"Zul, bila you naik Business Class, pakai beg LV tu paling minimum..."
Naik flight business class kena pakai beg LV (Louis Vuitton)?
Saya tak boleh 'brain' apa maksud Dato Seri Louis Ng waktu di Dubai Airport, ketika kami nak berangkat pulang ke Malaysia - lepas 9 hari bercuti di sana pada Jun 2022.
More...
Dicadang beli barang mewah?
Jam di tangan saya menunjukkan sekitar pukul 1.00 pagi.
Masa kepala saya tengah ting-tong (sebab mengantuk - tak boleh fikir), tiba-tiba Dato Seri cadangkan saya beli beg LV yang harganya lebih RM10,000 (harga kayangan) untuk isteri saya!
Sepanjang 15 tahun saya jadi dealer #PublicGold, itulah kali pertama beliau cadangkan saya beli barang mewah.
Sebagai founder syarikat, tentunya beliau tahu income saya. Dan tentunya beliau tak akan cadangkan saya beli apa yang di luar kemampuan saya.
Walaupun saya tahu Dato Seri sentiasa nakkan kebaikan untuk saya. Tapi saya ada ‘keras kepala’ saya juga...
Saya tetap tak beli...
Saya tak akan beli sesuatu yang saya tak boleh justify kenapa patut saya beli dan apa manfaatnya. Apatah lagi isteri saya bukan peminat handbag berjenama.
Tak boleh brain kenapa perlu beli
Saya fikir, handbag yang saya belikan sebagai hantaran perkahwinan 19 tahun sebelum tu pun dia tak pakai. Apatah lagi nak beli handbag harga kayangan ni!...
Kalau sebab naik flight Business Class pun, bukannya saya naik free... Tiket saya memang dibayar. Public Gold yang bayar.
Dan harga tiketnya pun tentunya harga kayangan.
Untuk trip ke Dubai tahun 2022 tu, saya difahamkan harga tiket pergi balik untuk flight Emirates Business Class pun sekitar RM20,000 seorang.
Kos tiket penerbangan kami berdua sahaja sekitar RM40,000. Tiket sahaja...
Kalau harga tiket pun dah mahal, jadi apa kaitan pakai beg LV dengan naik Business Class?
Saya tak boleh brain masa tu...
Keluar dari kepompong
Balik ke Malaysia, kata-kata Dato Seri itu sentiasa bermain difikiran saya. Terngiang-ngiang...
Saya fikir, boleh jadi Dato Seri rasa malu kalau dealer yang dianggap berjaya pakai lekeh-lekeh - bila berjalan ke sana ke mari dengan dia dan isteri.Timbul rasa bersalah - sebab tak dengar cakap...
Jadi untuk hargai jasa beliau yang dah banyak ubah hidup kami sekeluarga, saya bawa isteri ke Butik LV di Pavillion, Kuala Lumpur. Beli satu untuk cukupkan syarat - "saya dah beli beg LV”!
Selesailah - saya fikir...
Tapi rupa-rupanya saya silap. Bukan itu maksud Dato’ Seri.
Masa isteri saya tengah tengok-tengok beg di Butik LV di Rome (Oktober 2022), saya sempat berbual dengan beliau.
Beli beg LV sebenarnya bukan tentang air muka beliau, tapi tentang saya dan isteri.
Selain membuatkan isteri saya happy (mungkin), dia nak saya dan isteri masuk ke dalam circle yang lebih baik.
Keluar dari kepompong kami, dan ber-networking dengan orang yang lebih berjaya dari kami.
Beg LV bukan barang mewah
Trip ke Italy 2 tahun lepas, adalah trip ke-2 saya dan isteri jadi penumpang Business Class.
Sepanjang penerbangan, barulah saya sedar... Penumpang Business Class bukan orang biasa-biasa. Mereka adalah businessman, diplomat, orang ternama dan orang kaya-kaya dari serata dunia!
