"Bayangkan bangun jer dari tido, tengok suami dah siap lipatkan kain yg kau longgokan seminggu. Bayangkan...". Itu coretan di medsos yang menjadi impian isteri-isteri yang nak kesempurnaan... Dan impian lelaki yang terlalu nak menyenangkan hati isteri...
More...
Satu ketika dulu, saya rajin sangat kemas rumah dan mop lantai. Anak kecil ramai, jadi rumah sentiasa bersepah dan lantai nak kena mop.
Teguran Mentor Jutawan
Boleh katakan banyak masa saya spent untuk kemas rumah dan cuci kereta. Saya nak rumah sentiasa bersih dan kemas, dan kereta pun sentiasa berkilat... Hinggalah sepatah pesanan mentor bisnes saya lebih kurang begini;
"Mop lah rumah tu hari-hari. Rumah flat tu tak bertukar jadi kondo. Cucilah kereta hari-hari. Kereta Myvi tak akan bertukar jadi Mercedes!" - pesan mentor
Aduh... Kata-kata mentor saya tu benar-benar menusuk qalbu!
Saya faham maksud beliau... Waktu kita sepatutnya fokus pada perkara yang produktif yang boleh menjadikan masa depan kita lebih baik. Daripada seorang suami habis masa lipat baju, baik dia keluar rumah bangunkan bisnes dan bina kekayaan untuk keluarga.
Utamakan yang utama
Tugas utama suami ialah bina jaminan masa depan untuk isteri dan anak-anak. Bukan sibuk dengan hal remeh-temeh di rumah hanya semata-mata nak menyenangkan hati isteri, nak jadi "suami mithali" kononnya.
Baju tak berlipat pun tak apa. Nanti bila berduit, bayar orang lain untuk buat perkara-perkara yang orang lain boleh tolong buatkan. Kita beli masa orang lain untuk buat perkara yang tak bernilai tinggi untuk masa depan kita.
Sebaliknya kita gunakan waktu kita sendiri untuk fokus buat apa yang penting sahaja. Yang akan mengubah masa depan kita sekeluarga menjadi lebih baik. InsyaAllah.
Beli masa orang lain
Dengan teknologi makin canggih hari ni, kita boleh serahkan robot untuk sapu dan mopkan lantai. Kita boleh serahkan tugas jemur baju kepada mesin basuh yang siap ada fungsi pengering... Kita boleh order makanan atau lauk pauk daripada Grab.
Supaya masa kita tak terbuang pada perkara yang tak bernilai tinggi.
Tapi daripada duduk rumah asyik habis masa tengok TV dan layan handphone tu, atau melepak yang tak membina masa depan, duduk lipat baju lebih berfaedah... Sekurang-kurangnya ringan la juga kerja-kerja isteri di rumah...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
5 Julai 2023
16 Zulhijjah 1444H
Artikel berkaitan:
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula
- Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
- Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir
- Bila Tak Ada Duit, Pergi Cari Ilmu. Bukan Melabur
- Terlalu Humble Itu Sebenarnya Selfish
- Hidup Cara Minimalist, Kurangkan Beban Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bahagia