja.
Seminar online, kita berpeluang dapat ilmu.
Tapi seminar fizikal, bukan sekadar ilmu, tapi dapat semangat secara langsung dari speaker.
Tak akan sama semangat tengok perlawanan bola sepak dari kaca TV berbanding datang sendiri ke stadium.
Circle kita masa depan kita
Dan yang paling mahal, dapat berkawan dengan jutawan-jutawan senyap serta mereka yang ada misi yang sama dengan kita - nak jadi kaya.
Nak kaya, kena join circle orang kaya supaya dapat dorongan jadi kaya macam mereka.
Peluang ni tak akan dapat kalau sekadar seminar online.
Orang kaya dan berjaya, mereka tahu nilai networking; siapa yang kita kenal dan dengan siapa kita berkawan. Dengan siapa kita berkawan rapat hari ni, itulah yang akan mencorakkan masa depan kita.
Berkawan rapat dengan 5 jutawan, kita akan jadi jutawan ke-6. InsyaAllah.
Kalau tak dapat berkawan dengan jutawan, berkawan rapatlah dengan mereka yang rapat dengan jutawan dulu. Nanti mereka akan buka jalan untuk kita berkawan dengan jutawan. InsyaAllah.