"Berapa lama boleh dapat stok Axia Rahmah ni Encik?". "18 bulan Bang!" jawab salesman Perodua.
"Uish... Setahun setengah baru dapat stok?... Banyaknya permintaan... Tapi baguslah... Dapat bantu golongan B40 beli kereta", balas saya...
"Tapi yang banyak beli kereta ni bukan B40 Bang, tapi golangan M40 (yang income lebih besar)..."
"Owh... Macam tu pulak..."
Memudahkan Yang Memerlukan
Dengan ada kereta Axia Rahmah (Perodua Axia E, harga RM22,000) ni, maksudnya golongan M40 dapat beli second car dengan lebih mudah...
Saya pun datang nak tengok kereta untuk anak saya belajar di universiti. Sambil tu dia boleh tolong-tolong jemput adik dia balik sekolah kalau isteri tak sempat jemput mereka.
Lesen dia dah ada, cuma kami ada sebuah kereta sahaja - kenderaan utama yang isteri saya gunakan untuk bergerak. Itu yang saya fikir nak beli lagi satu kereta supaya mudah anak saya gunakan.
Syukur, alhamdulillah. Dengan adanya kereta Axia Rahmah ni, saya yakin dapat banyak membantu masyarakat kita dari sudut kewangan.
Untuk Digunakan, Bukan Dipamerkan
Beli kereta untuk tujuan sebenar. Untuk bergerak dari point A ke point B dengan selamat dan sedikit selesa. Tak perlu mahal-mahal kalau sekadar nak guna dekat rumah atau buat pergi pasar sahaja.
Kalau beli kereta terlalu mahal, nanti kereta tu bukan kita gunakan untuk bergerak dari point A ke point B. Tapi sekadar bergerak dari point A dan kembali ke point A juga bak kata Tuan Haji Azman Bilaji.
Guna sekadar buat pusing-pusing, keluar dari rumah dan terus balik ke rumah. Dan kita terpaksa berhabis duit dan berhabis masa hanya semata-mata nak jaga kereta.
Sampai kereta tu jadi 'tuan' yang kita terpaksa menjaganya...
Beliau pernah share pengalaman peribadi beliau pakai kereta mewah sebagai iktibar buat anak-anak muda...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
16 Ogos 2023
29 Muharram 1445H
"Dulu beli kereta sebab nak pergi kerja. Sekarang pergi kerja sebab nak bayar kereta. Nak berhenti kerja pun dah susah gara-gara beban hutang yang besar; terbeli kereta di luar keperluan dan kemampuan sebenar. Jadi berpada-padalah bila berhutang." - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Jun 2024
Coretan FB berkaitan:
- Downgrade kereta sementara waktu untuk tingkatkan kualiti hidup - FB Adam Kelvin