MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ubah Diri, Tuhan Akan Ubah Nasib Kita

September 24, 2023

"How you do anything is how you do everything".

Macam mana cara kita selesai sesuatu kerja, macam tu juga cara kita selesaikan kerja-kerja yang lain. Apa pun kerja yang kita buat, hasilnya akan tetap sama. Sebab cara kerja kita masih sama... 

Kalau kita perform dengan baik dalam sesuatu bidang, kita juga akan perform dengan baik dalam bidang yang lain.

More...

Sebab "performance" tu sudah ada dalam diri kita.

Itulah nasihat saya kepada anak-anak dalam sessi ta'lim lepas maghrib tadi. 

Rumah kami, adalah pusat latihan untuk mereka bina masa depan.

Kalau mereka berdisiplin di rumah, dan selesaikan tanggungjawab mereka dengan cemerlang tanpa perlu disuruh-suruh, dia juga akan disiplin dan cemerlang pada masa depan. InsyaAllah. 

Kalau dia tak perform dengan baik di rumah, dia kena cepat-cepat upgrade diri dia dari sekarang, sementara dia masih menumpang di "pusat latihan" ini.

Sebab bila tiba waktunya, dia kena keluar dari rumah untuk bina kehidupan dia sendiri.

Nasib dia, dia yang tentukan sendiri. Walaupun takdir itu di tangan Tuhan, tapi takdir Tuhan itu dihujung ikhtiar kita.

Kalau nak ubah nasib kita, kena mula dengan ubah diri kita dari sekarang. Bila kita ubah diri, barulah Tuhan akan ubah nasib kita...

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd 13 : 11).

Zulkifli
Cyberjaya
23 September 2023
8 Rabiul Awwal 1445H

#TipIbubapa #MembangunDiri

Kalau hidup tak ke mana-mana, itu masanya muhasabah diri. Upgrade mindset, ubah sikap dan tabiat. Kehidupan kita akan berubah. InsyaAllah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>