MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Carilah “Missing Piece” Itu Untuk Fahami Agama

August 20, 2023

Bertahun-tahun mengaji Quran, entah berapa puluh kali khatam membaca sepanjang hidup 38 tahun. Tapi tak pernah serius mengkaji apa kandungan keseluruhannya.

Sekadar belajar beberapa potong ayat sahaja. 

Setiap kali saya terpandang Quran kecil ni, saya jadi insaf. Sepanjang 24 bulan terkurung dalam penjara, saya sempat 24 kali khatam membacanya dan 12 kali khatam terjemahannya... 

More...

Baca Quran Tapi Tak Faham

Apa yang membuatkan saya kesal, sepanjang 38 tahun hidup (sebelum terpenjara), sekalipun saya tak pernah betul-betul khatam terjemahannya!

Sedangkan Tuhan turunkan Quran supaya kita baca, fahamkan dan jadikan sebagai panduan.

Tapi kalau tak pernah baca kandungannya sampai khatam, apa sebenarnya yang saya faham tentang agama sepanjang hidup 38 tahun?

Beragama dengan hanya sekadar ikut-ikut apa yang orang cakap?

Agama ni sebenarnya kena ikut Tuhan, kena ikut Nabi. Bukan ikut-ikut orang.Nak tahu apa yang Tuhan cakap, kena baca Quran.

Ikut Tuhan, Ikut Nabi

Nak tahu apa yang Nabi cakap, kena baca hadis. Dan nak faham kehidupan Nabi secara makro, kena baca sirah.

Kalau tak, kita hanya akan nampak agama ni macam jigsaw puzzle. Nampak agama hanya pada beberapa keping sahaja. Dan kita anggap itulah agama - dalam rupa yang cacat!

Sedangkan banyak lagi “missing piece” yang masih belum kita jumpa dan susun dengan baik. Melainkan kita mencari “missing piece” itu dari Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Selagi hidup, kena terus baca, belajar, mengkaji dan meneliti Quran dan Hadis. Supaya agama yang kita pegang itu lurus membawa kita ke Syurga... Amiin...

Pesan Nabi SAW: ‎

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” (Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
[Riyadus Solihin, Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 832]

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
17 Ogos 2023
30 Muharram 1445H

#islahdiri #TabahHadapiMusibah

Al-Quran kecil yang jadi teman rapat sepanjang 2 tahun saya dipenjarakan. Dalam Quran ni penuh catatan penting hasil tadabbur setelah 12 kali khatam terjemahannya. Alhamdulillah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>