Majoriti dari kalangan mereka adalah pemilik bisnes.
Mereka terbang Business Class bukan sebab nak tunjuk kaya kepada netizen. Bukan...
Bahkan mereka terbang diam-diam sahaja atas urusan masing-masing.
Bila terbang dengan Business Class, kami berpeluang akses kepada orang kaya-kaya di dunia sepanjang flight. Mereka adalah orang yang lebih berjaya daripada kami.
Bagi orang kaya, handbag mahal macam LV tu bukanlah subjek penting... Handbag tu bukan barang mewah bagi mereka...
Orang kaya ada standard-nya sendiri. Selain dari mindset dan penampilan, pergaulannya juga berbeza.
Join circle yang sekufu
Orang kaya tak berkawan rapat dengan orang sembarangan. Bukan sebab sombong, tapi salah satu sebabnya mereka tak suka orang judge mereka...
Barang yang dianggap biasa-biasa sahaja bagi mereka, tapi dianggap pakai barang mewah bagi orang kebayakkan.
Bila duduk dalam circle mereka, tak ada siapa yang judge dia bermewah, beli barang mahal ataupun nak tunjuk kaya... Sebab semuanya sama-sama kaya...
Sama level...
Mereka sangat jaga circle mereka.
Mereka mudah kenal orang yang sama level dengan mereka melalui penampilan dan percakapan mereka.
Sebab apa yang keluar dari mulut seseorang, menggambarkan apa yang ada dalam fikiran dia - dan tahap pemikiran dia.
Orang kaya sentiasa cari circle yang lebih baik dari mereka.
Istilahnya ialah "networking".
Networking - cara orang kaya belajar
"Networking" itulah cara mereka cari ilmu-ilmu baru supaya jadi lebih baik.
Cuba perhatikan, banyak kelas yang ajar tentang "Membina 1 Juta Pertama". Tapi tidak ada sesiapa anjurkan kelas "Membina 100 Juta Pertama"!
Tidak ada...
Sebab apa?
Sebab orang kaya tak belajar melalui kelas atau seminar - sebagaimana kita. Kelas untuk mereka memang tak wujud.
Sebaliknya mereka sentiasa belajar daripada orang yang lebih berjaya dan lebih berpengalaman daripada mereka - melalui "networking".
"Networking" tu antara rahsia yang membuatkan orang kaya jadi semakin kaya.
Persoalannya, apakah cara orang kaya cari network dan circle yang lebih baik?
Cara join circle orang kaya
Caranya bukanlah beli barang mewah (dengan cara berhutang) untuk impress orang yang lebih miskin dari mereka. Bukan...
Tapi bila ada kemampuan, mereka upgrade penampilan diri, dan pergi ke tempat-tempat di mana orang kaya-kaya berkumpul.
Mereka pindah ke kawasan kediaman lebih baik supaya berjiran dengan orang yang lebih kaya daripada mereka.
Mereka hadir ke business conference, jadi member golf-club, join kelab hobi yang mahal... Dan salah satunya juga terbang dengan Business Class!
Itulah antara cara mereka join circle yang lebih baik.
Saya pun pernah terbaca tip ni dalam buku tentang sales; di mana nak cari “high networth client”.
Upgrade circle dari semasa ke semasa
Pengalaman ni mengajar saya supaya sentiasa duduk dalam circle yang lebih baik dari kita supaya kita tak selesa dengan apa yang ada, dan terus cipta kejayaan baru.
Bak kata bijak pandai,
"Kalau kita adalah orang yang paling berjaya di sesuatu tempat, kita sedang berada di tempat yang salah!"...
Circle tu tak lagi mendorong kita pergi ke next level dan cipta kejayaan baru...
Dan kata-kata bijak pandai lagi,
"Your network is your net worth!"...
Jaringan kenalan kita itulah yang akan naikkan nilai kekayaan diri kita satu hari nanti. InsyaAllah...


