Kita tak akan jadi lebih kaya dengan diri kita versi hari ini. Tapi kena upgrade diri jadi diri kita dalam versi yang lebih baik, barulah kekayaan yang banyak datang kepada kita.
Membina kekayaan sebenarnya bukanlah tentang membina poket, tapi membina diri.
Saya kenal banyak jutawan secara peribadi... Saya kenal mereka, dan mereka juga kenal saya secara peribadi.
More...
Orang Kaya, Orang Baik-baik
Apa yang saya perhatikan, banyak dari kalangan mereka adalah "jutawan senyap"... Yang nampak hidup biasa-biasa, tapi dia adalah jutawan... Self-made millionaire kata orang putih...
Pengalaman saya sehingga ke hari ini, saya belum jumpa lagi self-made millionaire tu orangnya jahat, sombong, tamak, dan lupa diri macam apa yang selalu ditunjukkan dalam TV...
Semuanya baik-baik dan saya respek peribadi mereka...
Saya sangat yakin, sebab mereka orang baik lah banyak orang suka bekerja dan bekerjasama dengan mereka... Sebab mereka bangunkan bisnes yang baik, customer pun suka berurusniaga dengan bisnes yang mereka bangunkan...
Saya sangat percaya, kerana peribadi mereka yang baik dan bagus itulah yang membuatkan kekayaan datang kepada mereka lagi dan lagi...
Memanglah rezeki itu semua dari Tuhan... Tapi Tuhan tak ubah nasib seseorang itu hinggalah dia ubah diri dia sendiri...
Ubah Diri, Poket Akan Berubah
Ubah diri dari malas kepada rajin...
Ubah diri dari ego kepada merendah diri...
Ubah diri dari banyak buang masa tengok TV, skroll medsos yang tak bermanfaat kepada baca buku dan follow medsos yang dapat membangun diri...
Ubah diri dari rasa sudah pandai kepada obses dalam mencari ilmu...
Ubah diri dari berkawan dengan orang yang toksik kepada circle yang positif...
Ubah diri dari sibuk bercakap pasal buruk orang lain kepada bercakap tentang idea dan masa depan kita...
Ubah diri dari sentiasa mengeluh kepada sentiasa sibuk perbaiki dan pertingkatkan diri sendiri...
Bila kita sibuk ubah diri kita sendiri, pasti Tuhan akan ubah kehidupan kita suatu hari nanti... InsyaAllah...
Ubah Mindset, Kehidupan akan Berubah
Saya masih ingat suatu ketika dulu, antara perkara pertama yang guru saya suruh saya buat untuk jadi kaya ialah tutup TV dan masukkan input yang baik-baik tentang kekayaan...
Selagi mindset kita masih lagi bertarung dengan konflik "kaya segan miskin tak mahu", sampai bila-bila pun kekayaan yang banyak tak akan datang kepada kita...
Kita kena ubah mindset, barulah kehidupan kita akan berubah. Kerana kita mencorakkan kehidupan kita berdasarkan apa yang ada dalam fikiran kita.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Rad 13 : 11)
Allahu a'lam.