Lagi dekat, lagi jatuh hati...
Terlalu banyak kisah-kisah kejayaan, tapi hanya sedikit sahaja didedahkan kepada umum...
Itulah konflik yang selalu bermain dalam diri saya dan juga team saya. Jarang bercerita tentang pencapaian sebenar sampai orang tak kenal kami...
More...
Hinggakan Pn Marlia Ramli yang merupakan Champion of Champion dalam #PublicGold sekarang pun orang sibuk nak share tips kejayaan kepada dia waktu kami ikuti #PGLSBangkok hari tu...
Kalau mereka tahu pencapaian Pn Marlia dan team kami, mungkin mereka 'menangis' (insaf)...
Diam-diam Ubi Berisi
Sebab orang berilmu dan achievers yang sebenar lebih banyak diam berbanding bercakap... Mereka bercakap bila mereka perlu bercakap... Kerana mereka tahu batas ilmunya...
Sedangkan orang yang kurang berilmu, dia fikir dia tahu semua perkara... Maka dia lebih sibuk nak bagi tips (walaupun dia sendiri tak ke mana-mana) berbanding banyak bertanya dan menadah telinga dari mereka yang lebih berilmu...
Saya fikir, sikap terlalu humble pun tak bagus... Kita mampu perform dengan cemerlang, tapi kita bersikap berdiam diri kerana tak nak menunjuk-nunjuk. Akibatnya nanti orang akan lebih tertarik kepada mereka yang hype...
Bunyinya bising, tapi dalamnya kosong...
Antara Humble dan Selfish
Jadi kena seimbang antara merendah diri dan sharing kisah kejayaan kita (kepada target audience kita) supaya orang tahu keupayaan sebenar kami untuk deliver excellent results...
Walaupun bersikap humble (merendah diri) tu bagus.... Tapi terlalu humble tu selfish (mementingkan diri)!...
Kita sepatutnya bersikap proaktif membantu orang lain kalau kita benar-benar dapat perform.
Syukur alhamdulillah... Hari ini G100 (team yang saya bangunkan) sudah jadi kolam mengumpulkan talents (bakat dan kepakaran)...
Mereka yang berlatar-belakangkan kerjaya sebagai doktor perubatan dan doktor falsafah sudah terlalu ramau sertai kami. Golongan professional dan orang biasanya apatah lagi...
Kami sama-mana bangunkan G100 untuk sediakan "life-changing business education" buat masyarakat... InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
15 Mac 2023
22 Sya'baan 1444H

G100 adalah network terbesar dealer Public Gold. Kami dalam misi membantu 1000 penyimpan emas mencapai financial freedom bersama kami tahun 2024.