"Zul, nanti aku akan potong engkau (untuk dapat no. 1)"
"Tak apalah, engkau pergilah. Aku tak berlumba dengan sesiapa..."
Kita telah lama membesar dalam sistem no. 1 dan no. akhir.
Jadi masing-masing nak menang jadi no. 1. Masing-masing tak nak kalah.
More...
Dalam kelas paling pandai, tetap akan ada pelajar no. 1 dan no. akhir. Mana-mana pelajar pun akan rasa malu kalau dapat no. akhir walaupun dia sebenarnya dah cukup pandai berbanding pelajar kelas lain.
Dengan adanya sistem no. 1 dan no. akhir, tak ada pelajar yang sudi ajar kawan-kawannya sama-sama cemerlang dalam pelajaran.
Mesti mereka akan fikir, kalau kawan dia lebih pandai, maka peluang dia dapat no. 1 semakin tipis!
Peritnya Dapat Nombor Akhir
Waktu sekolah menengah dulu, saya pernah dapat no. akhir di sekolah yang "paling pandai". Saya rasa malu dan rendah diri di sekolah walaupun keputusan SPM saya agak cemerlang bila compare dengan pelajar sekolah lain.
Ketika di universiti, keputusan SPM yang pernah saya dapat itu dipandang hebat oleh kawan-kawan walaupun saya masih anggap sayalah pelajar paling bodoh semasa di sekolah dulu.
Saya fikir, mungkin ada yang tak kena pada sistem no. 1 tu.
Dalam kehidupan, realitinya tak begitu.
Tak ada sistem no. 1 dan no. akhir.
Mereka yang hanya fikir nak berjaya seorang diri dan menjadi no. 1 tak akan berjaya dalam hidup.
Kejayaan Pada Menjayakan Orang Lain
Kerana pada hakikatnya, mereka paling berjaya dalam hidup ialah siapa yang dapat menjayakan lebih ramai orang dan memberi lebih banyak manfaat dalam hidup orang lain.
Pesan mentor saya, kalau nak kaya, kita kena pandai buat bisnes.
Tapi kalau nak KEKAL kaya, kita kena PANDAIKAN orang lain buat bisnes. Kita kena membangunkan team yang sama-sama berjaya bersama kita.
Lagi banyak orang berjaya bersama kita, lagi besar dan lebih kekal kejayaan yang kita capai.
Dulu saya tak berapa yakin pesanan mentor saya tu. Tapi bila dah pergi jauh sikit, baru saya sedar pesanan beliau adalah benar.
Sebenarnya bukan sahaja dalam bisnes. Dalam apa bidang kehidupan sekalipun, kejayaan sebenar kita adalah pada MENJAYAKAN ORANG LAIN.
Berlumba Dengan Diri Sendiri
Dalam berkeluarga, kejayaan kita bukan menjadi seorang hebat, tapi bagaimana kita menjadikan isteri dan anak-anak kita hebat.
Untuk berjaya dalam hidup, sentiasalah berlumba dengan diri kita sendiri untuk jadi lebih baik dari semalam.
Sentiasa upgrade diri untuk jadi diri kita yang lebih baik.
Dan sentiasa bekerja untuk bantu orang lain turut sama berjaya bersama kita.
Setiap kita boleh jadi nombor 1 untuk kehidupan kita sendiri sebab kita semua tak berlumba dengan sesiapa. Kita membina kehidupan kita sendiri.
Zulkifli
Cyberjaya
14 September 2023
28 Safar 1445H
- Kegembiraan sebenar pada melihat orang lain gembira kerana sentuhan kita - FB
- Leadership bukan tentang kita, tapi orang lain berjaya bersama kita - FB Syarif Jamil
- Terima kasih atas mentorship dan leadership - FB Rahman Ismail
- Pengakhiran kita adalah kematian. Setiap orang perjalanannya berbeza - FB Rahman Ismail