MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Inilah Yang Membuatkan Kita Gembira Selamanya

September 26, 2017

Dulu rasa bestnya duduk hotel. Sekarang hotel tu cuma tempat tidur sementara dapat balik rumah je. Datang check in, terus masuk bilik. Keluar sekejap pergi makan, atau hadiri program, lepas tu masuk bilik balik. Check out hotel, terus balik. Pusing area hotel pun tidak walaupun saya duduk di hotel 5 bintang.

Dulu rasa bestnya kalau dapat makan malam di hotel 5 bintang, atau di restoran yang mahal. Tapi sekarang, makanlah di mana pun, ia cuma sekadar nak alas perut je. Makanan pulak pilih-pilih yang mana bagus untuk kesihatan je. Yang manis-manis, tolak ketepi atau ambil secubit sekadar nak rasa. Bahkan saya boleh katakan, makanan yang biasa-biasa tu lebih menyelerakan berbanding makan di tempat-tempat yang mahal sebab kita dah terbiasa. Selera lain.

Keseronokkan Yang Tak Kekal

Dulu fikir nak beli kereta mewah, sekarang kereta hanya alat untuk bergerak je. Nak pergi office, jarak office saya cuma 500 meter je dari rumah saya. Nak pergi jauh, tak perlu drive kereta sendiri tapi naik flight je. Naik flight pun dah rasa macam naik teksi je sebab hampir setiap minggu saya fly. Nak pergi airport pun naik teksi GRAB atau teksi UBER je senang. Kalau beli kereta mahal, itu cuma tambah beban nak membela kereta pulak. Rasa macam membazir habis duit beratus ribu untuk beli kereta yang jarang pakai dan nilai makin susut. Jadi sehingga ke hari ini, saya masih pakai kereta yang harganya murah, lebih murah dari kebanyakkan kereta yang graduan baru masuk kerja pakai!

Dulu, saya impikan duduk rumah dan tak bekerja, tapi ada income kukuh masuk tiap-tiap bulan. Lepas 2 tahun (2014 – 2015) saya hidup tak bekerja, hidup mula rasa bosan. Hidup tak bekerja satu perkara membosankan. Saya perlu bekerja balik, tapi jadual kerja yang membolehkan saya bekerja di samping keluarga, bukan keluarga di samping kerja. Alhamdulillah, jadual saya kembali sibuk, tapi kesibukan yang menyeronokkan saya. Ia dipanggil “good tired”, sibuk tapi bermakna.

Misi Tuhan Ciptakan Kita

Saya boleh katakan, banyak kegembiraan yang dulunya saya impikan, sekarang saya sedar, nikmat itu sifatnya terhad. Kalau dapat kegembiraan pun, kegembiraan tu sifatnya sementara je. Ia tak bertahan lama, bahkan sampai tahap saya pun dah rasa bosan atas apa yang saya pernah cita-citakan satu ketika dahulu. Bila apa yang saya impikan dulu dah ada dalam genggaman saya, barulah saya sedar, “dunia” yang saya kejar tu sifatnya sementara dan terhad. Saya perlu cari nikmat sebenar yang kekal selamanya dan tiada had. Ia berbalik kepada kenapa Tuhan ciptakan kita, iaitu sebagai hamba dan khalifah Dia.

Apa yang saya faham, “Hamba” persoalan hubungan baik kita dengan Tuhan, hablum minallah. “Khalifah” persoalan hubungan kita sesama manusia dan seluruh alam, hablum minannas. Inilah sebenarnya kenapa Tuhan ciptakan kita, dan inilah misi hidup kita semua. Jadi orang baik, bantu orang lain jadi baik, dan jadikan dunia ini lebih baik. Fokus misi ini betul-betul, saya percaya di situlah kegembiraan sebenar yang akan kita dapat dalam hidup, bahkan kegembiraan tu akan kekal selepas mati hingga kita bertemu Tuhan nanti, insyaAllah.

poster tanggungjawab khalifah allahSaya tertarik dengan tafsiran tanggungjawab “khalifah” oleh Khalifah Model School. Saya tampal poster ini di workstation.

Bila saya renung balik ketiga-tiga aspek tanggungjawab ini, ia memang benar.

