MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Penampilan Diri dan Kesannya Pada Kejayaan Kita

September 11, 2023

Datang dalam keadaan badan berbau (macam baru lepas buat kerja rumah), dengan anak-anak yang nampak tak mandi. Tapi dia datang jumpa saya untuk bincang pasal bisnes! Peristiwa yang saya masih tak boleh lupa sampai sekarang...

"You never have a second chance to make a first impression". Kita tak ada peluang kedua untuk betulkan persepsi pertama. Itu antara kata-kata guru bisnes yang saya masih ingat dari  bila bercakap tentang penampilan diri.

More...

Impress diri sendiri dulu

Nak berjaya, antara perkara pertama kena buat ialah sentiasa tampil sebagai orang berjaya. Sebenarnya bukan tentang orang lain, tapi tentang diri kita sendiri.

Walaupun sampaikan training secara online dari bilik tidur sahaja, tapi saya tak pernah tampil dengan pakai kain sarong. Walaupun orang tak nampak, pakaian selekeh tu akan membuatkan saya hilang keyakinan diri.

Kena mandi, pakai kemas yang sesuai dengan program, rambut bersikat, dan duduk elok-elok di meja kerja yang bersih dan kemas.

Kalau saya bukan speaker, tetap saya berpakaian kemas, duduk di meja kerja, dan ON camera. Sama macam speaker.

Itu disiplin yang saya amalkan.

Kalau buat kerja-kerja bisnes di rumah pun sama.

Disiplin kerja dari rumah

Walaupun bisnes saya dijalankan secara online, saya buat kerja-kerja bisnes di meja kerja (workstation). Bukan sambil tergolek atas katil - walaupun saya boleh buat macam tu kalau saya nak.

Bila nak mulakan kerja, saya akan mandi, berpakaian kemas, rambut bersikat siap pakai krim rambut, duduk di meja kerja yang berkemas dengan baik.

Barulah kerja saya jalan.

Penampilan diri kita akan berikan kesan langsung pada mood dan motivasi kita dalam bekerja.

Bila sesuatu perkara tu mudah, jangan ambil mudah...

Buat terbaik, hasilnya juga terbaik

"How you do anything, is how you do everything".

Macam mana kita buat sesuatu perkara, begitulah juga kita buat semua perkara dalam hidup kita.

Akhirnya kita dapat hasil selayaknya dengan apa yang kita usahakan.

Buat kerja sambil lewa dan ala kadar, terimalah hasil kerja sambil lewa tersebut. Tak perlu buat-buat terkejut kenapa hasilnya tak sama macam orang lain yang buat kerja bersungguh-sungguh dengan cara yang terbaik.

Dalam team saya, Pn Marlia Ramli selalu share pasal perkara ni kepada team. Beliau adalah Senior HR Manager yang berpengalaman 18 tahun bekerja di MNC (multinational company).

Tip dari Senior HR Manager

Saya tertarik untuk share apa yang beliau tulis di Facebook beliau tentang penampilan diri. Ini pesanan ikhlas beliau bila nak 'jual diri' kepada bakal majikan:

  1. Majikan atau wakil majikan (HR) BUKAN kawan kat media sosial atau online seller. Elak panggil kakak, Sis atau Achik.
  2. Pastikan ejaan penuh dan tak guna short form. Bila menulis ejaan penuh nampak level IQ lebih tinggi.
  3. Sebutan dan panggilan mestilah premium iaitu Tuan / Puan / Cik / Madam / Sir.
  4. Elak panggil sis, bro. Itu bahasa pasar. Gunalah panggilan yang premium sebagai tanda hormat dan mengekalkan formality.
  5. Mulakan ucapan “Salam Sejahtera” dalam chat conversation. Jangan terus Assalamualaikum selagi tak tahu HR beragama Islam atau sebaliknya?
  6. Bila pegi interview maksimum pakaian 3 warna. Pakai tudung berbunga-bunga serupa nak ke pasar tu kenapa?
  7. Kasut mesti bertutup. Warna hitam adalah warna selamat dan ideal. Elak warna warni macam remaja tak puas enjoy.
  8. Bibir tu jangan pucat serupa dalam pantang. Pergi hospital boleh la rupa pucat serupa kena serangan bakteria.
  9. Kemas. Elak tersengih-sengih. Cukuplah tersenyum. Tidak terlalu masam dan masih nampak profesionally sopan.
  10. Tone suara jelas dan tegas. Jangan cakap serupa dalam kelambu, itu menunjukkan self confidence yang rendah.

Bina first impression yang baik

"Banyak lagi tips cara conversation, menulis resume, attire dan pembawakan diri kalau nak MultiNasional Company 'MEMANDANG ANDA'.

Tapi kalau chat pun serupa cakap dengan kawan kat Mamak, confirm la anda tak akan dipandang", kata beliau.

Ingat, kita tak ada peluang kedua untuk bina persepsi pertama (first impression). 

Tip yang dikongsikan ni juga sebenarnya boleh kita gunakan bila nak jumpa atau berkomunikasi dengan bakal partner atau customer, atau buat LIVE streaming ketika menjalankan bisnes. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
11 September 2023
25 Safar 1445H

Walaupun bekerja dari rumah, tetap kena berpenampilan kemas dan selayaknya macam kita bekerja di pejabat. Ini antara penampilan saya bila nak sampaikan webinar.

Tetap pakai kemas, duduk di workstation, dan ambil nota walaupun ikuti kelas online.

“Nak berjaya, kita tak perlu convince sesiapa. Kita cuma kena convince diri sendiri, conquer otak sendiri, sampai percaya yang kita pasti berjaya. Bila percaya pada diri sendiri, 50% kita sudah berjaya. Lagi 50% cuma persoalan usaha dan masa sahaja. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>