MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Apple Lebih Berjaya Kerana Dia Tak Berlumba Dengan Microsoft!

July 22, 2023

"Zul, nanti aku akan potong engkau (untuk dapat no. 1)"

"Tak apalah, engkau pergilah. Aku tak berlumba dengan sesiapa..."

Sejak di universiti, saya tak berlumba dengan sesiapa. Sebagai seorang pelajar dalam jurusan perakaunan, saya cuma nak berlumba dengan diri saya sendiri supaya satu hari nanti saya dapat jadi seorang akauntan yang mahir.

More...

Saya belajar bersungguh-sungguh untuk faham apa yang diajarkan di universiti, dan saya sentiasa membantu kawan-kawan untuk faham apa yang saya faham.

Setiap kali menjelang musim exam, saya banyak ruangkan waktu mengajar rakan-rakan saya. Tapi bila keluar result, saya sentiasa dinobatkan sebagai "best student".

Membantu Orang Lain Dalam Bisnes

Dalam membina bisnes Public Gold (sejak 2010) pun sama. Saya tak pernah fikir nak berlumba dengan sesiapa.

Saya fokus berikan yang terbaik kepada customer dan team saya. Dan dalam waktu yang sama sentiasa membantu orang lain (yang tak ada kena mengena dengan bisnes saya). Tapi saya telah dinobatkan sebagai "Champion" untuk beberapa tahun. Dari 2017 hinggalah 2020.

Hari ini, saya adalah founder bagi network terbesar dealer Public Gold dengan lebih 400,000 penyimpan emas di bawah kami di seluruh Asia Tenggara. Tanpa saya fikir untuk jadi achievers nombor satu dalam Public Gold.

Saya cuma fokus pada diri saya je. Sentiasa berlumba dengan diri sendiri untuk jadi diri saya lebih baik dari semalam.

Tapi pencapaian saya dan team tetap dianggap nombor 1.

Sistem Nombor 1 dan Nombor Akhir

Kita telah lama membesar dalam sistem nombor 1 dan nombor akhir. Membesar dalam sistem begitu membuatkan masing-masing nak menang jadi nombor 1. Masing-masing tak nak kalah. 

Dalam kelas paling pandai, tetap akan ada pelajar nombor 1 dan nombor akhir.

Tentunya mana-mana pelajar pun akan rasa malu kalau dapat nombor akhir, walaupun dia sebenarnya dah cukup pandai berbanding pelajar kelas lain ataupun di sekolah lain. 

Dengan adanya sistem nombor 1 dan nombor akhir, tak ada pelajar yang sudi ajar kawan-kawannya sama-sama cemerlang dalam pelajaran. Mesti mereka akan fikir, kalau kawan dia lebih pandai, maka peluang dia dapat nombor 1 semakin tipis!

Malunya Bila Dapat Nombor Akhir

Ketika sekolah menengah dulu, saya pernah dapat nombor akhir di sekolah yang "paling pandai". Saya rasa malu tak tahu mana nak letak muka.

Saya rasa sangat rendah diri di sekolah, walaupun akhirnya keputusan SPM saya agak cemerlang bila compare dengan pelajar dari sekolah lain. 

Ketika di universiti, keputusan SPM yang saya anggap "kurang cemerlang" tu dipandang hebat oleh kawan-kawan. Dan saya masih anggap sayalah pelajar paling bodoh semasa di sekolah dulu. 

Mungkin ada yang tak kena pada sistem rangking macam tu. 

Sebab dalam kehidupan, realitinya tak begitu. Tak ada sistem nombor 1 dan nombor akhir sebab kita masing-masing membina kehidupan kita sendiri.

Rahsia Kejayaan Apple vs Microsoft

Saya tertarik dengan ceramah yang  disampaikan oleh Simon Sinek, iaitu speaker yang kerap bercakap topik "leadership" dalam bisnes.

Daripada pengalaman beliau bercakap dalam "Leadership Summit" untuk Mircosoft dan Apple katanya, team Microsoft sangat obses untuk bersaing dengan Apple. 70% kandungan presentation mereka fokus macam mana mereka nak kalahkan Apple.

Sebaliknya, Apple tak pandang pada persaingan. Fokus mereka bukan nak hasilkan produk untuk kalahkan pesaing, tapi macam mana mereka boleh jadikan kehidupan customer (user) mereka lebih baik dengan produk yang mereka hasilkan.

Microsoft obses untuk bersaing kalahkan orang lain. Sedangkan Apple obses berikan terbaik kepada customer mereka dan membina masa depan mereka sendiri.

Hasilnya, Apple sekarang adalah antara syarikat yang paling bernilai tinggi meninggalkan Microsoft di belakang.

Kita Tak Berlumba Dengan Sesiapa

Jadi daripada pengalaman hidup saya, dan apa yang kita perhatikan antara Microsoft dan Apple, untuk berjaya, kita tak perlu bersaing dengan sesiapa. Kita tak perlu fikir nak kalahkan sesiapa atau dinobatkan sebagai nombor satu oleh orang lain.

Sebaliknya, sentiasa fokus jadi diri kita yang lebih baik. Supaya kita dapat berikan yang terbaik untuk orang sekeliling kita dan di bawah tanggungjawab kita.

Mereka yang hanya fikir nak berjaya seorang diri dan jadi nombor 1 tak akan ke mana-mana.

Perlumbaan macam tu tak akan bawa kita ke mana-mana. Bahkan lebih buruk, ia membuatkan kita cepat mengalah sebab kita anggap diri kita sebagai "loser".

Demi Orang Yang Kita Sayangi

Sedangkan kita sebenarnya nak bina hidup untuk diri kita sendiri, bukan untuk orang lain.

Setiap kita boleh jadi nombor 1 untuk kehidupan kita sendiri. Kita semua tak perlu berlumba dengan sesiapa.

Orang paling berjaya dalam hidup ialah mereka yang sentiasa berlumba dengan diri sendiri untuk jadi lebih baik dari semalam. Supaya dapat berikan yang terbaik kepada orang yang kita sayangi dan mereka yang di bawah tanggungjawab kita... InsyaAllah.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
22 Julai 2023
4 Muharram 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>