MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Solat Di Mana Sahaja, Asalkan Suci dan Tutup Aurat

August 17, 2023

Hanya kerana solat, berlaku kekecohan dalam pesawat MAS dari Sydney ke Kuala Lumpur. Tak pasal-pasal, hanya kerana solat menyusahkan banyak orang, penerbangan terpaksa berpatah balik, dan banyak jadual penerbangan tergendala.

Dan lebih buruk, ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa!

Padahal solat itu mudah bagi siapa yang ada ilmu. Mungkin itulah sebabnya kenapa Nabi s.a.w. katakan bahawa orang berilmu itu lebih utama berbanding orang beribadah.

More...

Tak Semestinya di Surau atau Masjid

Solat sebenarnya boleh di mana-mana. Asalkan tempat tu suci, zahirnya tak ada najis, di situlah tempat kita boleh solat.

Tak semestinya ke masjid atau surau. Tak semestinya kena bawa telekung (bagi wanita). Dan tak semestinya kena solat berdiri (kalau keadaan tak mengizinkan).

Cara saya, kalau nak keluar ke mana-mana dan tak tahu dekat mana nak solat nanti, saya akan sentiasa bawa sejarah kecil, yang boleh gulung-gulung dan genggam di tangan. Masukkan dalam beg.

Supaya tak perlu kelam-kabut cari surau atau masjid.

Ambil Wudhuk Sangat Mudah

Kedua, saya selalu bawa air mineral satu botol kecil ke mana-mana. Letakkan dalam beg.

Kalau tahu ambil wuduk dengan betul, setengah botol air meneral 600 ml tu pun sepatutnya tak habis kalau sekadar nak berwuduk.

Kalau nak berwuduk syaratnya kena habis air satu baldi, itu sudah masuk pembaziran.

Dan yang terakhir, isteri saya jarang sekali bawa telekung kalau keluar ke mana-mana. Kalau kena pakai telekung dulu baru boleh solat, maksudnya pakaian yang dipakai tu tak cukup syarat tutup aurat!

Tak Perlu Bawa Kain Telekung

Jadi pakailah pakaian yang cukup syarat tutup aurat. Supaya tak adalah nak kena bawa telekung ke mana-mana.

Agama tu mudah, kalau kita ada ilmu.

Belajarlah agama dan jangan berhenti belajar agama walaupun kita bukan Ustaz atau Ustazah.

Kita belajar agama sebab kita pun nak masuk Syurga...

Pesan Nabi SAW: ‎

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” (Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim) [Riyadus Solihin, Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 832]

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
17 Ogos 2023
30 Muharrram 1445H

Dan daripada Abi Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Keutamaan orang yang berilmu daripada orang yang beribadah seperti keutamaanku terhadap serendah-rendah kamu". (HR Tirmizi, dia berkata bahawa hadis ini "hasan").
[Riyadus Solihin, Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 837]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>