(1) Pilih untuk jadi baik

Dulu malas, sekarang rajin. Dulu banyak tengok TV, sekarang banyak baca buku. Dulu banyak buang masa, sekarang sibuk dengan aktiviti bermanfaat. Pernah satu ketika dulu, dengar azan tapi buat tak peduli, sekarang dengar azam hati tak senang kalau tak ke surau atau masjid, atau terus solat berjemaah di mana sahaja. Dulu kesihatan tak jaga, sekarang fokus supaya badan lebih fit, exercise cukup & makan pun jaga. Dan banyak lagi perkara yang saya masukkan dalam checklist untuk pertingkatkan diri dan jadi orang yang lebih baik, insyaAllah.

Kegembiraan atas pilihan untuk jadi lebih baik tu kekal berpanjangan selagi kita kekal dengan kebaikan itu, insyaAllah.

(2) Jadikan hidup orang lebih baik

tadika pasti an nur damansara damai10 tahun yang lalu, saya dan kawan-kawan tubuhkan Tadika Islam PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) di Damansara Damai. Ini kerja kebajikan kami tanpa dibayar apa-apa, bahkan kami keluarkan duit poket kami untuk tampung perjalanan tadika supaya anak-anak di Damansara Damai dapat belajar di sekolah tadika Islam yang baik. Tahun pertama 30 pelajar, sekarang dah hampir 200 pelajar dengan 14 orang guru dan lebih 10 orang AJK. Tadika tu sekarang ni alhamdulillah, berjalan dengan baik.

Saya rasa sangat gembira, atas usaha keras dulu, hari ini tadika tu berikan kebaikan sudah lebih 1000 pelajar sepanjang ianya beroperasi. Beberapa bulan lagi saya mungkin akan tinggalkan Damansara Damai untuk berhijrah ke tempat baru, dan saya percaya tadika itu akan berjalan dengan baik walaupun tanpa saya. Kegembiraan atas usaha ini kekal sampai sekarang (alhamdulillah), bahkan saya percaya itu juga akan berikan kegembiraan bila saya mengadap Tuhan satu hari nanti, insyaAllah.

Tahun 2008 dulu, saya tulis blog www.mohdzulkifli.com sekadar untuk simpan ilmu untuk bacaan saya dan juga kawan-kawan terdekat. Berdasarkan banyak feedback yang saya terima, hari ni, blog ini telah banyak berikan kesan positif terhadap kewangan ramai orang, alhamdulillah. Bahkan, artikel-artikel terpilih dalam blog ini diangkat menjadi buku “Zero Hutang” dan buku “Wang Emas” supaya dapat berikan manfaat kepada lebih ramai orang.

Kekadang saya rasa terharu terima ucapan terima kasih dari pembaca di FB Mesengger saya dan berjumpa saya secara peribadi di seminar-seminar yang saya sampaikan, alhamdulillah. Ia memotivasikan saya untuk terus menulis, insyaAllah.

Alhamdulillah, kegembiraan atas usaha menjadikan orang lain lebih baik tu kekal berpanjangan. Saya percaya, amalan yang sedikit itu akan menggembirakan saya bila kembali bertemu Tuhan satu hari nanti, insyaAllah.

(3) Jadikan dunia ini lebih baik

Dulu dunia “pelaburan emas”, susah nak cari dealer emas yang well-educated tentang pelaburan emas tu sendiri. Ada, tapi jumlahnya tak ramai. Kebanyakkannya adalah “salesman”. Jadi banyak pembeli emas tak dapat ilmu yang betul tentang emas, akhirnya ramai pembeli emas kecewa dengan emas.

Berbeza dengan sekarang. Sejak Public Gold sediakan program education untuk dealer-dealer (dan saya salah seorang MENTOR yang menjayakan program ini bersama guru saya En. Syukor Hashim dan rakan dealer saya Pn. Azizah Hasan a.k.a Mama Gold). Sekarang, saya boleh katakan majoriti dealer Public Gold yang ikuti education adalah dealer yang beretika, dan ada ilmu yang baik tentang emas. Mereka mampu bagi nasihat yang betul, atau setidak-tidaknya, mereka tak akan bagi ilmu yang salah hanya semata-mata nak dapatkan sales.

Alhamdulillah, dunia pelaburan emas sekarang ni dah jadi lebih baik.

JLT posterJutawan Emas Leadership Training (JLT) antara program latihan penting dealer Public Gold. Saya antara speaker tetap untuk program Public Gold ini.

Lagi satu perkembangan penting; dulu tak ada syarikat jual beli emas yang ada penasihat syariah (kecuali bank). Sejak fokus Public Gold bila saya kenal hati budi pengasasnya iaitu Dato Wira Louis Ng, saya pasang cita-cita satu hari nanti Public Gold akan jadi sebuah syarikat yang disahkan patuh syariah.

