MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Ubah Masa Depan, Bermula Dengan Ubah Mindset

October 24, 2023

Kehidupan kita hari ini, ialah apa yang kita buat 5 - 10 tahun yang lalu. Kehidupan kita lagi 5 - 10 tahun, bergantung apa yang kita buat hari ini.

Nak masa depan lebih baik, kena ubah diri sendiri dulu.

Perubahan tu tak berlaku dalam setahun dua, tapi bertahun-tahun lamanya. Jadi kalau serius nak ubah masa depan, kena ubah diri mulai hari ini. 

Persoalannya, apa yang nak kena ubah dulu?

Proses mengubah diri dan masa depan, bermula dengan mengubah MINDSET kita dulu. Iaitu apa yang kita percaya tentang diri kita dan masa depan kita. 

Ubah apa yang kita percaya dulu

Sedar atau tak sedar, kita sebenarnya mencorakkan masa depan kita dengan apa yang kita percaya. 

Kalau kita percaya kita "boleh" dan "berjaya", kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya tu dan akhirnya memang betul, kita "boleh" dan akhirnya kita berjaya! InsyaAllah. 

Sebaliknya, siapa yang tak percaya yang dia "boleh" berjaya, akhirnya dia akan membenarkan apa yang dia percaya. 

Bila ada halangan, cabaran ataupun rasa 'down' sikit, dia mudah give-up (putus asa).

Dia cakap pada diri sendiri, "tengok tu, memang betul pun aku akan gagal", "aku memang tak pandai", "memang dah nasib aku - gagal".

Padahal, itu bukan fakta.  Ia cuma apa yang bermain dalam fikiran dia. Bahkan itu adalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. 

Beza orang berjaya bila rasa down 

Semua orang berjaya pun pernah down.

Semua orang berjaya pun pernah rasa lemah semangat, ragu-ragu dan nak putus asa. 

Tapi bezanya, orang berjaya tak pernah give-up. Dia tak pernah mengalah. 

Setiap kali jatuh, dia akan bangkit balik berkali-kali, sampailah akhirnya dia berjaya! 

Dia membenarkan apa yang selama ni dia percaya tentang diri dia; "aku pasti akan berjaya"!

Proses mengubah mindset bermula dengan mengubah INPUT yang masuk dalam kepala kita, dan mengubah CIRCLE (lingkungan pergaulan) kita dulu. 

Cara nak ubah mindset

Stop input negatif, masukkan sebanyak mungkin input positif. Antaranya;

  1. Unfollow medsos yang negatif. 
  2. Unfriend dan block mereka yang toksik di medsos. 
  3. Follow content-content yang positif di medsos. 
  4. Jadikan amalan baca buku self-help setiap hari. 20 minit setiap hari ataupun baca 1 chapter setiap hari.
  5. Join circle yang positif. Berkawan rapatlah dengan mereka yang ada misi yang sama untuk ubah kehidupan. 
  6. Cari guru dan mentor. Berusaha dapatkan akses atau berada dekat dengan mereka yang dah proven capai apa yang kita nak capai. 

Amalkan tip-tip ringkas ni. Saya percaya, hidup kita juga akan berubah jadi lebih baik 5 - 10 tahun akan datang. InsyaAllah...

Bak kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, berkawan rapat dengan 5 jutawan, kita jutawan ke-6. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
24 Oktober 2023
9 Rabiul Akhir 1445H

#MembangunDiri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>