MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Ubah Masa Depan, Kena Ubah Circle (Pergaulan) Kita Dulu

October 29, 2024

Kita adalah produk persekitaran kita. Dengan siapa kita berkawan, akan mencorakkan masa depan kita.

Dalam tak sedar, kawan-kawan rapat kita sebenarnya akan berikan pengaruh besar dalam hidup kita.

Satu masa dulu, saya tak minum kopi. Langsung tak minum... 

Dari tak minum jadi peminat kopi

Kalau saya cuba-cuba minum, saya mula rasa sakit kepala dan kerap masuk toilet (buang air kecil).

Tapi sejak berkawan rapat dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah (dari tahun 2016), saya mula mimum kopi dan suka minum kopi.

Sampai saya pergi jumpa doktor gigi untuk buat scalling, doktor tanya saya banyak minum kopi ke?

Dia bagitahu celah-celah gigi saya ada kesan kopi yang susah nak tanggal. Kerja scalling tu ambil lebih masa.

Kawan rapat mengubah saya dari tak minum kopi kepada peminat kopi. 

Kedua, tak pernah terfikir dalam hidup saya nak join aktiviti menyelam.

Tak pernah terfikir jadi diver

Kali pertama sama ambil lesen diving (menyelam), saya fikir nak menyelam cuma setahun sekali. Sekadar nak hidupkan lesen sahaja. 

Tapi bila berkawan dengan diver (penyelam) tegar; Tuan Asmanizam Abdullah dan isterinya Dr Siti Hasifah, saya naik ketagih untuk turun diving lagi dan lagi.

Daripada sekadar menyewa alat selaman, sekarang saya dan isteri dah beli diving gear yang lengkap yang harga ribuan ringgit!

(Kononnya sebagai long term 'investment')

Daripada tak minat diving, sampailah saya berbelanja besar untuk beli alat diving.

Itulah set pakaian paling mahal dalam hidup saya!... 

Ubah circle, masa depan akan berubah

Balik sahaja diving minggu lepas di Pulau Tenggol (Dungun, Terengganu), sekarang kami dah plan untuk diving trip seterusnya bulan depan!...

Owh... Gara-gara berkawan dengan divers, akhirnya saya pun nampaknya akan jadi diver tegar juga walaupun sebelum ni tak pernah terfikir pun jadi diver...

Dari pengalaman hidup ni, saya sangat percaya, nak berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, kita kena berkawan dengan orang yang betul. 

Kalau nak kaya, kena join circle (lingkungan pergaulan) orang yang obses bina kekayaan; obses menabung, bebas hutang, tingkatkan pendapatan dan capai #FinancialFreedom.

Circle akan mengubah diri kita 

Walaupun nampak macam mustahil pada permulaannya, circle itu nanti akan mengubah diri kita.

Dan kita tak akan kaya kalau membiarkan diri berada dalam circle yang pandangan buruk dan memusuhi kekayaan.

Tukar circle. Nanti circle itu akan mengubah diri kita dan masa depan kita.

InsyaAllah... 

#MembangunDiri #MyDivingJourney 

Zulkifli
Cyberjaya
29 Oktober 2024
25 Rabiul Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>