Alhamdulillah, sekarang Public Gold menjadi pelopor sebagai syarikat persendirian pertama yang mempunyai panel shariah yang berkredibiliti. Saya adalah antara orang penting menjayakan inisiatif ini bersama sahabat saya Ustaz Khairul Anuar Basri dan mendapat kerjasama penuh oleh Founder Public Gold sendiri. Saya percaya, lepas ni akan banyak syarikat lain yang akan ikuti jejak langkah Public Gold dan dunia pelaburan emas akan jadi semakin baik selepas ini, insyaAllah.

Dengan sedikit sentuhan positif saya terhadap dunia pelaburan emas ini, saya percaya ia memberikan kegembiraan kepada saya sepanjang hayat, bahkan boleh jadi saham saya bila kembali bertemu Tuhan nanti, insyaAllah.

Misi Saya Belum Mati

Bila saya sedar di mana kegembiraan sebenar dalam hidup, saya tak lagi fikir kejar kemewahan macam apa yang saya fikir 10 tahun lalu. Kaya dan mewah dua perkara berbeza. Saya tetap terus bina kekayaan, bukan untuk bermewah, tapi untuk sempurnakan misi hidup untuk “jadi orang baik, jadikan orang lain lebih baik, dan jadikan dunia ini lebih baik”.

Saya tulis satu poster dan tampal depan workstation saya “Misi Sebelum Mati”. Fokus saya sekarang ialah pembentukan anak-anak, kebajikan isteri, kebajikan ibubapa dan mentua, serta memandaikan orang ramai tentang kewangan & emas setakat apa ilmu yang saya ada. Semua kekayaan yang saya ada saya fokus ke arah itu. Dari semangat inilah sebenarnya saya meletakkan cita-cita #Misi20kCelikEmas dan #Misi100MasterDealer yang saya tulis di Facebook saya.

Jadilah orang baik, dan jadikanlah dunia ini lebih baik walaupun hanya 1% berbanding sebelumnya melalui kerjaya atau apa sahaja aktiviti kita. Saya percaya, itulah kerja-kerja yang membuatkan kita gembira selamanya, dan kekal kaya dunia dan akhirat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
26 September 2017
6 Muharram 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Tahniah en zul, for being very inspiring to many people.

    Terharu dan terkesan dengan penulisan en zul ni. Nak nangis pun ada. Apa pun, sy doakan yang terbaik untuk en zul sekeluarga dunia akhirat. Aamiin.

    I wish that I could do the same thing, contribute more to others. ??

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    Terharu dan terkesan membacanya .
    Moga usaha dan niat Encik menjadi kenyataan .

    Moga akan ramai ‘ENCIK ZUL” akan lahir di platform PG dan apa jua platform yang Encik singgah dan mengajar.

    Amin

  • Subhanallah. Semangat tuan mentor sangat dirasai melalui artikel kali ini.
    Alhamdulillah dah banyak panduan dari tuan yang kami sekeluarga amalkan dan ia semakin memberi makna dalam hidup kami.

    terima aksih tuan mentor, we follow.

  • Salam En Zul,

    Artikel ini sangat menyentuh hati saya bila membacanya. Saya doakan En Zul sekeluarga berjaya dunia dan akhirat.

    Mohon doakan kejayaan kami semua seperti En Zul sekeluarga.

    Inshaa Allah.. 🙂

  • alhamdulillah..semakin serasi dgn penulisan motivasi kewangan oleh en zul. bukan kekadar motivasi biasa2…mmg mendalam.

    terima kasih.

  • Assalamualaikum en zul,
    Satu perkongsian yang baik dan bermanfaat.

    Maaf sya ingin meminta pandangan dri tuan tntang kerjaya..adakah pekerjaan tanpa minat itu suatu yang sia-sia?
    Minta pandangan dari en.zul..trima kash.

  • Assalamulaikum…Tuan
    Menitis air mata sy apabila membaca artikel Tuan…rasa sebak sgt..luahan Tuan sungguh menyentuh hati sy..sy doakan agar impian Tuan Semoga Allah makbulkan…in sha allah.. aminn rabbal al aminn….

    Semoga ilmu yg Tuan kongsikan kpd semua memberi maanfaat dan panduan kpd semua khusus kpd yg dahagakan ilmu pengurusan kewangan & nasihat2 berkaitan….Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Sekeluarga….

  • Assalamualaikum..
    Sunggu berinspirasi tuan.
    Saya juga ada niat nak buat blog.
    Tuan guna apa untuk create blog

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >